Followers

Showing posts with label review bukan sebarang review. Show all posts
Showing posts with label review bukan sebarang review. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

PhotoBook Engagement from Pixajoy-Beli kat Groupon RM52.00

Hai, salam.

Aku ingat lagi kalau dulu ambil gambar pakai kamera petak insert kodak dalam tu . Pastu ko nak tengok gambar ko tak boleh on the spot lepas klik boleh view macam digital camera sekarang. Ko kena cuci dulu. Hari ni hantar kodak film pergi kedai. 3-4 hari lagi baru ko dapat gambarnya. Lepas tu kena beli album lagi. Nak susun dalam album gambar-gambar tu.

Sekarang semua dah canggih manggih. Hujung jari sahaja. Siap la album siap gambar dalam tu. Ini adalah first time aku try buat sendiri Photobook. Aku beli kat Groupon. Korang mesti lagi hebat kan bab buat-buat Photobook ni. 

Oleh kerana ini pengalaman pertama nak buat Potobook sendiri. Haruslah aku tayang kasi bangga sikit *Ya Allah bulan puasa pon perempuan ni nak bangga-bangga*


Oleh kerana first time. Aku pilih je Open an Existing Project tu. Tak reti la hai nak create ke hape. Maklum lah aku ni bukan berseni sangat bab-bab ni.


Mula-mula aku pilih yang aku higlite warna biru tu. Sekali kena add RM8 masa nak bayar. So aku tukar ambil Ruff n Tuff Debossed 8.5x11 Lanscape. Yang tu tak kena tambah pape dah. All include RM52.00 yang ko beli dari Groupon tu.


Mula-mula bukak dia akan kosong je bahagian gambar tengah tu. Then upload je la gambar mana kite nak. 


Dah siap masukkan gambar semua. edit-edir sikit. klik tanda troli shopping tu.


Pastu kalau gambar kite tak cukup bagus kualiti nya. Dia akan keluar pop up macam dalam gambar kat atas.So boleh la tukar gambar lain kalau korang nak. Preview and edit je. Tak perlu la ko nak risau gambar ko tak cantik ke pecah-pecah ke nanti.

Pastu klik je Done.

Siap la photobook ko. Masa klik Done tu. Dia akan terus buka page Pixajoy untuk proses redeem vaucher and payment semua. Ikut je arahan. Sonang! Orang buta it macam aku ni pon boleh buat. Ini kan pula korang kan. Hik Hik Hik

Itu sahaja. Belum sampai lagi kat aku Photobook nya. So aku belum boleh kasi review bagus ke idok. Harap bersabar ye.


with❤:izan®

Thursday, July 11, 2013

Dekat mana nak tempah kad kahwin murah?

Hai, salam.

Bukan main panjang tajuknya hari ini. Sebelum terlupa. Selamat menjalani ibadah puasa semua.

Siapa add aku dekat FB mesti dah tengok kan design kad kahwin aku yang koboi-koboi aja itu kan. Tapi aku suka je kad koboi-koboi ni. Kalau boleh kahwin pon nak koboi je. Eh? Mustahillah! Bagi perempuan, kau sebut je perkataan kahwin dia akan cerita planning dan angan tak sudah dia dari A-Z selama 10 hari 10 malam belum tentu habis. Biasa la. Orang perempuan.


Begini lah ye. Simple saja. Kad ni actually sekeping je. Cuma aku scan letak dua kad kiri kanan. Senang nak attach kat invitation event dalam FB. Sekarang kan semua dah senang. Jemput kenduri pon pakai FB je. Kalau ikutkan hati aku. Malas lah hai nak print-print bagai. Tapi memandangkan mak dan ayah nak jemput kawan-kawan diorg yang bukan ada FB pon most of them. Aku printkan jua kad ini. Orang berbudi kita berbahasa. Ye dak?

Mana nak dapat kad murah and lawa-lawa-lawa *bagi aku dah lawa* ni?

Boleh klik link di sini. Kad Kahwin Borong HQ.

Kat bawah ni aku antara pakej yang diorang offer.
Service memang tip top.
Senang je pon nak order dengan diorang ni. Aku tak pernah jumpa mana-mana pon orang yang bekerja di balik tabir company ini. Tapi tahu-tahu dah sampai kad kat umah Alan. Aku order semua pakai email sahaja. 

Ko pilih je mana pakej ko nak. Email kat diorang. Bayar 50% dari total pakej. Nanti diorang punya designer akan emailkan draft kad, banner, banting, envelope, penunjuk arah semua. Kalau ko setuju. Dia akan print. Sebelum print kene settlekan payment. Seminggu lepas tu ko dapat la kad semua-semua tu.

Aku dengan Alan kan jenis malas nak jalan-jalan survey benda-benda remeh macam ni. So kesimpulan untuk orang malas macam kitorang order ONLINE dekat Kad Kahwin Borong HQ ni sudah. Service tip top. Hasil pon awesome!

Aku dengan Alan telah memilih pakej di bawah. Harap jangan kau tanya lagi lepas ni. I is malas nak jawap soalan yang dah ade jawapan dalam entry. HAHAHA


p/s: Oleh itu aku dengan rasminya. Menjemput semua yang mengenali diri ini dan Alan untuk hadir ke majlis perkahwinan kami. Details seperti dalam kad di atas.

with❤:izan®

Sunday, June 12, 2011

Mahu tangan selembut saya?

Hai, Salam.
Macam gud-gud je kan tajuk. Hahaha. Eh, tapi tangan i memang halus mulus pon. Tang muka je dia tak berapa nak halus-mulus. Nak baut macam mana. Dah Allah kata "okey, muka kau ada jerawat". Saya redha. And now, macam mana eh nak tangan yang halus mulus? Senang je. 
Kalau ikutkan pesan mak aku. Rajin-rajin la masak nasi. Ini betul. Air beras yang korang cuci nak tanak nasi tu memang bagus. Bukan sahaja boleh membantu emak di dapur, malahan boleh melebutkan kulit tangan. Tapi macam mana ni Kak Izan, saya tak suka memasak la.Its okey sayang. Gunalah lotion. Lotion apa?

Meh sini meh akak nak share rahsia akak selama ni. Selama ni secret taw. Eceh. Blah la weyh. Saya pakai lotion ini :

Saya suka yang Aloe tu. Yang warna nak hijau-hijau tu. Bau dia macam sabun but i like. Yang pink tu pon sedap bau dia. Soft je. Tak berminyak. Kalau pakai dari pagi sampai lunch bau dia still ada. Office aku dah macam duduk kat kutub utara aku rasa. Sampaikan air panas buat time pagi-pagi tu kejap je. 5 minit dah sejuk beku. Okay tipu, tak ada la sampai beku. Tapi sejuk je. So memang perlu lah untuk aku melindungi kulit aku ni dari terkering oleh air-cond yang maha dasyattttttt...

Kalau tak caya try la try tangan i. Lembab je. Bukan lembap yang ini okey. But LEMBAB. Kelembapan yang nyata. Tapi cannot la kan. Try sendiri baru tahu. Bye.

with❤:izan®

Perfume apa saya pakai?

Hai, Salam.
Siapa tak suka pakai perfume? Cayalah bro. Full of confident gila kau ni. Aku ni kurang sikit keyakinan diri ni ha. Kalau nak lebih yakin, aku nak kena pakai dua benda. Satu, is ubat ketiak. Kedua, is minyak wangi. Bukan minyak masak okey. Bila jalan kaki tengah panas pon masih boleh jalan dengan bangga. Konon aku lah yang paling wangi. But it is true meyh. My anak buah always cium-cium my hand. They said "tangan mak su ni wangi dan lembut la". Then i replied "lepaskan lah..." (harus di baca seperti dialog iklan tv itu okeyh)

Buat masa ni aku hanya suka memakai perfume dari Body Shop. Harga masih okey. Sebab botol kecil tu boleh tahan sampai 4 bulan untuk aku pakai. Rm40 kan sebotol. So sebulan Rm10 je. Okeylah tu. Pilihan dihati adalah :


Gambar adalah dari google. So far hanya bau ini yang aku suka. But lately aku macam suka juga dengan bau ni :

Bauan Jazz. Bila dekat-dekat tak berapa nak sedap. Tapi bila sipi-sipi je duduk sebelah aku. Kompem nak bau dan bau lagi. HAHAHA

with❤:izan®

Saturday, June 11, 2011

Senarai Online Shopping yang Izan Salleh suka.

Hai, salam.
Suka tak bererti sayang. Pergh. Tiba-tiba. Aku sanggup habiskan berjam-jam lamanya di hadapan laptop semata-mata melayan mata. Shopping adalah terapi yang baik bagi perempuan. Ini adalah betul. Sebagai contoh, kalau aku agak-agak macam tension dengan kerja or study ko bawa je aku pergi window shopping. Window shopping pon jadi la. Kompem aku tak pikir dah yang tension tadi tu. HAHAHA.

Tapi kalau dipikirkan nak ke mana-mana mall tu yang ada masalah. Al-maklumlah aku ni tak berkereta. So kalau nak ke mana-mana kena la tunggu Alan yang bawa. Alhamdulillah dapat Alan yang mana tahu je apa aku nak. Asal muncung 14 je mulut aku tu ada la yang tak kena. So, aku lebih suka shopping secara online sambil melayan movie.

So, lets straight to the list. Tak de la list sangat pon. Juat a few Online shopping yang aku suka. Sebab aku dah pernah beli dari mereka. So friendly and fast. 
  1. Unique-stylemuslimah. Aku pernah beli inner satin ala Hana Tajima dari sini. Aku buat transaksi duit hari Isnin, hari rabu dah dapat dah. Pergh. Mudah kan? Siap dapat free ribbon clip lagi.
  2. The CocoCloset. Aku pernah beli dress dari mereka. Ini pon sangat cepat. Siap dapat free shawl lagi.
 Thats all for now. Jumpa lagi di lain entry. Bye.
with❤:izan®

Saturday, April 16, 2011

Maybelline BB Cream

From GOOGLE

Hai, Selamat pagi.

Siapa dah pakai BB Cream dari Maybelline ni? Aku baru first time pakai. Itu pon sebab ada sales dekat Watson. HAHAHA. Kalau nak beli time tak de sales mahal nak mampos! RM29.90. Padahal size 18ml je kan. Memang tak berbaloi. Sekali aku tengok ada sales. Aku pon rembat la ambil satu. 

Masuk hari ni dah nak seminggu aku pakai. Memang geBu-geBu la muka aku. Sebab tu la nama pon BB Cream. Ringan je. Tak rasa pon yang aku tengah pakai foundation. Tak berminyak. Dan warna dia macam tahu-tahu je nak ikut color kulit aku. Tak payah nak pilih-pilih try kat tangan ke hape kan.

Bila sapu kat muka automatik dia meresap masuk ke kulit. Licin kau kalau dari jauh. Dari dekat tidak la. I kan banyak jerawat. Gila apa pakai BB cream je dah boleh buat muka i licin. HAHAHA.

So secara kasar. I loike BB Cream dari Maybelline. Terus muka tak ada parut. HEHEHE

with❤:izan®

Sony Ericsson XPERIA X10

Hai, salam semua.

Oleh kerana telah lama tidak membuat review movie. So hari ni kita buat review handpone pula ye. Buat masa ni aku sedang hendap dan lihat sahaja dengan rasa geram Sony Ericsson XPERIA X10 ni dekat lowyat. Kalau ikutkan hati yang tak berduit ni. Aku dah beli dah.



Size : 119 x 63 x 13 mm
Berat : 135 Gram sahaja. Touchscreen with 65K Colors. Size 480 x 854 pixels.
Bunyi : MP3 macam biasa. Ada loudspeaker.
Memory : 1GB simpanan dengan 384 MB RAM. Boleh guna microSD untuk tambahan storage.
GPRS, 3G semua ada. WLAN, Bluetooth USB tambah lagi dengan kamera 8MP, LED Flash. BUT No RADIO. Eh, ini aku tak sure. Sebab aku baca dari internet je ni.


p/s: Kalan Alan beli kat aku sebijik ni. Pergh! HAHAHA




with❤:izan®

Tuesday, January 25, 2011

Seri's Closet

anda suka preloved item? boleh try usha dekat Seri's Closet. bagi aku ini antara preloved shop yang sangat berbaloi untuk membeli belah. kualiti still A+++ punya wa cakap lu. boleh search kat fb k. saya ulang Seri' Closet. Bukan izansalleh's closet. takut nanti orang kata aku ada banyak online shop pula. HAHAHA

Antara pakaian yang ada dalam Seri's Closet ;)
with❤:izan®

Tuesday, October 26, 2010

review just like heaven

kali ini review JUST LIKE HEAVEN edisi musim exam. aku ni kalau jenis study mengira suka sambil-sambil tengok movie. maka secara tuntasnya..eceh..masa darjah 6 ni aku blaja guna perkataan tuntasnya. kita sambung kembali, secara tuntasnya habislah beberapa buah movie yang aku ambil dari teha. buat masa ini hanya mampu buat review JUST LIKE HEAVEN. nanti-nanti lain kali aku buat review lain pula. seperti biasa apa? ini bukan janji.




Genre: Drama, Romance, Comedy
Synopsis: When David sublets his quaint San Francisco apartment, the last thing he expected or wanted was a roommate. He had only begun to make a complete mess of the place when a pretty young woman named Elizabeth suddenly shows up, adamantly insisting the apartment is hers. David assumes there's been a giant misunderstanding... until Elizabeth disappears as mysteriously as she appeared. Changing the locks does nothing to deter Elizabeth, who begins to appear and disappear at will -- mostly to rebuke David for his personal living habits in her apartment. Convinced that she is a ghost, David tries to help Elizabeth cross over to the "other side." But while Elizabeth has discovered she does have a distinctly ethereal quality -- she can walk through walls -- she is equally convinced that she is somehow still alive and isn't crossing over anywhere. As Elizabeth and David search for the truth about who Elizabeth is and how she came to be in her present state, their relationship deepens into love. Unfortunately, they have very little time before their prospects for a future together permanently fade away. 


ini adalah review yang aku ambil dari sini...terima kasih ;)


tetapi selepas ini adalah review dari aku. bagi aku cerita ni ok la, ada moral value nya. tapi ending tak best sangat sebab tiba-tiba je commolot! cis! kena la bagi panjang sikit TANG BAB MACAM MANA elizabeth boleh ingat balik kat david..itu sahajalah review dari aku. HAHAHA





with❤:izan®

Wednesday, October 20, 2010

the child's eye

perlu diingatkan cerita ini PG 13. so membaca entry ini juga kena mendapatkan bimbingan orang yang terlebih dewasa. agar tidak silahertikan oleh anak-anak dibawah usia 13 tahun. harap maklum.

perlu dimaklumkan terlebih dahulu ini review yang aku ambil dari sini.


The Child’s Eye in 3D tells the story of six stranded Hong Kong travelers during the shutdown of the Bangkok airport in the November 2008 anti-government protest and their supernatural encounters after the disappearance of three in the group. 

Stranded in Thailand by the political uprising and airport closure, Rainie and her friends were unable to return home. Reluctantly, they decide to stay in an aged and shabby hotel. Among them is Rainie’s almost-breakup boyfriend, Lok, Ling and her brother Rex and Ciwi with her beloved boyfriend, Hei. The moment they check into the hotel…they come across three weird children and a puppy that seems slightly odd. As strange and sinister things start to happen, they begin disappearing one after another.

manakala, dibawah ini merupakan review dari aku. sekiranya tak nak percaya apa yang aku cerita. maka boleh berhenti membaca sampai di sini sahaja. review di atas rasanya telah mencukupi.


bagi aku cerita ini bukan dalam kategori PG 13. sepatutnya dalam kategori PG18! sangat menggerunkan. sampai tercampak kasut aku. athiah yang mengajak aku tapi dia yang terlebih jerit dari aku. dah la cerita hantu. tengok pula dengan 3D. ko bayangkan la, macam mana hantu tu terkeluat dari skrin nak capai kepala ko. boleh bayang? tak bukan? haaaaaaaa..aku nasihatkan pergi tengok. memang berbaloi. aku tengok dengan yona, and atie. thanks sebab menghasut aku tengok cerita yang berbaloi ni!

cerita ni ada 3 heroin yang cun dan 3 hero yang bukan taste aku. tapi boleh la. so-so je la kan...tak de hensem sampai aku duk terbayang-bayang. cuma aku asyik duk terbayang hantu tu kat atas kepala aku. seperti biasa pelakon utama cerita hantu mestilah perempuan. iaitu Rinie. boifren dia nama Lok. diorang berenam ni pergi bercuti kat thailand. on that day diorang nak balik tu, diorang terkandas kat jalan. and pemandu teksi yang nak hantar diorang pergi airport hantar diorang kat satu hotel yang akan menyebabkan bermulalah cerita hantu. oh, sebelum terlupa, sebab diorang terkandas kat jalan raya? sebab ada mogok dari rakyat thailand.


bila diorang start masuk kat hotel tu diorang nampak 3 orang budak dengan seorang anjing. anjing ni akan menyalak bila nampak hantu. bila anjing tu nampak je diorang enam orang ni, anjing ni akan menyalak. masa diorang order makan. tempat duduk kat meja tu ada tujuh. mak cik yang ambil order ni ambil order diorang tapi macam ada tujuh orang yang order. bila hantar makanan, diorang tanya la, kenapa ada tujuh. mak cik tu dengan selambe kata, dah tujuh orang tujuh la makanan kan. itu pon nak kena ajar ke? bukan-bukan. itu ayat aku tambah sendiri.

dan bla bla bla. malas nak taip. cuma bayangkan saje lah. kalau tangan hantu boleh lekuar skrin depan mata ko. bila kerusi melayang sendiri atas kepala ko dan tiba-tiba hantu terjengul depan muka ko dengan kesan 3D. kalau tak menjerit bagi perempuan aku respek korang. sebab atie jerit sangat kuat! HAHAHA. lelaki macam biasa la, tak kan menjerit cuma, seluar je la basah sikit berpeluh nak tahan jerit. KAN???

oleh itu, sampai disini sahajalah review kali ini...

with❤:izan®

Wednesday, June 02, 2010

my girl

exam etika telah tamat. maka kita nantikan exam keusahawanan pula selasa depan. oleh itu,mari layan my girl setelah berpuluh-puluh kali aku ulang menonton drama korea ini.

melihat kecomelan yoo rin mengingatkan aku kepada kecomelan diri sendiri. MUAHAHAHAHA. blah!

okey-okey,sebelum mengarut dengan lebih lanjut. mari melayan MY GIRL bersama nasi lemak telur mata. oleyh!

with❤:izan®

Thursday, May 20, 2010

The Back-Up Plan


lakonan JLO (zoe) dan Alex O'Loughlin (stan) yang sangat romantika bulan maduka dan diselangi dengan adegan lucu membuatkan aku tertarik membuat review. introduction dan nak gah tu. mari kita lihat review dari aku. ingat ya. ini review dari aku. so,suka hati aku nak tulis apa. di ulang. ini review dari aku. okey? ke nak kena ulang lagi sekali? INI RIVIEW DARI AKU.

zoe yang memiliki sebuah kedai pet dalam bahasa senangnya kedai binatang. zoe merasakan dirinya sudah lengkap. tetapi masih belum ada boyfriend untuk memiliki cahaya mata. lalu dia mengambil keputusan untuk menyuntik masuk sperm ke dalam kawasan peranakan beliau. minta maaf di sini. aku bukan budak medic so tak berapa nak tahu istilah orang2 medic ni. yang aku tahu dia buat suntikan sperm ke dalam saluran vagina dan membolehkan dia mengandung tanpa melakukan hubungan seksual. aku ni kan budak kira duit je. taraf duduk kat meja kira berapa untung,berapa rugi. bukan nya hebat sangat nak paham istilah medic ni. HAISH! cari pasal lagi.... T___T

okey,kita sambung. setelah melakukan "suntikan bayi tersebut" zoe menahan teksi untuk pulang ke rumah. dan  teksi yang di tahan zoe direbut oleh stan dan di sinilah mereka bertentang mata. pertama kali ku melihat mata sidia...bla bla bla... dan mereka berebut sampai teksi tu blah dan dua-dua tak dapat. okey,macam mana tu? ko tengok la sendiri. malas nak taip.

stan telah tertarik dengan zoe dan cuba untuk memikat zoe. tetapi zoe sedar bahawa stan tak kan boleh menerima seorang perempuan yang bakal mengandung. dan disini berlaku nya konfik seperti cornflake. oleh kerana dah maghrib,korang pergi la download jap cerita The Back-Up plan tu. nanti lepas maghrib baru tengok k. holeyh!

sebelum terlupa. aku sudah tergoda dengan ini lelaki. ohmaidior...grrrrrr...

p/s: malam ni makan nasi goreng belacan.

with❤:izan®

Wednesday, May 12, 2010

BFF

salam,
semacam sudah lama pula kan tak update. kan aku ni jenis yang kalau sekali update tu nak sampai 10 ke 20 entry kan. kalau tak nak upadate tu sampai 10 tahun kau tak jenguk blog sendiri. HAHAHA...blah! hiperbola yang amat! tak pernah la kot aku update sampai 10 entry dalam 1 hari. and tak pernah la pula aku tak bukak blog sampai 10 tahun. blog ni pon baru je setahun lebih sikit-sikit kau nak sampai 10 tahun tak jenguk. kau jangan bajet artis sangat izan. kang ada je peminat-peminat kejar sampai hantar email suruh update! HAHAHA

BFF = best friend forever. betul ke?
bukan la! aku nak cerita pasal BFF lain.
BOY BEFORE FLOWER! gila ketinggalan zaman baru nak tengok. pedulik la! janji aku dah tengok. korang yang belum tengok jangan nak sindir-sindir aku. yang dah tengok je boleh kutuk-kutuk sikit sebab lembab bebenor la ha nak melayan cerita ni.


Monday, April 19, 2010

date night review

next paper bila izan?
oh,khamis ni...lambat lagi ;)
so kau tak payah study ka?
esok baru nak start. kasi la aku chance nak berpoya-poya buaya sekejap.




next paper ialah subjek paper clip. HAHAHA. not funny. sains pengurusan dan esok nya ialah subjek risiko. wallahhh. dua paper secara terus-terusan. oh itu biasa. i kan student UKM. student UKM memang semua hebat-hebat bab paper secara terus menerus ni. kalau tak, tak kan la boleh masuk UKM kan. dah-dah la tu. balik-balik cerita pasal exam,paper habis bila,next paper apa. kau ingat orang nak sangat ke baca pasal hidup kau? kau ingat kau artis. sampai masalah rumah tangga semua nak kena hebah pada media?



oleh kerana paper hari khamis, maka kami menonton DATE NIGHT pada DATE DAY kami kali ini. asalnya nak tengok CLASH OF THE TITANS. tapi merubah perancangan pada saat-saat akhir pembelian. alasan? saja nak tengok DATE NIGHT pada DATE DAY kami kali ini.

oleh itu harus ada review. sepasang suami isteri yang tinggal dipinggir bandar yang mana hanya menjalani rutin harian yang sama setiap hari. mereka cuba untuk menjayakan alam perkahwinan mereka dengan memahami satu sama lain. keluar berpacaran tiap malam jumaat. tetapi pada suatu malam si isteri cuba untuk memberi kelainan kepada suami dengan menata rias diri jauh berbeza dari biasa nya. lalu menyebabkan si suami mengajak si isteri keluar untuk menikamti makan malam di kota dan menjanjikan sesuatu yang berbeza pada malam tersebut kepada si isteri.

kusangka kan panas sampai ke malam tiba-tiba hujan di tengahari. angkara mengambil tempahan meja sepasang suami isteri lain yang tidak dapat hadir ke restoran makanan laut yang terkemuka di bandar mereka terperangkap dalam satu sindiket merbahaya yang mana membawa kepada satu DATE NIGHT yang sungguh mencabar kepada pasangan ini. mahu tahu apa kesudahan nasib kepada pasangan yang hanya ingin mencuba sesuatu yang berbeza untuk menyelamatkan rumah tangga mereka ini? pergilah tonton sendiri. berbaloi-baloi...tahap ketertawaan? 5/5! sangat lucu. ini bukan janji,tapi pasti. HAHAHAHA

FIN~



eh-eh mahu kemana tu? ada sambungan cerita life from heart.alamak! mr.izan call. got to answer his call. so secara automatik cerita pada malam ini TAMMAT!

Thursday, April 15, 2010

tips hadapi tekanan perasaan dan review

sekarang aku suka dengar lagu ALICE dari AVRIL. dari rasa nak tidur,nak nangis and moral down je terus rasa bersemangat. lagu slow tapi degupan jantungku kencang dan hebat dengan aura lagu ni. walaweyh...ayat makin nak mengada-ngada. mood emo-emo dah selesai. tapi timbul pula mood nak buat review lagi. apa ni izan asyik-asyik review je. suka hati aku la. nak baca keep on stay,tak nak? tu-tu nampak formspring yang sebelah kiri tu. tanya la banyak-banyak kenapa itu dan kenapa ini pada diriku. akan ku cuba jawap. so far,tak da sapa-sapa lagi nak tanya. tak ke rasa macam ayat seorang loser di situ? HAHAHAHA...eh,gelak pula dia bila di label loser oleh diri sendiri.

esok ade paper OB (organizational behavior). so behave yourself izan. jangan mentaip suka tangan kamu ja. sebab blog ni open to public. lain la kalau kau buat blog untuk diri ko sendiri,kau la author kau la pembaca. itu boleh la kau letak nama-nama yang rasa nak marah,nak maki and nak lempang bagi mati pon boleh. okey,i tak rasa pon nak buat semua tu. itu hanya ayat pelengkap sahaja nak bagi entry panjang berjela-jela.

aku dengan ada tips macam mana nak handle depression. aku duk jalan-jalan jelajah blog malam tadi asyik nampak perkataan emo,tension,exam dan seangkatan dengan nya. so kita dapat buat formula di sini.

exam + emotional = depression.

tips menangani tekanan perasaan untuk remaja sahaja.
  1. ajak kawan baik anda jalan-jalan tengah malam. seperti aku, selalu ajak atie pergi drive thru kat McD bangi if kitorang tengah tension. kitorg tak de kereta hanya ada si tembam. so drive thru guna tembam je la. abg atau kakak yang jaga kat drive thru line tu mesti senyum memandang kitorang dengan comel ohhh..memang kittorang comel pon ;)
  2. pergi jog. jangan jalan. tapi berlari sambil jerit " aku bahagiaaaaaaaaaaaaaaaa" nanti orang dari hospital bahagia datang jemput kau. HAHAHA. TAK-TAK. ini hanya untuk aku sahaja. kalau aku tension aku suka buat aktiviti yang mengeluarkan peluh. sebab aku suka menari,so jawapannya? STEP MANIA! choi,baru semalam je pon main. HAHAHAHA
  3. makan dengan mengunyah sekuat hati. kunyah kunyah kunyah dan kunyah lagi. sampai 44 kali kunyah baru telan. acara mengunyah berkali-kali boleh menenangkan perut. dia akan kenyang dan hati akan senang. kemudian? tidur la!
  4. senang sahaja,kau ada AL-QURAN? okey,pergi ambil wudhuk sekarang dan mula mengaji. dah berapa lama kau tak mengaji ni izan? sampai hati pon naik hitam sehitam rambut ku yang ikal mayang mengurai...weeehuuuu..eh,ini patutnya diatas sekali.
  5. solat hajat. minta ALLAH beri aku ketenangan. kalau tak tenang lagi. kau tendang saja si PINKY sanpai puas, ops! i tendang-tendang si pinky manja-manja je. u jangan risau. dia masih terpelihara di bawah jagaan i ;)
eh,semacam ada kata nak buat review tadi kan? kenapa tiba-tiba boleh keluar tips pula. okey,kerana telah berjanji nak buat review mari kita buat bersama. sudah tonton SEMERAH CINTA STILLETO? belum? apa ni. ketinggalan dek zaman. muahahaha..mulut kau nak mintak penyapu ke mop izan? okey-okey,kerana belum tonton,mari sini baca review bukan sebarang review dari aku.

kisah percintaan dua darjat antara siti laila dan leman toyol. stila (siti laila) masih belajar duduk dalam rumah banglo mewah depan flat leto (leman toyol) yang bekerja di pasar ikan. stila seorang remaja yang cantik dan bahagia dari segi luaran nya tetapi mempunyai konflik keluarga yang serius dimana kedua ibu bapanya mempunyai lelaki simpanan dan wanita simpanan diluar tanpa pengetahuan stila. konflik yang di alami stila membawanya ke arah percintaan bersama leto.

okey,review fin. sekarang masa untuk review OB pula.



Wednesday, April 07, 2010

the best movie (hanya untuk hari ni)



apa izan? kau menonton movie time study sweek ni? HAHAHA. untuk mengelakkan dari aku tidur petang hari aku layan movie. ala,tengok online je pon. kejap tengok,kejap berhenti sat pi makan. pas tu sambung balik tengok. tiba-tiba mood study sampai aku study jap. tu pon tak lama. ada la dalam sejam dah bosan tengok buku.

okey,kali ni review cerita 50 FIRT DATES. setiap hari di rasakan seperti kali pertama berjumpa. oh,indah kan? kalau hari-hari jumpa tapi still rasa macam baru kali pertama ketemu. dah la izan oi. cepat la cerita tentang review bukan sebarang review kau tu.

cerita ini dibintangi oleh adam sandler (the best male actors for me) and drew barrymore. adam melakonkan watak henry yang merupakan seorang marina veterinarian. bertemu dengan lucy watak yang dilakonkan oleh drew. lucy yang hilang ingatan akibat dari kemalangan kereta bersama ayahnya. ala,ayah dia just nak elak dari terlanggar lembu je pon. dan menyebabkan lucy tek berjaya untuk mengingat memory dia yang baru. maknanya dia boleh ingat memory yang lepas-lepas sebelum dia kemalanga. tapi memory akan datang dia akan lupa bila dia tidur.

dan menyebabkan henry di anggap asing walaupun mereka telah berjumpa dengan banyak kai nya. henry cuba untuk memulihkan lucy dengan merakamkan setiap kenangan mereka. dan akan di tonotn oleh lucy tiap kali bangun dari tidur.

dah azan! malas pula mahu sambung. hahaha

p/s: movie yang buat aku menangis air mata masin. huhuhuhuh