Followers

Monday, June 11, 2012

Wanita cantik menaip dengan laju.

Hai, salam.

It is just a quick update from office ye. Jangan kau harapkan aku nak menaip panjang-panjang pula. Silap langkah boleh menyebabkan bos naik hantu. Sebelum itu berlaku, cepatkan la sikit ye izan oi menaip tujuan asal. Jumaat malam selepas kerja terus menghalakan kereta ke tol Duta. Balik trolak setiap minggu adalah indah ye. Jikalau kaya mahu saja aku balik setiap hari.

Sabtu pula, membawa si Ken (Nama untuk kereta Kenari) HAHAHA. Boleh la anggap funny. Nama ni muncul secara tiba-tiba. Sama dengan nama tembam untuk skuter aku dulu. Sekarang ada dekat rumah. Ayah guna bawa pergi solat. Kata ayah, senang bawa skuter dari motor biasa. Tidak perlulah dia menyinsing kain pelikat sampai ke paha menayang bulu kaki. HAHA. Sungguh comel Hj.Salleh. Eh, di mana saya td. O, membawa En.Ken menukar tayar. Ini adalah kerana tayar semasa dibeli adalah tayar lama dan tidak sama. Ayah kata kenapa tak cek. Mana la aku ni tahu pasal kereta. So, setelah 6 bulan menggunakan kereta tersebut alignment tayar telah lari ke kanan. Ini berbahaya.

Oleh itu, ayah suruh aku tukar terus 4 biji tayar lama dengan tayar baru. Melayang la RM500. Tak ape, untuk keselamatan.

Petang sabtu pulang ke rumah sewa. Membawa bekalan durian kampung untuk housemate and soulmate. Alan bukan makan durian pon. Sama la macam aku. Sangat secocok. Lalu tinggalkan sahaja buat housemate Alan. Anggaplah rezeki jatuh bergolek. Lalu sebagai balasan Alan ajak date. Eh, Silap. Aku yang ajak date. Jalan-jalan ke IKEA tanpa arah tuju. Aku berani katakan semua wanita macam aku. Masuk je Ikea dengan partner mesti berangan kan. "Baby, kang i nak dapur macam ni.". "Abang, bilik tidur kita nanti konsep merah la nak?". "Sayang, kalau ada anak nanti kita buat bilik macam ni nak?". Aku pon tak terkecuali. HAHA

Eh, semacam panjang pula. Kan dah berkata awal tak mahu menaip panjang. Oleh itu bye!



with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)