Hai,
Okey, aku baru nak start game ni. Orang lain dah sampai mana-mana dah kan. Tak apa la, aku ni sememangnya lembab sikit kalau bab-bab nak main game ni. Oleh itu, aku ingin mulakan game ini dengan lafaz Bismillahhirahmannirahim. Udah macam nak rasmi majlis pulak. Anggap je la aku tengah rasmi majlis.
- My full name is Norizan Binti Muhamad Salleh. Nama tak full Izan Salleh. Dekat rumah, my sibling panggil aku adik je. Sepupu-sepupu panggil aku Ijan. Kalau yang bawah umur sikit, Kak Ijan. Berat saya 52kg. Jangan tak percaya. Nampak je macam ringan. Tapi aku normal aku. Berat yang ideal. Blah! Tinggi 164 cm. Belum layak jadi model.
- Blog saya berusia lebih 2 tahun. Mungkin dah nak masuk tahun ketiga. Erk, kenapa nak tiba-tiba guna saya? Aku menulis blog untuk tatapan aku kelak dihari tua. Itu pon kalau masih aktif la. Supaya nanti suatu hari, bila aku dengan anak-anak baca kembali blog aku ni, diorang akan tanya itu dan ini. Kenapa itu dan ini. Mengapa bukan itu, kenapa ini. Ha, maksud disini. Tiada motif. Hanya mentaip secara rambang.
- Saya ada lesen kereta dan motor. Tapi belum ada kereta sendiri. Hanya ada motor sendiri. Itu pon telah dihantar pulang ke kampung. Sebab saya naik kereta panjang sekarang ke kerja. Limo you! HAHAHA. Okey saya tipu. Keretapi sudah.
- Saya tak berkulit muka licin dan gebu. Ianya sentiasa berminyak dan kena selalu dilap dengan kertas minyak. Dalam erti kata lain, I have oily skin. But nice. Pergh! Ayat nak mintak lempang je. Sebenarnya, aku nak kata kulit muka aku tak cun. Cuma nice je. Ayat nak mintak lempang lagi.
- Saya mempunyai badan yang sedikit pendek. Kaki pula panjang. Tak balance, habis cerita. That's why saya bukan model. Tapi untuk family saya suka jadi model secara percuma. Menggayakan pelbagai pakaian depan mereka. Paling selalu ialah tudung.
- Saya adalah perempuan. Sensitif dan kuat merajuk. Tapi dengan orang terdekat sahaja. Kalau dengan orang lain, jangan katakan merajuk, nak marah pon tak pernah. Sebab itu lah kawan-kawan kata saya ni nice, cool and humble. Muntah!
- I'm a talkative person. Kalau bergayut dengan Alan dalam phone, 99% dari perbualan adalah hak milik saya. That's why Alan love me. Lagi nak muntah.
- Saya bukan seorang yang boleh bekerja depan computer secara serius dalam tempoh masa yang lama. Paling lama ialah 30 minit sahaja. Kemudian akan melilau di dalam office mencari kerja lain. Dalam erti kata lain, saya lebih gemar kerja yang memerlukan saya bergerak ke sana ke mari.
- I love read novel. Lagi-lagi nove CINTA. Rasa macam aku je yang jadi heroin dalam tu.
- Music? Boleh la. But bukan la gemr sangat.
That's all for now.
Wait for the next 10 things! Thanks for reading!
with❤:izan®
No comments :
Post a Comment
leave me some words ;)