Followers

Showing posts with label familia. Show all posts
Showing posts with label familia. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Sayang Bini tinggal-tinggalkan. Sayang Laki pon kau tinggal-tinggalkan.

Hai,

Baru je Jumaat lepas update macam mana nak bagi bersemangat update blog. Dah terbengkalai sehari semalam. Serius kalau semangat kau tinggi menggunung tapi masa nya tiada, tidak guna ye. Semalam serius aku busy. Dalam selama aku kerja semalam lah paling busy. Kehulu kehilir aku. Dah rupa despatch. Entah bila la boss aku nak amek despatch tuk aku ni. Eh, untuk company ni.

Curveshawl baru siap separuh. Eh, Actually suku. Sebab suku lagi dah pos dekat kawan-kawan yang dah cop kaler awal-awal masa aku pergi beli kain haritu. Siapa tak tahu aku tengah tungkus lumus buat shawl sekarang, sila like Imtinan Collection sekarang. Ape lagi, like sekarang *sambil buat muka gawang, jengil biji mata sampai nak keluar* Lagi separuh tu, slow-slow la eh. Aku ni dah rupa superwife dah. Nasib belum ada anak, kalau dah ada mungkin boleh jadi supermom. Hik Hik Hik

Eh, siapa ada jual shaklee? Nak try la set laki bini punya. *dasar gatal* HAHAHA

Sabtu Ahad lepas rasa kejap je cuti. Sabtu aku keluar meroyan dengan Amalina and Miza. Pergi beli kain kat Jakel. Tapi macam mana boleh tak ambil gambarrrrr. Pelik dan ajaibnya. Dah la nak jumpa pon 8 tahun sekali. Boleh tak ambil gambar? Hey hey hey. Teruk sungguh. Keluar rumah lepas zuhur teman Alan lunch dulu sambil aku makan gulai ikan bawal sepinggan. Terus berdesup tinggalkan Alan kemas meja makan. HAHAHA. Sebab janji ngan Miza nak gerak kul 12.30 tengahari. 

Sampai rumah dah nak dekat maghrib. Eh, bukan. Dah maghrib. Sekarang kan kul 7 dah masuk maghrib. Nasib masuk rumah tengok Alan tengah mengaji. *terus nak nangis, dosanya tinggal suami sorang-sorang hujung minggu* Lepas tu salam-salam Alan sikit. Nasib senyum je laki aku. Ok la, lepas ni boleh keluar ngan kawan-kawan lagi. HAHAHA *sekejap je rasa bersalah* Eh, aku dah minta izin dari Isnin haritu lagi. Alan izinkan. Bukanlah aku keluar tak bagitahu. Korang bukan boleh, kalau tak explain mula la pikir bukan-bukan. HAHAHA

Then, sebagai balasan esok Alan tinggalkan aku. Pergi main paintball dengan budak-budak shift dia. Kira fair and square la. Kul 9 pagi dah siap nak pergi main paintball katanya. Aku ni ha, bangun lah kul 7.30 pagi nak siapkan breakfast semua. *padahal buat nasi goreng je pon* Aku memang suka bangun awal kalau hari minggu. Hari kerja je aku liat-liat tanah liat sikit nak masak pagi. Hari minggu I is Rajinnnnnn sangat buat breakfast. Amboi, 7.30 kau kata awal. Datang bulan, awal la tu aku bangun. Kalau sihat kul 6.30 pagi aku dah siap masak *tipu*. Sekali kawan yang nak ambil Alan tu terlajak tidur. 11 pagi baru Alan gerak pergi Shah Alam. Sempat la layan movie seround dengan aku.

Oleh kerana Alan tak balik makan lunch dekat rumah, aku tungkus lumus la siapkan CurveShawl Wide and Halfmoon Wide Ahad haritu. Tapi sempat siap potong je. Ada dalam 40 kaler semua ye. Harap anda bersabar bagaimana Alan bersabar rumah umpama tongkang pecah hari minggu haritu. HAHAHA


Rumah umpama tongkang pecah.
 Aku suka potong kain kat hall. Sebab boleh sambil potong kain tengok tv. Sambil makan kuih,sambil kacau Alan tengok tv, Sambil berborak. Bagi aku dengan Alan inilah the best quality time we spend together. HAHAHA *ayat penyedap hati sendiri*

Lepas je Alan cau cin cau pergi main paintball aku laju-laju potong kain bagi siap semua. Lipat elok-elok asing ikut jenis kain and jenis shawl. Wide ke biasa ke halfmoon ke chiffon ke cotton ke. Lepas tu terus kemas hall. Kesian plak kat laki aku nak jalan asyik langgar kain aku je.
Ni baru separuh yang aku lipat. Lagi separuh dah masuk dalam bilik jahitan. Eh, siap iktiraf bilik belakang as bilik jahitan. Sebenarnya dah rupa store aku rasa. Semua benda Alan ngan aku campak dalam tu. Nak guna kena punggah-punggah baru jumpa. Rasa nya hujung minggu ni kena buat operasi gerak gempur bilik belakang tu. Kemas bagi selesa sikit aku nak menjahit.


Ini adalah contoh Wide Halfmoon Mieza. Kenapa nama macam tu? Saja bagi komersial sikit sempena nama Miza teman aku pergi cari kain. HEHEHE. *nampak sangat dah sebulan tak lap cermin* Actually kain tu hitam elok je. Bintik-bintik putih tu habuk. Maafkan saya. Saya terkejar-kejar nak buat semua benda. Nasib ada suami memahami. Tak kisah pakai cermin berhabuk. HAHAHA


Ni pula Wide CurveShawl Candy Cotton. Pergh *nama ni betul-betul baru wujud dalam otak aku time taip entry ni* Ni memang betul-betul XXL. Aku pakai siap atas tu aku boleh lipat buat macam pakai tudung patsegi biasa tu. Sebab kain ni jarang. And aku tak suka pakai inner neck. Sebab rasa macam tercekik. 

So, siapa belum like Imtinan Collection? Pergi like sekarang. Dalam minggu depan aku release semuanyaaaaaaa. Sebab tunggu la aku siapkan semua. Lagi pon semua belum gaji kan? Hik Hik Hik

Thanks kerana membaca sampai habis. Entry terpanjang dalam sejarah. Qada' semalam punya entry.

with❤:izan®

Friday, November 09, 2012

Family Trip-Penang

Hai, salam.

Sambungan entry semalam. Chalet yang kitorang duduk bukan sebarang chalet eh. Chalet ni dalam laut. Sangat best. Malam-malam tidur rasa dibuai ombak je. Sangat nyenyak walaupon menyempit si esha celah ketiak aku. Sebab sejuk. HAHAHA

Acik dan Aisy.
 Kan aku dah kata, chalet kitorang dalam laut. Siap boleh nampak jambatan pulau pinang lagi.

Dapat chalet hujung sekali.
  
Jambatan Pulau Pinang.
 Esok tu bangun pagi lepas solat subuh terus bukak pintu bilik nampak air laut and matahari baru nak naik. Sangat la rasa macam "kalau honeymoon ni mesti best". What la the gatal sangat ni. HAHA

Ayah aku always nampak muda.
Budak kuat meragam. Nak dengan Opah je.
Aisy pula dah tidur malam tu.
Along, Kak Long dan Aisyah.
Mak Su.
Maira, Aku dan Abg Pen

Maira dan Ibu.

Meriah!

Esha dah menguap sebab tak biasa keluar malam. HAHA

Along dan ayah.
Mak Su again?
The BamBam Maksu. Comel.
Malam tu jalan kat tepi Queensbay je. Sebab dah lewat. Anak-anak buah aku semua dah mengantuk. Malas nak singgah Padang Kota ka apa ka. Makan-makan kat sini je. Dapat pekena laksa dengan petis semangkuk. Kenyang. 

Esok sambung entry shopping dan bukit bendera pula ye. 
Bye uols :)

with❤:izan®

Thursday, November 08, 2012

Kenduri Kak Long-Penang

Hai, salam.

Masa lepas raya puasa haritu, Mak Njang and Pak Njang aku ada buat kenduri kahwin anak diorang (Kak Long). So, Abg Pen aku kan meniaga kedai makan. Memang jarang la dia boleh cuti merata. Tapi masa kenduri Kak Long ni tiba-tiba Abg Pen aku nak cuti and bawa anak-anak dan bini pergi kenduri dan berjalan. Makan terjadilah mini family trip ke Pulau Pinang.

Pak Njang aku kerja kat Jabatan Perikanan. Rumah kerajaan kan kecik. So, Pak Njang aku sewakan chalet untuk sedara-sedara yang datang. Kira dah cut cost untuk family besar aku ni bercuti. HAHA. Masa sampai sana kitorang pergi makan kenduri and tengok pengantin dulu. Aku naik dengan Abg Farizal (Suami arwah Angah). Mak, Ayah, family Acik, family Along, family Abg Pen dah awal-awal pagi lagi sampai.

Alee and tok wan.

Pengantin pakai baju biru. Cantik sangat warna baju and designnya. Sesuai dengan Kak Long. Adik beradik pengantin pon pakai baju tema yang sama. Warna biru juga.

Kak Long

Suami Kak Long
Aisy the handsome boy.

Mak su dan Maira.

Lepas tu esha datang sebab jeles. Maira rasa nak cepuk je kepala Esha.

Esha and Syaqila pon nak jadi pengantin.

Semua nak naik pelamin.

Mak su nya apatah lagi. Memang nak naik pelamin.

Lalu Syaqila makan kuih atas pelamin.

Petang tu lepas majlis. Kitorang terus zup zap zup pergi chalet. Penat aku nak melayan anak-anak buah yang dah masuk 3 dozen. HAHA

with❤:izan®

Thursday, September 06, 2012

Hari Raya Saya (Tajuk macam buat karangan darjah 1)

Hai, salam.

Siapa nak kata cerita ni cerita basi. Mai sini mai cakap depan muka aku. Tapi aku peduli apa. Nak cerita juga. Untuk raya tahun ni, aku pakai je baju apa yang ada. Yang ada tu adalah baju kebaya sepasang and baju kurung sepasang. Apa yang ada la tu kan? Hahaha

Semua adik beradik aku beraya dirumah. Angah pon beraya dengan kami. Dekat di hati. Seperti biasa, seperti tahun-tahun lepas. Aku dikerah bagai maid oleh mak aku. Maid tak bergaji. Tapi tak pe, demi mak aku wat je kerja. Masak, kemas rumah. Aku kemas, esha sepah. Aku kemas lagi, esha sepahkan lagi. Lama-lama aku fade-up, aku tidur dan nangis bawah bantal.

Pagi raya adalah saat paling syahdu. Tahun ni tema bebas. So, ikut family masing-masing nak tema warna apa. Aku? sebab tak de family lagi. Aku pon bebas nak ikut mana-mana family. HAHA

Masa ni la nak mengaku salah depan mak ayah. Minta halal semua duit ayah bagi. Haha

Okey, sila perhatikan esha. Dia paling emotional.
Hari raya pertama hanya dirumah. Selepas ini semua gambar sahaja. Malas nak taip-taip dah.

All. Include bibik n husband.

Anak bongsu emak dan ayah. Yang bulat tu pensibuk.

Abang Pen's family.

Acik's family.
Along's family.

Bibik's family.

Maksu and anak buah kesayangan. Dah besar dah ko shahrul.
Sehingga esok. Tataplah entry ini banyak kali. Kalau rajin aku update hari raya berikutnya pula. Bye ;)
with❤:izan®

Friday, July 06, 2012

Angah (Part 1) -Angah masuk ward

Hai, salam.

Pertama sekali aku bukan membuat entry ini untuk menagih simpati atau belas kasihan sesiapa. Hanya untuk meluahkan dan berkongsi cerita rentetan pemergian Angah buat selamanya dari dunia. Semoga kami berjumpa kembali di akhirat sana.

Pada hari ahad, 17 June 2012 jam 10.24 pagi Angah whatsapp aku.

"Bawa durian n manggis tak lupa MAK sekali tau"

Betapa Angah ingin mak ikut sekali. Hujung minggu tu aku balik Trolak. Memang plannya nak bawa mak pergi rumah Angah di Klang. Sebab Angah memang dah tak larat nak masak and tengokkan anak-anak. Sakit kepala dia teruk sangat katanya. Masa ni Angah dah buat MRI scan. Kata doktor memang ada ketumbuhan pada otak Angah. Serius atau tidak sahaja belum diketahui. Angah buat scan MRI ni pada hari Jumaat, 15 June 2012.

Lepas minta izin ayah untuk bawa mak pergi rumah Angah, mak pon dah minta izin ayah. Ayah kata :

"terpulang la, pergi la tengok-tengok kan Angah". 

So memang petang ahad tu aku bawa balik durian and manggis satu kereta untuk Angah dan anak-anaknya. Angah ada kat rumah mertua dia masa aku hantar mak. Kebetulan rumah mertua Angah dengan rumah Angah dekat. Dalam satu area. 15 minit dah boleh sampai. Aku terus hantar mak ke sana. 

Nampak Angah lesu sangat. Tapi masih mampu berjalan menyambut kedatangan aku dan emak. Aku salam tangan Angah dan cium pipinya. Kurus dari aku. Sebab seluar lama-lama aku semua aku bagi dekat Angah. Ye la dulu kan pinggang aku 25 ja. Sekarang 29 pon kadang kala tak muat. 

Lepas tinggalkan mak dekat sana, aku call pada hari Isnin sahaja. Tanya keadaan mak dan Angah macam mana. Mak kata macam biasa la, sakit kepala tu memang selalu sakit la. Nasib la mak ada untuk picit-picitkan Angah, tengokkan anak-anak Angah dan masak tuk suami Angah (Abg Farizal) dan anak-anak Angah. 

Mak kata Angah bukan la jenis yang suka merengek kalau dia sakit. Tapi masa mak jaga Angah dari Ahad-Rabu Angah asyik merengek ja. Mak kata kalau sakit sangat baru dia macam tu. Maknanya memang Angah sakit sangat.

"Mak, sakitnya kepala Angah ni mak"

Sampaikan mak aku memang tak tahu nak tolong macam mana. Melainkan picit and temankan Angah. Sabarkan Angah dan ingatkan Angah pada Allah. Allah takkan menguji hambaNya kalau hambaNya tak mampu untuk menghadapi ujianNYa.

Then pada hari Khamis (21 June 2012) aku terima whatsapp dari Abg Farizal.

 "Angah dh msuk hospital kat sungai buloh..wad 7b mlm tadi.."

p/s: sampai sini dulu untuk tatapan anak-anak aku kelak dan anak-anak Angah. 


with❤:izan®

Thursday, June 21, 2012

Handsomenya Lelaki Itu

Hai, salam.

Seumur hidup aku aku kenal dengan seorang je lelaki yang aku anggap handsome dalam dunia ni. Macam mana eh aku nak gambarkan ke-handsome-man lelaki ni.

Aku mulakan dengan sifat fizikal dia dulu la. Tinggi ala-ala aku je. Aku 164 cm. Tapi lelaki tu dalam 167cm. Eceh, macam kena je kan. Lepas tu rambut ikal-ikal mayang. Lurus sangat pon tak kerinting pon bukan. Kulit cerah. Kalah aku okey. Mata sepet-sepet sikit. Anak mata sedikit brown. Aww! Sexy you. HAHA. Hidung mancung macam paruh burung. Melampau gambaran nya okey. Bibir? Erk, Merah You alls! Gigi putih dan sangat teratur.

Dari segi perwatakan pula. Agamanya cukup bagi aku. Solat tidak tinggal. Boleh kata tiap malam kau lelaki tu berjemaah maghrib di masjid. Solat Jumaat tak pernah la aku nampak lelaki tu tinggal. Semacam menjadi kewajipan bagi lelaki tu. Bab pergaulan, aku tak pernah nampak lelaki tu bertepuk tampaq dengan kaum bukan sejenis. Lelaki tu selalu senyum dulu sebelum aku senyum kat dia. Kalau aku ada buat salah kan. Mesti aku minta maaf beria-beria. Kalau lelaki tu nak marah, memang sungguh-sungguh dia marah aku. Tapi belum pernah sekali pon lelaki tu angkat tangan atas badan aku. Belum pernah sekali! Dan aku harap sampai hujung nyawa aku pon lelaki tu takkan pernah menyakiti batang tubuh ku.

Pemikiran lelaki itu sangat matang. Pandangan lelaki itu sangat kehadapan walaupon pelajarannya tidak tinggi. Namun ilmu agamanya amat aku kagum. Lelaki itu selalu menenangkan aku. Membantu dari segi kewangan. Kalau tak de duit, cari je lelaki itu. Pergh! Pemikiran lelaki itu tentang perniagaan sangat tajam. Pandai sungguh lelaki itu memberanakkan duit dan rezeki. Dari secupak beras sampai sebidang sawah. 

Aku berharap agar lelaki ini menjadi milik aku, hak aku dan kesayangan aku sampai akhirat.

Selamat Hari Ayah Hj Salleh!

Word cant describe you. Tak reti macam mana nak gambarkan betapa untungnya aku ada Hj. Salleh sebagai ayah. Kalau diberi sepuluh ayah yang lebih baik, aku tetap mahu Hj.Salleh. Sampai akhirat.

Anak manja. Serius aku terharu tengok gambar ni.

Lelaki itu dan wanita-wanita kesayangan.
Agak-agak muka aku macam muka ayah ke muka emak?

with❤:izan®

Saturday, June 16, 2012

Kak Long Engagement

 Hai, salam.

Bulan lepas kan aku tak bekerja. So banyak la masa aku nak pergi kenduri la, makan-makan la. Kemas rumah la. Salah satu kenduri yang aku pergi adalah kenduri pertunangan kakak sepupu aku. Aku panggil Kak Long. Anak sulung mak njang dan pak njang aku. Merupakan adik kepada ayah aku. Hah! paham-paham sendiri la ye. Kalau anak-anak bonda tak paham. Nanti boleh tanya. Ketuk pintu bilik dulu ye. Eceh!

Temanya adalah hijau. Tapi aku pakai kuning. Eleh, hijau dengan kuning mana jauh beza. Lebih kurang je. Kenduri ni dekat kampung. Kampung adalah kampung mak ayah aku dekat Parit Buntar. Pak njang aku ni kerja dekat Penang. Tapi dah nak pencen beli rumah taman dekat kampung. 

Memandangkan Kak Long merupakan anak first dan kenduri first untuk mak njang aku. Memang meriah la. 

Kak Long the bakal pengantin.
Mak Su the entah bila nak kawen. HAHA

Mini pelamin ni adik mak njang aku buat sendiri okey. Lawa kan. Macam tempah kedai. Agak-agak aku bertunang nanti nak buat ke tak? (Gatainyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa).

Lambat lagi la nak tunggu time aku tu nanti. Kalau ikutkan hati. Nak aja aku ajak Alan nikah terus. HAHA

The bakal pengantin.



with❤:izan®

Tuesday, June 12, 2012

Aisy naik buai.

Hai, Salam.

Kakak Esha dah ade adik. Nama adik Kakak Esha adalah Mohd Aisy Hadif. Okey, sila la lembutkan lidah korang kalau nak sebut nama anak buah aku yang ke 15 ni. Ha, 15 dah hoi. Gamaknya nak tunggu aku kahwin ni sempat la kakak-kakak dan abang-abang aku meningkatkan produktiviti pengeluaran anak mencapai 20 kot. Meramaikan umat nabi Muhammad s.a.w. Ape salah nye ye dak?

Aku rasa nak demam. Oleh itu sila memahami keadaan aku kiranya entry kali ni tidak begitu mentarik. Eceh, semacam lah kau pernah menaip entry yang menarik. Ini perempuan memang suka perasan. Harap maklumat sampai. Oleh kerana kakak aku yang mana aku panggil dia Mak Cik, eh, Acik. Telah habis pantang, lalu berlakulah kenduri naik buai untuk Aisy. Siap hade buai berhias bagai kau. Anak aku nanti, aku nak buai kat beranda ayah tu kau hias. HAHAHA

Masa kenduri ini adalah semasa aku belum bekerja. Last two week. Kerja pon baru nak masuk dua minggu kecoh la minah ni. Minah ni memang macam ni. Harap maklumat sampai lagi. So, aku dengan Acik telah hiaskan buai Aisy secantik mungkin seperti penghiasnya.

Dah la malas nak taip. Kepala berat, badan panas dan kaki sejuk. Semua seperti tanda nak demam. Bye.

Proudly present. Hasil tangan aku, mak and acik
Okey, ni hasil mak ayah dia la. HAHA
baik sangat aisy hari tu okey.


with❤:izan®

Wednesday, August 03, 2011

Majlis Persandingan Ku

Hai, Salam.

Sambungan dari persiapan kenduri semalam. Hari yang dinantikan telah tiba. Majlis persandingan ku. Eh silap tajuk da. Majlis persandingan abang sepupu aku. Maaf ye, jangan la marah-marah. Salah tajuk je. 

So, pagi-pagi telah membangunkan diri. Menyiapkan muka yang tak berapa nak siap ni. Make up dua tiga lapis tempek bedak. Dan akhirnya terhasillah muka yang begini. Taraaaaa...Bukan Madam Tara. Mampos aku kalau Madam baca. HAHAHA. I Love U madam ;)



Untuk kawan-kawan yang hadir, thanks so much for coming. Sesungguhnya bukan kenduri aku pon masih sudi menjengukkan diri. Kepada yang tidak hadir walaupon dekat, ini adalah amaran! Korang tak datang kenduri kahwin aku 5 tahun lagi siap la. Jangan katakan marah, memang aku maki hidup-hidup. Kalau tak nak kena maki, sila sertakan surat tunjuk sebab kenapa anda tidak boleh hadir masa majlis cukur jambul anak pertama aku nanti. Eceh. Dah pasang angan beranak pinak bagai...

Angan itu penting. Okey, sambung cerita. Oleh kerana pengantin sampai agak lewat. Sekitar jam 1 petang, aku pulak masa tu melayan Aina and Dila yang sudah mahu pulang, secara rasmi aku terlepas saksikan majllis persandingan mempelai diatas PELAMIN YANG AKU DENGAN ANGAH BUAT! Oh, dem. Bukan demam. tapi Deymmmm.

Hanya gambar yang aku sempat saksikan. Begitu juga makan beradap. Turut terlepas aksi-aksi romantis makan bersuap. Nanti kalau ade kenduri dekat rumah aku, kena beware dengan air untuk pengantin. Sesungguhnya ada something bad dalam  itu air. Kalau tak masam macam cuka, masin dengan garam. HAHAHA.

So, senarai gambar menanti dibawah. Eleh, korang bukan nak baca apa aku tulis pon kan. Nak tengok gambar je. Tak apa, wanita cantik ini paham. And nah! gambarnyaaaaaaaaaaa....





Bye sayang-sayangs!

with❤:izan®