Followers

Thursday, June 05, 2014

Surat Untuk Penyewa Melampau.

Hai, 

Salam penghuni rumah sewa ku.

Minggu ni dah minggu ke-30. Minggu ke-30 hape?
Minggu ke-30 awak sewa rumah kecil ni. Amacam? Selesa? Maaflah. Elektrik dalam rumah ni memang tak ada. Thats why macam gloomy and warm je dalam tu. Ala, lagipon awak tak bayar sewa. Duduk free je. Malahan makan and minum pon saya sediakan and suapkan. HEHEHE

Namun memandangkan awak adalah penyewa pertama and hopefully after this ada lagi penyewa yang sanggup untuk sewa rumah kecil ni. I is ok je kalau tak bayar sewa pon. Sebab awak macam well behave je dalam tu. Kalau takat gegaran kecil, tiba-tiba mengeliat or pernah sekali awak kick remote control sampai jatuh atas lantai its normal beb. Pasal kick remote control tu memang paling di ingati. Last month. Masa tu baru 26weeks. I tumpang kejap je letak remote atas bumbung rumah awak, well actually I ada hak kot sebab I kan owner rumah. Sebab masa tu I nak minum air sambil tgk tv. Tiba-tiba awak boleh kick that remote control sampai terpelanting ke bawah.

Huh! *eh, awak nanti jangan nak huh-huh dengan I* apa lagi, terus buat aduan kat pihak atasan, which is person yang ada kuasa juga terhadap pembinaan rumah sewa ni. Terus dia ajak pergi scan awak dalam rumah sewa. HAHAHA. Boleh scan tahu? Awak confirm la tak tahu lagi sekarang. Bila I cakap je 26 weeks dah boleh scan. Terus malam tu juga pihak atasan ajak pergi scan and set appointment dengan klinik. *Pasal scan ni lain entry la ye.*

Actually awak bukanlah orang lain. Lepas scan terus I rasa malas nak berkira dengan awak. Awak kick ke, shuffle ke, or mengeras selama 2jam sebelum tidur pon I is ok. Walaupon lap-lap air mata kesyahduan didalam bilik air sebab rasa macam "Why la U buat I macam ni time nak tidur" 

Malas la nak secret-secret bagai. Dah penuh instagram I dengan panggilan Boy Boy Boy. Pihak atasan? Of course la dia paling excited lepas scan tu nampak sejantina dengan beliau. Tapi bila I ajak pilih nama, dia kata nak letak Ahmad Sony or Ahmad Albab. I rasa nak Ahmad kan je nama dia jadi Ahmad Alan. Hoih!

Jadinya, buat masa ni izinkan kitorang panggil kau Boy je la ye. Barang kau semua dah ada. Cuma belum basuh je. Kalau ada rasa nak keluar dalam masa terdekat ni, baik ko hold on dulu dalam rumah sewa free ni. Sebab Isnin haritu MO scan, kaki kau kebawah lagi. Bukannya kepala. Nak adik ramai tak? Kalau nak ramai. Sila lah pusingkan kepala anda kebawah supaya awak boleh keluar dengan normal tanpa memerlukan penambahan kos untuk tebuk dinding rumah sewa ini. 

Sampai sini sahaja surat buatmu Boy.

Dengan harapan lepas ini tiada lagi perutusan surat. Bolehlah kita berkomunikasi secara langsung hendaknya.

Yang Benar,
Pemberi tumpang rumah sewa kepadamu.
Location : Masih didepan PC Office.

with❤:izan®

2 comments :

  1. hihi comelnye surat dia. kalau aku jd boy ni n bile dh besar terbaca ni mesti terkekek2. semoga dipermudahkan proses bersalin ye. ;)

    ReplyDelete
  2. haha cute je surat. smoga dipermudahkan :) cepat basuh barang baby. sian die. tak lama lagi nk kua

    ReplyDelete

leave me some words ;)