Followers

Monday, January 06, 2014

The first trimester - At the age 8 Weeks.

Hai, salam.

Aku tak berapa suka nak cerita benda-benda emosi sangat dalam blog. Kalau dulu masa muda belia maybe aku ada buat entry-entry macam tu. Biasa ahh, darah muda. Semua nak share dalam blog. Bila usia makin injak dewasa ni *masih belum tua* rasa macam benda emosi ni better simpan untuk tatapan sendiri. Or aku akan lepaskan pada Alan. Kan tujuan berblog untuk kenangan anak-anak nanti. Haruslah benda manisssss sahaja. Ececey.



Tapi untuk first trimester ni memang sungguh emosi. Rasanya kalau tak share nanti akan ada satu moment yang penting terlepas untuk anak-anak aku baca. Since aku tahu aku pregnant, mood aku memang selalu swing secara tiba-tiba. Sebagai contoh, tengah potong kain untuk buat shawl. Sambil nyanyi-nyanyi. Tiba-tiba terbau cekodok. Pastu mood potong kain hilang, terus ajak alan pergi cari McD yang padahal aku bau cekodok tadi.

Lepas tu masuk je minggu ke 6. Hoi la. Yang ni memang sungguh menguji emosi aku. Everytime start je Azzan maghrib sampai la nak tidur perut aku ni punya memulas, kejang, kejung, keras macam nak period tapi lagi dasyat dari tu start dah masa tu. Bila nak tidur kena tinggikan perut dengan bantal and mengiring ke kanan. Baru boleh tidur. Kalau pusing je ke kiri which is menghadap Alan terus tak boleh lelap. Lagi satu Alan jenis tidur suka siku-siku orang. Selama menjadi isteri hampir tiap malam aku kena siku.

Then masuk minggu ke 7 sampai sekarang, dalam minggu ni la. Asal pagi je muntah. Tengahari muntah. Malam muntah. Berdiri lama sikit nak masak at dapur rasa nak pitam. Tak boleh tengok Tv sambil duduk. Kena baring betul-betul and luruskan kaki. Tak boleh tengok kain nak jahit shawl lama-lama. Rasa muak. Tak boleh minum susu. Rasa macam susu tu masam.

Hoihhhhhh semua tak boleh la! Paling tragis adalah tidak boleh makan seweang-wenangnya. Aku makan takat 7 mulut lepas tu kena berhenti. Minum air dan habiskan nasi. Ada la dalam sesenduk nasi aku habiskan. Kalau tak sebelum ni 3 ke 4 senduk pon mungkin boleh tambah lagi. Aku adalah jenis pemakan. Ya, kuat makan.

Kalau dah start wek wek, bukan takat keluar dekat mulut, hidung pon boleh jadi saluran. Takat nasi sebutir-sebutir tu dah biasa keluar, yang terbaru adalah kacang panjang sepanjang mana aku kerat masa masak keluar. Agaknya aku tak kunyah kot. Pakai telan je. Mihmihmih.

Alan akan ambil peranan dengan buat bunyi wek wek dari atas katil sambil pegang handphone. Dia pikir itu dapat membantu agaknya proses wek wek aku berjalan lancar. Sob Sob Sob.

Entry tamat.

with❤:izan®

1 comment :

leave me some words ;)