Followers

Tuesday, August 31, 2010

today is merdeka day!

alhamdulillah. sempat juga aku merasai nikmat 53 tahun MALAYSIA MERDEKA. masih panjang umur. masih dimudahkan perjalanan hidup dan masih boleh menikmati nikmat di bumI MALAYSIA ini. tapi sebenarnya kan, aku hampir-hampir lupa yang hari ni 31 ogos. sebab aku kan menghadapi 2 paper semalam. aku ingat bulan ni bukan bulan ogos. bulan september. dan esok baru masuk 1 haribulan. hampir-hampir aku ingat yang esok aku ade paper teori organisasi pula. nasib la laila ingatkan aku yang semalam 30 hb ogos dan hari ni 31 ogos. hari MERDEKA! dan esok baru paper teori organisasi. HAHAHA. sumpah kena buang negara kalau aku boleh lupa lagi lepas ni.

orang lain sibuk plan nak pi sambut MERDEKA dekat mana since petang semalam, aku pulak sibuk plan macam mana nak ingat semua information system digunakan di dalam pelbagai industri di MALAYSIA ni. haish! bekorban sungguh la bila ada paper malam MERDEKA ni. tak pe ini pon dikira menghayati KEMERDEKAAN. habis je paper MIS malam tadi MERDEKA la sikit kan hati aku ni. sikit je la. sebab esok ade lagi satu paper. cis! cis! cis! suka sungguh ni...nampak kan muka suka sungguh aku ni...

dah-dah, mira ajak aku pi jenjalan. erk, esok exam kul 5 petang. so kasi chance la sikit aku menghayati MERDEKA jangan la asyik nak suruh aku menghadap buku 24 jam. kang aku jadi buku sapa nak taip entry? kan dah rindu plak kat aku. korang la ni yang salah! haip! biasa ni.

babai!

with❤:izan®

Monday, August 30, 2010

bulat-bulat dan panjang-panjang

haip! pikir apa tu?

cuba teka apa aku nak buat degan benda alah ni. bukat-bulat dan panjang-panjang...


tak dapat teka. tunggu esok eh aku update lagi. malam ni ada lagi satu paper. jangan gelojoh sangat. bawa bersabar. HAHAHA

NAH-NAH. bising la ade kata yang rindu nak tengok aku. ok-ok. aku bagi tengok. tengok je la. puas hati kan ;)

p/s: seperti biasa entry ini ditaip sudah lama. saya busy dengan exam.

with❤:izan®

2 exam in a day

pagi ni aku ade exam HRM jam 830-1030. ok, yang ni kita boleh main try and error. sebab objektif.

tapi...
.
.
.
.
.
.
.
.

paper malam ni MIS ade short essay, case study and MCQ. so how nak try and error? kena study betul-betul! cepat la berlalu hari ni. nak muntah aku tengok buku HRM dengan MIS ni...

with❤:izan®

Saturday, August 28, 2010

tarikh tamat tempahan

oleh kerana saya akan menjalani dua exam pada isnin ini. maka saya hanya akan start buat tempahan yang telah diterima pada hari selasa. dan akan cuba siapkan sebelum raya. kepada sesiapa yang mahu membuat tempahan masih dialu-alukan. tetapi hanya sebelum dan pada 1 september 2010. tempahan selepas tarikh ini akan hanya di buat selepas cuti raya saya iaitu 19 september 2010. ya, saya bercuti sungguh lama. harap maklum.

kepada sesiapa yang mahu membuat tempahan sila emailkan kepada :
izan_bumm89@yahoo.com
atau boleh isi form disini.

saya yang menjalankan perintah.

p/s: bukan izan yang update.

with❤:izan®

Friday, August 27, 2010

introducing my KERAS TANGAN IZAN blogspot

aha! jeng jeng jeng.


memperkenalkan blog kedua saya yang di beri nama izan salleh handmade felt craft


kenapa nama macam itu. sila ke blog ini untuk mendapatkan jawapan. blog apa ini? macam mana rupa blog ini? juga sila ke blog ini. selamat melawat. rumah yang baru nak start. hopefully malam ni boleh decorate rumah baru bagi cantik-cantik. erk, order yang dah aku terima aku start buat selasa minggu depan eh. aku ade exam isnin ni. exam HRM siangya. dan MIS malam. 


with❤:izan®

Thursday, August 26, 2010

hanim hairudin casing phone

miss anem,
aku telah siapkan ko punya order. aku tayang dalam blog dulu eh. kalau tak suka cakap. kot nak tambah apa-apa lagi ke. HEHEHE. handphone stripe pelangi tu aku bagi FREE. sebagai tanda penghargaan kerana meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada aku untuk sesuka hati design ko punya handphone pouch. eceh....

dan masih terbuka kepada 5 orang pelanggan untuk mendapatkan handphone stripe percuma dari saya. tapi anda tidak boleh minta nak yang macam mana. handphone pouch je boleh customize sesuka hati anda. handphone stripe yang percuma adalah mengikut sesuka hati saya. kalau nak ikut hati anda. SILA BAYAR..HAHAHA

dan ini adalah miss anem punya ,



tetapi ini pula bukan miss anem punya,


sudah lama tuan blog tidak jaja perkembangan diri bukan. lihat sajalah. makin puasa makin kembang pipi. bak kata pepatah "diriku kembang sekembang hati ku yang riang dan ria nak beraya" HAHAHA

with❤:izan®

Wednesday, August 25, 2010

kak ann's order

hai kak ann. kak ann punya order sudah siap. nak di pos atau kak ann nak ambil. nak tunggu izan pergi klang memang tak de dah la kot sampai raya. HAHAHA. lepas raya insyaALLAH akan ke sana dengan kerap. so how?

ini ha kak ann punya order ;) hope u like it.



with❤:izan®

my anak buah punya kawan order





anak buah aku order guna sms  je. tulis nama kawan-kawan dia yang nak dalam sms lepas tu suruh aku pos secepat mungkin. HAHAHA. bagus betul anak-anak buah aku ni. kecik-kecik dah pandai. nanti mak su bagi duit raya lebih ok. ;D

aku ade exam OM pagi ni. malam tadi abg am ambil tembam nak pi tukar minyak hitam. sekarang aku tengah guna si gagah oren beliau. kalau jumpa aksi aku di jalanan seperti orang baru bawa motor sila elakkan diri anda dalam lingkungan 5 km dari kawasan motor oren bergerak. jika dia berhenti anda boleh dekat. ini di jamin selamat.oh,aku tengah exam sekarang..babai!

with❤:izan®

Tuesday, August 24, 2010

sendiri gedik nak juga


asyik buat untuk orang sahaja kan, sampai terlupa nak buat untuk diri sendiri. dan akhirnya aku buat juga untuk diri aku. ni ha. jadi la. nak orang pakai apa yang aku buat aku kena la pakai juga kan. baru nampak suka dengan barang buatan sendiri. eh, bukan nampak suka. saya memang suka dengan hasil kerja saya. anda suka? boleh buat tempahan. eceh! penuh dengan ayat memujuk rayu. HAHAHA



N untuk??? Norizan. Noor Azlan pon boleh. kah kah kah
with❤:izan®

hair clip lagi ;D

hasil yang seterusnya. taraaaa...memperkenalkan hairclip atau dalam bahasa mudahnya sepit rambut. tapi kalau ko pakai tudung nak sepit mende kan? ala, aku tahu kompem korang cakap macam tu. apa lagi, sepit lah shawl anda! HAHAHA. 

yang ni aku cuba jaya je buat. cuba cuba dan cuba. akhirnya berjaya! hebat tak? pertama kali buat besar yang amat. dah dua kali buat. cukup-cukup besar duit syiling 50sen. tapi harga bukan lah 50sen. ko ingat gula-gula? hamboih! biasa tu nak minta murah aje. aku jual SEPASANG RM3 sahaja. boleh campur-campur nak kaler apa. jangan ko mintak kaler ngarut-ngarut dah la. mana plak aku nak cari kain nak buat. minta kaler yang masuk dek akal. ha! akal aku. bukan akal korang. ingat ya! akal aku..HAHAHAHA




with❤:izan®

dayah order (nak kaler hijau)

aku tak tahu bila masa dayah suka warna hijau. oleh kerana ko yang minta nak kaler hijau aku usahakan. eceh. HAHAHA. design adalah aku punya suka nak buat macam mana. hope ko suka la dayah eh. aku dah pos ko punya casing phone ni. kalau tak sampai esok ko pi marah pos ekspres sebab dia janji dengan aku DIJAMIN SAMPAI ESOK. ;D




harga??? RM 15 tak termasuk pos. kalau kawan-kawan boleh runding lagi harga. kalau bukan kawan cepat-cepat kawan dengan aku...haip! jangan ambil kesempatan terhadapt persahabatan kita. aku akan charge lebih! HAHAHA

with❤:izan®

Monday, August 23, 2010

sepit rambut boleh jadi sepit tudung

tajuk malas nak pikir gitu lah jadinya. kan sekarang ramai orang dok pakai shawl. ape shawl? alah! susah la nak terang. yang selendang melekat kat kepala tu. aku pon pakai. jangan nak kutuk-kutuk. tak suka? tak payah tengok. HAHAHA. garang oh hari ni. sebab bulan dah nak habis.

aku try buat sepit rambut ni. cadangnya nak pakai kat selendang la. tapi terbagi kat anak-anak angah aku pula. hahaha. tak pe promosi memang kene lebat. nanti kakak dengan ana kene promote kat kawan-kawan k. if kawan-kawan nak bagitaw mak su tau. nanti mak su bagi duit raya lebih. ;D




with❤:izan®

Sunday, August 22, 2010

customize casing handphone (tempahan terbuka kepada semua)

sebenarnya aku agak busy dua tiga minggu ni. dengan nak hantar permohonan praktikal lagi. sebab sem depan aku dah nak pi praktikal. oleyh! praktikal  you alls. baru teringat minggu pertama kena orentasi dekat UKM. alih-alih dah nak abes dah kan 3 tahun aku kat UKM. oh, time. u gerak soooo fast la... dengan nak study untuk mid term exam aku lagi. selasa ni dah start exam dah. then berterusan la sampai raya. lepas raya sambung balik. tapi kenangkan kawan-kawan yang meminta. aku akan cuba.

eh, lupa plak. intro tak paham kan. sapa-sapa nak aku buatkan sarung handphone tu boleh tinggalkan saiz ukuran handphone anda pada kotak komen di sini. ukuran menggunakan pembaris sahaja. lebar, panjang dan tebal handphone. dan nyatakan warna yang korang nak. nanti if aku boleh buat aku komen balik dalam entry ini. kalau tak ramai yang mintak aku buatkan insyaALLAH aku boleh pos kat korang before raya. but, if ramai. aku tak janji bila. HAHAHA. aku perlukan masa untuk study. ini pon tak sentuh apa-apa lagi oh...

and harga adalah dalam rm15 sahaja. aku akan sertakan dengan handphone stripe. ala yang gantung dekat handphone tu. kira itu adalah hadiah dari aku. yang ni tak boleh customize. aku bagi ikut suka hati budi bicara aku eh. nak customize kena bayar lebih oh... HAHAHA...

OKEY, SUDAH. nanti aku update lagi benda-benda yang aku buat guna kain felt ni. dah berbisnes pula. angannya nak mengisi masa lapang je ;D

with❤:izan®

Friday, August 20, 2010

purple

kalau benda alah ni dah sampai ke pada tuan punya badan harap call saya. HAHAHA. ini adalah hadiah dari saya. jangan pikir nak bayar pula. saja-saja cuba buat. kalau suka saya sangat bangga. kalau tak suka hanya ucap terima kasih. ini sudah memadai ;))



with❤:izan®

ALYA dan ANA

ini adalah book mark. kalau tak tahu macam mana nak guna, sila tanya. sebab mak su korang ni terlalu kreatif sampai tercipta benda alah macam ni. HAHAHA



with❤:izan®

Thursday, August 19, 2010

special for...

entry kedua hari ini. berkala. bukan ditaip pada masa kejadian.

aku telah berusaha membaik pulih kepada yang lebih baik. tapi still macam tak pulih-pulih juga. its ok izan. baru kan, lama-lama mesti boleh! tapi ini adalah untuk kak ipar aku. rasanya dia nak macam ni kot. kalau tak suka boleh buat lain. apa ada hal. eceh, tetiba jadi ayat cam samseng sikit. HAHAHA. samseng taik kucing.

berusaha dan berusaha dan akhirnya ini lah hasil yang tak seberapa ------>


ops, sebelum terlupa. qistina bukan nama kak ipar aku. oh, gelemernya nama kak ipar aku. HAHAHA. qistina adalah nama anak kak ipar aku atau kata lain anak buah aku. yang mana satu qistina ni eh? almaklumlah anak buah berdozen ni memang susah nak ingat. here u are ------>

qistina humairah!

with❤:izan®

its been to long

salam berpuasa semua...

sila ambil nota, salam tersebut hanya pada yang berpuasa. kepada yang tidak puasa, jangan jawap. sila muhasabah diri. kenapa tak puasa? kalau ada sebab yang kukuh, teruskan menghormati orang yang berpuasa. HAHAHAHA. sudah lama kan aku tak update blog. al maklum lah bulan puasa ni, blog pon puasa. cis! alasan lapuk. jangan jadikan ini contoh ya adik-adik. kak izan tak ajar tu...

okey, entry akan di update sehari sekali sahaja sekarang. tapi banyak entry akan keluar dalam satu hari. maknanya taip entry secara berkumpulan untuk satu hari dan akan diaturkan masa keluar sahaja. ini adalah untuk menggalakkan duit raya untuk anak-anak buah saya pada tahun ini.ini tiada kena mengena. jangan baca berulang kali. nescaya anda tidak akan paham-paham.

kita lanjutkan ke bab seterusnya. saya telah berjaya membuat beberapa benda menggunakan felt. rasa sangat teruja. sampai nak buat sahaja. buat benda lain menjadi sampingan. tapi ini mustahil. kerana exam hanya berada dalam lingkungan. nampak mentarik pula bila pepatah inggeris di melayukan bukan? saya harus fokus! fokus dan fokus! if somebody ask u "what the F word??" the answer is FOKUS! ini juga hanya selingan.

oh, sebelum terlupa, petang ini saya bakal menjadi pelakon sementara. jadilah dari orang lain yang tidak mendapat apa-apa tawaran. nampaknya rezeki dalam bulan ramadhan melimpah ruah. sebelum akhir kata. jangan lupa beramal dan mebuat pahala di bulan puasa. ;D


with❤:izan®

Saturday, August 14, 2010

im making donut


donut masih dalam proses. nanti if dah siap aku tayang dalam blog okey. oh, hari ni aku busy. jangan cari aku dimana-mana. sesungguhnya aku tiada di bilik, ukm mahupun di bangi. BABAI! ;D

with❤:izan®

Friday, August 13, 2010

entry buat ezzaty hamdan




aty, kak ijan dah siapkan aty punya book mark dengan tempat gantung handset. but tali nak gantung handset tu belum dapat. kak ijan dah order kat akak tu. dia belum pos. hope aty bersabar eh ;))

kak ijan akan pasangkan tali gantung hanset tu sejurus kak ijan menerima tali tersebut dan terus pos! hehehe

with❤:izan®

sarung hanphone yuni

sisi

depan 

belakang

with❤:izan®

Thursday, August 12, 2010

makan-makan sambut ramadhan dan birthday isha

ahad lepas (erk, cerita basi lagi). hj salleh buat makan-makan nak sambut ramadhan. kebetulan berdekatan dengan birthday isha. anak kepada acik aku. so, kitorang buat sekali harung je. harung-harung warung jugak la. siap mak aku masak nasi daging bagai. dengan aku membantu dari jauh. HAHAHA.

semua adik beradik aku balik. KECUALI...roslina's family. sorry angah. majlis dah tamat. pak su and the family pon daatang KECUALI abg am. HAHAHA.. kak ijan ajak ko tak nak. kan dah melepas makan kek SR and nasi daging resepi turun temurun. ;P

malas nak taip boleh. aku kasik gambar je. nah!

 orang penting, memang selalu kelihatan busy macam ni.

hi, i am isha.

ibu yang tiup lilin. sebab anak takut dengan api.

with❤:izan®

Wednesday, August 11, 2010

:: 1 Ramadhan 1431H ::

ini entry ringkas sempena ramadhan. saja membuat entry sebagai kenang-kenangan kelak. agar aku ada entry pada 1 ramadhan 1431H pada tahun ini. tidak banyak perbezaan. hanya nafsu makan seperti susah hendak di kawal. melihat makanan seperti terlihat emas. sampai nak terkeluar biji mata. nasib la telah melekat dengan kuasa Allah s.w.t.

eh, sudah tiada idea. malam nanti bercerita panjang pasal bisnes dan bisnes. eceh! bisnes konon...HAHAHAHA


with❤:izan®

Sunday, August 08, 2010

isha's goodies bag

aku telah cuba, namun hampa.

sumpah! aku telah cuba sedaya upaya untuk memeriahkan birthday party isha dengan men-sponser kad untuk goodies bag birthday isha. eh, iye ke kad? hentam sajalah labu. ala, yang orang letak-letak gambar dekat goodies bag tu. paham ke tak? tak paham abaikan. baca sahaja cerita usaha ku hampa ini.

aku design kad tu dari ukm lagi. dari malam khamis. ingat nak singgah mana-mana kejap hari jumaat tu nak pergi print. tapi tak sempat. kerana ada hal lain yang perlu diuruskan. ini akan di ceritakan pada lain hari. bukan janji ni ya, tapi tak pasti. oleh kerana tak sempat aku pon bercadang nak print di rumah sahaja. hanya perlu beli glossy paper dan ink sahaja. printer sudah ada di rumah. 

aku balik rumah petang jumaat. malam tu on laptop tapi tak jumpa design kad yang aku dah buat. akhirnya aku design lain. esok petang (sabtu) ke tanjung malim untuk membeli ink dan glossy paper. dah siap-siap install printer driver dalam laptop aku sekali kertas pula tak boleh nak masuk dalam printer, apalah nasib kau printer. hanya badan sahaja gah. namun tak boleh berfungsi dengan baik!

akhirnya aku putus asa. untuk tidak menghampakan hati. aku paksa korang tengok design aku yang tak sempat di tayang dengan bangga depan family. kecewa!



with❤:izan®

Thursday, August 05, 2010

bual bicara sesedap rasa

hai semua. 

bertemu kembali kita dalam rancangan BUAL BICARA SESEDAP RASA BERSAMA SHERRY IBRAHIM. eh, seperti pelik. bukan sherry kot. cherry boleh la. HAHAHA. hanya nada yang mengerti kenapa bersama sherry ibrahim. sorry tak boleh nak letak link blog dia dah dekat entry. nada dah tak main dah blog-blog ni. dia kata budak-budak ja nak main blog. eh ada ke dia kata macam tu? tak da-tak da. kang mampuih aku kena saman. buat penyataan tak berasas di blog sendiri. sapa yang add dia dekat fb ja boleh baca. eh tapi sebentar tadi aku buka notes dia (sebab nada hanya berblog di notes) cam dah lama juga update nya.

ok, sila abaikan siapa nada. dia tak penting. HAHAHA. lagi mintak penyepak dengan nada.  yang pentingnya sekarang topik yang ingin dibual bicara sesedap rasa aku. dah lama aku duk perati sikap-sikap sekalian orang yang berada di keliling aku. sebagai contoh. semalam aku rasa aku telah mengecewakan atie halmy. dia ajak aku pergi mamam dekat BBB. but aku tak pergi. sedangkan dia, yang baru balik makan dengan cd sanggup siap-siap balik teman aku makan lepas kelas malam. babe, nanti i cerita di kelas ya, kenapa i tak boleh teman u semalam. really sorry. bukan sebab aku dah makan A&W pon. ade sebab lain. aku selalu kata orang ni tak pandai jaga hati kawan, tapi aku pon sama kan babe? ):

okey, selesai bab tak pergi BBB.

dua tiga hari ni aku asyik pikir nak balik rumah sahaja. tapi sejak dua tiga hari ni la aku asyik busy memanjang. eh, tapi kan tadi dah dapat email dari sapa ntah yang kata kelas KOKE sabtu ni batal! so, lepas kelas hari jumaat aku nak balik! hoyeah! macam paham-paham je la KOKE ni. malam tadi sampai berair mata duyung la aku duk mengadu domba dekat alan. maybe i miss home already. but not only home. maksud aku, isi di dalam rumah. ada mak, ayah, acik, isha dan abg en. 

today is ISHA birthday.
hari ni genap 2 tahun umur isha. baru lepas call acik aku (ibu isha). HAPPY BIRTHDAY ISHA. kalau dia nak bahasakan diri dia mesti sounds like ICHA. hahaha. mak su rindu isha la.

emosi.
seminggu ni emosi aku asyik terumbang ambing. woah! ayat bahasa melayu baku. aku selalu rasa aku tak berjaya nak puaskan hati orang di sekeliling aku. lagi banyak aku cuba, lagi susah aku nak capai target. contohnya, aku dah janji nak betulkan baju kerja alan dari minggu lepas lagi, tapi sampai sekarang aku tak berjaya lagi. and satu perasaan yang aku rasa sekarang, kenapa aku yang buat salah, tapi nak kena marah orang lain, marah je la aku. eh, tapi kan. aku ada satu benda nak cakap. kalau nak bagi nasihat, jangan ikut sedap badan yang mengalami. tapi cuba letak kau dalam keadaan orang yang kau nak buat masalah. sebagai contoh. kau marah kan if bf ko keluar berdua dengan perempuan lain, mesej guna perkataan sayang-sayang and menunjukkan minat dengan perempuan lain. kalau kau pon tak suka, kenapa kau boleh buat. aku rasa dia pon tak suka. bukan nya susah mana nak paham lumrah dunia ni. kita memang tak kan pernah puas dengan apa yang kita ada. tapi kadang kala kita kena percaya dengan hukum karma. apa yang kita buat, kita akan dapat balik kesannya.

okey, telah tamat sessi BUAL BICARA SESEDAP RASA kita kali ini. kepada sesiapa yang tiba-tiba rasa tak sedap badan, baik lihat diri kita balik. tak susah pon. masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan.

babai!

with❤:izan®

Tuesday, August 03, 2010

square rabbit


dah lama siap sebenarnya. cuma bila aku dah ada kerja lain selain dari berblog aku jadi lupa bahawasanya aku masih punya blog. HAHAHAHA. tarasa hati tak kau blog aku abaikan kau dua tiga hari ni. maaf lah, tuan kau ini punya hobi lain selain mentengok kau je dua puluh enam jam. hobi baru yang buat aku sanggup tidur lewat malam semata-mata menjahit dan mentelaah asas-asas jahitan semasa kelas kajian tempatan dulu cukup meluat nak belajar. ada gunanya juga bila sekarang baru nak sedar.

bak kata pepatah, dah terhantuk baru nak terngadah.

;))

with❤:izan®