Followers

Monday, May 09, 2011

We always play

Hai, Salam.

Aku pernah cerita tak pasal office? Okey anggap je la tak pernah. Anak-anak bonda. (ini adalah untuk tatapan anak-anak aku dalam masa 20 tahun lagi, InsyaAllah). Bonda sekarang kerja dekat HQ 7-Eleven. Position apa? Nanti tanya bonda sendiri la yer. Malu la bonda nak tulis pangkat kecik-kecik dalam blog Gah bonda ni. Kalau bonda dah jadi CEO dalam syarikat sendiri baru bonda tulis position apa ya. Blah!

Aktiviti harian bonda di office adalah bermain sahaja. Ala, main-main je. Main bowling, makan, balik kerja. HAHAHA. Tak-tak. Bonda gurau. Kitorang selalu main boling. Selalu? Padahal baru sekali aku join. Selalunya hari Jumaat la. Sebab lunch time lama. 2 jam you. Nanti kalau company you all tak kasi rehat lama hari Jumaat bagitahu bonda. Meh nak sekeh sikit pala bos tu. 

As you all know, bonda ni bukan la hebat dalam main boling. Tak pe. Ayah dah tahu. Bonda awal-awal lagi dah bagitahu ayah korang. Tak payah nak kepochi sangat. Bonda ni hebat tang bergambar je. Bonda malas la nak kata apa kan. Tiap kali gambar je, mesti muka bonda. Muka bonda lagi, gambar lagi. Nanti kalau ada antara korang yang minat bergambar, maknanya ikut ayah la tu. Eh, ikut bonda la tu.

Pergh! Dah macam mak-mak betul ni. HAHAHA

Oleh kerana ada banyak gambar. Biarlah gambar bercerita. Bonda ni bukan la rajin mana. Pemalas ya amat. Kalau tak paham pergi tanya ayah. Bukan bonda. Tak kuasa aku nak layan.





Ni kalau bos bagi bonda rehat 4 jam hari Jumaat. Kompem bonda main lagi. Buat pengetahuan kalian. Bonda mendapat tempat pertama hari tersebut. Tapi dari belakang. Bola lebih gemar ke longkang dari mara ke depan. Salah bola la ni tak bulat. Line pula lopak-lopak. Bukan salah bonda.

with❤:izan®

2 comments :

  1. haha.. izan sengal. :D
    kalo xmasuk longkang, rugi r dorg wat longkang 2..hahaha
    org2 yg paka cm kite r yg membantu penggunaan longkang 2..kui3. ;p

    ReplyDelete
  2. Salam kunjungan... wah seronok main boling... nanti kunjung la blog saya ye ;)

    ReplyDelete

leave me some words ;)