Followers

Friday, September 27, 2013

Rutin Masak untuk Alan.

Hai,

Hari Jumaat dah. Sekejap je. Minggu ni serius rasa macam sekejap sangat. Semenjak kahwin ni jadual semua dah berubah. Dulu hidup bujang ikut suka hati aku la nak hidup macam mana pon kan. Sekarang semua sikit-sikit abang, sikit-sikit abang. Benda boleh buat sendiri pon nak abang juga. HAHAHA

Kan aku ada ngadu-ngadu aku tak lepas lagi CCS level 147 haritu kan. Lepas tu 2 hari lepas masa aku nak main game tu, aku terperasan kenapa la tiba-tiba dah sampai level 152. Lepas tu terussssss wsap Alan.

"Abang mainkan CCS sayang eh?"

"Mana ada"

"dah tu takkan orang lain main, abang je la yang duk pegang-pegang handphone sayang"

"kenapa kata abang mainkan?"

"sebab semalam sayang tinggalkan ipad kat rumah"

HAHAHA. Ipad hantaran haritu kan kekonon aku bagi dekat Alan. Tapi dah rupa macam hak milik aku sepenuhnya. Fb acc, Instagram Acc, CCS dalam tu semua aku punya. Biasalah, taktik je nak bagi Alan, padahal aku yang nak guna. 



Baru lah Alan mengaku dia mainkan. TQ suami. Tapi hati ni still tak puas hati sebab nak juga rasa kepuasan lepaskan level 147 tu sendiri. Semalam aku main ada seketul je lagi nak lepas. Stress sampai tinggal handphone pergi dapur masak udang sambal. 

Semenjak kahwin ni, aku masak tiap hari. Kalau Alan kerja shift malam, aku masak lepas isyak. Pastu esok Alan ada kat rumah time siang dia panaskan je lauk aku masak malam tadi tu buat makan tengahari. Malam dia makan kat tempat kerja la kan, takkan nak berbekal bagai. Kalau Alan kerja siang, aku sampai je rumah kul 7 malam tu terus ketung ketang masak. Lepas isyak baru makan malam. Siang dia makan kat tempat kerja.

Tapi semalam aku is malas sangat nak masak. Alan kerja malam. Bangun pagi semalam aku pergi beli nasi kerabu before pergi kerja, tinggalkan atas meja. HAHAHA. Bagus sangat isteri macam ni. Tapi biasalah, dalam sebulan ada la sikit perasaan malas tu menjelma.

p/s: masak untuk Alan sambil baca-baca sikit. bagi dia sayang aku je. Fuh Fuh Fuhhhhhh. HAHAHA

with❤:izan®

2 comments :

  1. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.

    ReplyDelete

leave me some words ;)