Hai,
Rasa macam inilah entry pertama pasal raya. Sungguh-sungguh aku cakap, raya tahun ini langsung tak best. Aku sibuk pikirin hal perihal kenduri haritu. Lansung tidak ada masa beraya ke rumah kawan-kawan. Kalau tidak tiap-tiap tahun rumah Dayah dan Farah merupakan rumah wajib beraya di hari raya pertama. Ni aku sempat pergi rumah Farah je. Itu pon sebab depan rumah je pon. Kalau tidak sampai juga, memang Farah hempuk aku dengan motor ayah dia. Dah la pinjam motor ayah farah tanpa bagi tahu. Aduh! Malunya. Semua gara-gara motor ayah aku sebijik motor ayah Farah. HAHAHAHA
Lepas sahaja kenduri selesai, rumah emak masih terkontang kanting esoknya tu, aku dengan Alan terus balik rumah sewa. Sebab memang tak kemas apa pon lagi rumah tu. Isnin tu masih cuti, tapi Isnin tu la nak beli barang semua. Kesian Emak, Ayah and Acik dekat rumah. Tinggalkan macam tu je. Tak pe la, selama dua orang kakak dan dua orang aku dah kahwin asyik aku je kemas semua tiap kali lepas kenduri. Ni bagi la pula diorang buat kerja. HAHAHA
So, last week barulah ada mood nak beraya. Ayah ajak pergi rumah Tok Ngah. Adik kepada emak ayah aku. Aku pernah pergi dulu-dulu tapi tak pernah pula nak ingat jalan. Sebab dulu masa kecik-kecik aku selalu tidur dalam kereta. Sekarang pon kadang-kadang je kalau aku malas nak ingat jalan aku tidur dan biarkan Alan memandu dengan tenang. Kalau aku jaga, mulut tak berhenti-henti ajak borak.
Lepas tu boleh pula terlajak. Ayah aku dah pesan sebelum Sungai Besar tunggu tepi jalan. Tapi dengan confident dua orang laki bini lajak sampai ke Sungai Besar. Last-last kena marah dengan ayah sebab laju sangat bawa kereta. Diorang dah nampak kereta Alan dari tepi jalan. Yang naik kereta dengan ayah ialah mak, acik, aisy, esha, shahrul and tok esah. Diorang dari Trolak. Aku dengan Alan dari Banting.
Nasib la dalam 20 minit je terlajak. So, patah balik jumpe tepi jalan. Terus pederaih pergi umah Tok Ngah. Tok Ngah tak datang kenduri aku dengan Alan haritu. Sebab tu ayah bersemangat nak ajak aku dengan Alan pergi rumah Tok Ngah. Bagus juga, Alan bukan biasa pergi kampung yang betul-betul kampung. Yang ada sawah padi semua tu.
Oleh itu, sampai sini beraya pertama kali sebagai suami isteri ke rumah Tok Ngah. Tahun depan kita jumpa lagi ye Tok Ngah *ini adalah hint supaya raya tahun depan rumah mak ayah aku* HAHAHAHA
with❤:izan®
No comments :
Post a Comment
leave me some words ;)