Followers

Tuesday, June 28, 2011

Saya muntah dalam kereta merah Alan.

Hai, salam.
Kan aku pinjam kereta Alan kan untuk pergi exam Jumaat lepas. Pastu tiba-tiba rasa macam nak balik Trolak. Lepas exam tu aku text Alan.
" Awak macam nak balik Trolak la. Rindu"
" Balik la "
" Saya bawa kereta awak eh? "
" Okey sayang "

So, aku balik rumah sewa kat Cheras dulu then tunggu Dila dengan Nana balik kerja, baru kitorang gerak balik. Nana dekat Slim River, Dila pula kat Felda Besout. Memang sehala je la. Pandai kan aku cari Housemate. HAHAHA. Ini semua kebetulan. Sebelum aku masuk rumah sewa kat Cheras ni, aku hanya kenal Dila je. Then Nana ialah kawan kepada Dila. 

Dipendekkan cerita yang akan panjang ni nanti, kitorang gerak dari rumah sewa dalam jam 6.30 petang. Pagi masa aku tengah exam tu, memang aku dah rasa lain macam perut aku ni. Kejap-kejap nak ke toilet. Membuang aje. Cirit pulak tu. Maaflah penggunaan word yang agak kurang nice. Pastu asyik sendawa. Bila sendawa je rasa macam masam-masam dalam perut. Macam bau muntah. Tapi aku gagahkan juga bawa kereta balik Cheras. Pastu boleh pula sesat. Haish. Sabar je la. Salam masuk simpang Bukit Jalil pulak.

Dah tunggang langgang dah cerita aku ni. Kita sambung balik okey. Bila nak masuk tol pulak, jem. Dem! Aku dah rasa tak sedap dah ni. Muntah aku tu dah kat tekak dah. Aku pulak tengah bawa kereta ni. Dila dekat sebelah. Nanan dekat belakang. Guna smart tag pon cam haram lambat! Bila lepas je TOLLLLLLLLLLLLLL... tiba-tiba dengan tanpa sengaja, WEKKK. Aku muntah! Iye, serius aku muntah dalam kereta Alan dekat seat pemandu tu. Bukan sekali, tapi 3 kali. Korang bayangkan la, aku tengah drive ni. Sebelah tangan kiri aku dah tutup mulut. Sebelah tangan je drive.

Dila masa tu dah nak tekan lampu kecemasan. Tapi aku cepat-cepat bagi signal ke kiri. Masuk ke RnR. Bertapa hebat tak hebat la kan, selama ni aku nak masuk parking guna dua tangan ambil masa berkali-kali kot. Asyik kedepan kebelakang kedepan kebelakang nak bagi kereta masuk parking. Tapi bila dah jadi macam tu, sebelah tangan je masuk parkin. Nasib la kereta Alan auto. Kalau manual memang dah mati enjin kot aku rasa.

Then aku terus lari masuk bilik air. Buka semua baju, tudung, seluar. Minta pinjam baju Nana. Tapi Nana ada baju je. Seluar tak de. Dah pulak. Macam mana aku nak keluar dari tandas ni. Baju Nana memang la labuh sampai lutut. Tapi I malu. Aku basuh seluar yang dah kena muntah tu, then pakai balik. Pergh, boleh bayang tak? Kepala tutup dengan towel je. Cool tak aku?

Masuk je dalam kereta cepat-cepat aku bukak seluar. HAHAHA. Lastly sampai ke rumah la aku dengan baju and tuala je atas kepala. Yang palinggggggg terharu ialah, muntah aku dalam kereta tu. Dila dengan Nana yang cucikan. OMG! Mana nak cari kawan macam ni? Kalau korang nak ke cuci muntah aku?

Special thanks to Dila and Nana.

Tapi kan Alan tanya apa je kat aku bila aku cerita kat dia?
" Kereta saya bau muntah awak tak? " What??? Kereta yang kau tanya? Memang tak patut. HAHAHA. Tak-tak. Itu soalan yang ketiga or keempat lepas dia tanya aku okey ke tak and ape ntah lagi aku tak ingat. I love u ;)

with❤:izan®

1 comment :

  1. ahahhaa die risaukan kereta die , jahat alan ni. hehehe kite pon sma mabuk jugak 0-o

    ReplyDelete

leave me some words ;)