Followers

Saturday, September 14, 2013

The Engagement of Hidayah&Nazim-Macam mana aku boleh lupa nak up entry ni.

Hai,


Biasa hari sabtu or ahad aku tak update apa-apa entry kan. Sebab aku biasanya update dekat office. Memandangkan Isnin turut cuti, aku sajikan dengan entry The Engagement of Hidayah & Nazim. Kena panggil Abang Nazim. Sebab lebih berusia dari aku and Dayah. HAHAHA


E day dayah ni masa 3 hari raya. Kan masa tu aku pon kelam kabut dengan kenduri kahwin sendiri. Pastu dayah pon sibuk juga nak tunang. Dia ni memang tak boleh tengok aku sibuk sikit, time tu la nak bertunang nya pon. Tapi tak pa, sebagai kawan dari kecil aku redha kan saja. Kang bergaduh sampai anak cucu bermusuh. Dengan Dayah ni bergaduh paling lama pon ada la 2 tahun. Lepas tu macam tak boleh hidup. Sesak nafas aku gaduh lama-lama. HAHAHA. The true friend will not lie. She is!


Mak aku dengan murah hati nak sponser pelamin tunang Dayah. Masa raya ke-2 aku datang pasang dengan mak. Simple saja. Dayah pon nak simple-simple je. Minah ni memang suka simple-simple and pastel-pastel ni. Baju pon baby blue. Pelamin aku bg la lite pink. Kalau aku suka terang-terang. HAHAHA. Baru mengancam.



Nak dijadikan cerita, masa hari majlis berjalan, patutnya pihak lelaki datang kul 12 tengahari. Boleh pula orang catering ingatkan raya ke-3 hari Ahad. Padahal hari sabtu. Diorang pon tak da la masak apa-apa. Tapi memandangkan family Dayah sanggup tunggu, sebab orang catering tu janji dalam pukul 2 ptg insyaAllah makanan sampai. Lepas tu Dayah call la Nazim minta jangan datang lagi. Suruh tunda datang pukul 2 petang pula. 


Eleh, depan rumah je. Boleh la nak buat macam tu. HAHAHA. Actually Dayah ni bertunang dengan jiran depan rumah. Kalau cerita dia nak buat novel boleh kalah Ombak Rindu. Mak Nazim ni berkenan dengan Dayah sebab selalu nampak dia pergi terawih tahun lepas. HAHAHA. Pilihan orang tua, atas persetujuan Dayah dan Nazim berlansung lah pertunangan. Alhamdulillah.




Jangan kau tanya kenapa aku dah macam emak-emak. Kehulu kehilir aku. Dengan nak pasang pelamin orang lagi, pelamin sendiri lagi. Bahulu doorgift lagi. Beli barang nak kenduri. Make up dayah lagi. Tapi its fun. Buat benda yang kau suka. Semua jadi best.



Muka dayah aku yang makeupkan Aku nak buat lebih-lebih dayah tak bagi, kang katanya dah macam nak kahwin. Simple je la. Kalau tanya aku, aku cakap cantik dah ni. HAHAHA



Serius aku suka gila baju dia. Simple and nice je untuk dayah. Kena la dengan tema nak bertunang. Mana boleh over-over. Kang masa kahwin seri tu hilang. Simpan-simpan sikit untuk kahwin nanti. Baru masa majlis besar nanti orang akan kata kau "Lawanyaaaaaaaaa". Padahal muka tak pernah tenyeh make up tebal-tebal. Sekali makeup mesti la lawa. HIK HIK HIK



Full view of the dress. Lawa kan?



Dah-dah. Malas nak cerita banyak. Memang cun! Sama cantik sama padan *nyampah nak kena mengaku* HAHAHA


Aku doakan agar semuanya berjalan lancar sehingga majlis besar nanti. Tinggal la Farah bujang tran-tang-tang. HAHAHA


with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)