Followers

Tuesday, September 24, 2013

Nak balik kampung mana ni?-Laki bini kena tolak ansur.

Hai,

Aku kan dah kahwin. Orang dah kahwin ni mesti selalu gaduh nak balik kampung mana. Tapi aku dengan Alan tak de la gaduh-gaduh. Asalkan berjalan aku okey je. Rumah mak pak aku ke, rumah mak pak Alan ke. Sama je. 

Aku jenis tak panggil rumah mak ayah aku kampung. Sebab aku panggil rumah tok and tok wan aku kampung. Bagi aku kampung kena ada sawah padi. Baru namanya kampung. HAHAHA. Oleh tu aku panggil rumah mak ayah aku Trolak. Rumah parents Alan aku panggil Johor. Sebab rumah parents mertua aku pon bukannya kampung. Kan rumah kampung kena ada sawah padi. Paham tak ni??? *tetiba nak emo macam bini MatYo* 

Dari kahwin haritu baru sekali je aku balik Trolak. Ye la, Alan nama je cuti Sabtu Ahad. tapi selalu hari Ahad dia masuk kerja. Aku ni je Sabtu Ahad bongkang kat rumah. *bongkang adalah bermalas-malasan* Tapi aku suka je Sabtu Ahad kat rumah sendiri. Boleh rehat lama-lama. Sabtu Ahad ni je baru nak balik Johor. So, Jumaat ni Alan cuti. Aku cuti Isnin. Sebab belum pernah ambil cuti semenjak kerja. Aku apply la cuti sehari. Kang berdedikasi sangat diri ini. 

Memandangkan bulan ni balik Johor, so kemungkinan nak balik Trolak tu tipis.

Lepas tu tadi bunyi-bunyi dekat Alan.

"Kalau sayang balik Trolak seorang boleh tak?"

"Nak tinggalkan abang sorang-sorang" *holoh holoh holoh, homey hangat*

Pastu terus rasa macam berdosanyaaaaa cakap macam tu. 
Terus minta maaf. 

Ye la, aku kan jenis dah biasa balik Trolak tiap minggu masa bujang dulu. Paling tidak pon sebulan 2 kali aku balik. Kalau minggu ni aku tak dating, aku balik. Kalau dating tak balik. Tapi mostly aku balik la. Macam dah kebiasaan kena balik tiap bulan. Bila dah kahwin ni macam tak biasa je tak balik. Alan lain la, dia dah biasa tak balik Johor. I kan anak bongsu, haruslah selalu balik Trolak jumpa mak ayah. Hik Hik Hik

Tapi memandangkan dah kahwin ni, kena la tolak ansur. Takkan nak hidup macam zaman bujang. Kan dah berlaki. Bini kena la jaga laki. Laki kena la sayang bini. *suka guna laki bini, suami isteri kan lagi elok*

p/s: minggu ni pestime nak balik umah mertua. Haiyok. Apa nak masak. Kena google and hafal resepi kat my resepi dulu ni. 

with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)