Hari Isnin hari tu balik rumah rasa nak makan pancake. Eleh pancake konon. Bahasa kampung lempeng je pon. HAHAHA
Aku ni jenis suka makan benda-benda yang senang and sedap. So, google-google la resepi pancake. Sekarang semua nak google. Kang kalau orang tanya ape nama makanan ko ni zan? Entah la, aku google. Senang je kan nama. Semua nama makanan aku kena letak Google. Pancake google nama kali ini. Hahaha. Macam harrrr je.
Hasil pancake aku. Nasib Alan telan je before pergi kerja. |
So, mari kita mulakan. Resepi yang aku google ni adalah dari sini.
Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sb gula
1sk soda bikarbonat
1 biji telur
200ml susu segar/susu cair
1 cawan air
3sb minyak masak/minyak sayuran/minyak jagung
secubit garam
Cara-Cara.
Kau masukkan semua bahan-bahan dan kacau. Serius. Ini adalah resepi paling mudah aku pernah jumpa. Tak payah ikut urutan. Kalau ada urutan masukkan bahan pon aku suka derhaka. Sama je kot. HAHAHA
Tapi kan, memandangkan rumah aku tak ada tepung nasik sendiri di campur dengan sifat malas. Aku beli je terus tepung pancake Nona ni ha. HAHAHA. Terus lawa pancake aku.
Lepas tu, aku suka makan dengan Syrup ni.
Senang kerja aku. Siap dah pon ha pancake pemalas. Nanti kalau aku dah buat ikut resepi diatas aku tayang lagi okey. Kali ni hasil daripada tepung pancake Nona je la aku tayang.
p/s: Dah rupa blog emak-emak. HAHAHA
with❤:izan®
saya pon guna Nona tu jugak ! hihi
ReplyDeletesedap kan? Lepas ni nak try pandan plak. HAHAHA
Deletewah sedapnyer..arit masa duk umah sewa ms study dgn kawan2..ada sorg kawan ni suka buat..dia masak dalam pembakar roti tu je..tp sedap..hehe
ReplyDeletehehehe..kalau akak pun amik resepi yang kedua tu jer beli tepung pancake NONA ..
ReplyDelete