Followers

Showing posts with label friend. Show all posts
Showing posts with label friend. Show all posts

Wednesday, November 06, 2013

Kelewatan tengok Dayah nikah-Pasang tempat makan Pengantin punya Pasal.

Hai,

Rindu tak? *rahim rindu blog aku tak?* HAHAHAHA

Biasa lah, kalau cuti tak masuk office, maka blog pon bercuti. Kalau duk rumah busy memanjang. Kat office goyang kaki je. *untung la*. Ni pon sambil-sambil update payment listing dengan update blog. Kan dari Jumaat haritu aku tak update. Jumaat tu aku tak masuk office. Pergi hantar barang office kat Bota, Perak. 

Baik punya planning dengan Alan. 

"Abang, halfday eh hari Jumaat ni. Kita balik kampung terus lepas Sayang hantar barang"

Nasib bos lakiku bagi balik awal. Tengahari macam tu terus gerak. Solat Jumaat musafir je la Alan. Sekali dah sampai Bota macam sengal-sengan ubi sikit proses nya. So, jadi lewat juga sampai Trolak. Dah kul 6 macam tu baru sampai. Terus salam-salam mak ayah, solat angkat bontot pergi pasang tempat makan pengantin.

Ha, tujuan asal aku balik awal sebab nak pasang tempat makan pengantin BFF *lahhhhh sangattttt*. Dayah kahwin wey, Dayah dah kahwin. Macam tak nak percaya je. HAHAHA. Budak tu dah la kecik, tapi kahwin awal bebenor. Kalau aku ni tak pe la, besar sikit dari dia. *motif?*. Pasang-pasang semua dalam kelam kabut juga la. Sebab Dayah nak nikah lepas maghrib. Aku bajet dalam pukul 8mlm macam tu.



Kul 7.30 mlm aku dah siap pasang pelamin semua. Mandi-mandi. Tunggu Paah ambil nak tengok Dayah nikah la. Sampai rumah Dayah, budak tu dah siap semua. Tok kadi dah kat pintu rumah nak keluar dah. Hoi! Awalnyaaaaaaa. Ye la, maghrib kan pukul 7 sekarang. Terus pergi depan pelamin tunjuk-tunjuk muka. Budak tu dah nak naik sawan la, aku dengan Paah lambat. HAHAHA. Sorry la Dayah. Aku memang kelam kelibut gila. Tapi Alhamdulillah. Semua dah selamat.



Dah settle Dayah nikah. Gambar masa majlis sanding, nanti la aku update. Kena belek-belek album Ecah upload kat FB. Kot-kot ada terselit muka aku. Aku kan busy mengalahkan pengantin masa tu. HAHAHA

To Norhidayah sahabat dari kecik sampai tua nanti hendaknya,
" Semoga perkahwinan ko berada dalam Rahmat Ilahi. Dilimpahi kasih sayang dan kekal bahagia sampai syurga. Kita lawan siapa dapat anak ramai!" HAHAHA
p/s: Sebenarnya busy jual shawl kat kawan-kawan masa kenduri. Hikhikhik

with❤:izan®

Tuesday, October 22, 2013

Sayang Bini tinggal-tinggalkan. Sayang Laki pon kau tinggal-tinggalkan.

Hai,

Baru je Jumaat lepas update macam mana nak bagi bersemangat update blog. Dah terbengkalai sehari semalam. Serius kalau semangat kau tinggi menggunung tapi masa nya tiada, tidak guna ye. Semalam serius aku busy. Dalam selama aku kerja semalam lah paling busy. Kehulu kehilir aku. Dah rupa despatch. Entah bila la boss aku nak amek despatch tuk aku ni. Eh, untuk company ni.

Curveshawl baru siap separuh. Eh, Actually suku. Sebab suku lagi dah pos dekat kawan-kawan yang dah cop kaler awal-awal masa aku pergi beli kain haritu. Siapa tak tahu aku tengah tungkus lumus buat shawl sekarang, sila like Imtinan Collection sekarang. Ape lagi, like sekarang *sambil buat muka gawang, jengil biji mata sampai nak keluar* Lagi separuh tu, slow-slow la eh. Aku ni dah rupa superwife dah. Nasib belum ada anak, kalau dah ada mungkin boleh jadi supermom. Hik Hik Hik

Eh, siapa ada jual shaklee? Nak try la set laki bini punya. *dasar gatal* HAHAHA

Sabtu Ahad lepas rasa kejap je cuti. Sabtu aku keluar meroyan dengan Amalina and Miza. Pergi beli kain kat Jakel. Tapi macam mana boleh tak ambil gambarrrrr. Pelik dan ajaibnya. Dah la nak jumpa pon 8 tahun sekali. Boleh tak ambil gambar? Hey hey hey. Teruk sungguh. Keluar rumah lepas zuhur teman Alan lunch dulu sambil aku makan gulai ikan bawal sepinggan. Terus berdesup tinggalkan Alan kemas meja makan. HAHAHA. Sebab janji ngan Miza nak gerak kul 12.30 tengahari. 

Sampai rumah dah nak dekat maghrib. Eh, bukan. Dah maghrib. Sekarang kan kul 7 dah masuk maghrib. Nasib masuk rumah tengok Alan tengah mengaji. *terus nak nangis, dosanya tinggal suami sorang-sorang hujung minggu* Lepas tu salam-salam Alan sikit. Nasib senyum je laki aku. Ok la, lepas ni boleh keluar ngan kawan-kawan lagi. HAHAHA *sekejap je rasa bersalah* Eh, aku dah minta izin dari Isnin haritu lagi. Alan izinkan. Bukanlah aku keluar tak bagitahu. Korang bukan boleh, kalau tak explain mula la pikir bukan-bukan. HAHAHA

Then, sebagai balasan esok Alan tinggalkan aku. Pergi main paintball dengan budak-budak shift dia. Kira fair and square la. Kul 9 pagi dah siap nak pergi main paintball katanya. Aku ni ha, bangun lah kul 7.30 pagi nak siapkan breakfast semua. *padahal buat nasi goreng je pon* Aku memang suka bangun awal kalau hari minggu. Hari kerja je aku liat-liat tanah liat sikit nak masak pagi. Hari minggu I is Rajinnnnnn sangat buat breakfast. Amboi, 7.30 kau kata awal. Datang bulan, awal la tu aku bangun. Kalau sihat kul 6.30 pagi aku dah siap masak *tipu*. Sekali kawan yang nak ambil Alan tu terlajak tidur. 11 pagi baru Alan gerak pergi Shah Alam. Sempat la layan movie seround dengan aku.

Oleh kerana Alan tak balik makan lunch dekat rumah, aku tungkus lumus la siapkan CurveShawl Wide and Halfmoon Wide Ahad haritu. Tapi sempat siap potong je. Ada dalam 40 kaler semua ye. Harap anda bersabar bagaimana Alan bersabar rumah umpama tongkang pecah hari minggu haritu. HAHAHA


Rumah umpama tongkang pecah.
 Aku suka potong kain kat hall. Sebab boleh sambil potong kain tengok tv. Sambil makan kuih,sambil kacau Alan tengok tv, Sambil berborak. Bagi aku dengan Alan inilah the best quality time we spend together. HAHAHA *ayat penyedap hati sendiri*

Lepas je Alan cau cin cau pergi main paintball aku laju-laju potong kain bagi siap semua. Lipat elok-elok asing ikut jenis kain and jenis shawl. Wide ke biasa ke halfmoon ke chiffon ke cotton ke. Lepas tu terus kemas hall. Kesian plak kat laki aku nak jalan asyik langgar kain aku je.
Ni baru separuh yang aku lipat. Lagi separuh dah masuk dalam bilik jahitan. Eh, siap iktiraf bilik belakang as bilik jahitan. Sebenarnya dah rupa store aku rasa. Semua benda Alan ngan aku campak dalam tu. Nak guna kena punggah-punggah baru jumpa. Rasa nya hujung minggu ni kena buat operasi gerak gempur bilik belakang tu. Kemas bagi selesa sikit aku nak menjahit.


Ini adalah contoh Wide Halfmoon Mieza. Kenapa nama macam tu? Saja bagi komersial sikit sempena nama Miza teman aku pergi cari kain. HEHEHE. *nampak sangat dah sebulan tak lap cermin* Actually kain tu hitam elok je. Bintik-bintik putih tu habuk. Maafkan saya. Saya terkejar-kejar nak buat semua benda. Nasib ada suami memahami. Tak kisah pakai cermin berhabuk. HAHAHA


Ni pula Wide CurveShawl Candy Cotton. Pergh *nama ni betul-betul baru wujud dalam otak aku time taip entry ni* Ni memang betul-betul XXL. Aku pakai siap atas tu aku boleh lipat buat macam pakai tudung patsegi biasa tu. Sebab kain ni jarang. And aku tak suka pakai inner neck. Sebab rasa macam tercekik. 

So, siapa belum like Imtinan Collection? Pergi like sekarang. Dalam minggu depan aku release semuanyaaaaaaa. Sebab tunggu la aku siapkan semua. Lagi pon semua belum gaji kan? Hik Hik Hik

Thanks kerana membaca sampai habis. Entry terpanjang dalam sejarah. Qada' semalam punya entry.

with❤:izan®

Saturday, September 14, 2013

The Engagement of Hidayah&Nazim-Macam mana aku boleh lupa nak up entry ni.

Hai,


Biasa hari sabtu or ahad aku tak update apa-apa entry kan. Sebab aku biasanya update dekat office. Memandangkan Isnin turut cuti, aku sajikan dengan entry The Engagement of Hidayah & Nazim. Kena panggil Abang Nazim. Sebab lebih berusia dari aku and Dayah. HAHAHA


E day dayah ni masa 3 hari raya. Kan masa tu aku pon kelam kabut dengan kenduri kahwin sendiri. Pastu dayah pon sibuk juga nak tunang. Dia ni memang tak boleh tengok aku sibuk sikit, time tu la nak bertunang nya pon. Tapi tak pa, sebagai kawan dari kecil aku redha kan saja. Kang bergaduh sampai anak cucu bermusuh. Dengan Dayah ni bergaduh paling lama pon ada la 2 tahun. Lepas tu macam tak boleh hidup. Sesak nafas aku gaduh lama-lama. HAHAHA. The true friend will not lie. She is!


Mak aku dengan murah hati nak sponser pelamin tunang Dayah. Masa raya ke-2 aku datang pasang dengan mak. Simple saja. Dayah pon nak simple-simple je. Minah ni memang suka simple-simple and pastel-pastel ni. Baju pon baby blue. Pelamin aku bg la lite pink. Kalau aku suka terang-terang. HAHAHA. Baru mengancam.



Nak dijadikan cerita, masa hari majlis berjalan, patutnya pihak lelaki datang kul 12 tengahari. Boleh pula orang catering ingatkan raya ke-3 hari Ahad. Padahal hari sabtu. Diorang pon tak da la masak apa-apa. Tapi memandangkan family Dayah sanggup tunggu, sebab orang catering tu janji dalam pukul 2 ptg insyaAllah makanan sampai. Lepas tu Dayah call la Nazim minta jangan datang lagi. Suruh tunda datang pukul 2 petang pula. 


Eleh, depan rumah je. Boleh la nak buat macam tu. HAHAHA. Actually Dayah ni bertunang dengan jiran depan rumah. Kalau cerita dia nak buat novel boleh kalah Ombak Rindu. Mak Nazim ni berkenan dengan Dayah sebab selalu nampak dia pergi terawih tahun lepas. HAHAHA. Pilihan orang tua, atas persetujuan Dayah dan Nazim berlansung lah pertunangan. Alhamdulillah.




Jangan kau tanya kenapa aku dah macam emak-emak. Kehulu kehilir aku. Dengan nak pasang pelamin orang lagi, pelamin sendiri lagi. Bahulu doorgift lagi. Beli barang nak kenduri. Make up dayah lagi. Tapi its fun. Buat benda yang kau suka. Semua jadi best.



Muka dayah aku yang makeupkan Aku nak buat lebih-lebih dayah tak bagi, kang katanya dah macam nak kahwin. Simple je la. Kalau tanya aku, aku cakap cantik dah ni. HAHAHA



Serius aku suka gila baju dia. Simple and nice je untuk dayah. Kena la dengan tema nak bertunang. Mana boleh over-over. Kang masa kahwin seri tu hilang. Simpan-simpan sikit untuk kahwin nanti. Baru masa majlis besar nanti orang akan kata kau "Lawanyaaaaaaaaa". Padahal muka tak pernah tenyeh make up tebal-tebal. Sekali makeup mesti la lawa. HIK HIK HIK



Full view of the dress. Lawa kan?



Dah-dah. Malas nak cerita banyak. Memang cun! Sama cantik sama padan *nyampah nak kena mengaku* HAHAHA


Aku doakan agar semuanya berjalan lancar sehingga majlis besar nanti. Tinggal la Farah bujang tran-tang-tang. HAHAHA


with❤:izan®

Friday, August 02, 2013

Berbuka puasa dengan ASBTians.

Hai, salam.

Bulan puasa ni, boleh kira berapa kali je aku berbuka dekat luar. Selebihnya masak, berbuka dekat rumah sewa or aku balik Trolak berbuka dengan family. 1st time berbuka dekat luar dengan Alan, dekat Yunkies Hut, Bangi. Lepas tu pon dekat Yunkies Hut, Bangi juga dengan Ayan and Jana. Baru-baru ni dengan ASBTians dekat Flaming Steamboat, Sunway.

Memandangkan aku dengan Alan adalah dua-dua ASBTians, haruslah dua-dua nak pergi. Semangat nak jumpa kawan-kawan. Tapi kesian Alan kerja shift malam minggu ni. Masuk kerja kul 7 malam 7 pagi baru balik. Mana nak join nye. Aku je la pergi. Nasib Hasmira nak tumpangkan aku pergi sana. Aku memang suka pergi mana-mana dengan Hasmira. GPS dia tak pernah salah. Terus je sampai destinasi. HAHAHA

Tapi masa balik aku tumpang Dayah. Pergi dengan orang lain balik dengan orang lain. Bagus kan? Sebab Mira kena balik awal. Ye la orang berlaki, dah la kau biarkan laki ko berbuka sorang-sorang ada hati lagi dengan perut boyot macam tu nak balik lambat. Memang kena maki la. Tapi laki Mira cool je. Pergi berbuka ngan kawan dia. Bujang kejap la masing-masing.



Memandangkan aku tak bawa camera haritu. Semua gambar ni aku ambil dari FB. Ecah Z yang upload kat group ASBTians.


Nama-nama timangan masa kat ASBT ni kelakar-kelakar tau. Ade Ijat Imam, Bite (Tak tahu la mana dapat), Pidut (Firdaus), Beitul (Rabiatul Nadiah) kawan aku yang ni dah artis taw. Wat part time modelling muslimah. Pastu ada lagi la nama-nama lain. Macam Apek (muka macam cina kot), muka je la. Sekali kau tengok kulit dengar dia cakap Jawa Habisssssss! HAHAHA. Alan pon dulu diorang panggil Ahcong. Sekarang je jadi Alan. Kadang-kadang aku geram aku ahcong-ahcong kan jugak.



Mana-mana aku bawa beg plastik hijau tu. Sambil menyelam minum air. Aku jual tudung masa ni. Bawa 40 helai, bawa balik dalam 20 helai je tinggal. Laris jugak la. Siap paksa-paksa orang buat muka kesian nak kahwin tak de duit. Pastu semua la pakat-pakat beli. Terima kasih korang. Contoh tudung macam yang aku pakai tu. 






Both of my friend Lia and Hasmira dah nak jadi mak-mak dah. Hujung tahun ni beranak la 2-2 ni. Dah nak ada junior ASBTians pula. Yang aku dengan ecah sekali nampak macam mak-mak ntah kenapa tak tahu.



Beitul yang tutup mulut pakai tudung hitam tu. Semua orang teruja tengok betul muka glowing-glowing datang. Kalau ko tengok beitul dulu-dulu lain sangat. Macam kutub utara dengan selatan.


Tengok je la masa ni, semua berebut nak ambil gambar dengan Beitul. Muka eksaited nak mampos.


Semua ni kawan aku dengan Alan dari form 1- form 3. Kenangan dengan diorang kalau nak cerita, aku rasa boleh buat novel macam Lagenda Budak Setan. Memang mostly perangai time tu dah ada ala-ala sikit. Tapi tak semua la. Yang baik-baik macam Asila, Ecah Z, Shima, Imah and Wan semua muka surau. Yang lain-lain tu muka memonteng manjang. HAHAHA. 

Cuma kenangan ngan Alan masa form1-form3 aku macam ingat tak ingat. Ke memang aku tak de kenangan dengan Alan masa tu. HAHAHA. Nama je satu sekolah satu asrama. Haram aku tak mandang Alan dulu. Pendek sangat, putih lepak-lepak pulak tu. Pastu rambut sikat belah tengah sikit punya kilat la kau pakai minyak Alan oi. *sekarang tak pe kutuk-kutuk dia, kang dah kahwin dosa* 

p/s: Terharu semua ada cerita-cerita nak datang kenduri aku dengan Alan nanti. 
WuuuuWuuuu..terharu.
p/s/s : A BIG thank to Adli sebab arrange majlis berbuka ni.

with❤:izan®

Thursday, April 11, 2013

Kenduri Kamalia Bakri-Kawan Sekolah sampai sekarang

Hai, salam.

Bulan Nov lepas memang bulan orang kahwin. Ramai kawan aku kahwin masa Nov. Aku tak tahu la apa yang special untuk Nov ni. HAHA. And aku rasa tahun ni pon sejarah mungkin berulang. Dengar ura-ura, berderet kawan aku nak kahwin hujung tahun ni. Antaranya Aton :)

Eh, terlari topik plak. Kenduri Lia adalah sehari selepas kenduri Ct. Pergh! pergh! pergh!

Ini adalah pengalaman baru untuk aku. Membawa Kenari merah meredah jalan selama hampir 5 jam untuk sampai kerumah Lia. Jauh nye la hai! Demi kawan aku sanggup. Usahakan juga sampai ke umah Lia. Bayangkan kereta aku dengan aircond bagai ada tak ade je tu. Sumbat pulak 4 orang dalam kereta memang tak rasa la gas aircond nya.

Tapi akhirnya, we did it! Sampai juga rumah Lia.

Okey, OP untuk lia adalah Wak. Kawan sekolah kitorang jugak. Aku kenal Wak masa kat MRSM. Lia kenal wak aku tak tahu la dekat mana. HAHA

Aku tak jumpa pula mana gambar wak ambil. So layankan je la gambar dari camera aku ye.





Ucapan untuk Lia:
"Yeay! Mommy to be jangan nakal-nakal ye. Semoga pernikahan ini membawa 1000 rahmat untuk ko dan pasangan. I Loooooooove u!"

with❤:izan®

Wednesday, April 10, 2013

Kenduri Raja Siti Zubaidah-Kawan dunia akhirat.

Hai, salam. 

Ini juga merupakan entry basi. Kenduri ct adalah seminggu selepas kenduri hasmira. Esoknya pula kenduri Kamalia. Haish! Tu le jadi kalau masa bertunang tetap tarikh nak kahwin senyap-senyap. Terus jadi kenduri dekat-dekat. Tapi Alhamdulillah, aku berjaya juga menghadirkan diri untuk 3-3 kawan ini ye.

Gambar dari OP ct adalah dibawah. 



Arghhhhh..sekarang bila aku tengok je gambar orang kahwin terus stress. Bila nak kahwin ni. nak kahwin, nak kahwin, nak kawin *tolong sambung kan sampai 44 kali dengan harapan semoga Allah makbulkan.

Ct dan amirul nampak sangat sepadan. Sama putih, sama cantik.

Ct adalah kawan dari sekolah menengah, aku start rapat dengan ct masa aku blaja kat Pusat Latihan Trolak. Ct became one of my favourite friend until now. Semua aku kawan, tapi dengan ct ada banyak sikit rahsia. HAHA. *rahsia kejahatan yang berlaku

Ini pula adalah hasi gila meroyan gambar dari camera aku.












Ucapan untuk ct :

"Semoga ct dapat jadi isteri kegemaran suami dunia dan akhirat. Izan syg ct!"

with❤:izan®

Monday, April 08, 2013

Kenduri Hasmira Hashim-Negeri Sembilan

Hai, salam.

Ini cerita basi. Tapi pengantinnya belum basi. Masih hangat bermanja-manja. Jeles i olls! HAHAHA. *mira, i love u!

Mira kahwin bulan 11 tahun lepas. Sekarang dah mengandung dah pon. Tahniah mira&syahir. Baru nak up entry. Sob sob sob. Untuk tatapan anak-anak bonda nanti. Kalau diorang tanya "bonda, bila aunty mira and uncle syahir kahwin?" senang aku nak jawab. "korang pergi godek blog bonda. nanti jumpa la"

HAHAHA *fefeling time ada anak nanti, insyaAllah.

So, here are the picture from OP. Sungguh cantik! Sungguh! Aku tak tipu!




Orang nya pon sama cantik, sama tampan. Ye dak? OP amek je la dari sudut mana pon, dari sudut lubang hidung pon still akan nampak lawa. 

Gambar dari camera cekenet aku adalah di bawah. Malu nak tayang. Bagaikan sawi dan halia beza nya *tetiba masukkan sayur sebagai perumpaan.






Gambar banyak-banyak kat fb aku. Kalau kite friend boleh la tgk. Kalau kita bukan friend harap maaf. Hik Hik Hik.

Dengan ucapan kepada Hasmira dan suami :
"semoga berbahagia sampai syurga, love u!"

with❤:izan®