Followers

Friday, February 25, 2011

Ini Kisah Romantik

Hai, maaf kerana telah lama tidak update. Sebenarnya laptop aku tak boleh nak On. Ntah kenapa tak pula aku belum kaji lagi. Buat masa ni aku hanya mampu meminjam laptop Tasha untuk memenuhi tuntutan beronline lepas balik kerja. Ada banyak cerita yang nak aku jaja, tapi semuanya tersimpan dalam otak. Mungkin ada dalam 5-6 entry tertangguh yang mungkin aku akan buat dalam masa satu hari tapi akan dipublishkan dari hari ke hari. Peringatan, aku kata hanya MUNGKIN. Bukan Janji. Untuk hari ni aku sajikan dengan cerita romantik yang baru sahaja aku saksikan si stesen LRT cempaka tat sat masa aku duk tunggu hujan berenti untuk balik rumah.

Ceritanya begini. Dah macam nak bercerita dekat anak buah aku pulak dah. Masa aku duk tunggu bawah bumbung pejalan kaki dengan si Tembam yang dan cacat, aku nampak seorang lelaki ni pakai baju hujan warna merah, helmet merah, duduk atas motor LC merah semacam tunggu seseorang dalam hujan yang agak lebat. Yang aku kagumnya dia tak berganjak sikit pon nak berlindung tunggu bawah kawasan berbumbung ataupon bawah pokok ke kan. Lelaki ni stay dengan machonya kat tempat tu.

Dalam 30minit kemudian, aku nampak seorang perempuan preggy. Mungkin kandungan tu dalam bulan ke-7 or bulan ke-8. Sebab dari pemantauan terhadap perut kakak-kakak aku yang pernah mengandung lebih kurang macam tu la perut deme time 7-8 bulan usia kandungan. Perempuan preggy ni pakai baju warna kelabu, seluar hitam dan tudung hitam. Perempuan tu berjalan ke arah lelaki yang menunggu dalam hujan tadi lalu terus mencium pipi lelaki tersebut. Oleh kerana aku hanya 1meter je jarak dari tempat kejadian, so boleh la aku dengar sikit-sikit dialog seterusnya.

Preggy Women : Laaaa..kenapa tak tunggu bawah bumbung? Kan hujan ni. Sorry la, sayang lambat sikit hari ni. (sambil sambut helmet yang diberikan oleh lelaki yang menunggu dalam hujan)
Lelaki LC Merah : Tak pe. (sambil senyum)
Preggy Women : Dah lama ke tunggu?
Lelaki Lc Merah : Tak lama mana pon Abang tunggu.. (sambil senyum lalu membuka baju hujan dan dihulurkan kepada wanita preggy)
Preggy Women : Laaaa..abg pakai la...
Lelaki LC Merah : Tak pe la. Sayang pakai eh. Kesian Baby, nanti sejuk.
Preggy Women : Abang ni....(sambil memakai baju hujan tersebut dan membonceng motor tersebut)

Aku yang menyaksikan adegan romantik suami-isteri dalam hujan tadi terus terasa nak kahwin. Pergh! Gatal sungguh! Hahaha. Jangan time baru-baru kahwin ni je romantik lelaki-lelaki diluar sana ya. Makin lama kahwin tolonglah menjadi makin romantik. Kami ni kaum hawa lagi akan bertambah sayang. Eceh!

p/s: alan pon romantik kot...eh? ye ke? HAHAHA

with❤:izan®

1 comment :

  1. aikk....
    gatal plak yew!!!
    hihihihi...
    ala...
    soh la abg syg mksu 2 msuk mminang cpat2!!!!
    hahahahhahahaa.......
    kte pown da mngidam ni..nx mkn nsi mnyk mksu...:)

    ReplyDelete

leave me some words ;)