Followers

Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Seksikan Bibir Ku?

Hai, salam.

Maaf kerana telah lama tidak berbelog. Diri ini telah sibuk sejak dua menjak ni. Pergi kerja matahari tak terbit lagi. Balik kerja pula matahari dah terbenam. Senang kata tak nampak matahari pon. HUHUHU

Oleh kerana malas nak edit gambar aku and what so ever cerita yang best pasal diri ni, best ke? So, aku share some of tips, jokes and pictures yang aku dapat dari foward-foward email di ofis. Eh, biasa kan dapat? HAHAHA.

So, hari ini punya sharing pictures adalah mengenai bibir. Yes! Lips!

Panda Gemuk!

Kucing Garang!

Bee Comel!

Black Cat

Ulat bulu atas Daun.

Badak???

Agak-agak ape? Sesumpah kot.

Sexy Crab!

Pikachu!


with❤:izan®

Tuesday, June 14, 2011

Aku Bebas dari Barah Payudara.


Hai, salam. 
So, lets share about Breast Cancer.
Semua orang mempunyai hak untuk mengatakan mereka sihat tanpa sebarang penyakit. Tetapi hakikatnya, ramai yang tidak sedar bahawa mereka dihidapi penyakit yang berbahaya. Antara penyakit yang boleh membawa maut adalah kanser payudara. Bila menyebut mengenai peyakit kanser payudara, ramai yang menganggap penyakit ini hanya akan menyerang golongan wanita sahaja. Namun hakikat sebenar, penyakit ini turut menyerang kaum lelaki. Bahkan tahap untuk kaum lelaki diserang peyakit ini sama dengan kaum wanita tetapi bilangan yang diserang penyakit ini kebanyakannya hanya mengetahui mereka menghidap penyakit kanser payudara tika penyakit sudah berada pada tahap tiga dimana peluang untuk pulih adalah tipis. Ibarat “telur dihujung tanduk”.

Oleh itu, jadilah masyarakat yang peka dengan bahaya kanser payudara. Ambil tahu punca dan kesan-kesan awal serangan kanser payudara. Jadilah masyarakat yang saling mengingati sesama individu lain. Mungkin pendedahan mengenai penyakit ini belum sampai kepada sesetengah masyarakat yang lain. Pengesanan secara berkala dapat membantu kita mengesan kehadiran kanser payudara. Pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa.

Pemeriksaan kehadiran benjolan-bejolan yang berkemungkinan boleh menyebabkan kanser payudara boleh dilakukan secara sendiri atau mendapat bantuan dari pihak yang lebih arif. Banyak artikel dan buku yang boleh dibaca dan dijadikan panduan untuk kita menjadi individu yang peka dengan kehadiran kanser payudara.

That all for now. Bagaimana untuk mencegah Kanser Payudara? Next Entry.


with❤:izan®

Monday, June 13, 2011

Siapa tahu pasal Barah Payudara?

Hai, salam.
FYI, aku ada exam 24 Jun ni. Jangan panik, jangan panik. Memang benar ya saya ada exam.Tapi belum buat apa-apa ulangbuku. Mungkin akan mula hujung minggu ni. Sekarang ni baru aku faham, bagaimana perasaan orang yang belajar sambil bekerja. Penat weyh. Aku yang kelas seminggu dua kali ni pon ada juga yang terponteng kelas. TER-ponteng adalah ketidaksengajaan. Harap maklum.

Subjek yang aku ambil untuk semester akhir ini adalah subjek Penjagaan Kesihatan Diri. Dan paper work yang aku kena submit for this subject is about Breast Cancer. Bila aku buat paper work ni baru aku paham dan mengerti bertapa BAHAYA nya kaum wanita sekarang dari serangan KANSER PAYUDARA. Bak kata Doc yang ajar aku. Jangan panggil PAYUDARA. Sebab tak umum. Kalau anak dara boleh la nak panggil PAYUDARA. Kalau dah janda? Emak orang. Tang mana DARA nya. So, Kita panggil BARAH BUAHDADA. Huh! Sungguh tak sopan kan. But satu kelas gelak time ni. Aku pong :D

Aku macam nak share sikit-sikit la apa yang aku dapat pasal kanser Buahdada ni. Maybe next entry. Maybe, ini adalah kemungkinan. So, bukan janji.

p/s  : Open your mind okeyh bila talk about this. Anggaplah aku share ilmu dengan korang. Amin.

with❤:izan®

Wednesday, June 08, 2011

Pemain Bolasepak Wanita Iran Dihambat Keluar di Amman.

AMMAN-Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alas an team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab.

Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.

Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.

Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, "Team bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam."

"Berdasarkan ketetapan FIFA, dilarang menutupi leher dan telinga ketika bertanding, namun Persatuan Bola sepak Kebangsaan Iran menyatakan bahwa pihaknya telah mendapat persetujuan dari FIFA dua tahun lalu bahwa Team Wanita Iran itu dapat bermain dengan tetap mengenakan jilbab." Team bolasepak wanita Iran berada dalam ranking terbaru FIFA naik dua tangga dikedudukan 51 dunia.


Setelah pembatalan tersebut, team tersebut segera meninggalkan Amman menuju Teheran. Team Iran itu menduduki tangga pertama dan telah bersedia untuk memasuki babak kedua. Ketua Persatuan Kebangsaan Bolasepak Iran, Ali Kaffashian, menyatakan sangat sedih dengan peristiwa tersebut dan menyatakan, pihaknya akan merujuk hal tersebut kepada FIFA. Kaffashian menegaskan bahwa Iran sebelumnya telah mendapat persetujuan dari ketua FIFA agar para pemainwanita Iran dapat tampil dengan mengenakanpenutup kepala khas untuk menjaga nilai-nilai Islam. -tranungkite

Sumber dari Anak Jati Melayu.
with❤:izan®

Thursday, June 02, 2011

Penceraian Putera William and Kate.


Prince William Divorces Kate Middleton After 5 Weeks
'I Made A Terrible Mistake' Says Heir To British Throne

LONDON—Barely a month after marrying 29-year-old Kate Middleton in a royal wedding ceremony watched by an estimated 2 billion people worldwide, Prince William announced Tuesday that he and Middleton have divorced and that the entire marriage was "a tremendous mistake in every possible regard." "I really don't know what I was thinking—we're a terrible match, I don't love her and never have, and, to be honest, I never really had any interest in being married in the first place," announced the now unattached Prince William to a dead-silent British press corps. "People thought our wedding was some sort of fairy tale, but I assure you it was all just some ghastly ceremonial farce that got out of hand. I'm just relieved it's over, frankly. And I'm glad I'll never have to see that awful woman again." Prince William then told the assembled reporters, "Well, see you all later," smiled, and walked back into Buckingham Palace.

sumber : The Onion.







with❤:izan®

Thursday, April 14, 2011

Cara nak Claim duit praktikal dengan JPA

Hai, salam sejahtera.
Siapa pelajar tajaan JPA? Anda telah menjalani latihan amali atau dalam erti kata lain praktikal? Adakah anda tahu yang anda boleh menuntut claim dari JPA untuk sepanjang tempoh anda berlatihan amali tersebut? Tapi anda harus memenuhi syarat-syarat seperti :
  1. Telah tamat menjalani tempot latihan amali tersebut. Bukan nya sedang, tengah mahupun akan. 
  2. Tempat praktikal anda mestilah lebih daripada 25KM daripada universiti tempat anda belajar.
Jika cukup syarat. Sila ambil borang di HEP universiti masing-masing. Then isi borang tersebut. Sila sertakan clock in and out sepanjang tempoh anda praktikal. Jika tidak ada. Buat surat dan minta penyelia syarikat anda menandatangani surat tersebut untuk mengesahkan anda telah tamat menjalani latihan amali dan berapa lama tempoh yang diambil untuk menamatkan latihan amali tersbut. Kemudian hantar kembali kepada HEP.
Sekian laporan saya.

with❤:izan®

Friday, February 25, 2011

Ini Kisah Romantik

Hai, maaf kerana telah lama tidak update. Sebenarnya laptop aku tak boleh nak On. Ntah kenapa tak pula aku belum kaji lagi. Buat masa ni aku hanya mampu meminjam laptop Tasha untuk memenuhi tuntutan beronline lepas balik kerja. Ada banyak cerita yang nak aku jaja, tapi semuanya tersimpan dalam otak. Mungkin ada dalam 5-6 entry tertangguh yang mungkin aku akan buat dalam masa satu hari tapi akan dipublishkan dari hari ke hari. Peringatan, aku kata hanya MUNGKIN. Bukan Janji. Untuk hari ni aku sajikan dengan cerita romantik yang baru sahaja aku saksikan si stesen LRT cempaka tat sat masa aku duk tunggu hujan berenti untuk balik rumah.

Ceritanya begini. Dah macam nak bercerita dekat anak buah aku pulak dah. Masa aku duk tunggu bawah bumbung pejalan kaki dengan si Tembam yang dan cacat, aku nampak seorang lelaki ni pakai baju hujan warna merah, helmet merah, duduk atas motor LC merah semacam tunggu seseorang dalam hujan yang agak lebat. Yang aku kagumnya dia tak berganjak sikit pon nak berlindung tunggu bawah kawasan berbumbung ataupon bawah pokok ke kan. Lelaki ni stay dengan machonya kat tempat tu.

Dalam 30minit kemudian, aku nampak seorang perempuan preggy. Mungkin kandungan tu dalam bulan ke-7 or bulan ke-8. Sebab dari pemantauan terhadap perut kakak-kakak aku yang pernah mengandung lebih kurang macam tu la perut deme time 7-8 bulan usia kandungan. Perempuan preggy ni pakai baju warna kelabu, seluar hitam dan tudung hitam. Perempuan tu berjalan ke arah lelaki yang menunggu dalam hujan tadi lalu terus mencium pipi lelaki tersebut. Oleh kerana aku hanya 1meter je jarak dari tempat kejadian, so boleh la aku dengar sikit-sikit dialog seterusnya.

Preggy Women : Laaaa..kenapa tak tunggu bawah bumbung? Kan hujan ni. Sorry la, sayang lambat sikit hari ni. (sambil sambut helmet yang diberikan oleh lelaki yang menunggu dalam hujan)
Lelaki LC Merah : Tak pe. (sambil senyum)
Preggy Women : Dah lama ke tunggu?
Lelaki Lc Merah : Tak lama mana pon Abang tunggu.. (sambil senyum lalu membuka baju hujan dan dihulurkan kepada wanita preggy)
Preggy Women : Laaaa..abg pakai la...
Lelaki LC Merah : Tak pe la. Sayang pakai eh. Kesian Baby, nanti sejuk.
Preggy Women : Abang ni....(sambil memakai baju hujan tersebut dan membonceng motor tersebut)

Aku yang menyaksikan adegan romantik suami-isteri dalam hujan tadi terus terasa nak kahwin. Pergh! Gatal sungguh! Hahaha. Jangan time baru-baru kahwin ni je romantik lelaki-lelaki diluar sana ya. Makin lama kahwin tolonglah menjadi makin romantik. Kami ni kaum hawa lagi akan bertambah sayang. Eceh!

p/s: alan pon romantik kot...eh? ye ke? HAHAHA

with❤:izan®

Saturday, October 23, 2010

sunsilk free

selamat pagi sabtu semua.

ada apa-apa perancangan di hujung minggu ini? jika tiada buat-buat la duduk rumah tu berkemas. ada juga faedahnya.jangan kerjanya nak dating je hujung-hujung minggu ni. tambah-tambah student UKM macam aku ni. khamis ni dah start exam. ape ke bagus kiranya engkau study sekarang izan oi? sekejap, tengah menikmati nescafe setelah 3 bulan aku tak telan. oh mai...tersiksa okeyh, jiwa batin aku. tapi its ok, aku dah dapat control selama 3 bulan. so lepas ni, dalam seminggu boleh minum secawan je.

kenapa bila aku taip entry ni, hurufnya lambat benar nak keluar. sampai dah abes taip baru huruf meluru keluar. rasanya dia merajuk kot dengan aku sebab semalaman pasang lagu sambil teman aku study sampai ke pagi lagu tu tak habis-habis. banyak sungguh rupanya lagu dalam laptop aku ni. baru perasan.

kita masuk ke cerita sebenar, cerita nya begini.

masa petang, eh petang ke? bukan-bukan dah lepas waktu maghrib, dalam jam 8 malam gitu. ada orang ketuk pintu bilik aku. masa tu aku dengan su masing-masing kat meja sendiri. su pandang aku, aku pandang su. MALAS nak bukak pintu. then kami biarkan sahaja orang yang ketuk tu berbual dengan kawan dia. dari apa yang aku dengar "tak de orang kot". kami bantai gelak dalam hati. maaf lah orang diluar. kami ni kalau dah masuk bilik, melekat atas kerusi amat payah untuk menapak ke pintu. padahal hanya 5 tapak je dari meja.

setelah selesai aku tukar langsir seperti apa yang terpapar semalam. aku buka slide kualiti konon nak study. dalam konon tak konon tu aku habiskan 2 chapter dengan gigih. tak pe izan, ade lagi 4 chapter sebelum khamis ni. then have to study subjek TEORI ORGANISASI yang exam nya sama juga hari khamis yang sama. eh, semacam dah tulis banyak kali kan pasal ni. nampak sangat aku suka dengan table exam untuk sem ni. what the H!

tiba-tiba dalam jam 10 macam tu ada orang ketuk pintu lagi. kali ni dah tak boleh nak pura-pura tak de kat bilik. sebab aku ni jenis yang cepat kesian. aku bayangkan kalaulah aku yang kat luar tu ketuk pintu kan. kot-kot ada hal mustahil ke. bukan-bukan. mustahak. aku bukakan jugalah. ada seorang junior. aku tahu dia junior sebab dia bahasakan aku akak.

adik: akak dah dapat sample sunsilk?
akak: erk, belum.
adik: ni ha, free je. amek la...
akak: ok, thanks.

oh, nampak benar ko bukan akak yang peramah izan. itu je kau jawap? dah tu nak jawap apa lagi..mana boleh ramah mesra sangat. nanti i dapat award akak senior paling sporting plak time dinner. HAHAHA
dan apabila aku hendak memendekkan cerita, maka dapatlah aku dengan su sample sunsilk yang free sorang 2. dua okeyh, kitorang dapat! diulang, dua sample.

boleh abaikan cawan nescafe aku atas buku kualiti tu. baru nak breakfast anak dara ni dah jam 10. normal la kan. jangan nak kata aku sorang je yang baru nak breakfast. aku tahu, korang tu bangun-bangun dah bukak fb kan? jangan la kata bangun-bangun je dah nak bukak blog aku. malu i! KAH KAH KAH

SUNSILK bagi sample shampoo and conditioner. tapi kenapa HIJAU? aku ni kalau bab-bab shampoo aku suka ambil warna pink. itu pon kalau banyak pilihan warna la kan.sebab nampak macam perempuan gitu kalau botol shampoo warna pink. kepada perempuan-perempuan yang pakai botol shampoo kaler lain selain pada pink tu baik korang tukar shampoo yang botol kaler pink. baru gegirl gitu! 

dan disertakan juga bersama SIKAT PINK! tiba-tiba aku rasa macam perempuan sepenuhnya. eh, jangan salah faham. i memang gegirl u dari azali lagi. kalau tak, tak kan la nama aku ada binti. ingatkan saja je lah kan dia bagi sikat free. rupa-rupanya ini adalah alat kawalan kualiti. seperti mana yang aku belajar dalam subjek kualiti. that book said, there are seven tools of quality. nak tahu ape? pergi beli buku ESSENTIAL OF QUALITY by Victor E. Sower. ape ni izan? tak paham langsung apa kau merepek ni labu...

okey, mari kita ceritakan bagaimana sikat ni berfungsi sebagai alat kawalan kualiti. standard yang di tetapkan oleh pihak SUNSILK ialah, sikat tidak akan bengkok selepas menggunakan perapi rambut keluaran SUNSILK. bagaimana sikat ini boleh bengkok? dekat leher sikat yang disediakan terdapat satu besi yang mudah lentur. sekiranya rambut korang kusut sebelum menggunakan perapi SUNSILK maka, sikat akan bengkok. dan selepas menggunakan perapi SUNSILK, mereka menjaminkan bahawasanya sikat TIDAK AKAN BENGKOK. 

sejauh mana kah kebenaran fakta ini? nanti masa aku mandi pagi aku akan try. erk, tapi macam dah nak masuk tengahari kan? so, kita namakan ianya mandi pagi nak ke tengahari. macam tak sabar-sabar nak try test dan cuba!


siapa kata wanita bertudung tak perlu menjaga rambut? lagi bertudung lagi la nak kena jaga. kerana rambut itu mahkota setiap wanita. ecehhhhhhhhhh...

sehingga aku membuat entry seterusnya, kita berhenti di sini dahulu. babai!


with❤:izan®

Thursday, October 21, 2010

surat daripada seorang lelaki kepada 'FUTURE WIFE'

Kehadapan my future wife(s)
I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)
I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan? Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),
You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.


with❤:izan®

Monday, November 09, 2009

banjir ohhh bah..


untuk pertama kali nya ini bukan entry nak kenakan athiah with the word "bah" ;P sekarang musim apa kakak2 and abg2? hujan...panas kejap,hujan. lg panas kasik hujan lg. hujan itu ape? rahmat. makanya kita kena apa? BERSYUKUR...ok anak2 murid sekalian mari ikut ustazah izan sebut sama2,ALHAMDULILLAH ;) *see,izan dah baek hari ni*

tadi masa makan kat kafe ngan yuni and yan,tgk berita jap. nampak noooo aku dah lame tak tgk berita sampai tak tahu yg sekarang ni duk banjir kat belah utara sana. omaigod. sampai tinggal bumbung je tu. ini dugaan yer kakak2 dan abg2.*felling ustazah jap,ustazah sebenar ada di sebelah aku ni*

dengar yuni cerita,yg kalau kat tempat dia dulu kalau time banjir cam ni semua kene pindah duk kat sekolah. nanti sapa2 yg duk kat sekolah tu dapat 500 hengget. ohhh duit! yuni kata ada yg rumah tak naek air pon kasik menyemak duk kat sekolah sebab nak dapat duit 500 hengget tu. *500 ke 50 eh yuni?*

ini sgt tak baek oh kakak2 dan abg2,kerana mengambil kesempatan terhadap kesusahan org laen. cuba yg tak di timpa musibah tu hulur2 sama. *see,lepas maki hamun org izan jadik baek*
kat felda aku tak pernah la banjir teruk2 cam ni. tapi rumah dayah mmg selalu naek air. hujan sikit je mmg rumah die paling teruk naek air. takpe dayah,kalau umah ko tak ley nak duduk,umah aku ade. tak yah duk sekolah. kesian kat bebudak yg nak belajar kalau ko nyemak kat sana. *dayah is my bff,dah pernah mention dulu kan*

ok,ceramah malam dah abes.tunggu ceramah ptg esok plak. sebab esok nak berperang dengan segala belanjawan and other rumus and formulasi yg perlu di ingati setiap adanya.

*feeling usatazah tetibe sebab rasa sedih tgk budak2 yg nak spm tapi tak de tempat yg selesa nak stadi,kak izan tak dapek nak tolong la adik2*

p/s: gtg. katil gebu dan lembut kasik menderam aku malam ni.



Wednesday, October 14, 2009

susah la nak ingat...

angah: adik bape no plat moto adik?
aku: erk...BKL bape ntah,nape?
angah: ntah org ni kata lom bayar duit moto.
aku: jap eh,BKL **** kot...
angah: ok.

sambung wat ppk.

angah: oiiiiiiii...no plat moto sendiri pon tak ingat ke?
aku: hahaha...salah ke?
angah: salah la mak cikkkk...BKL **** laaaaa...
aku: ohhh,ok2 betul. hahahaha

aku mmg jenis bukan yg cepat nak ingat number2 ni. kalau org mintak num telefon aku pon kdg2 aku mintak je num telefon dia balik. then aku miscall je num org tu. hahahaha

*so,sesape nak no telefon aku,sila tinggalkan num telefon anda di kotak komen ya*

dulu masa aku kapel ngan a.i aku ngan dia pakai couple number. beza just number belakang je....oleh kerana aku duk kerap dial no dia je dulu mmg aku ingat number die je la. kadang2 bila org mintak number aku,aku kasik number dia. last2 nanti kene marah sebab ade org konon2 kacau dia sebab aku salah kasik number fon dia. hahahaha

sekarang pon still jadik mende yg sama sebab aku amek num yg baru ni pon couple number gak. tapi bukan ngan lelaki la...ngan si athiah. *jgn pikir bukan2 sal aku ngan athiah* kitorg lurussss...

oleh kerana aku still tak ley nak ingat num fon aku.so aku lom pernah lg la terkasi num telefon atiah kat sesape. nanti once aku da ingat num telefon aku then kasi num telefon aku kat korg, kot2 kalau call aku tibe2 suare cam tak sedap and tak manje je yg angkat tu bukan aku taw...tu sape eh kwn2??? ;P

kah3~ mampos kene blasahhhhhhhhhhh...

lari sayang,lariiiiiiiii...ade makhluk akan tak puas hati ngan aku sal entri ni...

p/s: keep the memory out. ready to make a move! izan boleh lakukan! ;)



Tuesday, October 06, 2009

akan terbukti suatu hari nanti...


ptg tadi baca blog luvida,tapi aku biasa panggil kak ida jer. sebab beliau lebih veteren dr aku. hik3. tajuk latest entry dia panggilan manja. yaw! kompem lam otak korg teringatkan si dia dan si dia dan si dia lagiiiiiiiii...

lam entry kak ida ni kata ade banyak panggilan yg korg dan korg gune mase bercintan cintun ni. aku baca mana2 entry yg mana cerita pasal love story diorg pon ade banyak panggilan yg dapat aku kenal pasti.

then aku komen la kat kak ida yg aku dulu ngan a.i gune bie and nie. tahu kak ida komen balik hape?????

eleyyy nak tangkap syahdu lak..hahha!
oiyttt betol ke gune bie nie??
huahua~~

ley plak kene gelak kan??? hape? ingat ai tak romantik ke? kate pieces...hanya partner for pieces je tahu yg kita ni caring,loving,loyalt,manje,romantik,akustik???,penyabar,pemberi semangat yg bekobar2,sangat mengambil berat,bertolak ansur and segala sifat mahmudah yg ada di muka bumi Allah ini ;)

then aku tye la nape tak caye ke???

izan,

agak la...
bukan ape, izan ni salu je wt lawak..kak ida x tau mne satu nk caye...tang pgl bienie tu..akk kne siasat dulu...=P

itu yg kak ida reply,hokey...once ai dapat bf nt tgk la bagaimana sifat2 loveable partnerku keluar..tak caye???

try tnye all my EX's...kah3...all? EX's?? termuntah2 korg bace........lalalala~

p/s: mana nak cari bukti ni...haishhh,kantoi nt ;P




Saturday, September 12, 2009

aku,kamu dan kita semua ;)

gambar masa kitorg otw ke sg.sedim,kedah. program RAKAN MUDA,UKM.
(dari kiri) atee,aku,yan,yona,izah,yuni. jgn kata apa2 pasal muke aku,time ni aku lapar gila+ngantuk.

update dr bilik yuni.saje lepak bilik die konon nak stadi M.A. baru 1 chapter aku da ttdo. then yuni sempat la beberapa chapter die plak ganti aku tdo. kalo aku ikot sama dia tdo jawap nye sampai ke ptg la aku tak bangun.

ptg ni ade gathering kat pelita,KLCC. dak2 MRSM aku wat. masalah nye yg join ni kebanyakan dr kelas laen. bukan dak2 kelas aku. aku dulu tade la rapat sgt ngan dak2 sains,sebab aku amek akaun. dak2 akaun ni biase nye disisihkan sebab ye la,kitorg blaja akaun je kan,bukan blaja biologi cam diorg ;( huhuhu

tapi dak2 kls aku still amek fizik and kimia,cume tak amek biologi je,tukarkan dengan subjek akaun. so separuh sains la kitorg ni. aku rase sistem MRSM semuanya cam tu. <--adeh teringat plak cter lame...

dayah,lan and ften ade je ajak aku pi,tapi rase cam malas plak. esok plak aku ade paper. kitab tebal nak mampos ni mmg takan abes nye. tengokla cam ne nt. aku janji ngn ften pas asar aku decide.

mukadimah je atas tu ;)

kenapa kaum lelaki still kene ade kwn perempuan sedangkan mereka da ade pasangan yg mereka fikir cocok?

(tade kene mgene ngan sesape,sila jgn terasa)

antara sebab/prisip kaum lelaki yg aku dapat kenal pasti :
1. kaum lelaki ni just nak kwn je ngn pompuan laen tapi awek die pikir diorg ni nak cari laen plak.

2. kaum lelaki pikir nak tambah kenalan sebab nt kenduri ramai ley dtg,tade la kaum sejenis diorg je.lg satu betambah2 la hadiah. bini diorg gak yg happy nt. diorg lg la tambah happy kurg belanja nak beli pekakas rumah.

3. bercinta tak semestinya tak boleh bersembang,berjumpa and senyum ngan perempuan laen selain awek diorg,ini sudah menyalahi hukum percintaan kerana bercinta adalah untuk kesenangan bukan menghadkan pergerakan and perbuatan kaum lelaki.

tapi! aku rase kalau kaum lelaki ni dah rase diorg da bersedia and kebiasaannya mereka akan lebih menyayangi pasangan mereka kalau kaum-kaum spesial seperti aku,kamu dan kita semua paham dan percaya pada mereka. ;)

-->jgn naek minyak plak bila di beri kebebasan ;)

p/s:korg rase aku ni queen control ke tak if aku bercinta nt? ;P



Monday, August 31, 2009

tanak balik

pagi dirumah amatlah berbeda di ukm. hehehe...opkos la kan sebab kat umah ade mak ayah kat ukm ade sape? katil meja lemari??? huh! bosan.

sempena 31 ogos ni aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA kite kali ke-52. malam td layan cter HATI MALAYA dengan yuni and aty,deme ikut aku berpuasa dirumah. and tanpa ku sedari <--lagu raye la plak kan??? air mata ku mengalirrrr...sob3~ bagaimana susahnya tunku dan org2 melayu tatkala dulu kala berusaha mendapatkan kemerdekaan untuk tanah air kita.

if nak cter sal sejarah kemerdekaan negara kita ni kompem la kan berpage-page aku nak taip. so secara ringkasnye...

MERDEKA KAH KITA????

aku rase untuk aku,aku sudah mengecapi beberapa kemerdekaan lam hidup aku.

1)aku mampu melepaskan diri dari cengkaman internet sejak akhir2 ni. <-- gilak ar tenet cam penjajah plak kan?? hahahaha
2)aku da mampu mengfree kan pale otak aku ni dr pikirkan sal kesenangan org laen berbanding aku sendiri.
3) tanak share ley??? ;P

ley tak aku tanak blik ukm? sebab ape? sebab asik kene paksa wat keje jeeeeeeeeee..tak suke oh. aku bukan jenis yg suke mengikut arahan. biar hati aku sendiri rase nak wat then aku akan wat. so hasilnye aku akan berpuas hati. lantak la org laen nak kate ape pon janji aku sendiri rase nak wat. ni bila ade prg pakse2 nt aku kene gak wat tapi hasil nye aku sendiri takan berbangga. even sebagus mana pon hasil nye,hanya akan ku pandang sebelah mata ;P <--mampos gedik k ayat ko izan!

p/s: duk umah rase cam da nak raye plak..;))





Monday, August 17, 2009

undone

minggu yang meletihkan.sampai aku rase nak patah tulang pinggang,nak tercabut lutut,and nak patah jari kaki aku.ape yang aku wat sampai aku rasa sampai begini??? <--sumpah skema ayat aku. kenapa aku menjadi semakin skema? sebab saya suke! ya! saya suke! lgpun minggu depan da stat ngan exam mid sem. stat dr 27/8 ni. stadi? lom sentuh pape g pon. ingat nak stat weekend lepas tapi mmg aku bz gila last week.

dari td duk sebut bz je kan? meh aku listkan upcoming entri ;P
1.semakin jauh semakin sayang.
2.woodball vs volleyball.
3.lututku bergetar tatkala malam menjelma.
4.terasa sayang untuk ku lepaskan nya.
5.pengganti baru lam hidup ku.

ok! cukup la kalo ade 5 entri bakal aku publish nt. jgn sampai muntah plak nak baca. mmg cukup bz aku dis week. next week bz ngan exam lak. myb blog ni akan senyap jap seminggu dua. and lg satu lappy aku da di hantar ke umah pak lang aku. akak aku amek last sabtu. hopefully ley repair and kembali sihat seperti baru2 aku beli dahulu.

p/s: aku kecewa skg ni ;(



Friday, August 07, 2009

banyak bab

ENTRI PANJANG

ok,amaran sudah diberi awal2,sebab mmg entri kali ni agak panjang.aku akan ceritakan semua yg terjadi terhadap diriku yg kerdil ni tapi tinggi lam satu entri sekali gus.and now,start wat muke siyes,sebab entri siyes nieh. siyes aku cakap sama korg...

BAB 1
kite bermula dengan penceritaan tentang mc aku. ok,last entri kan aku aku ade cter yg aku dapat mc 3 hari dr doc ensem? ingat? tak ingat? abaikannn...aku maafkan kome ;P aku dapat mc sebab mata aku sakit ala2 gatal gitu. sebab ape aku dapat sakit mata? bukan sebab aku gatal2 pi intai intai lelaki kacak ke apa ke. sebab anak buah aku iman kene jangkitan ni so die kan duk umah mak aku last week time aku balik umah sambut beday anak buah aku yg kecik (isha) and sekali ngan beday kakak (alya). then aku pon kene la sakit mate nieh..


nah,amek ko mata aku.ni mase 1st day aku kene. mase 2nd day siap 2-2 belah lg. korg bayangkan je la eh. da la ngan merah+bengkak+berair. sangat tak suke ok.aku tdo jeeee sepanjang aku sakit mate ni. bukak2 je mate penuh ngan najis2 halal kat kelopak mate aku nieh..habis tak sexy mate aku...lalalala~

tapi skg da ok da,mate aku da kembali sexy seperti biase. so sape2 yg ajak aku kuar last week and aku tolak tu bukan sebab ape,sebab aku tanak kome kene sakit mate gak.biarlah aku sorg je yg rase betapa sakitnye,nak sujud time solat tu rase cam nak tekeluar bijik mate aku ni ha. <--padahallllll malu nak kuar ngan mate tak sexyyyyyyyyyyy...miahahahhaha..


<--so,ajak la balik nak blanje aku makan ;) lalalala~

BAB 2

da abes bab mata.then kite masuk ke bab seterusnya sal celebrate beday party isha and kakak kan. pic semua kat angah aku. sedangkan die lom post pape entri sal beday anak2 buah aku ni. nt aku akan usahakan mintak pic dr dia. sbb skg si kakak ngah demam n die plak sakit mate same cam aku. kate adik beradik kan so semestinye tahap metabolisma kitorg lebih kurg same je ;P pas aku sakit,dia plak kan...tapi da ok da rase nye mata dia. aku pon lom kesempatan nak tye kabo dia. sebab masing2 ngah bz ngan hal masing2. hopefully mata dia da ok. da ok ke angah???

BAB 3
bab 3 ni sedikit emo sebab mmg aku nak luahkan segala2nye pon kat lam blog ni. kome tak suke??? ade aku kesah??? ok2. tak marah kome. marah kat kawan aku ni! kawan??? baek tak yah ade kawan la kan kalo de kawan cam ko...baek ko amek mangkok jamban tu tutup muke ko lagi baek dr ko kate ko kawan aku!

<--sangat marah ok skg.

cerita nye cam ni (aku pendekkan) aku namekan die muketebal. muketebal ni pinjam duit aku kate nak repair laptop. aku kasik la 300hengget... then???? die pi joli ke cameron highland.aku nampak pic die lam fs seminggu pas die pinjam duit aku. aku tak ungkit pon sal die g ke mane ngan duit aku tu. then ade la lam satu mase ni,aku betul2 nak gune duit. ye lakan da nak last2 sem duit mmg tak cukup saje la kan. ade je aku simpan sikit kat angah aku. tapi malas nak mintak ngan die, sebab duit tu aku rase nak gune time yg lebih2 memerlukan nt.

aku pon ngan sms yg berani mintak la semula dia bayar duit tu.
"awak,ley tak awak pulangkan semula duit yg awak pinjam tuh? saya nak gune duit sket skg nieh,if awak tak dapat bayar sekali gus sokey,bayar 100 dulu pon ley tak?"
then,cam lambat sket baru die reply, janji nak bayar pas die dapat duit gaji time die keje mase semester break harituh. sekali ko tak bayar gak,then pi beli hp baru??? mane aku taw die beli hp baru??? ley plak gedik2 soh aku send die mms pic tebaru aku??? weyh! bayar la duit aku pak cikkkkkkkkkkkk...ko ingat free2 ke aku dapat duit? ko dapat biasiswa petronas kan? tak cukup ke???

aku sms da tak reply.call? haremmm nak angkat...so,kome rase fatut kah aku saman beliau? bukti ado,slip aku masukan duit still ado..kang aku saman kang. malu dio sekampung. tamo la. ai tak kejam ok. just nak ko bayar la balik pak cikkk.. ai tengah kering nieh, macam2 den nak kene bayar pas nieh!

laptop -->45 hengget
baki yuran--> 125 hengget
tetttttt-->1350 hengget

baki la akaun bank aku? tinggal bape je niehhhhhhhh..mmg tak cukup nak survive sampai akhir sem! hamek ko izan! joli lg kan??? <--pap,adeh! kan da kene...

<--ok2,izan tamo marah2~ ;)

BAB 4

ni pon agak emo sket kot <--apahal aku ni nak emo je nieh. datang bulan ke hape? mmg pon... ok,ni emo2 gedik sket ok. td mase kelas IT, de kwn aku ni tye la pasal kes aku ngan si Alfonso? aku? ;)) senyum je ohhh...wat2 muke tak salah. aku taw mmg aku salah lam hal ni. aku tak patut take 1st step if aku rase aku tak yakin,tapi sebab ape aku nak gak take 1st step dulu?? sbb aku rase aku da bersedia. tapi ternyataAaaaaaaAAAaaaAa aku belum bersedia at all. bila aku pikir2 balik,aku mmg seorg yg suke wat keputusan then M.I.A je. aku suke marah org yg m.i.a nieh. tapi aku pon selalu wat. bukan aku nak m.i.a terus. sebab aku pi kls ke mane2 aku still aku selisih ngan alfonso.

sorry for everything u ;( i noe dis is all my fault.

so keputusan yg aku wat sekarang,aku ngan die seperti sebelum2 nieh. sebab satu ayat yg wat aku ley wat keputusan. kwn aku yg tye kat aku sal alfonso ni cter yg alfonso cakap cam ni ngan one of my fren gak.

"u,i ngan izan da tade pape,so u kite ley la kapel balik" <--lebih kurg je la ayat nieh,aku tak dengar,kwn kepada kwn aku cter. ni lah satu kelemahan nak kapel amongs ur fren gak. sbb ape kome wat kejap je partner kome taw. ai tak marah u. tapi ai jadi malu nak jumpe u. huk3~ <--gedik ohh ayat aku...lalalala~

BAB 5

sambungan bab 5 akan di cterkan pas aku rase mood aku kembali ok.

p/s: teringin nak makan sate kajang+kopi o ais laaaaaa....



Saturday, July 25, 2009

ahad bizi


penegasan disini, esok aku bizi. sila jgn ggu aku pada esok hari. if de pape sila tinggalkan pesanan di nombor telefon yg tertera. 013-6420***. hahaha...

ayat kompen nyampah ohh korg nak bace. sok aku nak kuar actually. kemane? ngan sape? akan di ceritakan if aku rase tak terlalu personal untuk disarekan disini. <--oh,lempanglah aku....



pg td de org msg aku,katenye pandai tilik nasib just ngan tgk mata je. so die kate die still ingat mate aku cam ne. almaklum lah,mate aku kan satu aset termahal tuk dilihat. sekali pandang sure n kompem jatuh hati nye lah ;) lalala~ mak aku selalu kate if aku nak pape tak yah cakap coz my eyes can tell exactly what i want.

see,how dasat my eyes kan? hahaha



1stly dia bgtaw kelebihan aku <--ade kelebihan ke aku ni? tak perasan plak ohhh ;P kah3~ sumpah korg geli nak bace,tapi aku suke oh part nieh ;) hahaha...geli2 tu menawannnnn...

okai,mari kite terjah tilikan kwn aku nieh ;P jgn percaya 100% sebab aku rase de yg tak betul ;P hahaha...

"izn ni mmg mementingkan kekemasan diri ar. nak kuar kejap pon nak kene tgk cermin dulu.biar org tgk tak lawa pon,asalkan hati rase tenang je and rase lawa jer.lepas tu,bile ngan kwn2 mmg gler2 sket izn nieh. peramah ar. cam if ade org dtg umah,mmg banyak cakap ar,mmg suke senyum n tegur org. pastu bila izn sayang seseorg,izn mmg sayang gler2 ar.biar die tak lawa pon,tapi hati tu cam telekat dah. tapi 1 je,bila izn cakap ley wat org bajet cam izan suke kat die. tapi lam hati izn,izn just nak kwn jer.tak lebih pon"

<--ayat di atas aku da tukar lam bahasa melayu yg agak simple,cos sender dis msg adalah org terengganu,so bahasa die agak keterenganuan. and telah di translate oleh yuni a.k.a translator bahasa ganu aku ;P hehehehe

then aku mintak die tilik sifat buruk aku lak sbb mesti nak kene fair kan if da bgtaw yg baek yg buruk mesti ade. kompem n sure la aku banyak yg buruk dr yg baek ;P hahahaha

"izn ni suke sgt memerhatikan org,pastu suke ngumpat ar,ngate org straight je depan org tuh. tapi still lam nada gurau2 ar.pastu izn ni tak suke basuh baju sikit2,suke kumpul bebanyak n basuh sekali trus.sekali da kemas semua nak kemas. tapi jap je pastu sepahkan balik barang2 yg izn da kemas tuh"

pastu aku start yakin cam betul je mamat ni tilik aku,tambah2 tang basuh baju tuh ;P hahaha

"izn ni kalo tade mud senyap je,if orang tak kenal izn mesti diorg akan kate izn ni sombong.pastu blaja suke blaja dr awal lagi la,tapi tu mase kat sekolah dulu pastu skg tak pasti lg rajin ke tak nak stadi awal2 (ceit! tekene aku) tapi izn ni pelik sket sbb izn cam suke je org kate izn hipokrit"

-->okai,sampai part hipokrit tu aku cam tak ley nak trime n nak paham sket. so aku mintak die explain part tuh.

"cnthnye cam ni,aku tak suke la kuar malam,maksiat tapi lam nada suke2 ar.padahal pergi je.pastu bile org kate jgn nak hipokrit ar,then izn gelak2 je. maknenye izn cam suke bila org kate izn hipokrit"

-->okai,thanx to yuni coz tolong aku memahami ayat2 ganu dr sender msg diatas ;)

so far,aku kenal mamat nieh baru 3 minggu. jumpe baru 2 kali. tu pon time cat banner tuk hari keluarga kolej ibu zain. n tak pernah jumpe ber2 pon ngan die. die ni 1st year kat ukm nieh but umur baya aku je. sbb dulu die amek STAM (sijil tinggi agama malaysia). so kire die ni lam kalangan bakal ustaz2 la. hairan gak aku cam ne seorg lelaki yang baru jumpe aku for two times can describe a little bit personal about myself and my life. ;P hahaha

tilikan ni aku rase hanya dr kaca mata dia je,dr kaca mata korg aku tak taw la cam ne. dr pandangan aku sendiri?? no komennnn...tettttttttt. ley tak aku nak lari cam biase? hahahaha

p/s: nak tgk cter antu sok! sape nak ikot? jom! ;) ptg ni nak jog kat tasik kejut. ahakz! meh la join sesame. motiff? sihat sentiase ;)




Wednesday, July 22, 2009

motip??

sape rindu aku? cepat angkat tangan...<--sumpah melekat kaki kat pipi aku ni! hahaha

malam td call akif,mintak tolong die tgk kan laptop aku yg still tak ley nak gune, mmg sangat hampeh. akif ni sape? tanye hasnul. hahaha. tade la. akif ni same kolej ngan aku,dak fakulti kejuruteraan. still single and available. nak no tepon? tak ley! hahaha <--mampos if akif bace blog aku! ;P

so,pg td g anta laptop aku kat akif. hopefully die ley repair la. da macam2 tempat aku anta. haishhhhhhh,if nak cter sal laptop aku ni,mmg sgt sakit hati. nasib ade yuni,yona n atee. ley gak aku lepak2 kat bilik diorg gune lappy kome kan? thanx kengkawan ;P <--time ni la kawannn..hahaha

semalam angah aku kol. tapi aku tak sempat nak angkat. sebab aku n yuni g round2 1 ukm. <--jog ohhh,saje nak jamu mate tengok pemandangan ukm ;)

menurut perbualan angah and aku semalam,mak macam nak bagi aku moto je, sebab mak soh angah tengok2 kan moto kat area sini. mak kate kalo ada, belikan la tuk adik nt mak bayar. ;) adehhhhhhhhhh,gumbiranya rasa hati ;) omak tanak kasik adik kete ke,lg selamat mak. moto kan bahaya ;P lalala~

tapi if pakai kete skg kat ukm,sgt la menyusahkan hati, diri, dan kwn2. sebab ukm skg da wat sistem park and ride cam kat putrajaya tuh. cuba korg bayangkan, kitorg yg duk lam ukm ni then nak kene park kete kat luar ukm,then nak kene amek bus lak masuk balik lam ukm. apakah???? ape motip bawa kete,if nak kene park kat luar and nak masuk dalam balik pakai bus. org bw kete nak senang,nak cepat sampai kuliah and kelas.

-->emo oh aku.sebab malam td kete hayyan kene pagar. hahaha. sengal gler, dak cine tuh siap langgar je pagar tuh. aku n yan tgu la gak kete depan kitorg kuar baru kitorg kuar. ukm oh ukm. apekah motip sistem ni di buat.

kompem de org marahnye aku post entri ni. ye la paham, parking susah nak dapat kat ukm ni. takkan semua parking lam ukm ni nak reserved tuk staff n lecturer kot? <--ampunnnnnnnnn,kedepek! aku da dapat kaki!

oleh itu,aku pikir ok je bw moto,senang nak park,senang nak stat,senang nak bawa. senang cite semua jadi senang la if de moto berbanding kete. tapi if omak den nak kasik kete ngan hati yg terbuka den kato. "thanx omakkk" hahahaha

minggu ni nak balik umah,tapi de org sentap plak sebab tak dapat kuar ngan aku if aku balik umah minggu ni. if aku tak balik umah minggu ni bile plak aku nak balik. sbb 2 ogos tu de pesta pe ntah kat buzen ni. minggu ni je aku free sebab koke tade sabtu ni. tapiiiiiiii. tape la abaikan ;( <--kompen die bace nye blog aku ni. ade aku kesah? blog aku kan...lalala~(u,malam ni i pujok k) hahahahaha

hadiah si isha aku da belikan,kasut akak aku pon aku da belikan,adiah tuk lan pon aku da beli gak. juz adiah kakak je aku lom beli. sbb aku pi cari adiah2 hari tu kat mines,kat mines tade miss whatever. so aku tak jumpe beg yg kakak nak tu. kakak nt mak su cari kat mid eh. sory.

da 2 hari aku asik tdo awal je. sbb bile aku tdo lambat macam2 aku pikir. pikirkan tu la ni la. nak sedapkan hati die ni la,die tu la. hati aku? sape nak jage?????? mak aku gak! asal nak nages sket aku kol umah,sedih sket aku kol umah.letih sket aku kol umah.ntah la. rase nak balik umah sesangat.

panjang lagi ni aku nak taip. tapi aku de keje nak wat. nak kene anta jumaat ni. tapi satu hapak aku tak sentuh lg. wani mai la amek aku kat buzen ni. ;P

p/s: emosi kacau bilau...



Friday, July 17, 2009

hadiah

hari ahad ni ade KESIZ. tak taw KESIZ tu ape? Kejohanan Sukan Ibu Zain. so tuk warga2 kolej ibu zain je ley join. aku? sumpah aku tak taw maen pape acara. lari? lompat kijang? lompat tinggi? haremmmmmmmm. yg aku taw,merentas desa, lam acara ni aku ley la nak dapatkan tempat under 20. so,kesimpulan di sini aku hanya mampu tuk acara lari long distance. agaknye sebab aku lahir songsang kot dulu mase kecik. motip?

so,makne nye da dua malam aku,yuni,yan n rakan2 yang laen menyiapkan banner tuk digantung di stadium ukm nt. malam semalam aku balik lam kul 2 pg. malam ni aku lari cabut awal sebab nak siapkan keje Puan Rosmah bg. nak kene bincang pg ni. bace case nye td,cam tak paham pape. lam 5 soalan yg die bagi,2 soalan je aku dapat cari jawapn nye. tu pon ntah betul ke ntah tak kan? mintak2 la Puan Rosmah tak mintak present kat depan ke hape ke.

sok aku,yuni and atee plan nak pi mines. rase2 cam nak tgk muvi. tapi tgk la cam ne nt. kalo sempat ley la kot. lgpon esok jumaat kan,mesti tak ramai dak lelaki melepak kat mines, kalo de pon hanya lelaki2 yg tidak boleh buat suami. tak solat jumaat ke abg??? ampuankan akuuuuuuuu ;P

kelas esok kul 8 habis lam kul 11. nak naek buzen balik nak tukar baju cam malas. ley tak aku nak pi mines ngan baju kurung je? harap2 ade la bakal2 mak mertua aku shopping barang kat mines nt. silap2 di pilihnya aku jadi menantu ;P lalala~

esok nak beli hadiah lan,isha and acik aku.

beday lan: 24 july
beday isha(anak acik aku): 5 ogos

acik aku nak ape ntah,oder kat aku macam2, cam la aku ni kaye sgt kan. huhuhu. tak beli kesian plak,die duk umah je. ngan anak lagi. nak kuar mane pon cam susah je. nasib aku tak kawen lg. kalo tak aku nak oder kat sape? semua da kawen kot. hahaha

p/s: habis lg la duit aku esok....




Sunday, June 28, 2009

semarak

sape pernah bace novel tajuknye SEMARAK? writen by LAMIA AIMAL..aku bace buku ni mase form5 rasenye. aku ulang sampai bepuluh kali ohhh...de la kot lam 20++ kali. sebab ape? korg bace la sendiri novel ni. sgt besh! kalo tak besh,meh lempang aku lelajuuu ;P

-->aku ngah cari novel tu,hari tu de je kat umah nieh,ntah mane pi aku tak taw,sape yg rajin bace novel selain aku kat umah ni. acik aku? tade makneeeeee,die bukan pompuan yg jiwa2 ohh.

ni bukan entri sebenar,hanyalah mukadimah tatkala aku tak taw cam ne nak mulakan entri ni. sape antara korg anak sulung? so,korg mesti dipanggil kaklong,along or lain2. hehehe. sila jgn terasa dengan ape yg aku nk perkatakan disini,cter ini hanyalah sebagai tauladan. aku perolehi cter ini,dr rakan aku. sape yg terlibat? tade kene mgene ngan yg hidup atau telah meninggal dunia. ;) senyum plzzzzzzzz...

----------------------------------------------------------------------------------------------
keluarga pak samad dan mak roha dikurniakan dengan 5org anak. 2 lelaki dan 3 perempuan. anak sulungnya hanya boleh dikenali sebagai along(lelaki). ke2,angah(perempuan). ke3,alang(lelaki), ke4,acik(perempuan). dan last sekali,adik(perempuan). kesemua anak2 pak samad telah berkahwin,kecuali anak last beliau.

along dikurniakan 4org anak. angah mempunyai 3 org anak,alang pula 2 org anak manakala acik pula baru seorg. adik? kan da cakap td die belum kawennnnnnnnn. ;P keluarga pak samad begitu harmoni sehinggalah muncul seorang wanita yg baru kematian lelaki dan mempunyai seorg anak lelaki yg berumur dalam lingkungan 6 tahun.

wanita tersebut hanya boleh dikenali sebagai sara. sara seorg yg kaya kerana mendapat pampasan insurans selepas kematian suaminya. dia mampu untuk menyara kehidupannya sendiri dan anak lelakinya. tetapi sara kekurangan kasih sayang seorg lelaki. sara menuntut kasih sayang dr seorang lelaki yg salah. dari anak lelaki pak samad yg sulung yg dikenali sebagai along tadi. along membalas segala tindakan sara pada mulanya hanya kerana sara merupakan kawan baek kepada isterinya yg dikenali sebagai kak long.

pada mulanya persahabatan mereka hanya berlandaskan perniagaan sahaja. kerana along menceburi perniagaan menanam cendawan dengan sara. lama kelamaan hubungan mereka lebih dr sekadar teman seperniagaan. pada suatu hari;

along:sayang,abg rase kan kalo si sara tinggal ngan kite ok kan?
kak long: tinggal dengan kita cam ne?
along: abg maksudkan abg nak kawen ngan sara la sayang. sayang ley trime kan? sara kan kwn baek sayang ;)
kak long: (terkedu)

kak long mengadukan masalah rumah tangga nya tersebut kepada mak mertua nya kerana bg kak long mak mertua beliau melebihi mak sendiri. lalu mak roha menasihati anak lelaki sulungnya. tetapi anak lelaki sulung nya tetap dengan pendirian beliau. mak roha hanya mampu berkata;

mak roha:kalo along nak kawen gak,mak tak ley cakap apa. cuma bg mak menantu mak hanya ada 4 org je,kalo nak tambah pun,untuk adik kau. maka akan jadi lima. bukan menantu dr anak yg laen lg.

kata2 mak roha hanya dipandang sepi oleh along. bgnya hasrat dihati mesti dipenuhi. dia tidak menghiraukan si isteri yg sanggup menerimanya dahulu di saat dia tidak memiliki apa2. di saat dia masih menghidapi sakit sawan tarik yg kerap kali dia alami. dia tidak menghiraukan si isteri yg melahirkan 4 zuriat dr hasil benih dia sendiri. malah langsung tidak mengambil kira perasaan si isteri yg menjaga kehormatan si suami kerana sanggup menutup aib tatkala suaminya sedang sedap ber'dating' dengan mengatakan suami nya hanya manjalankan hubungan perniagaan dengan sara.

inilah lelaki,habis madu sepah di buang. menurut rakan aku,si along masih lam proses memujuk serta meyakinkan mak roha dan pak samad tentang hajatnya untuk berkahwin lg.malah menurut rakan aku juga,anak2 along telah mengetahui hajat ayah mereka. dan hanya mampu berkata tiap kalli ayah mereka marah2.

"baba ngah bengang la tu sbb tak dapat kawen lg"

agak2 korg la kan sure2 punye yg anak2 along tidak setuju dengan perkahwinan ke2 ayah mereka. bila ditanya kepada kak long samada beliau setuju atau tidak dia akan menempuh kehidupan bermadu. kak long hanya memberi jaminan 50-50 je. kan tak pasrah dengan sepenuhnya itu.(maneeeeeeee adeeeeeeeeee pompuan yg nak bermaduuuuuu!)

kawan aku kate,kak long terasa terhutang budi kerana telah meminjam wang dr sara untuk membayar duit ansuran kedai perniagaan merek sebanyak rm10 ribu. kalo hanya kerana itu kak long setuju untuk dimadukan,aku tak mampu nak berkata apa2. semoga rumah tangga kak long dan along dapat diselamatkan.

p/s:takan terhutang money sampai nak gadai laki kotttt ;P