Hai, As salam.
Tajuk kasi BI sikit. Isi kandungan tetap sama. Rojak carca merba. Aku rasa nak BM, BM lah. Nak rasa BI, jadi lah BI Phua Chu Kang.
Siapa tak pernah rasa stress sila jangan baca. Sesungguhnya kau manusia paling malang dalam hidup. Stress ni bagus. Boleh buat otak kita bekerja dengan lebih produktif. Selalu kalau aku stress kerja aku kompem excellent. Wah, excellent kau. Excellent bagi aku la. Bagi orang yang menerima kerja aku entah la ape rate dia bagi. HAHAHA. Maknanya kerja aku jalan bila aku stress.
Sebagai contoh, aku stress sebab quotation melambak. Last-last aku pulun *pulun is gigih* buat bagi siap sampai jam 7malam dekat office dua hari lepas. So stress telah menjadi pemangkin untuk aku siapkan quotation. Tapi ramai juga yang bila stress tidoq. Malaih nak pikiaq. Konon-konon bila bangun tidur, stress ko akan hilang. Stress Angle telah ambil stress kau tu macam Tooth Angle. Kepala hotak kau. Percayalah cakap aku, selagi kau tak handle or selesaikan stress kau tu, kau tidurlah lapanploh jam sekali pon. Tetap akan stress.
So, how to handle stress?
*bi dah*
- Kalau ikut gaya aku *bergaya sangat*, aku akan anggap benda tu sebagai penggalak. Buat kerja tu sampai habis takat mana aku mampu. Kalau tak mampu aku cakap direct to boss. "Boss, cannot make it la by today. Can I continue tomorrow?" Maksudnya disini, cuba beritahu bos bahawasanya anda tidak mampu. Dia akan faham. Melainkan bos kau kuku besi. Then, esok pagi-pagi benda first ko kena buat adalah siapka kerja then online FB or mengkarang blog seperti sekarang.
- Stress bila aku masak lauk dekat Alan asyik kena complaint je. Penyelesaiannya, aku masak je benda yang aku tahu. Tak payah nak masak macam mak awak la, mak saya la. Aku bukannya hebat sangat masak-masak lauk ni. Kalau ko bagi aku western food, boleh kalah Jimmy Oliver. HAHA. Selalunya aku akan cakap dengan Alan "Syg memang failed la bab-bab masak lauk ni". Point nya ialah, mengaku kesalahan sendiri. Tak payah nak bagi alasan bukan-bukan. Suami mana nak marah-marah kalau kau masak tak sedap. Tapi aku tahu Alan makan juga masakan aku even manis la, sambal tak jadi la.
- Stress masa nak kahwin. Sebab semua benda nak kena buat sendiri. Pastu kesian tengok mak ayah kelam kabut untuk kenduri aku. STRESSSS masa tu rasa macam nak nangis peluk Alan nangis kat bahu *romantik tak i?*. Last-last aku cakap dengan Acik, minta tolong dia itu ini. Bagitahu anak-anak buah aku apa patut diorang buat. Bagitahu Abg Pen and Shahrul ape progress kenduri macam mana. So stress tu boleh reduce. Percayalah, dengan berkongsi kerja dan tanggungjawab, stress akan kurang. Tapi sampai time kenduri, stress tengok semua tak jalan. HAHAHA.
- Lastly, when at one point, aku rasa macam hopeless. Tak tahu macam mana nak handle problem and stress ni. Aku ambil wudhu' then solat hajat. Time ni baru ingat nak baca Al-Quran. Betullah orang kata, Allah sentiasa ada untuk kita. kita je sering lupa.
Sometime aku rasa macam kesian tengok orang-orang yang release stress dengan MENCARUT-CARUT di FB. Maybe for him/her that is the best way to release stress. But believe me, stress is not about tu let it go, but it is how we can handle the stress. Jadilah orang yang dihormati, bukan dikeji. *untuk diri sendiri*
Jumpa di lain entry.
p/s: esok nak handle stress dengan berHONEYMOON. HAHAHA. Stress tak baca p/s macam ni?
with❤:izan®
Tang mencarut barut kat FB sgt setuju. Tu psl i ont like FB, and setuju with stress is not about tu let it go, but it is how we can handle and maanage it. selamat berhoneymoon. Makcik gak lom honeymoon lagik
ReplyDeleteKak lyn hebat. tak honeymoon pong ada hasil! hik3
Delete