Followers

Wednesday, July 31, 2013

Perangai Pelik Orang Nak Kahwin Part 4-Pelamin Anganku Entah Jadi ke Idok.

Hai, salam.

Memandang Emak adalah sangat handal dimataku dalam membuat pelamin. Sebagai anak solehah aku telah memasang angan tak sudah bagaimanakah bentuk pelamin anganku nanti. *berangan lah nak oi, tak kena bayar pon* Entah dapat ke idok tu hal lain. Ini hal kasi aku berangan dulu.

Setelah menghabiskan sepagi di ofis dengan men-google design-design terkini dan boom-bas-tik mengenai pelamin ini. Aku telah tangkap cintan macam sampai tahap. "Aku nak juga pelamin macam ni, apa nak jadi pon jadi lah". Memang apa nak jadi pon aku tak tahu nanti. Setakat berangan pastu print. Balik rumah tayang dekat mak pastu minta mak pikirkan macam mana nak buat pelamin anak dia ni. HIK HIK HIK


 
Ha, simple je pon. Google sampai sepagi. Aku pon tak faham kadang-kadang dengan imiginasi dan selera pelik aku ni. Orang lain sibuk berbagai nak pelamin sampai lapanploh panel, kiri kanan atas bawah. Tapi aku tetap juga nak pasang tirai putih je belakang pelamin. Bagi aku putih tu selamat kau nak pakai baju apa sekali pon. Senang.

p/s : Kena print besar-besar bagi mak aku. Kalau aku tunjuk dalam handphone cenonet aku ni kang, kerut-kerut dahi nak tengok apa ke pula design aku ni nak.

with❤:izan®

Tuesday, July 30, 2013

Perangai Pelik Orang Nak Kahwin Part 3-Baju Sanding

Hai, salam.

Siapa tak sedih kalau baju sanding idaman kau tak jadi. Tak jadi adalah bermaksud tidak serupa apa kau imiginasi selama 24 tahun hidup. Boleh punah remuk dendam hati ini. Aku dengan Alan beli kain untuk buat baju sanding ni masa bulan enam lagi. Hantar pergi jahit kat bangunan mara, sebelah SOGO. Baju Alan dari bulan 6 haritu dah hantar. Siap cakap nanti abang datang la fitting. Lepas fitting 2 3 hari lepas tu siap dah. Ni dah nak masuk bulan 8. Tak siap lagi?

Baju aku. Punya la dok berangan nak buat princess cut la. Apa jenis cut lagi aku duk pok pek pok pek kat akak tu. Buh riben kat ni bagi banyak. Riben kecik-kecik. Last-last dah siap bukan princess cut. Aku nak cerita apa jenis cut pon aku tak tahu. Riben tu kalau boleh dia nak letak yang besar lagi kalau boleh. Dah macam bantal bergerak. 

Boleh pula kononya nak alter sendiri. Tengah-tengah alter, zip pula tak boleh zip. Tak kan aku nak pakai baju x payah zip belakang. Kalau nak buat style sexy back pakai tudung boleh juga. Tapi baju kurung moden aku untuk akad nikah lawa pula dia jahit. Maybe akak ni specialis on baju kurung moden kot.

Last-last untuk baju resepsi aku, aku beli kain lain. Hantar dekat orang lain. Puas hati. Lebur duit aku. Dah jadi 2 baju untuk resepsi. Nasib mak aku dan Alan berjaya men-cool-kan aku dengan bagi pandangan. Tak pe la, Baju yang mula-mula tu boleh pakai untuk kenduri belah Alan nanti. So, Alan je la kena cari baju melayu lain untuk matching kan dengan baju aku tu. 

Makin kau nak kahwin ni kadang kala kesabaran tu tipis sangat. Aku rasa kalau aku bakal kahwin dengan lelaki yang jenis cepat melenting macam aku juga. Memang dah terbakar kedai akak tu aku kerjakan. Tapi Alan relek je cakap. 

 " Biasa la awak. Dah banyak-banyak akak tu jahit baju orang. Ada la silapnya"

Terus istighfar panjang. Maafkan saya kak.


Korang bayangkan sendiri la jadi macam mana nanti bajunya. Sekarang orang duk gila pastel color. Aku tetap nak color garang-garang. Very out to date kan? Pedulikan. Nak juga color ni! HAHAHA


with❤:izan®

Monday, July 29, 2013

Peragai pelik orang nak kahwin Part 2-Rumah Sewa

Hai, Salam.

Mondays blue kan? Kenapa la ada hari Isnin. Cuba dalam seminggu tu jangan wujud Isnin. Tiap hari kita namakan Jumaat. Nak bezakan hanya Jumaat pertama, Jumaat kedua, Jumaat ketiga, Jumaat keempat, Jumaat kelima, sabtu dan ahad. Hahaha. Tapi kalau orang tanya kau bape kali Jumaat lagi? Faham-faham la maksudnya tu suruh kau muhasabah diri.

Sepatutnya last week, program aku dengan Alan adalah mengemas rumah sewa. Tapi nak dijadikan hal maha drama. Kunci tak dapat lagi. Agen tu tak buat apa-apa pon dengan rumah yang kitorang nak masuk tu. Salah kitorang juga kot, sebab tak bayar apa-apa deposit. Lepas tu dia janji ngan Alan nak bagi rumah lain. Sebab ada rumah yang ada orang duduk sekarang nak keluar hujung bulan 7 ni. So kitorang just boleh masuk Sabtu or Ahad ni. Terus Alan bagi deposit. Dibuatnya tak jadi kang. PJJ la aku dengan Alan.

Itu pon Alan kasi ugut-ugut sama agen tu sikit. Cakap la kitorang dah beli perabot and barang elektrik semua. Mana nak campak kalau tak dapat kunci rumah lagi. Padahal baru beli katil and tilam. HAHAHA. Penipuan untuk masa depan yang panjang. Maafkan kami kak. Tapi memang betul pon kan. Katil dikira perabot. 

Bangla jual katil haritu siap dah call minta alamat. Lepas tu dia siap puji-puji kata custom made katil yang aku ngan Alan pilih lawa la, ramai orang tiru la. Ye-ye je ko ni. *Tapi haruslah kembang hidung* Design kau ditiru orang. HAHA. Bangla tu call Alan. Terpaksa la minta tangguh nak hantar katil and tilam nya.

Memandangkan Alan yang akan masuk rumah tu dulu sampai kitorang kahwin nanti. Aku siap pesan awal-awal.

Awak jangan guna eh tilam and katil tu. Tunggu saya.

Apasal pula. Habis tu saya nak tidur mana?

Awak tidur dulu kat katil and tilam awak sekarang. Saya dah masuk rumah tu nanti baru guna sama-sama.

HAHA. Pelik-pelik la awak ni. Ye la. Saya janji tak guna.

Janji??? *sambil suruh dia angkat tangan kekonon sumpah

Ye-ye. Janji! *angkat tangan. Layankan je la perangai pelik aku nak dekat kahwin ni
Kalau awak tak caya, kunci bilik tu nanti.

Ok-ok. Saya caya. *sambil sengih-sengih

Aku rasa macam nak lempang diri sendiri sekarang. Dengan bakal lelaki sendiri pon kedekut nauzubillah! Argh, peduli. Nak juga tidur katil baru sama-sama. *ehem-ehem gatalnya la hai


with❤:izan®

Thursday, July 25, 2013

Perangai pelik orang nak dekat-dekat kahwin.

Hai, salam.  

Tak sampai sebulan je pon lagi. Cungap-cungap aku nak settlekan semua benda. Kadang-kadang rasa macam tak nak kahwin. Tapi kadang-kadang nak. Makin nak kahwin ni makin pelik-pelik aku rasa perangai aku. Bukan-bukan minta kat Alan.

Aku suka cakap dengan Alan.

Awak ni tak romantik la. Tengok si tut dengan tut. Si tut selalu bawakan handbag tut.

Alan jenis relek je jawab. 

Awak nak kahwin dengan saya ke dengan tut?

Terusssssss aku sengih-sengih. Balik rumah aku kenang-kenang balik.*kenang-kenang okey*

Apa lagi aku nak dari Alan. Semua aku nak aku dapat kot. Aku ni ha bukan elok sangat pon perangai tak de la romantik tahap tangkap leleh. Tapi Alan relek je terima aku. Apa ada hal time bercinta ko nak romantik bagai nak rak. Entah-entah dah kahwin nanti Alan bertukar jadi Romeo. Terus aku jadi Juliet! Hahaha 

Nak tunang? Alan pinang aku.
Nak cincin tunang macam tu macam ni? Alan bawa aku pergi pilih.
Nak kahwin? Alan bagi aku duit hantaran.
Nak rumah? Alan bagi aku rumah.
Nak anak? Gatal la tu!


p/s: Mak aku pesan. Dahulukan perut laki bila dah kahwin nanti dari perut sendiri. Acaner mak kalau anak mak ni kuat makan. Entah-entah perut aku yang aku dulukan nanti.

with❤:izan®

Wednesday, July 24, 2013

Gambar Pre-Wed Alan+Izan from Laminar Pictures

Hai, salam.

Memang minggu-minggu terakhir sebelum menamatkan status bujang ni, sangatlah padatnya jadual hujung minggu aku dengan Alan. Siap buat planner minggu ni nak buat apa. Minggu depan apa lagi yang belum settle. 

Tapi sempat lagi la dua minggu lepas pergi fefeling retis jap kat atas bukit. HAHAHA

Kali ni kasi kongsi sikit gambar pre-wed aku dengan Alan.

Actually tak plan pon nak buat prewed. Sebab aku minta dengan Alan nak buat postwed. Baru boleh lagi fefeling romantik nak mamposssssssssss! Tapi memandang kan Mohd Ali from Laminar Pictures which is kawan Alan dengan aku nak kasi special price punya tahap memang special yang kau takkan dapat dari orang lain. Aku setuju je la.

Actually persetujuan bersama nak buat prewed ni sebab Apeng (Mohd Ali) iaitu photographer merangkap videographer kitorang masa akad nikah nanti yang bakal mengabadikan ungkapan "aku terima nikahnya" dengan stylo nak offer print photoframe tuk Alan and aku. So, kitorang decide untuk ambil gambar lain yang kasi cun-cun sikit selain guna gambar dekat Mabul.

Nah-nah. Tengok la gambar fefeling artis aku dengan Alan.





Gambar yang lain aku pon belum tengok. Jadi cukup lah takat empat keoing ni buat tatapan korang. Kalau nak dapatkan khidmat Laminar Pictures. Boleh search kat FB or klik je kat nama diorang tu. Aku dah siap-siap letak link. Aku paham manusia ni nak senang saja. Hik Hik Hik *aku pon sama*

with❤:izan®

Tuesday, July 23, 2013

Wedding Progress Alan+Izan

Hai, salam.

Minggu lepas balik rumah trolak. Aku tanya-tanya la ayah. Kenapa ayah aku tak nak nikahkah aku sendiri. Pastu ayah cakap "ayah ni gemuruh kuat. Kang Alan relek je sekali. Yang nak bagi menikah ni lima emak kali". Oleh itu ayah aku serahkan pada tok kadi je la nanti. Aku ok je mana-mana pon. Janji mak ayah restu sudah. 

Wedding progress aku dah nak masuk stage 50%. Haha. Gila la baru 50%. Padahal bape hari je lagi ni. Tapi aku tak da la stress mana pon sebab aku tahu mak, ayah and adik beradik aku ada. Ape ada hal. Aku balik rumah time hari kenduri saja pon boleh. HAHAHA *mampos kena maki dengan ayah*

Untuk nikah.
  1. Kursus-Done
  2. Borang nikah-Done
  3. HIV Test-Done
  4. Tok kadi (Booking)-Done
Untuk majlis.
  1. Makanan by ayah aku and adik beradik, gotong royong ye-Done
  2. Lembu-Done
  3. Pelamin by emak aku-Done
  4. Baju Nikah Alan and aku-Done
  5. Veil Nikah-tinggal lagi beberapa biji manik je nak siap(sendiri)
  6. Baju sanding aku-Rabu lepas raya baru siap
  7. Baju sanding Alan-Tak diketahui bila nak siapnya.
  8. Door gift-Baru beli kotak. Isi belum masukkan. Isi pon tak de lagi. 
  9. Guest book-Belum buat
  10. Photographer masa majlis-Done
  11. Videographer-Done
  12. Makeup and inai-Done
  13. Hantaran-Done
  14. Baju adik beradik-Done
  15. Kad jemputan-Done. Untuk kawan-kawan banyak aku invite kat fb je. Sebab i is oder kad kawen sikit saja. Dalam 1000. 600 bagi ayah aku. Tu pon dia fotostat lagi. Katanya tak cukup. Lagi 200 Alan bagi ayah dia. Lagi 150 Alan bagi kawan dia and aku ambil 50 je bagi dekat kawan-kawan yang mana jauh-jauh sikit nak datang. Maaf la kalau ada yang tak dapat kad. I dah jemput kat FB kan? 
Dah la. Itu je yang aku ingat buat masa ni.

with❤:izan®

Jangan la tanya macam aku doktor gigi.

Hai, salam.

Semenjak aku pakai braces ni. Lepas tu duk rajin pula buat entry pasal braces ni. Ramai yang tanya soalan. 

Apa nak kena buat masa mula-mula pergi klinik.

Berapa kos buat braces.

Kenapa tak boleh makan benda keras.

Kalau besi braces tercabut macam mana.

So far kalau aku pernah alami benda tu. InsyaAllah aku jawab. Tapi kalau ko komen then aku tak jawab-jawab ko refer la balik entry-entry lama aku pasal braces. Maksudnya aku dah cerita la tu. Aku ni bukan la rajin sangat nak menjawab pertanyaan bebanyak kali. Aku jua manusia biasa Uols. Ecewah!

TAPiiiiiiiiiii...

Kalau ko tanya soalan yang macam susah je otak aku yang bukan dalam bidang kedoktoran ni nak pikir. Itu pon berkemungkinan besar aku tak balas komen ko. Contoh macam :

Kak, kalau saya tak nak pakai bawah. Nak pakai atas saja boleh tak?

Awak, kalau pakai retainer lain harga ke?

Oh my Allah.

I ni pon baru nak masuk 2 tahun pakai braces. Bukanlah dentist yang dah nak masuk lapanploh juta patient dia tu. Ada baiknya adik-adik, akak-akak pergi ke klinik gigi dan bertanya sendiri. Kang aku salah membagi maklumat. Korang marah pula. HUHUHU

Oleh itu, aku kasi tayang gigi aku time berpuasa ni. Kang nak raya kasi tukar lagi getah.

 Bila la hai ko nak betul gigi. Lama sangat dah ni. Dah nak kahwin dah ponnnnnnnnn..*padahal aku yang selalu skip appointment.*

with❤:izan®

Tuesday, July 16, 2013

PhotoBook Engagement from Pixajoy-Beli kat Groupon RM52.00

Hai, salam.

Aku ingat lagi kalau dulu ambil gambar pakai kamera petak insert kodak dalam tu . Pastu ko nak tengok gambar ko tak boleh on the spot lepas klik boleh view macam digital camera sekarang. Ko kena cuci dulu. Hari ni hantar kodak film pergi kedai. 3-4 hari lagi baru ko dapat gambarnya. Lepas tu kena beli album lagi. Nak susun dalam album gambar-gambar tu.

Sekarang semua dah canggih manggih. Hujung jari sahaja. Siap la album siap gambar dalam tu. Ini adalah first time aku try buat sendiri Photobook. Aku beli kat Groupon. Korang mesti lagi hebat kan bab buat-buat Photobook ni. 

Oleh kerana ini pengalaman pertama nak buat Potobook sendiri. Haruslah aku tayang kasi bangga sikit *Ya Allah bulan puasa pon perempuan ni nak bangga-bangga*


Oleh kerana first time. Aku pilih je Open an Existing Project tu. Tak reti la hai nak create ke hape. Maklum lah aku ni bukan berseni sangat bab-bab ni.


Mula-mula aku pilih yang aku higlite warna biru tu. Sekali kena add RM8 masa nak bayar. So aku tukar ambil Ruff n Tuff Debossed 8.5x11 Lanscape. Yang tu tak kena tambah pape dah. All include RM52.00 yang ko beli dari Groupon tu.


Mula-mula bukak dia akan kosong je bahagian gambar tengah tu. Then upload je la gambar mana kite nak. 


Dah siap masukkan gambar semua. edit-edir sikit. klik tanda troli shopping tu.


Pastu kalau gambar kite tak cukup bagus kualiti nya. Dia akan keluar pop up macam dalam gambar kat atas.So boleh la tukar gambar lain kalau korang nak. Preview and edit je. Tak perlu la ko nak risau gambar ko tak cantik ke pecah-pecah ke nanti.

Pastu klik je Done.

Siap la photobook ko. Masa klik Done tu. Dia akan terus buka page Pixajoy untuk proses redeem vaucher and payment semua. Ikut je arahan. Sonang! Orang buta it macam aku ni pon boleh buat. Ini kan pula korang kan. Hik Hik Hik

Itu sahaja. Belum sampai lagi kat aku Photobook nya. So aku belum boleh kasi review bagus ke idok. Harap bersabar ye.


with❤:izan®

Saturday, July 13, 2013

Baju Nikah Izan-Kurung Moden

Hai, salam.

Entry-entry selepas ni kau layan kan je la bakal pengantin sorang ni. Kali ni je entry aku penuh dengan perkataan "Nikah", "Kahwin", "Kenduri". Entry lepas-lepas ni aku letak perkataan lain plak. Tapi korang kena tunggu sampai kenduri aku selesai la. Baru lesap perkataan-perkataan tersebut. HAHA

Baju nikah aku pula eh kali ni. Oleh kerana nak kan majlis yang simple, humble dan what so ever la. *Pfffttt! Simple la sangat?!!??* So, aku dengan persetujuan Alan hanya buat baju kurung moden untuk upacara akad nikah nanti. Oh my Allah! Nak nikah dah ni. Nak nikah dah. *rasa seram sejuk terus lapar*

Actually, kain baju nikah aku dengan Alan ni kitorang beli masa bertunang haritu. Memang cadang nak buat baju nikah. So beli je la set sepasang dekat jakel tu ha. Chiffon beaded untuk baju aku. Lining dalam and untuk baju Alan kitorang pilih satin. Warna semua Alan yang pilih. Aku nak putih dia TAK NAKKKKKKKK. Nak Cream katanya. Aku kan jenis tak kisah sangat warna apa. Nasib la bakal laki cerah mak ngah. Suka hati kau lah bakal suami nak color apa pon.

Ihsan Google. Bukan Ehsan Teduhan Kasih.
Google Juga. Ada watermark tu. Boleh cari sendiri.
Kain dia lebih kurang macam dalam gambar kat atas. Baju kurung moden je pon. Nak reveal macam la ko tempah baju bertatahkan berlian lapanploh juta! HAHAHA

Untuk veil aku beli kain chiffon biasa. Tempek lace. Lekat-lekat manik. Siap!

Seperti biasa. Nantikan masa majlis nanti untuk lihat yang real! *Ecewah! Artisssssssssss sangat!*



with❤:izan®

Friday, July 12, 2013

Baju Nikah Butang Moden-Alan

Hai, salam.

Ramadhan ke-3 hari ni. Rasa macam sekejap sangat puasa kali ni. Dah masuk hari ke-3 dah. 

Kali ni nak share Baju Nikah Alan. Untuk pengetahuan. Baju nikah and baju sanding kitorang, semua aku tempah. Buat ikut design and ukuran kitorang sendiri. Mungkin bagi sesetengah orang akan rasa macam membazirnya buat baju nikah and sanding sendiri. Padahal nak pakai sekali je. Oh no-no.

Mak aku ada buat bisnes sewaan plamin dan baju pengantin. So, baju-baju itu nanti akan di masukkan ke dalam senarai baju sewaan mak aku. Mungkin baju nikah tidak kot. Sebab warna cream macam tu sungguh sayang untuk aku bagi orang lain pakai. Tapi kalau ada yang nak sewa juga. Akan dipertimbangkan.

Lagipon untuk sanding, mak aku kata pakai je pelamin apa yang ada kat dalam stor tu. So dah boleh jimat kita-kira RM2K untuk pelamin dan meja makan pengantin. Aku dengan Alan kan pengantin bajet. Pakai je la apa yang ada dekat rumah. Nanti pandai-pandai la mak aku olah pelamin nya ikut selera aku. HAHAHA


Lelaki kalau bab design baju memang tak cerewet. Senang kerja aku. Bila aku tanya pasal baju macam mana dia nak.

Aku : Awak nak baju nikah macam mana?
Alan : Tak tahu la.
Aku : Jap, saya carikan contoh.

Aku bagi la beberapa contoh aku google. Baju melayu mana ada banyak jenis pon. Beza kat leher je. Pastu Alan nak leher butang macam kat atas. Lawa juga bagi aku. 

So, baju nikah Alan adalah seperti dalam gambar diatas. Nak tengok real kena tunggu time nikah la. Dah siap dah pon baju nya. Last week pergi ambil. Excited sangat kan. Kemain awal baju nikah siap. HAHAHA. Bukan apa, aku jenis malas nak settle benda-benda remeh ni last minute. Settle awal senang.

pssst : Bulan 5 dah pergi tempah. Sebab takut orang tak nak ambil tempahan. Kahwin lagi lepas raya. Rasakannnn!
with❤:izan®

Thursday, July 11, 2013

Dekat mana nak tempah kad kahwin murah?

Hai, salam.

Bukan main panjang tajuknya hari ini. Sebelum terlupa. Selamat menjalani ibadah puasa semua.

Siapa add aku dekat FB mesti dah tengok kan design kad kahwin aku yang koboi-koboi aja itu kan. Tapi aku suka je kad koboi-koboi ni. Kalau boleh kahwin pon nak koboi je. Eh? Mustahillah! Bagi perempuan, kau sebut je perkataan kahwin dia akan cerita planning dan angan tak sudah dia dari A-Z selama 10 hari 10 malam belum tentu habis. Biasa la. Orang perempuan.


Begini lah ye. Simple saja. Kad ni actually sekeping je. Cuma aku scan letak dua kad kiri kanan. Senang nak attach kat invitation event dalam FB. Sekarang kan semua dah senang. Jemput kenduri pon pakai FB je. Kalau ikutkan hati aku. Malas lah hai nak print-print bagai. Tapi memandangkan mak dan ayah nak jemput kawan-kawan diorg yang bukan ada FB pon most of them. Aku printkan jua kad ini. Orang berbudi kita berbahasa. Ye dak?

Mana nak dapat kad murah and lawa-lawa-lawa *bagi aku dah lawa* ni?

Boleh klik link di sini. Kad Kahwin Borong HQ.

Kat bawah ni aku antara pakej yang diorang offer.
Service memang tip top.
Senang je pon nak order dengan diorang ni. Aku tak pernah jumpa mana-mana pon orang yang bekerja di balik tabir company ini. Tapi tahu-tahu dah sampai kad kat umah Alan. Aku order semua pakai email sahaja. 

Ko pilih je mana pakej ko nak. Email kat diorang. Bayar 50% dari total pakej. Nanti diorang punya designer akan emailkan draft kad, banner, banting, envelope, penunjuk arah semua. Kalau ko setuju. Dia akan print. Sebelum print kene settlekan payment. Seminggu lepas tu ko dapat la kad semua-semua tu.

Aku dengan Alan kan jenis malas nak jalan-jalan survey benda-benda remeh macam ni. So kesimpulan untuk orang malas macam kitorang order ONLINE dekat Kad Kahwin Borong HQ ni sudah. Service tip top. Hasil pon awesome!

Aku dengan Alan telah memilih pakej di bawah. Harap jangan kau tanya lagi lepas ni. I is malas nak jawap soalan yang dah ade jawapan dalam entry. HAHAHA


p/s: Oleh itu aku dengan rasminya. Menjemput semua yang mengenali diri ini dan Alan untuk hadir ke majlis perkahwinan kami. Details seperti dalam kad di atas.

with❤:izan®

Tuesday, July 09, 2013

Video Pre Wed awesome from Laminar Pictures (Bahasa Cinta Alan + Izan)



Sangat berterima kasih kepada Ali Apeng from Laminar Pictures. Mahukan video indah anda dirakam dengan stylo? Boleh pergi tengok kat FB Laminar Pictures ini. Highly recommended!

Bayangkan je la. Pelakon kaku macam aku dengan Alan boleh jadi sweet dalam video. Memang terbaik! *sweet ke? haha
with❤:izan®

Thursday, July 04, 2013

Saya Bertunang-10 Februari 2013

Hai, salam.

*ini entry adalah entry yang aku taip beberapa bulan sebelum ini. Harap maklum.

Akhirnya, setelah jenuh memplankan pertunangan sendiri. Rombongan pihak Alan sampai juga rumah aku bawa rombongan meminang. Plan asal adalah raya tahun ni baru nak bertunang. Cepatkan pula jadi 24 March 2013. Then cepatkan lagi jadi la 10 Feb 2013. Nampak sangat aku dengan Alan tak sabar-sabar ye. Perkara baik haruslah dipercepatkan. Ye dak? hik hik hik

Maybe nanti aku akan selitkan beberapa entry mengenai A to Z my wedding progress and pertunangan ini berlansung. Buat masa ini aku sajikan dengan gambar-gambar pertunangan yang di rakam khas oleh abg ipar aku.

.
Bagaimana Alan datang merisik? nanti aku share. ini sungguh kelakar. Aku dirisik pakai baju tidur saja ye.

Ramai orang kata muka aku dengan Alan iras-iras. Aku rasa aku lagi cantik!

Adat orang johor kena bg deposit masa masuk meminang. Bunga duit.
Best friend wajib ada.
anak-anak buah dah besar panjang.
TQ semua yang menemani aku. Terharu.
Korang memang the best!
Ini adalah separuh. Yang jantan2 ntah mana hilang.
aliff tarik telinga aisy.
Baju adalah by Nadia Norbi.
Nana pulak next!
BFF masa dekat matrik. Qila tak de :(
Diorang memang macam ni since matrik. Kalau ada Qila cukup geng!
Boyfriend aku since tadika.
Esha macam sedih pula bila maksu dia kena pinang.
Kakak relek je. Sebab bakal paksu suka bagi duit. Suka la dia. haha
Ok, anak cina mana aku tak tahu la ko ni aisy.
my Best Sister Ever!
Tak tahu la kenapa aku boleh sengih macam tu.
Bakal mak mertua. Ehem, ehem, ehem.
"Cuba tolak kuat sikit, kompem muat!"
Dari belah aku untuk Alan.
Wakil ayah aku belah kiri, wakil ayah Alan belah kanan.


Tamat cerita pasal tunang. Tunggu la kalau rajin ada la entry-entry menyelit pasal tunang ni ha. Sekarang fokussssssssss bulan Ramadhan pula ye.

with❤:izan®

Monday, July 01, 2013

Al-Kisah mencari katil.

Hai, salam.

Hari sabtu lepas aku pergi fitting baju nikah and sanding. Sekali baju Alan tertukar da. Akak tu salah bawa baju nikah Alan. Patut la masa dia try pakai aku nak gelak pon ada. Seluar singkat, tangan singkat. Tapi yang nak jadi marah sebab leher baju melayu Alan kitorang request special sikit. Tapi jadi lain pula. Sekali akak tu kata "akak rasa suami akak salah letak no la kat baju ni. Ni bukan baju Adik ni" Terus rasa lega sikit.

Then baju nikah aku adalah sangat okey. Cuma akak tu kena kecikkkan pinggang. Adakah losyen Fellina telah menunjukkan kesan. Bagus la kiranya begitu *nak kahwin kau. Haruslah buat bakal laki kagum. HAHAHAHA . Baju sanding aku je ada masalah sikit. Terlalu jarang. Kalau aku pakai dress tu macam tu saja time sanding kompem ayah aku suruh tukar baju lain. So sebagai langkah selamat akak tu mengesyorkan kepada aku untuk mencari inner jubah dan pakai dalam baju. Tu la, nak sangat lining nude color. Memang NUDE!.

Habis cerita baju. Kembali kepada tajuk. 

Hari Ahad pula pergi ambil langsir kat Nilai 3. *eh mana cerita katil ni. 

Lepas settle bayar and ambil langsir aku berbunyi tepi telinga Alan.

"Ala, tak boleh ke beli katil macam saya nak tu?"

"tak payah la"

"okey la, kalau dah tak boleh beli katil saya nak tu kita beli katil macam dalam cerita ombak rindu"
*aku memang dah lama nak katil tiang empat ni

Ihsan google.
Terus Alan bawa pusing kat kedai perabot area Nilai 3 tu. Jumpa dah katil macam aku nak. Tanya harga.

"Bang, berapa ni?"

"1600 dik. Jap tanya tokey boleh kurang tak"

"Tanya bang, ada kos hantar tak?"

"1300 dik. Kos hantar takde"

"Sekali tilam tak bang?"

"Tak dapat la dik, kayu jati ni"

*terus down

"takpe la bang, saya ronda dulu"

Masuk kereta bising lagi tepi telinga Alan. Aku ajak pergi Giant Nilai sebab ada sales tilam sekali katil. Kira one set la. 

Sampai sana. Ada 2 set yang dalam bajet. Satu tu katil takde frame tapi tilam tak best. Satu lagi katil ada frame and tilam best. Tapi out of budget. Hasil negotiate dengan sales person tu aku minta tukarkan tilam best come with katil without frame. Punya bodek sampai dapat harga yang okey dengan budget aku. Terusssssssss sambar! Tengok kau terus sambar! Tapi kan. Ada satu ayat dari sales person tu yang buat aku beli tanpa pikir panjang.

"Kalau akak beli katil mahal tapi tilam lima enam ratus saja, akak sedap ka mau tidur?"
"Saya tanya akak sama abang la, akak sama abang mahu tidur atas itu katil ka atas tilam?"

Terussssssss beli tilam warranty 14tahun dari kau bangla hoi! Siap kau kalau tak sedap!

with❤:izan®