Hai, As salam
Actually masa petang before nikah tu aku ada tanya Emak. *kakak and kak-kak ipar aku pon ada masa ni*
"Emak, nantikan malam ni lepas nikah. Alan boleh tidur kat rumah kita tak?"
Belum sempat mak aku nak jawab, acik and kak-kak ipar aku gelak pastu siap jeling-jeling mata tu. Kak Etun *kak ipar mulut paling laser tapi aku sayang* terus balas.
"Hamboih! Gatainya, malam esok baru Alan boleh tidur rumah mak. HAHAHAHA"
Gatal sangat ke? Tanya je pon. HAHAHA. Baru mak aku balas.
"Tidoq la kalau nak, dulu masa duk bertunang pon Alan tidoq sini. Ni kan pulak dah kahwin. Takkan mak nak halang"
Dulu masa bertunang Alan ada la tidur rumah emak ayah aku 3 kali. Tapi dia tidur takat kat ruang tamu je la. Aku tidur dalam bilik. Pastu terus malu sendiri tanya soalan vunguk macam tu. Sengih-sengih pastu masuk bilik sorok muka bawah bantal.
Esok nya untuk majlis persandingan aku dengan Alan. Aku nak buat dekat luar rumah je semua. Senang kawan-kawan nak ambil gambar. Bukan nak bersanding sangat pon. Just syarat je buat pelamin. But lebih kepada nak ambil gambar dengan rakan-rakan and sedara mara yang hadir je. Tapi memang kelam kabut juga la. Sebab selama ni bila abang-abang and kakak-kakak aku kahwin aku lah wedding planner diorang. But when it become to my turn semua dah beranak pinak. Mana nak handle anak lagi nak layankan pengantin macam aku ni lagi. So aku handle sendiri je la.
Masa ni aku rasa macam "if she still be with me, she is the person yang akan ke hulu ke hilir aturkan perjalanan majlis aku, dia yang akan buat semua. And suddenly I miss her so much masa aku duk atas pelamin hari tu" Semoga Allah menjaga mu disana. Al fatihah. Tapi Alhamdulillah. Selesai dah pon majlis nya. Kalau tak de siblings aku yang lain memang kalut and kelaut la majlis aku. Adik love Along, Abg Pen and Acik!
Dah la, kalau cerita lebih-lebih korang bukan nak baca sangat. Aku kasi gambar dari OP yang sangat Awesome dulu ok. Ni sahaja yang ada buat masa ni. Ini pon aku copy dari FB beliau. Yang selebihnya kena bayar bagi habis dulu la baru boleh dapat full. HAHAHA
Alan kalau bab ambil gambar candid macam ni memang kayu sikit. Jenuh nak kena plan. Nasib la Alan dapat isteri gila camera macam aku. Tapi aku tak suka pegang camera. Aku suka orang ambil gambar aku. HAHAHA
Yang ni pon tak candid actually. Tapi nasib muka Alan menjadi buat-buat candid.
Tangan my BFF. Nanti Dayah kahwin tangan aku dengan ko pula eh Paah. Karang ko kahwin tangan aku, Dayah dan anak-anak kitorang pula. HAHAHA
Aku langsung tak da plan nak ambil gambar dalam bilik. Tapi nasib Alan bisik-bisik ajak ambil gambar dalam bilik. Bagus juga laki aku ni. Serius, Alan sangat bagus bab planning.
After a few shoot. Tangan kejung keras macam tu sebab tak nak bagi tutup muka. Mata jegil besar-besar walaupon kelopak-kelopak bunga tu dan macam nak masuk dalam mata dah. But hasil sangat cantik. *libas-libas tudung*
Last but not least, aku bukan dapat cincin untuk batal air sembahyang. Aku dapat rantai leher. Nanti aku tayang ok.
I love u suami.
with❤:izan®
wah.. seronok2, cantik2 gambar.. memang sporting abis..
ReplyDeletebut she tu siapa, kakak izan ek? Al-fatihah..
Pengantin ke OP yang sporting? BTW thanks for reading :)
Deleteaah, arwah Angah. tq nita.