Followers

Tuesday, June 14, 2011

Aku Bebas dari Barah Payudara.


Hai, salam. 
So, lets share about Breast Cancer.
Semua orang mempunyai hak untuk mengatakan mereka sihat tanpa sebarang penyakit. Tetapi hakikatnya, ramai yang tidak sedar bahawa mereka dihidapi penyakit yang berbahaya. Antara penyakit yang boleh membawa maut adalah kanser payudara. Bila menyebut mengenai peyakit kanser payudara, ramai yang menganggap penyakit ini hanya akan menyerang golongan wanita sahaja. Namun hakikat sebenar, penyakit ini turut menyerang kaum lelaki. Bahkan tahap untuk kaum lelaki diserang peyakit ini sama dengan kaum wanita tetapi bilangan yang diserang penyakit ini kebanyakannya hanya mengetahui mereka menghidap penyakit kanser payudara tika penyakit sudah berada pada tahap tiga dimana peluang untuk pulih adalah tipis. Ibarat “telur dihujung tanduk”.

Oleh itu, jadilah masyarakat yang peka dengan bahaya kanser payudara. Ambil tahu punca dan kesan-kesan awal serangan kanser payudara. Jadilah masyarakat yang saling mengingati sesama individu lain. Mungkin pendedahan mengenai penyakit ini belum sampai kepada sesetengah masyarakat yang lain. Pengesanan secara berkala dapat membantu kita mengesan kehadiran kanser payudara. Pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa.

Pemeriksaan kehadiran benjolan-bejolan yang berkemungkinan boleh menyebabkan kanser payudara boleh dilakukan secara sendiri atau mendapat bantuan dari pihak yang lebih arif. Banyak artikel dan buku yang boleh dibaca dan dijadikan panduan untuk kita menjadi individu yang peka dengan kehadiran kanser payudara.

That all for now. Bagaimana untuk mencegah Kanser Payudara? Next Entry.


with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)