Kita sambung game 10 Things.
10 thins i want to say to my Emak. Entah emak baca ke tak ni kan. Tapi tak apa lah. Janji aku luahkan.
- Semestinya ucapan terima kasih kerana melahirkan adik. Besarkan adik. Menjaga makan pakai adik dan menyayangi adik sehingga sekarang. Adik harap sampai bila-bila pon.
- Mak ingat tak masa kepala adik kena jahit? Menggelabah mak panggil ayah bawa pergi klinik. Adik relex je. Thanks emak.
- Masa mak nak pergi haji, adik baru darjah 2. Mak belikan rama-rama yang ada loceng tu. Bila tolak kepak dia gerak-gerak. nak pujuk bagi adik tak menangis. Thanks emak.
- Masa adik nak masuk asrama, mak mop lantai bilik, kemas baju adik. Pasangkan cadar,sarung bantal. Thanks emak.
- Masa adik masuk U. Semua kelengkapan adik mak bagi. Laptop, handphone, duit. Thanks emak.
- Adik nak buat bisnes. Mak dulukan duit mak. Thanks emak.
- Adik nak pakai motor. Mak pujuk ayah. Adik dapat. Thanks emak.
- Adik nak masuk praktikal. Mak pening kepala pikir macam mana la adik nak hidup sendiri dekat KL. Thanks emak.
- Adik nak makan bukan-bukan.Balik rumah emak, kompem dapat. Thanks emak.
- Thanks emak, sebab jadi emak adik. ;)
Thats all. Just Alhamdulillah i still got emak.
with❤:izan®
No comments :
Post a Comment
leave me some words ;)