Followers

Tuesday, August 27, 2013

Gambar Pernikahan Alan&Izan dari OP yang Awesome-Makeup yang kebabom muka jadi Sherry Ibrahim.

Hi.

Nak start macam mana ni. Masuk ni dah kali ke-empat mentaip permulaan entry agar best untuk dibaca kelak. Taip-padam-taip-padam. Semua tak kena bila nak cerita pasal majlis pernikahan sendiri. *Kau jangan nak poyo sangat!*

Pagi Jumaat masa bangun tidur aku rasa macam tak sabar-sabar nak tunggu malam. Cepat la Isyak, nak nikah cepat-cepat. HAHAHA. Pastu makcik-pakcik semua dah penuh kat rumah aku rewang-rewang untuk kenduri malam ni and pagi esok. Lembu dua ekor belum tumbang. Esok pagi baru tumbang. So aku berlagak kekonon cool. Kemas-kemas rumah. Touch up sikit-sikit hantaran. 

Lucky me, sebab BFF aku masih bujang. Dayah dengan Farah datang rumah aku tungkus lumus tolong siapkan goodies bag untuk kenduri. Tolong pasang pelamin yang tak seberapa. Tapi aku kan memang macam ni. Suka yang simple dan pakai apa yang ada je. Malas la I nak beli-beli bukan-bukan untuk pelamin. Serius aku cakap pelamin aku semua DIY je. Dari pelamin nikah dalam rumah sampai ke pelamin bawah khemah untuk sanding esoknya. Pakai apa yang mak aku ada je. Sebab tu teman carca merba.

Cuma pelamin nikah dalam rumah aku berusaha sikit nak beli bunga India yang banyak aunty-aunty jual tepi jalan tu. Tapi nak dijadikan cerita semua tak de. Balik rumah dengan muka kecewa. Last-last aku putus asa. Cakap dengan mak. "Mak, pakai je la bunga plastik".

Akhirnya Dayah Sham, bukan Dayah Amin. Aku ada dua kawan dari zaman sekolah rendah nama Dayah. Dayah Sham datang rumah hantar bunga India ni. Banyak gila. Terkejut I. Rupanya ada customer dia bagi bunga ni kat bank tempat dia kerja. Dia teringat rumah aku nak kenduri. So dia hantar la bunga hidup ni kat rumah aku. Memang sangat terharu. Rezeki Allah nak bagi siapa tahu. Terus bersemangat balik nak cantikkan pelamin nikah.

Official Photographer pula sangat best dan sporting. Rasa macam abang sendiri. *suka hati kau iktiraf abang sendiri*. Very helpful untuk model kaku macam aku dengan Alan ini. Ok-ok. Review-review ini kemudian aku masukkan entry. Sekarang layan dulu gambar masa Majlis Pernikahan Alan & Izan.

Ada orang kata muka aku macam Sherry Ibrahim setelah dimakeup oleh Cuki. Balik rumah libas-libas tudung depan Alan dengan harapan nak la dia puji aku macam Sherry Ibrahim. Last-last dia amek towel masuk bilik air tanpa sepatah kata. HUHUHU. Ihetchu!

Inai Alan inai instant. Dah hilang dah pon inai dia. Inai dekat jari aku inai kampung. Emak aku dengan jiran aku giling sampai merah-merah tapak tangan. Sampai sekarang duk ada lagi ni. Lukisan inai dari cuki juga.
 Masa ni bukan Sherry lagi. Cirit orang baca kalau aku kata Sherry Ibrahim macam aku.
Feeling lebih masa ni. Geram pon ada tengok Alan pakai sampin dalam baju melayu. Mentang-mentang orang Johor. *eh, ini kire menderhaka tak?* 
Time ni kalau kau tak pakai sampin pon aku dah terbang-terbang dah. Cium dekat dahi aku pastu dapat rasa hembusan nafas Alan atas ubun-ubun aku. Terus senyum macam tu.
Haaaaaaaaaaa..ini dia Sherry Ibrahim kahwin! HAHAHA.

with❤:izan®

2 comments :

  1. Wah..cantiknya izan..
    semoga bahagia selamanya (^_^)

    ReplyDelete
  2. uiyoooo..macam sherry tuuu...:P

    tahniah izan dan alan..selamat pengantin baru..

    ReplyDelete

leave me some words ;)