Followers

Showing posts with label keras tangan. Show all posts
Showing posts with label keras tangan. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

leen's order

order ni spesial sikit. sebab wani yang orderkan. HAHAHA. owh, yang ni pon sarung hanphone yer adik-adik. kak izan malas nak nak tulis panjang-panjang sekarang ni. kalau boleh rasa macam nak letak gambar je. boleh???


with❤:izan®

Wednesday, September 29, 2010

my anak buah order lagi ;)






with❤:izan®

wani's order

wani : izan aku nak tempat letak hanphone mahai aku ni..hang boleh buat dak?
aku : tengok sikit hp mahai hang tu? tu diaaaaaaaaaaa..mahai nya! hahaha

oleh kerana wani ada dua buah hp mahal aku kena buat sarung untuk kedua-dua hp mahal wani tu. tapi nak ala-ala 2in1 la. boleh letak dua-dua sekali dalam satu sarung.




with❤:izan®

Tuesday, September 28, 2010

amalina's order ;)

rantai tidak disertakan sekali. hanya burung hantu yang tidak boleh terbang sahaja yang akan di pos ;) kepada miss amalina mahmud anda boleh bank in duit sebelum jumaat ini. once dah bank in sila beritakan di fb, di kotak komen mahupun di mana-mana dan pastikan saya baca dan balas. eceh! sangat formal berbincang pasal bisnes.



with❤:izan®

Saturday, August 28, 2010

tarikh tamat tempahan

oleh kerana saya akan menjalani dua exam pada isnin ini. maka saya hanya akan start buat tempahan yang telah diterima pada hari selasa. dan akan cuba siapkan sebelum raya. kepada sesiapa yang mahu membuat tempahan masih dialu-alukan. tetapi hanya sebelum dan pada 1 september 2010. tempahan selepas tarikh ini akan hanya di buat selepas cuti raya saya iaitu 19 september 2010. ya, saya bercuti sungguh lama. harap maklum.

kepada sesiapa yang mahu membuat tempahan sila emailkan kepada :
izan_bumm89@yahoo.com
atau boleh isi form disini.

saya yang menjalankan perintah.

p/s: bukan izan yang update.

with❤:izan®

Friday, August 27, 2010

introducing my KERAS TANGAN IZAN blogspot

aha! jeng jeng jeng.


memperkenalkan blog kedua saya yang di beri nama izan salleh handmade felt craft


kenapa nama macam itu. sila ke blog ini untuk mendapatkan jawapan. blog apa ini? macam mana rupa blog ini? juga sila ke blog ini. selamat melawat. rumah yang baru nak start. hopefully malam ni boleh decorate rumah baru bagi cantik-cantik. erk, order yang dah aku terima aku start buat selasa minggu depan eh. aku ade exam isnin ni. exam HRM siangya. dan MIS malam. 


with❤:izan®

Thursday, August 26, 2010

hanim hairudin casing phone

miss anem,
aku telah siapkan ko punya order. aku tayang dalam blog dulu eh. kalau tak suka cakap. kot nak tambah apa-apa lagi ke. HEHEHE. handphone stripe pelangi tu aku bagi FREE. sebagai tanda penghargaan kerana meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada aku untuk sesuka hati design ko punya handphone pouch. eceh....

dan masih terbuka kepada 5 orang pelanggan untuk mendapatkan handphone stripe percuma dari saya. tapi anda tidak boleh minta nak yang macam mana. handphone pouch je boleh customize sesuka hati anda. handphone stripe yang percuma adalah mengikut sesuka hati saya. kalau nak ikut hati anda. SILA BAYAR..HAHAHA

dan ini adalah miss anem punya ,



tetapi ini pula bukan miss anem punya,


sudah lama tuan blog tidak jaja perkembangan diri bukan. lihat sajalah. makin puasa makin kembang pipi. bak kata pepatah "diriku kembang sekembang hati ku yang riang dan ria nak beraya" HAHAHA

with❤:izan®

Wednesday, August 25, 2010

kak ann's order

hai kak ann. kak ann punya order sudah siap. nak di pos atau kak ann nak ambil. nak tunggu izan pergi klang memang tak de dah la kot sampai raya. HAHAHA. lepas raya insyaALLAH akan ke sana dengan kerap. so how?

ini ha kak ann punya order ;) hope u like it.



with❤:izan®

my anak buah punya kawan order





anak buah aku order guna sms  je. tulis nama kawan-kawan dia yang nak dalam sms lepas tu suruh aku pos secepat mungkin. HAHAHA. bagus betul anak-anak buah aku ni. kecik-kecik dah pandai. nanti mak su bagi duit raya lebih ok. ;D

aku ade exam OM pagi ni. malam tadi abg am ambil tembam nak pi tukar minyak hitam. sekarang aku tengah guna si gagah oren beliau. kalau jumpa aksi aku di jalanan seperti orang baru bawa motor sila elakkan diri anda dalam lingkungan 5 km dari kawasan motor oren bergerak. jika dia berhenti anda boleh dekat. ini di jamin selamat.oh,aku tengah exam sekarang..babai!

with❤:izan®

Tuesday, August 24, 2010

sendiri gedik nak juga


asyik buat untuk orang sahaja kan, sampai terlupa nak buat untuk diri sendiri. dan akhirnya aku buat juga untuk diri aku. ni ha. jadi la. nak orang pakai apa yang aku buat aku kena la pakai juga kan. baru nampak suka dengan barang buatan sendiri. eh, bukan nampak suka. saya memang suka dengan hasil kerja saya. anda suka? boleh buat tempahan. eceh! penuh dengan ayat memujuk rayu. HAHAHA



N untuk??? Norizan. Noor Azlan pon boleh. kah kah kah
with❤:izan®

hair clip lagi ;D

hasil yang seterusnya. taraaaa...memperkenalkan hairclip atau dalam bahasa mudahnya sepit rambut. tapi kalau ko pakai tudung nak sepit mende kan? ala, aku tahu kompem korang cakap macam tu. apa lagi, sepit lah shawl anda! HAHAHA. 

yang ni aku cuba jaya je buat. cuba cuba dan cuba. akhirnya berjaya! hebat tak? pertama kali buat besar yang amat. dah dua kali buat. cukup-cukup besar duit syiling 50sen. tapi harga bukan lah 50sen. ko ingat gula-gula? hamboih! biasa tu nak minta murah aje. aku jual SEPASANG RM3 sahaja. boleh campur-campur nak kaler apa. jangan ko mintak kaler ngarut-ngarut dah la. mana plak aku nak cari kain nak buat. minta kaler yang masuk dek akal. ha! akal aku. bukan akal korang. ingat ya! akal aku..HAHAHAHA




with❤:izan®

dayah order (nak kaler hijau)

aku tak tahu bila masa dayah suka warna hijau. oleh kerana ko yang minta nak kaler hijau aku usahakan. eceh. HAHAHA. design adalah aku punya suka nak buat macam mana. hope ko suka la dayah eh. aku dah pos ko punya casing phone ni. kalau tak sampai esok ko pi marah pos ekspres sebab dia janji dengan aku DIJAMIN SAMPAI ESOK. ;D




harga??? RM 15 tak termasuk pos. kalau kawan-kawan boleh runding lagi harga. kalau bukan kawan cepat-cepat kawan dengan aku...haip! jangan ambil kesempatan terhadapt persahabatan kita. aku akan charge lebih! HAHAHA

with❤:izan®

Monday, August 23, 2010

sepit rambut boleh jadi sepit tudung

tajuk malas nak pikir gitu lah jadinya. kan sekarang ramai orang dok pakai shawl. ape shawl? alah! susah la nak terang. yang selendang melekat kat kepala tu. aku pon pakai. jangan nak kutuk-kutuk. tak suka? tak payah tengok. HAHAHA. garang oh hari ni. sebab bulan dah nak habis.

aku try buat sepit rambut ni. cadangnya nak pakai kat selendang la. tapi terbagi kat anak-anak angah aku pula. hahaha. tak pe promosi memang kene lebat. nanti kakak dengan ana kene promote kat kawan-kawan k. if kawan-kawan nak bagitaw mak su tau. nanti mak su bagi duit raya lebih. ;D




with❤:izan®

Sunday, August 22, 2010

customize casing handphone (tempahan terbuka kepada semua)

sebenarnya aku agak busy dua tiga minggu ni. dengan nak hantar permohonan praktikal lagi. sebab sem depan aku dah nak pi praktikal. oleyh! praktikal  you alls. baru teringat minggu pertama kena orentasi dekat UKM. alih-alih dah nak abes dah kan 3 tahun aku kat UKM. oh, time. u gerak soooo fast la... dengan nak study untuk mid term exam aku lagi. selasa ni dah start exam dah. then berterusan la sampai raya. lepas raya sambung balik. tapi kenangkan kawan-kawan yang meminta. aku akan cuba.

eh, lupa plak. intro tak paham kan. sapa-sapa nak aku buatkan sarung handphone tu boleh tinggalkan saiz ukuran handphone anda pada kotak komen di sini. ukuran menggunakan pembaris sahaja. lebar, panjang dan tebal handphone. dan nyatakan warna yang korang nak. nanti if aku boleh buat aku komen balik dalam entry ini. kalau tak ramai yang mintak aku buatkan insyaALLAH aku boleh pos kat korang before raya. but, if ramai. aku tak janji bila. HAHAHA. aku perlukan masa untuk study. ini pon tak sentuh apa-apa lagi oh...

and harga adalah dalam rm15 sahaja. aku akan sertakan dengan handphone stripe. ala yang gantung dekat handphone tu. kira itu adalah hadiah dari aku. yang ni tak boleh customize. aku bagi ikut suka hati budi bicara aku eh. nak customize kena bayar lebih oh... HAHAHA...

OKEY, SUDAH. nanti aku update lagi benda-benda yang aku buat guna kain felt ni. dah berbisnes pula. angannya nak mengisi masa lapang je ;D

with❤:izan®

Friday, August 20, 2010

purple

kalau benda alah ni dah sampai ke pada tuan punya badan harap call saya. HAHAHA. ini adalah hadiah dari saya. jangan pikir nak bayar pula. saja-saja cuba buat. kalau suka saya sangat bangga. kalau tak suka hanya ucap terima kasih. ini sudah memadai ;))



with❤:izan®

ALYA dan ANA

ini adalah book mark. kalau tak tahu macam mana nak guna, sila tanya. sebab mak su korang ni terlalu kreatif sampai tercipta benda alah macam ni. HAHAHA



with❤:izan®

Thursday, August 19, 2010

special for...

entry kedua hari ini. berkala. bukan ditaip pada masa kejadian.

aku telah berusaha membaik pulih kepada yang lebih baik. tapi still macam tak pulih-pulih juga. its ok izan. baru kan, lama-lama mesti boleh! tapi ini adalah untuk kak ipar aku. rasanya dia nak macam ni kot. kalau tak suka boleh buat lain. apa ada hal. eceh, tetiba jadi ayat cam samseng sikit. HAHAHA. samseng taik kucing.

berusaha dan berusaha dan akhirnya ini lah hasil yang tak seberapa ------>


ops, sebelum terlupa. qistina bukan nama kak ipar aku. oh, gelemernya nama kak ipar aku. HAHAHA. qistina adalah nama anak kak ipar aku atau kata lain anak buah aku. yang mana satu qistina ni eh? almaklumlah anak buah berdozen ni memang susah nak ingat. here u are ------>

qistina humairah!

with❤:izan®

Saturday, August 14, 2010

im making donut


donut masih dalam proses. nanti if dah siap aku tayang dalam blog okey. oh, hari ni aku busy. jangan cari aku dimana-mana. sesungguhnya aku tiada di bilik, ukm mahupun di bangi. BABAI! ;D

with❤:izan®