Followers

Monday, October 18, 2010

dan akhirnya cerita bersambung

seperti yang telah lama di janjikan, kita sambung kembali cerita pasal ke sunway lagoon bersama alan. cerita nya tidak habis di part 1 sahaja. masa kami cuba untuk masuk ke dalam rumah hantu kat dalam sunway tu, hanya kami berdua sahaja. makanya memang menjadi lauk-lauk hantu tersebut la. sebelum masuk dalam tu akak yang bagi arahan depan pintu tu macam nak cari gaduh pon ada. siap marah alan, suruh berdiri betul-betul depan dia. nasib alan tak angkat tangan je kat akak tu. aku dah terkebil-kebil dengar akak tu bagi amaran jangan sentuh apa-apa hantu pon dalam tu.

belum akak tu abes cakap lagi tiba-tiba tekeluar seekor hantu. belum masuk lagi ni aku dah jerit separuh anak tekak dah. masuk je dalam tu, memang la gelap uuuu...sorry alan if i teraba u, i tak sengaja ohhh.. MUAHAHAHA -----> setan punya gelak.

setahu aku setelah di ceritakan oleh alan, rumah hantu tu ada 5 stage kot. correct me if salah. dan kami hanya lepas 1 stage sahaja. sebab??? ALAN MENANGIS DALAM TU! hahahaha..tipu! aku yang nangis. ok, boleh gelak sampai muntah sekarang. tak de la menangis macam budak-budak tu. cuma nangis macam mak budak je.

muka mak budak baru lepas menangis kena kejar hantu memang selalu comel macam ni. harap maaf ;)

with❤:izan®

Thursday, October 14, 2010

sunway lagoon (part 1)

percutian di tengah waktu aku sangat busy. eceh...tak da la busy mana sangat pon. cuma time ni aku ada 5 assignment, 3 pembentangan dan sedang sibuk menghabiskan kredit untuk call mana-mana company yang sudi untuk ambil aku praktikal. tak la busy mana kan..berbanding orang lain yang nak praktikal short sem nanti, bukannya sem depan macam aku ni ha, tapi still tak da masa nak siapkan kerja kumpulan kan? sapa la tu..malas nak ungkit banyak-banyak, sebab tu aku ungkit sikit je dalam blog ni ha. sebab aku tak busy pon. HAHAHA. tapi tak pe, semuanya telah selesai. kerja pon dah siap. thanks to all my group member, tanpa anda siapalah saya ini. eceh...

untutk pengetahuan, aku dengan alan je yang ke sunway lagoon ni. ajak ramai, tapi semua cancel last minute. kami teguh dengan pendirian masing-masing gigih nak nak pergi juga. sebab kalau tak pergi cik izan kita ni akan hamuk satu kampung. biasalah dah biasa dimanjakan. penat saya nasihat dia, pergi lain kali, sebab kerja banyak yang tertangguh...tapi nak buat macam mana? saya hanya pembantu beliau...(perenggan ini di karang oleh my PA)

thanks to alan for all the ticket, lunch, duit minyak and tol. dan haku? hanya pergi sana dan enjoy! hujung bulan ni kita makan meggi je la kan uuuu...duit masing-masing dah tak da. ini lah seperti kata pepatah, "biar papa asalkan bergaya". contoh yang sangat tepat saya rasa untuk perenggan ini. kita teruskan dengan sajian gambar di sana. harapnya gambar-gambar ini cukup untutk menceritakan segalanya. kalau tak cukup, aku akan tambah caption kat bawah tu. harap maklum.

 ini adalah bertujuan untuk tunjuk jam sunway lagoon itu.

mainan wajib untuk kami...

hati ku di tusuk duri..ecehhh...

holoh holoh holohhh..jinak!

berjumpa lagi di part yang seterusnya jika ada. muah!



with❤:izan®

Wednesday, October 13, 2010

tips temuduga kepada wanita/perempuan

sebelum apa-apa berlaku, aku ingin tegaskan disini, ini hanyalah tips dari aku. so jangan la korang nak compare dengan mana-mana doktor falsafah mahupon ahli kaji minda yang hebat-hebat dan pakar di luar sana. bawasanya saya hanyalah student yang belum grad pon. tapi gatal nak share tips temuduga yang adooo ni... kita akan masuk dari satu bahagian ke bahagian yang seterusnya. sila baca sampai habis, kalau ada yang tanya soalan yang aku akan terangkan sebentar lagi, aku block ko terus dari baca blog aku. HAHAHA

BAHAGIAN 1 : PEMAKAIAN

  1. sila pakai pakaian formal. walaupon ko tahu company tu environment dia jenis yang tak ambil pusing ko nak pakai jeans ke hape ke kan, tapi for the first time diorang nak tengok bakal pekerja diorang mestilah nak nampak sesuai gitu.
  2. ini penting kepada WANITA! jangan nak pakai tudung yuna ke, syria ke, ekin ke, ala-ala gipsi ke...tak payah! ko pakai je tudung bawal biasa. mana la tau, kot-kot penemuduga ko tu anti ekin wife si mawi tu ke, anti yuna oh bulan tu ke, tak ke naya ko punya sesi temuduga tu nanti?? jawap!
  3. pakai high heel. jangan pakai selipar! dimaklumkan high heel yang sesuai. bukan yang baju merah heel nak warna kuning! meh aku ketuk pala ko!
BAHAGIAN 2 : APA YANG PERLU DI BAWA
  1. sesungguhnya, bawalah segala resume, sijil dan apa yang patut walaupun sehari sebelum ko pergi interview tu ko dapat panggilan yang ko tak payah bawa pape kan? ko jangan PERCAYA! tu semua psikologi teraputik semata-mata!
  2. bawa pen, selit la dalam handbag korang tu, kang dia suruh isi borang, mula nak terhegeh-hegeh mintak pinjam pen dekat receptionist kan? blah! receptionist tu banyak lagi kerja nak buat selain nak tolong ko si budak baru nak mintak kerja/latihan industri ni ha...
  3. bawa tisu, sebab ko kompem peluh dingin la.
  4. lastly, make up sikit. bagi nampak bersemangat dan bersungguh-sungguh mahu minta kerja. kalau muka tu lawa tak pa la, tak payah make up. bak kata orang putih, natural beauty. kalau muka ko level-level aku je ni ha, aku nasihatkan make up la woi. bagi lawa sikit. mintak bantuan rakan-rakan untuk nilai.
BAHAGIAN 3 : SEMASA TEMUDUGA
  1. sekiranya soalan di tanya dalam bahasa melayu, sila jawap dalam bahasa melayu. jangan nak over ko nyah jawap dalam bahasa inggeris. TAPI! kalau dia dah  tanya dalam english jangan ko mintak pula nak jawap dalam bahasa melayu. ko nampak pintu keluar dari bilik temuduga tu? haaa..baik ko minta diri je la..lebih afdal!
  2. dengar soalan tu betul-betul. contoh nya kalau dia tanya: how can i address u? jawapan nya? u can just call me izan. tak payah nak terang lebih-lebih! ingat! berpada-pada.
  3. seterusnya, jawap soalan yang di tanya, bukan ko tanya balik soalan kat dia. tapi kalau ko tak sure dengan soalan tu, ko boleh mintak dia explain sikit la. supaya ko dapat gambaran apa nak jawap.
oleh itu, aku rasa sampai sini sahajalah tips dari aku. ini semua pengalaman yang ada. semua ini betul semata-mata. harap membantu ;)


with❤:izan®

my beloved one

seperti yang dijanjikan, nah aku sajikan entry sambutan hari jadi anak buah aku yang sulung SHAHRUL SHAFIQ bin rosni. oleh kerana along aku kahwin awal, so aku dapat anak buah sekitar umur aku baru 6 tahun. kau boleh bayangkan? selaku anak bongsu di dalam keluarga selama lebih 6 tahun, dilimpahi dengan kasih sayang yang melimpah ruah, cakap je nak ape...nak mainan masak-masak? dapat...nak mandi hujan? dapat...nak kereta kelisa sebijik? dapat! haaa..dah lebih la kan, dapat penamporrr!

tiba-tiba kak long aku which is kak ipar aku, bagi aku anak buah. memang kasih sayang yang selama ini untuk aku di belah-belah la jadinya. semua nak kena share dengan shahrul. dia nak tengok kartun kat astro, sampai aku sorok remote astro atas palang pintu. then dia ngadu kat opahnye iaitu mak aku terus mak aku ambil bagi kat dia remote. then aku masuk bilik, nanges! tak puas hati sebab mak aku lebihkan cucu dari anak. padahal aku nak jugak tengok kartun tu, disebabkan menyampah dengan manja si shahrul saje je cari point nak gaduh. HAHAHAHA

tup tap tup tap dah 15 tahun dah ko shahrul masa 2 okt haritu. maksu ucapkan Happy Birthday! semoga abg peroleh kejayaan di dalam PMR tahun ni. kalau ade rezeki mak su belikan hadiah yang mak su janjikan tu. ko kena la paham mak su ko ni belum bekerja. harap duit JPA tu tak cukup pon...(alasan hokeyh!)

ni ha anak buah aku yang sulung. sedap nak buat peluk!

tukang sibuk mesti ada. kalau tak, tak meriah majlis. HAHAHA

tudung hijau : kak long aku, akak ipar and ummi shahrul
tudung kuning : adik shahrul, nurul

baju pink : aisyah (adik kepada shahrul)
baju oren : aliff (adik kepada iman iaitu anak abg pen aku)

tu tak kan tak kenal hj salleh. masih kacak!
dan si kecil molek qistina humaira anak abg pen aku juga.

ni namanya lauk! buat nak cubit2 pipi boleh la...

mak aku dengan along.

maira!!!!
oh, sebelum terlupa. kitorg sambut birthday si shahrul dekat sekolah asrama dia. sebab dah nak dekat pmr so dia tak boleh balik rumah masa tu. sebab tu la nampak macam picnic bagai kan...

with❤:izan®

Tuesday, October 12, 2010

blog aku ke ni?

salam satu malaysia...

urmmm...sekejap ya, aku kena ambil mood betul-betul mood untuk memulakan entry yang sudah lama aku tinggalkan. harap maklumat kepada semua. saya merupakan pelajar tahun akhir UKM. semester depan saya akan menjalani latihan industri atau dalam kata lain praktikal. dan bulan ogos tahun depan insyaAllah aku akan bergraduat! ok, aku baru tahu ada word bergraduat sebab nampak kak siti buat ayat ni dalam surat permohonan latihan industri aku.

selama seminggu aku berhibernasi memantapkan diri untuk ke alam yang lebih mencabar pada sem depan, rasa macam cerita tu berlambak-lambak nak diluahkan dan sudah tidak mampu untuk ditahan. kalau boleh, okey, ini kalau boleh la. aku rasa akan menaip entry dengan sepenuh jiwa malam ini. sebelum terlupa saya ingin ingatkan di sini ini bukan janji. saya hanya merancang, dan siapa yang tentukan? haaaaaaaa..pandai! ALLAH!

mungkin akan dimulakan dengan bissmillah, disudahi dengan alhamdulillah (baca dengan nada lagu raihan).abaikan. mungkin akan dimulakan dengan cerita sambutan birthday shahrul. my beloved one. alan? kami tiada apa-apa lagi ;( sad kan..

hoi! berani kau cakap semacam itu! memang la kami tiada punya apa-apa. tiada kerata, tiada rumah. tapi kami punya CINTA. eceh...shahrul is my 1st anak buah. dah form 3 dah pon. kitorang..ops! akan di ceritakan pada entry lain. kalau terbuat lah. sekiranya tiada MOHON MAAF sekali lagi. dan mungkin akan memberi beberapa tips untuk temuduga. sebab saya telah di temuduga untuk pertama kalinya di alam kerja yang real oleh wakil dari HQ 7eleven. pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup ini. oh, ini pon akan diceritakan dilain entry. sekiranya apa? sekiranya terbuat la...terlebih dahulu, saya mohon ampun dan MAAF awal-awal lagi agar semua tidak menuntut janji. ini bukan janji tapi tidak pasti.

selepas itu cerita seterusnya akan berkisar mengenai percutian yang amat menseronokkan. saya telah mencuba sepenuhnya segala permainan yang termasuk dalam pakej, yang kena buat bayaran tambahan saya tidak buat. kerana semua terlalu berbahaya untuk saya dan anak saya pada masa hadapan. ini hanya bayangan, saya belum mempunyai tanda-tanda punya anak. sebab saya masih belum berkahwin. mungkin dalam masa 5 tahun lagi, entry hanya akan berkisar mengenai anak. di sini juga saya tidak janji sekalian.

oleh kerana keterbatasan masa saya, saya kena mandi dan bersiap ke kelas. bye semua. saya sayang anda! eceh...

with❤:izan®