Hai,
Minggu ni kan aku busy menjual shawl. Siapa yang tak tahu aku ade jual shawl. Boleh tengok entry sebelum ni. Kat fb,instagram semua aku dah update. Saja la tu buat-buat tak tahu. Takpe-takpe. Sekarang buat tak tahu dulu sebab stok pon bukan ada sekarang. Bulan depan baru aku buat stok baru. Sebab macam hangat dipasaran je, so nanti aku buat banyak-banyak eh. Korang ni ngade-ngade la. Nak kaler pastel plak. Yela-yela, nanti aku buat. Aku ni dah la jenis suka kaler terang-terang. Tapi demi korang, aku buatkan juga lah warna pastel tu. HAHAHA
Pastu semalam ada bagitahu kat komen bawah gambar kat instagram macam mana nak pakai shawl ni. Pastu korang request nak suruh buat tutorial. Aku ni dah la tak ada assistant bagai nak ambilkan video bom-ke-bom macam orang lain. Last-last pagi tadi sebelum pergi kerja, kebetulan aku pakai curve shawl hari ni, aku amek la juga gambar step by step macam mana aku pakai. Nak juga kan tiru macam mana aku pakai. Hik hik hik
Sila baca arahan berdasarkan gambar.
1. Pakai shawl mcm biasa. Pendek sebelah panjang sebelah. Jgn tanya aku belah mana nak pendek belah mana nak panjang suka hati kau lah.
2. Yg belah panjang kau pusing belit atas kepala. Jgn sampai tecekik. Nice-nice je. Lepas tu jarumkan tepi kepala atas sikit dr telinga. Kang cucuk telinga pekak plak.
3. Yg belah pendek tu pulak ko amek hujung shawl tu. Sematkan pin di bahu sebelah yg sama dengan jarum yg ko sematkan di atas telinga. Sematkan sekali dengan hujung belah panjang yg melayang2 tu. Ishhhh. Susahnya nk bg paham.
4. Dah siap! Jgn tanya bukan2. Jgn mintak video! Nnt aku buat korg muntah. Terus xnak beli. Hahaha
Arahan ni sama sebiji macam dalam fb and instagram. Siap sedia duit gaji,ptptn,jpa korang tu awal bulan 10 nanti. Jangan beli shawl dengan orang lain. Beli dari aku je bulan depan eh. HAHAHA *gila kejam hasut orang*
p/s: nanti nak suruh Alan pegang camera nak buat insta video *angan-angan sahaja ni,jangan percaya*
with❤:izan®
tak nampak shawl, nampak gamba alan je kat pic no 4. hahahahhaaa
ReplyDeleteHAHA. tu yang ko nampak eh.
Deletecomel!
ReplyDeletebeli la, ape lagi. hik3. btw tq :)
Delete