Followers

Tuesday, September 03, 2013

1st time Alan pergi Cameron berlagak tak sejuk macam New Zealand-Laki Bini Berjalan

Hai,

Ha, dah rajin banyak kali pula nak update entry. Kalau malas sampai ke sudah duk tayang entry tu je la. Sabtu Ahad lepas ajak Alan jalan-jalan. Bukan la nak honeymoon sangt pon, saja gatal nak berjalan berdua, pegang tangan, ambil gambar peluk-peluk sambil fefeling "Akulah isteri paling bahagia dan romantis gila!". Dan yang penting tanpa rasa segan silu, tenang dan rasa macam hebat gila jalan berdua dengan Alan pegang tangan sambil buat muka "Jangan kau pandang laki kacak aku ni." HAHAHA.

Poyo gila entry sejak dah kahwin ni. Tak habis-habis nak banggakan Alan kacak. Tapi serius, bagi aku Alan kacak. Dah kahwin lagi la kacak. Tengok dia tidur mulut nganga pon rasa geram. Tambah lagi dibuatnya Alan berdengkur time tidur malam. Lagi la rasa GERAM. Tapi ni geram lain sikit. Rasa nak sumbat bantal dalam mulut Alan. HAHAHAHA. Aku ni dah la jenis tidur tak boleh ada bunyi-bunyi sikit. Kena senyap sunyi sepi. Baru boleh lelap.

Aku mula-mula plan nak tidur kat Smoke House. Tengok review macam best je. Then call, semua penuh. Yang ada rate bilik semalam 800++. Terus terkedu tak mampu. Then beralih ke Strawberry Park Resort. Terpengaruh dengan cerita Nora Elena lakonan Aaron Aziz and Siti Saleha. Terus call tanya rate semalam berapa. Dalam la dalam 300++. Terus booked.

Alan malas nak jalan-jalan sangat. Kalau aku dengan kawan-kawan aku habis aku tawaf satu cameron aku rasa. Kitorang pergi satu-satu tempat tu lepak lama-lama sambil makan banyak-banyak. Memang percutian laki bini pemalas kali ni. Aku dah bosan dah dengan Cameron ni. Alan je la first time sampai sana. Tapi ayat paling tak boleh blah bila aku tanya,

"abang, sejuk tak?"
"Sejuk la jugak, tapi tak macam New Zealand. HAHAHA"

Ini memang tak boleh terima dek akal. Bandingkan dengan New Zealand!



Sampai sini sahaja adegan romantic aku dengan Alan.
with❤:izan®

4 comments :

leave me some words ;)