Followers

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Friday, August 02, 2013

Berbuka puasa dengan ASBTians.

Hai, salam.

Bulan puasa ni, boleh kira berapa kali je aku berbuka dekat luar. Selebihnya masak, berbuka dekat rumah sewa or aku balik Trolak berbuka dengan family. 1st time berbuka dekat luar dengan Alan, dekat Yunkies Hut, Bangi. Lepas tu pon dekat Yunkies Hut, Bangi juga dengan Ayan and Jana. Baru-baru ni dengan ASBTians dekat Flaming Steamboat, Sunway.

Memandangkan aku dengan Alan adalah dua-dua ASBTians, haruslah dua-dua nak pergi. Semangat nak jumpa kawan-kawan. Tapi kesian Alan kerja shift malam minggu ni. Masuk kerja kul 7 malam 7 pagi baru balik. Mana nak join nye. Aku je la pergi. Nasib Hasmira nak tumpangkan aku pergi sana. Aku memang suka pergi mana-mana dengan Hasmira. GPS dia tak pernah salah. Terus je sampai destinasi. HAHAHA

Tapi masa balik aku tumpang Dayah. Pergi dengan orang lain balik dengan orang lain. Bagus kan? Sebab Mira kena balik awal. Ye la orang berlaki, dah la kau biarkan laki ko berbuka sorang-sorang ada hati lagi dengan perut boyot macam tu nak balik lambat. Memang kena maki la. Tapi laki Mira cool je. Pergi berbuka ngan kawan dia. Bujang kejap la masing-masing.



Memandangkan aku tak bawa camera haritu. Semua gambar ni aku ambil dari FB. Ecah Z yang upload kat group ASBTians.


Nama-nama timangan masa kat ASBT ni kelakar-kelakar tau. Ade Ijat Imam, Bite (Tak tahu la mana dapat), Pidut (Firdaus), Beitul (Rabiatul Nadiah) kawan aku yang ni dah artis taw. Wat part time modelling muslimah. Pastu ada lagi la nama-nama lain. Macam Apek (muka macam cina kot), muka je la. Sekali kau tengok kulit dengar dia cakap Jawa Habisssssss! HAHAHA. Alan pon dulu diorang panggil Ahcong. Sekarang je jadi Alan. Kadang-kadang aku geram aku ahcong-ahcong kan jugak.



Mana-mana aku bawa beg plastik hijau tu. Sambil menyelam minum air. Aku jual tudung masa ni. Bawa 40 helai, bawa balik dalam 20 helai je tinggal. Laris jugak la. Siap paksa-paksa orang buat muka kesian nak kahwin tak de duit. Pastu semua la pakat-pakat beli. Terima kasih korang. Contoh tudung macam yang aku pakai tu. 






Both of my friend Lia and Hasmira dah nak jadi mak-mak dah. Hujung tahun ni beranak la 2-2 ni. Dah nak ada junior ASBTians pula. Yang aku dengan ecah sekali nampak macam mak-mak ntah kenapa tak tahu.



Beitul yang tutup mulut pakai tudung hitam tu. Semua orang teruja tengok betul muka glowing-glowing datang. Kalau ko tengok beitul dulu-dulu lain sangat. Macam kutub utara dengan selatan.


Tengok je la masa ni, semua berebut nak ambil gambar dengan Beitul. Muka eksaited nak mampos.


Semua ni kawan aku dengan Alan dari form 1- form 3. Kenangan dengan diorang kalau nak cerita, aku rasa boleh buat novel macam Lagenda Budak Setan. Memang mostly perangai time tu dah ada ala-ala sikit. Tapi tak semua la. Yang baik-baik macam Asila, Ecah Z, Shima, Imah and Wan semua muka surau. Yang lain-lain tu muka memonteng manjang. HAHAHA. 

Cuma kenangan ngan Alan masa form1-form3 aku macam ingat tak ingat. Ke memang aku tak de kenangan dengan Alan masa tu. HAHAHA. Nama je satu sekolah satu asrama. Haram aku tak mandang Alan dulu. Pendek sangat, putih lepak-lepak pulak tu. Pastu rambut sikat belah tengah sikit punya kilat la kau pakai minyak Alan oi. *sekarang tak pe kutuk-kutuk dia, kang dah kahwin dosa* 

p/s: Terharu semua ada cerita-cerita nak datang kenduri aku dengan Alan nanti. 
WuuuuWuuuu..terharu.
p/s/s : A BIG thank to Adli sebab arrange majlis berbuka ni.

with❤:izan®

Thursday, August 12, 2010

makan-makan sambut ramadhan dan birthday isha

ahad lepas (erk, cerita basi lagi). hj salleh buat makan-makan nak sambut ramadhan. kebetulan berdekatan dengan birthday isha. anak kepada acik aku. so, kitorang buat sekali harung je. harung-harung warung jugak la. siap mak aku masak nasi daging bagai. dengan aku membantu dari jauh. HAHAHA.

semua adik beradik aku balik. KECUALI...roslina's family. sorry angah. majlis dah tamat. pak su and the family pon daatang KECUALI abg am. HAHAHA.. kak ijan ajak ko tak nak. kan dah melepas makan kek SR and nasi daging resepi turun temurun. ;P

malas nak taip boleh. aku kasik gambar je. nah!

 orang penting, memang selalu kelihatan busy macam ni.

hi, i am isha.

ibu yang tiup lilin. sebab anak takut dengan api.

with❤:izan®

Thursday, June 24, 2010

kami ke PD

cerita ini sudah lama. lama sudah, tapi tetap mahu cerita. kalau tak suka, jangan baca. selesai masalah kamu. apa ni izan, selalu mematahkan semangat orang-orang yang mahu membaca. eh, sebelum terlupa. khamis minggu lepas sepupu lelaki aku telefon minta no telefon acik aku. ok, kita kenalkan sepupu lelaki aku pula di dalam blog ini. nama beliau Ajo. bukan nama sebenar.HAHAHAHA. Ajo ni memang rapat dengan aku. selalu belanja aku makan-makan if jumpa kat kampung. sepatutnya aku panggil dia Abg Ajo. tapi sebabkan dah rapat macam kawan aku panggil dia Ajo je. lepas dia minta no telefon acik aku, kami berbual seketika. oh, terlupa. tujuan dia minta no telefon acik aku sebab ayah kepada Ajo, which is pak cik aku nak berbual dengan ayah aku. telefon rumah rosak ketika itu. ok, sambung semula. kami berbual seketika selama sejam setengah. it is normal when u talk with ajo, u just can't stop. ada ja point dia nak kenakan kita. HAHAHAHA

esok paginya tu, aku nampak status angah aku di facebook kata Ajo terlibat dalam eksiden motor. masyaALLAH... baru semalam aku berborak dengan dia. dan sekarang dia masih dalam keadaan koma di hospital penang. hanya malam jumaat tu sahaja aku sempat baca yassin. dan sekarang aku mula period. nanti aku sambung baca lagi ye Ajo. semoga kau cepat sedar. kau kena kuat, sekuat usikan kau yang mampu buat aku ketawa siang dan malam.

okey, back to cerita PD. kami ke sana sudah lama dahulu. aku bukan jenis yang suka ke mall sangat. ececece.. tapi bila time sale aku la paling gila. Alan tahu cara nak jimatkan belanja dia dari aku hentam dia makan di mana-mana restoran mahal, dan terpaksa melayan aku mencuci mata di dalam mall baik dia bawa aku ke tempat lain. dan, destinasi bajet yang di pilih ialah PD. ini pillihan aku. Alan hanya menuruti. malam sebelum ke PD gigih Alan minta aku masakkan nasi goreng tak cukup sifat yang hanya di masak dengan rice cooker. aku kata, kalau sempat aku masak. sebabnya aku ada hal pada pagi sebelum ke PD tu. hal apa, nanti aku ceritakan di lain entry.

sampai disana dah lewat. dalam jam 3 petang mungkin. bertolak dari UKM pon sesudah zuhur. dari asal nak berjalan-jalan sahaja sekali termasuk pameran akuatik pula. HAHAHAHA. nasib la u, dapat perempuan gigih nak buat semua benda ni memang banyak belanja ;)

sumpah,kalau ini la nasi goreng yang aku masak untuk Alan, dia ajak aku nikah terus! HAHAHAHA. ini nasi goreng berbuka puasa dengan Athiah dulu-dulu ;))

okey, ini nasi yang sebenar. usah kau lihat pada rupanya. tapi kau nilai lah pada rasanya. HAHAHAHA

seorang masuk RM 10. ni Alan bayar. aku hujung-hujung sem ni memang tak de duit. kerja nya kikis duit Alan bagi perabeh. HAHAHAHA

finding nemo! ;))

ikan kuning ;)) aku tak tahu la nama-nama ikan tak boleh makan ni. ikan yang boleh makan pon selalu je failed. hahahaha




sambungan selepas ini. ada yang makan hati. makan lah. aku nak makan McD ni. muahahahaha...cari pasal izan, cari....

with❤:izan®

Thursday, June 17, 2010

spageti goreng kampung

bahan-bahan :

  1. sebiji bawang besar potong dadu, walaupun tak boleh jadi dadu, anda kena usaha sampai jadi dadu.
  2. 3 ulas bawang putih.
  3. ikan bilis yang sudah diserbukkan di rumah.
  4. 2 sosej yang telah di potong halus-halus.
  5. perencah nasi goreng ADABI.
  6. spageti, untuk 3 orang makan.
cara menyediakan nya :

  1. pastikan spageti telah di rebus dan ditoskan.
  2. tumis bawang putih dengan bawang besar sampai naik bau.
  3. masukkan ikan bilis yang telah diserbukkan di rumah.
  4. masukkan perencah nasi goreng ADABI.
  5. masukkan sosej yang telah di potong halus.
  6. masukkan spageti.
dan SIAP ;))


aku sertakan contoh perencah nasi goreng yang digunakan. mudah, cepat dan sedap.



penjimatan harus di amalkan bila-bila masa. bila berkongsi makan dalam satu bekas yang sama, bukan sahaja boleh merapatkan silaturrahim, malah jimat air dan sabun cuci pinggan ;))

hasil dari makan makanan berkhasiat sepanjang malam, anda akan mendapat kesihatan tubuh badan yang sihat. kalau tidak percaya, lihat sahaja model kami di bawah ini. bukan sahaja sihat, malah gagah dan berani.


apa? nak tambah dengan pujian COMEL? okey, model kami kali ini kata beliau terima pujian tersebut ;))

with❤:izan®

Wednesday, June 16, 2010

makan malam MALAM ini


sajian makan malam dengan penuh kasih sayang dari izan, atie and yona ;)

with❤:izan®

Tuesday, June 15, 2010

resepi nasi goreng

sepanjang katiadaan aku mengupdate di sini, banyak benda aku buat. oleh kerana banyak benda, so kalau tak tayang memang cam tak sedap je la kan. hidup kena menayang baru best. hahahaha... ayat macam ni kalau selalu di praktikkan boleh menyebabkan semua orang rasa nak lempang kau sampai jadi lembik macam pisang. dah la dulu dah jadi pisang, kalau pisang dah lembik boleh buat cekodok. alamak, agak-agak rice cooker yona ni mampu ke tak eh nak goreng cekodok?

okey, tanpa membuang masa mari kita senaraikan bahan-bahan membuat nasi goreng kita ;)

    bahan-bahannya:

  1. sebiji bawang besar di potong dadu.
  2. 4 ulas bawang putih di potong-potong.
  3. 5 biji cili padi di potong-potong.
  4. 2 biji ubi kentang di dadu-dadukan juga.
  5. sardin tin.
  6. minyak masak.
  7. fish ball kalau ada.
  8. 1 1/2 pot beras lalu ditanak.
  9. sebungkus perencah nasi goreng ADABI. (ini adalah resepi kejayaan nasi goreng yang sedap)
peringatan di sini, segala aktiviti pemotongan dan pendaduan adalah dilakukan dengan kecil-kecil sebab saya menggunakan rice cooker, bukan kuali seperti di dapur rumah anda ;)

cara-cara memasak :



1. sediakan bahan-bahan untuk menumis seperti di atas. sila lihat, segala pemotongan adalah dilakukan secara comel-comel agar senang untuk di masak dan cepat.


2. panaskan minyak masak di dalam rice cooker. apabila minyak cukup panas....


3. masukkan bawang besar, bawang putih, cili api dan kentang yang telah di potong comel-comel tadi. kemudian biarkan setika dan jangan lupa tutup penutup rice cooker anda agar keadaan di dalam rice cooker cukup panas untuk menjadikan bahan tumisan tadi mengeluarkan aroma sedap...ohmai...


4. sementara menunggu bahan tumisan kita mengeluarkan bau, apa kita buka tin sardin. dan hancurkan seketul ikan sardin untuk di masukkan ke dalam nasi goreng kita nanti.


5. setelah tumisan kita kelihatan kekuning-kuningan,masukkan perencah nasi goreng adabi bersama-sama dengan sardin yang dihancurkan tadi.


6. untuk menyedapkan tekak aku dengan atie yang maha dasyat dan selalu lapar ini, kami memilih untuk menambahkan sedikit fish ball ke dalam nasi goreng kami. ini bukan saja akan menambahkan selera, malah akan menyebabkan nasi goreng kami menjadi begitu menselerakan ;)


7. dan akhir sekali masukkan nasi putih yang telah di tanak dan gaul sehingga sebati bersama-sama dengan rempah ratus tadi. lalu di biarkan sebentar di dalam rice cooker milik yona ;)


minta maaf sebab hiasan sudah tertunggang langgang. semua gara-gara perjalanan yang jauh untuk makan nasi goreng ini. ini adalah cara untuk berjimat dalam bercinta. keluar dating bawa bekal dari rumah.disamping dapat berjimat dapat juga TUNJUK BAKAT. hahahaha


with❤:izan®

Tuesday, June 08, 2010

banyak nye ikan

semalam-semalam pergi makan pizza dengan alan. aku yang gedik BIN gletik ajak dia pergi tengok LAGENDA BUDAK SETAN. sebagai upah,aku kena belanja tiket wayang. dia? goyang kaki je la. HAHAHA. tidak,kompem la makan dia yang bayar. oleh kerana makan alan yang belanja. kena gigih cari tempat yang sedap dan ala-ala berbaloi sikit nak kikis duit dia. dasar wanita kikis dan pisau cukur rupanya aku. kau nak marah? ha,meh sini marah aku. ek eleh,emo lagi minah ni.

dan destinasi bajet yang di pilih adalah PIZZA HUT ALAMANDA. spagethi dia memang terbaik,walaupon service lambab tahap bab satu. its ok. i boleh maafkan. asalkan abang yang ambil order tu boleh senyum sampai 10 kali pandang i. fuh! nasib alan tak perasan i main mata dengan itu abang.

dan menu yang disarankan untuk anda pilih adalah seperti berikut : (bahasa melayu ini indah kalau kita guna kan sekali sekala)

makanan yang licin di balun oleh alan. lansung tak tanya aku nak ke tak. sempat rasa sikit je. tahu la awak yang belanja. T____T

makanan yang lambat lambat dan lambattttt sampai. sampai aku ngan alan termenung panjang tengok cheese yang ditarik panjang oleh family depan meja kitorang. kalau la aku ni jenis muka nak hamuk tiap kali lapar,aku dah hamuk dah dalam pizza tu! eh,bukan ke? erk...

siapa berani buat ini sebagai makanan tengah hari meh sini meh. jumpa aku dulu. hamboih! tak sampai hati nak makan. HAHAHA

with❤:izan®

Wednesday, February 10, 2010

what u get back was based on what u did

bila habis mid term finance rasa macam separuh beban melayang. malas aku nak pikirkan result nanti. apa yang dapat,terima ja la. sebab hj.salleh selalu pesan "what u get back was based on what u did" oh no no no. hj.salleh tak speaking hokeyh dengan i. dia cakap malay,but aku yang translate supaya semua lapisan masyarakat boleh baca dan faham. sekarang hanya bermanja-manja di atas katil dan rasa macam; "if ada cendol sekarang ni,pergh...." pergh is for sedapnyaaaa...bukan bluergh $#^%%$*& OKEY! tiba-tba nak makan burger kat KTM plak. erk,lapar.

yuni,petang ni kita nak pi jogging kan? kita nak jogging ja ka or nak meng-intai-ing sekali. apa punya word kau guna ni izan? suka hati la kan. blog sapa? apasal ko nak emo-emo like elmo ni? suka hati la kan. blog sapa? kenapa nak marah-marah i kalau u tak suka apa yang i tulis? blog sapa? ok,calm down izan. u look tua sangat if marah. dah la mr.izan sekarang makin hari makin muda i nampak. so,secara tidak lansung,semakin hari semakin tersayang. ntah kenapa dulu for the first time he mms i his picture. i was like..."erk,tua nya kau, ______ . " sila isi tempat kosong. hahaha. aku bermonolog dalaman ja la. mampos kau nak melolong secara luaran. ada yang sentap santan nanti. tapi bila mr.izan buang misai and dah start nak melaram mengalahkan aku sebab dia kata aku bergaya sangat tiap kali jumpa dia,aku pula rasa macam aku ni yang tua dari dia. although dia lahir bulan 1 dan aku lahir bulan 2 still nampak aku lagi tua dari dia. haish,tak boleh jadi ni. nak kena bergaya muda dan makan mempelam muda walaupun tiada kaitan dengan mana-mana petua. yang tak boleh blah,siap tanya aku;

"u,suka tak i pakai macam ni. macam ni and macam ni"

"suka,as long as u selesa i suka. gaya u sekarang pon i dah suka"

kepada anda sekalian,malam ni aku akan blogwalking sampai rasa nak pening. dont worry. aku bukan jenis yang suka tahan-tahan rindu ni. kalau boleh hari-hari nak buang rindu jauh-jauh supaya aku boleh bergerak dengan laju tanpa pikir pasal rindu. berat tau nak bawa rindu ni hari-hari. dengan kerenah rindu lagi. esok dah nak balik rumah angah. maybe masih sempat untuk jengah kalian. once di rumah hj.salleh. hj.salleh dan my mom mengatasi segala nya. cau cin cau. yuni,jom makan cin cau? why izan,why. u asyik sebut pasal makanan ja ni. kan i dah kata kalau mentaip entry dengan perut lapar,kadar untuk menyonsang seperti waktu kelahiran aku dulu adalah amat tinggi. eh,dulu aku lahir songsang tau. mak aku kata,sapa lahir songsang ni jari anak tangan aku ni boleh buat berubat. sapa-sapa yang tercekik apa-apa sahaja time makan,meh aku celup jari anak aku ni dalam air minum korang. then minum dengan selawat. aku pernah cuba kat kawan aku dulu. berjaya! awesome! miraculous! tiba-tiba rasa macam bomoh cekik. erk,pernah ka ada bomoh cekik?

but now,jari aku dah tercemar sikit. gara-gara menjadi bomoh kucing menyelamatkan hayyan di kedai makan tengah hari td. manja punya kucing sampai dia berani mati cakar tangan mulus i ni. mr.izan,u tengok kucing tadi. berani dia cakar tangan mulus i ni. baldi ada kat bilik air masing-masing eh,kalau dah muntah jangan lupa lap mulut tu. takut ada saki baki di bibir. HAHAHA. dan adegan menyelamatkan hayyan dari di usik manja oleh kucing berani mati tersebut menyebabkan aku terjerit kecil di kedai makan,dan mendapat cakaran asmara dari kucing berani mati. kalau ikut kan hati,mati kucing tu. nasib aku ikutkan akal,bernyawa la kau kucing.

alamak,baju tak basuh lagi. ada sapa-sapa nak tolong basuh kan? aku bayar dengan sebungkus kasih sayang. boleh kan?




Tuesday, February 09, 2010

ketagihan nescafe

wani,born at the same day with me. but totally diff from me. hahaha


firstly,kepada sesiapa yang follow and jenguk aku buat masa ni,aku tak sempat nak follow and jenguk korang balik. sorry eh. komen pon tak sempat nak reply lagi. esok aku ada mid term finance. kena fokus lebih sikit sebab ada lagi 1 chapter tak habis lagi, rumus pon tak berapa nak hafal lagi. selesai ja paper finance esok,aku terjah habis-habisan ok ;) sekarang ni nafsu makan membuak-buak macam masak dodol. kejap-kejap lapar,bila lapar macam susah sikit nak berfikir dengan waras dan menyebabkan nak makan secara banyak. bila dah makan,jadi lapar balik kan? eh-eh silap, kenyangkan? bila kenyang jadi apa? sleepy gila. rasa macam nak mintak korang slap aku kasi jaga sikit. haish,jadi nya. ketagihan nescafe kembali menghantui hidup. baru 2 minggu pantang nescafe,sekarang dah ketagihan balik. cuma sekarang aku buat neslo.aku campurkan nescafe 3in1 dengan milo 3in1. so jadi neslo 6in2. wah! sedap sampai belum gila. cuma macam separuh gila sebab sedap. sedap la oi,sedap. cuba try test. ok,adik-adik penggunaan bahasa akak izan adalah salah dari segi tatabahasa. sila jangan tiru. eh-eh. kepada akak-akak dan abang-abang juga.

jumaat ni dah boleh balik rumah. kelas pada hari jumaat dibatalkan. yeay! khamis malam ada kelas lagi. nak ponteng ja boleh tak? ala,mana pernah ponteng lagi kelas dr.mazlan. hahaha. tengok la,kalau aku rajin,aku pergi. kalau malas pon aku pergi. eh,maknanya aku pergi la kan. pergi ja la. kan nak teman yuni pi beli barang sikit jumaat tu. ops,lupa nak cerita pasal hadiah yang yuni dapat masa birthday dia yang lepas kan?

hayyan bagi yuni tabung bentuk tong gas. damn cute! sebab yuni suka menabung duit syiling. duit kertas dia membuang. hahaha. yona bagi bakul sampah kecil comel. apakah maksudnya yona? hahaha..





Monday, February 01, 2010

sikit-sikit,lama-lama jadi bukit


sebelum ke fakulti untuk membuat sedikit diskusi ilmiah harus di update serba sedikit berhujung minggu di bilik tanpa pulang ke rumah. dengan ketiadaan rumate terchinta lalu diganti dengan part time rumate terchinta juga. nur athiah halmy. babe,terima kasih kerana mensudikan diri meneman i tidur. tak da la u kena kacau dengan mendalah yang suka ketuk pintu bilik u malam-malam if u tidur sorang-sorang. wanie pon tak dak kan di bilik. so,u teman i,i teman u. kata lesbo! erk..bukan kata kawan. hahaha..

aku masih normal. dan bernafsu terhadap insan berlainan jantina. bukan seperti one of my blogger friend yang tak ingat apa jantina dia. ish ish ish...syuk,jangan lupa ok note law aku. syuk bukan nama sebenar.

hari sabtu athiah ke kelas pengurusan perasatuan se-awal 11 pagi dengan secara bangga kelas tersebut batal lalu athiah pulang ke bilik dengan mencari bantal golek berwarna merah beliau. atie,jangan lupa ambil kau punya bantal golek ni. menyemak atas katil aku. dan telah mengusulkan diri ke kajang makan KFC dalam suasana seperti di mamak sahaja. serius aku kata. KFC di kajang memang hampeh! lagi gah KFC tangjung malim. apa daaaaa..sistem pengurusan tak bagus. tolong la jaga sikit your hygiene quality kepada pihak yang bertanggung-jawap. tak kan i nak kena basuh garfu sendiri time nak makan nasi ayam KFC korang. i ni customer. customer always right kan?

ahad duduk-duduk bersenang lenang di bilik seperti orang tiada boyfriend. sebab mr.izan suruh i study ja minggu ni and minggu minggu depan baru boleh jumpa. aduh,lama lagi tu. takpa izan. kau habiskan dulu mid term exam ni ha. then boleh pi menggedik dengan mr.izan. biasa la,orang baru nak bercintun kembali. memang macam budak baru nak up sikit. sikit-sikit nak rindu la,nak sayang la,nak manja-manja la. gedik oh...

dah,yuni nak jemput aku dah ni. sila salahkan yuni sebab aku tak dapat mentaip secara detail perkembangan minda di hujung minggu.




Monday, January 04, 2010

entry ini ada unsur bangga terlebih

jom seru mood berblogging ramai-ramai...mood,sila datang pada ku. sila la oi,sila oi...seperti gaya mak cik-mak cik jemput masuk rumah time kenduri. aku bukan sahaja malas nak berblogging sekarang. mood nak tidur pon makin berkurang. ntah mana la mood-mood baik aku tu pergi. sekarang timbul mood-mood pelik plak. aku suka masak,suka tengok resepi kat internet,suka tengok picture orang kahwin cam dalam blog aliapeng ni. macam dah sampai ura-ura nak ke alam barzakh ja kan? buang tabiat sungguh dah ni.

4 hari duduk kat rumah kakak aku telah menyebabkan aku berfikir,kalau aku tak pandai masak,apa la nasib anak-anak dan suami aku nanti. kalau nak makan kat luar hari-hari,kahwin dengan tokei balak pon boleh bankrupt. kecuali kalau aku kahwin dengan tokei-tokei balak. makna nya dia ada seratus lori balak. ha,yang tu boleh la kot nak makan dekat sebelah hotel 5 bintang hari-hari. ops,before terlupa. hari ni birthday kakak aku. HAPPY BIRTHDAY ROSLINA MUHAMAD SALLEH. oleh kerana itu,beliau telah membelikan aku beberapa bentuk hadiah sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke 20 tahun. aah,kitorang ni kembar. hahaha


hadiah pertama,tapi hadiah ini bukan aku ja dapat. SUZANA MUHAMAD SALLEH pon dapat. angah aku shopping kasut sekolah anak-anak dia lalu aku menyambar selipar yang dah lama aku teringin nak beli. rm 16.90 sahaja ya. mula nya nak bayar sendiri,sekali angah aku kata, its ok. bayarkan sekali ja. seperti adik yang di cucuk kan hidung. aku hanya menurut dengan senyuman lebar di dalam hati. ilysm! ;)

aku tayang sekali lagi untuk korang. sila jeles sebab aku ada kakak macam ni. sebab apa aku tayang sekali lagi. sebab wajip tayang. PAPADOM!

2nd present yang aku dapat, beg toiletries ni. aku bayar RM 12.90 + cupon cosway angah aku. kalau tak guna coupon cosway harga dia dalam rm 25 ++ kot. sorry,aku tak ingat. yang aku tahu,without my sis's coupon aku tak kan beli. once again,ilysm! ;)

wajip tayang pandangan dari depan yang boleh di tutup. okey,lepas ni aku takkan lupa lagi bawa berus gigi or shampoo ke rumah kakak aku. and terpaksa guna shampoo dia.

lastly,aku and angah aku berjaya masak spagetthi without any experience. just berpandukan resepi dari mesra.net. berbangga sebab athiah makan dengan berselera. sedap atau tidak? hanya athiah ja yang tahu. hahahaha

p/s: hati asyik berdebar-debar ja ;P