Followers

Saturday, June 18, 2011

Usah lari jauh-jauh.

Hai, salam.
Siapa pernah dengar " Takkan lari gunung dikejar ". Tapi sekarang dah banyak gunung dah gondol. Gunung tak lari dah ni, ni gunung dah hilang terus. Orang lama-lama cakap macam ni biasa nya untuk orang yang dah tak keruan dok pikiaq dia punya marka nak kawen ka. Hapa ka kan? Bila glabah tak cukup duit nak kawen, and takut marka dia kawen dengan orang lain dapat la nasihat lagu ni. "Relek ar bro, tak lari gunung dikejar ".
Tapi tu dulu la kan. Sekarang ni, kalau guna pepatah yang sama, alamat hang putih mata la. Bukan kata tak sanggup nak tunggu. Tapi kena berpada. Setakat tengok tak kan membuahkan hasil. So, aku nak listkan a few tips how to make your girl sanggup tunggu sampai 5 tahun. Tapi tips ni untuk 5 tahun je. Selepas 5 tahun dia tak akan sanggup tunggu dah. Dia blah je lagi cari BF lain. HAHAHA.
  1. Dedahkan segala perancangan masa depan anda. Kalau anda plan nak kumpul duit untuk 5 tahun lagi bagitahu dia apa sebab anda nak masa sampai 5 tahun. Sebagai contoh, sebulan anda save RM1000. Setahun sudah ada RM12,000. Anda memerlukan RM20,000 untuk membayar duit pendahuluan rumah. Ini bermakna anda memerlukan 20 bulan. Iaitu bersamaan dengan 1tahun 8bulan.
  2. Seterusnya ialah simpanan untuk berkereta. Sekarang time bercinta boleh la nak pakai motor sahaja. Dah kawin tak kan nak naik motor lagi? Dah mengandung pon nak pakai motor. Jawapnya beranak la bini ko atas motor tu. Bajet untuk kereta RM5,000. Ini nak bayar duit muka je. Bulan-bulan lain cerita. So nak kena ambil masa 5bulan. 20 bulan + 5 bulan = 25 bulan. Bersamaan dengan 2tahun 1bulan.
  3. Dah beli rumah dah beli kereta. Nak kena lengkapkan rumah dengan perabut pula. Cakap dengan bakal wife korang tu. "Sayang, abang perlukan RM 16,000 untuk lengkapkan rumah kita dengan perabot ".  Kalau hang cakap lagu ni, lembut hati awek hang nak marah sebab dah tunggu lama dah ni. Ini bermakna 16bulan lagi nak kena tambah. 16bulan + 20bulan =36bulan. 36 bulan bersamaan dengan 3 tahun dah.
  4. Ni last ni. bab duit hantaran. Pergh, tang ni memang kecut perut nak pikiaq. Aku bagi atleast la ni eh, atleast la mertua ko minta RM10,000. Murah dah ni. So, perlukan lagi 10 bulan. 10bulan +36bulan = 46bulan. Dah 3 tahun 10 bulan dah ni.
  5. Okey la okey la. Tambahan last ni. Ada lagi 14 bulan kan nak cukupkan 60 bulan yang bersamaan dengan 5 tahun. RM 10,000 untuk kenduri. Iaitu selama 10 bulan. Dan RM 4,000 untuk honeymoon. 
Homangai....Berapa lama aku nak kena tunggu ni. HAHAHA
with❤:izan®

2 comments :

  1. bila baca mcm senang je kumpul duit..
    tp realiti, amboi 1k sebulan???hahaha
    tp yg [ntg, xsaba nk tggu ko kawen.. :D

    ReplyDelete
  2. alamak citer pasal duit aja, kalau yang belum kahwin, kesian kat lelaki banyak nak guna.... timbang2 le... sharing is power.....

    ReplyDelete

leave me some words ;)