Hai,
Sesungguhnya aku memang lupa bulan keberapa punya progress. Itulah, malas lagi nak update every month. So, semenjak bertunang last aku punya entry pakai warna pink kan. Lepas pink is hijau. Yang ni aku ingat sebab ada gambar pergi berbuka puasa dengan kawan-kawan. Dah la makan steamboat. Kawan-kawan asyik bahankan aku konon sayur melekat celah braces. Cis!
Masa pakai getah hijau ni, tak de apa-apa perubahan sangat. Cuma ruang antara gigi aku yang doc cabut sebelah kanan makin mengecil. Gigi yang dicabut adalah gigi sebelah gigi taring. 2-2 batang belah bawah sebelah gigi taring aku kena cabut. Doc cakap dia nak tarik gigi aku belah bawah pergi kesebelah kanan. So dia kuatkan tarikan gigi bawah aku ke kanan. Korang mesti tak paham kan? Lantak lah, gigi aku korang tak payah pening-pening nak pahamkan juga. HAHAHA
Bulan ni tiba-tiba rajin nak update, sebab warna getah braces aku kelakar. Masa sebelum kahwin haritu aku pergi klinik. Sekali Doc dah cuti raya. Oleh itu, Doc punya assistant tukarkan getah je. Sebab I is malu la nak kahwin pakai getah warna hijau sama baju. Aku minta la tukar warna kelabu. Dengan harapan braces aku tak nampak sangat dalam gambar. Harapan tinggal harapan. Kalau dah menyegih sampai ke tulang pipi mana kau nak sorok braces kau tu.
Sebabkan bulan lepas tak tarik ke ape gigi aku ni, bulan ni gagahkan juga diri yang malasssssss ya amat pergi jumpa Doc. Sekali dia tarik gigi bawah aku pakai power chain, suruh pakai getah berselirat bagai. yang kelakarnya aku minta warna merah. Doc tukarkan belah bawah je pakai power chain merah. Belah atas dia biarkan je getah kelabu tu.
Nasib la hai. Cepat-cepat la kau tersusun gigi oi. Tuan ko ni dah malas nak layan kerenah kau. Tapi sakit gigi bulan ini adalah yang paling sakit dalam sejarah aku pakai braces. Serius! Memang betullah kata orang, cantik itu sakit. Kali ni aku bersetuju. Tapi 3 hari je aku tak lalu makan, lepas tu lalu je kedai makan aku bedal. Asyik-asyik bising tepi telinga Alan. Lapar, Lapar, Lapar. HAHAHA
Gigi aku sekarang macam ni. Malas nak ambil gambar muka. Sebab jerawat naik umpama cendawan lepas hujan.
p/s: Curve shawl dah habis. Bulan depan pula aku buat ye. TQ kerana menyoping.
AJ belum pakai powerchain lagi....
ReplyDeleteMaybe next month kot....
Siapkan mental dan fizikal anda :)
Deletesis, kenapa mcm ada benang putih sblah kanan n kiri tu ?
ReplyDelete