Lapis Dasar:
Kek Chiffon vanilla @
200 gm biskut Marie / OREO / Digestives
½ cawan butter yang dicairkan
(Nota: Tambah madu sikit jika suka)
Isian Atas Kek:
500gm cream cheese
350ml krim putar (whipping cream)
250gm pes blueberry @ Blueberry Filling
90gm gula castor
80gram air panas
20gm serbuk gelatin HALAL
Cara-cara:
- Letakkan kek chiffon ke dalam acuan kek yang boleh dibuka dari bawah. Tekan perlahan hingga agak padat
- Sekiranya menggunakan biskut sebagai dasar kek; gaulkan biskut yang telah dikisar hancur bersana butter yang telah dicairkan. Masukkan campuran biskut ke dalam acuan kek lalu ditekan hingga padat menggunakan belakang gelas. Sejukkan di dalam peti sejuk kira0kira 20 minit sehingga dasar kek menjadi keras.
- Di dalam mangkuk pengadun, putar cream cheese bersama gula pada kelajuan perlahan sehingga menjadi sebati dan lembut (biarkan gula hancur) kira-kira 10-15 minit.
- Sementara itu, larutkan gelatin di dalam air panas menggunakan garpu ( GARPU tau JGN SUDU). Kacau hingga serbuk gelatin larut lalu tuangkan ke dalam mangkuk pengadun tadi.
- Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul krim putar hingga kembang dan ringan lalu campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi perlahan-lahan. Gaulkan dengan senduk kayu/plastic hingga kesemua bahan sebati.
- Tuangkan adunan ini ke atas dasar kek tadi.
- Letakkan 4 sudu / semua blueberry filling di tempat berasingan (di atas bancuhan cream cheese)
- Dengan menggunakan garpu/ lidi/ stick, buat putaran pada permukaaan kek hingga menjadi kesan marble.
- Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnyer 3 jam. Lagi lama lagi umphhhhh…
with❤:izan®
No comments :
Post a Comment
leave me some words ;)