Followers

Monday, August 05, 2013

Pindah Rumah Sewa Baru

Hai, salam.

Hari Jumaat lepas aku tanya Alan.

"Minggu ni tak ada nak beli pape kan? Kunci rumah pon tak dapat lagi."

"Aah. Tak de nak beli ape pon. Karang beli nak letak mana pulak. Barang-barang awak kat rumah saya tu pon dah semak."

Semak ok Alan cakap. Ye la, memang berlambak pon barang aku dekat rumah dia. Dari zaman UKM, barang-barang tu asyik pindah randah dan makin bertambah. Dari UKM, pindah pergi Pandan Perdana masa zaman aku praktikal. Lepas tu pindah ke Cheras masa aku kerja 7E. Lepas tu pindah pergi Nilai masa aku kerja Klinik. Ni dah tukar kerja lagi, aku tak larat dah nak angkut masuk rumah kat seri kembangan ni. Sebab sebulan je pon sementara nak kahwin. So aku je tumpang duduk rumah Ayan dengan Jana. Barang-barang tumpang rumah sewa Alan dulu.

Dah tak ada nak beli apa-apa. Aku pon merancang nak cau cin cau balik Trolak la. Tak da maknanya aku nak melepek kat rumah sewa sorang-sorang kalau aku tak da hal nak buat. Lepas kerja Jumaat lepas aku terusssss zup zap bawa kereta balik Trolak. Sampai rumah dalam kul 6 macam tu. Sekali Alan wsap aku.

"Syg, kunci rumah dah dapat"

"Alhandulillah. Ala, kenapa lambat bagitahu. Saya dah sampai Trolak dah"

Memang rasa what the Ramadhon la akak agen ni lambat-lambat sangat bagi kunci ni. Tapi Syukur sangat dapat awal boleh kemas awal. Dah nak kena kemas-kemas rumah pula, aku pon balik la Nilai pagi Ahad tu. Seawal pagi aku gerak. Sebab banyak sangat kan hal nak kena settle. Sampai rumah Alan dalam kul 10 pagi. Itu pon aku dah keluar tol KLIA aku call dia. Baru bangun tidor. 

Ambil Alan. Pergi beli barang nak cuci rumah sikit. Patah balik pergi rumah Alan angkut barang-barang aku semua bawa masuk kereta aku dengan Alan. Pindah la sikit-sikit. Barang Alan minggu lepas raya baru dia angkut sikit-sikit. Masa tu sorry to say la nak tolong. Aku dekat Trolak dah pon. Mana nak tolong Alan nya. Kenduri berapa hari je lagi masa tu. 

Dah petang-petang semalam. Dua-dua kehausan. Alan jam lima dah tak nak jalan-jalan dah dalam SOGO. Dia duduk je jaga tempat nak berbuka. Mengalahkan budak-budak puasa. Lepas tu asyik bagi alasan dia tak sahur la ape la. Siap lekeh-lekeh kan aku. "Awak boleh la. Mak masak sahur sedap". Aku je yang macam tenaga Kuda jalan sorang-sorang dalam SOGO cari kasut. Tapi satu pon tak de yang berkenan. Hampesss.

Petang ni katil sampai. Rasa nak tidurrrrr je atas katil tu malam ni. *mampos Alan kunci bilik utama* HAHAHA

p/s: Eh, plan asal dah tukar. Aku yang masuk rumah tu dulu. Alan masuk lepas raya sebab aku dah balik Trolak masa tu.

with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)