Followers

Saturday, January 14, 2012

Hampir lupa aku punya Blog.

Hai, salam.

Setelah sekian lama. Semacam pelik pula aku nak berblog. Untuk tatapan di hari tua aku teruskan jua niat hati ni. Alan pon dok tanya "awak dah tak main blog dah eh?" Deym. Aku ade blog rupanya. HAHAHA. Sebenarnya bukan tak de benda nak update. Melambak kot. Cuma masa tu je tak da. Semenjak kerja ni (macam la kau manager besau), memang masa aku nak menghadap blog amat tipis ya anak-anak. Silap-silap aku balik kerja aku mandi, solat and tidur. Esok bangun, mandi, solat pergi kerja lagi. Dan begitulah seterusnya. Ke kau nak aku tulis aktiviti harian kerja aku yang semacam bosan dalam entri ni? Tak nak kan? So lets proceed to the next topic other then my working life. Sooooooooooooooo boring!

Lets begin with my life. Again? Eh, suka hati la kan. Kalau kau tak nak baca blah. Ecece. Mak gurau je nok. Meh la baca meh. Nanti mak belanja guna duit nuffnang mak yang tak seberapa ni ha. HAHAHA.

Sape baca blog aku yang pernah tengok aku face to face sila cium skrin PC or Lappy masing-masing. Mesti korang tahu kan yang kulit muka aku tak la segebu tepung gandum, selicin permukaan guli ataupon secerah matahari. Aku mempunyai masalah kulit muka seperti jerawat, jeragat dah etc. (Sentap! banyak sangat masalah sampai kena ada etc). So now i am trying some pill, facial wash and also night cream and day cream. Wani yang belikan from one of skin clinic at Sg.Petani, Kedah. Jauh kan? Maybe ada kot aroud here. Tapi aku tak tahu kat mana. So terpaksa menyusahkan wani untuk providekan aku these set. 

Still in percubaan. Baru 2 minggu aku pakai. So far kesan yang paling ketara ialah, jerawat aku tak naik dah and kulit aku sedikit mengelupas. Maybe kesan nak tukar kulit baru.

Besarkan lubang hidung kita Alan?
Picture diatas adalah kulit muka aku sekarang. Nampak licin tapi sebenarnya tidak. Parut masih ada. So aku guna Bio oil untuk hilangkan parut ni. Kalau nak listkan belanja aku tiap bulan untuk buang jerawat and parut memang agak banyak. Tapi what to do, perempuan sentiasa nak orang tengok dia cantik walaupon aku ni dalam kategori tak berapa nak retis. Hado?

So sama-samalah kita nantikan sama ada ubat kali ni berkesan. Kalau tak aku pasrah!


p/s : kecantikan luaran hanya dilihat dari mata kasar. Tapi yang paling bernilai ialah keperibadian dalaman yang luhur dan merendah diri. Sesungguhnya aku bukan mentulis dengan niat nak mementingkan kecantikan luaran semata. Cantik itu subjektif bukan? Renung-renungkan dan selamat beramal ;)



with❤:izan®

Wednesday, December 07, 2011

What i am wearing today.

Long dress : time square
Jeans top : romp
Tudung pat segi : pasar malam
Sandal : pasar melaka




-live from my samsung

posted from Bloggeroid

Tak semua yang kita rancang itu jadi.

Hai, salam.

Lamanya tak mencatat something dalam blog ni. Habislah terganggu tatapan anak-anak bonda kelak ya. Eceh. Pernah dengar kata pepatah "kita hanya merancang, Allah yang menentukan". Kalau dulu aku hanya melihat benda ni seperti jauh lagi untuk aku tempuhi. Sebab selama aku hidup semua yang aku angankan menjadi. Itu dulu. Sekarang rupa-rupanya aku sudah besar. Sudah kena hadapi semuanya sendiri. Berdiri atas kaki sendiri. Hadapi masalah sendiri.

Kalau dulu aku merancang untuk hidup di kota. Sekarang sudah ada. Kalau dulu aku merancang untuk bekerja. Sekarang juga telah ada. Tapi tak semua yang kita dapat tu kita lalui dengan mudah. Hidup kalau terlalu mudah tak mencabar la beb. Kalau dah terlalu mencabar akan jatuh juga air mata mu sayang. Kalau semua orang suka engkau bukan manusia namanya. Mustahil dalam sepuluh kawan-kawan kita semua menyenangi kita. Mesti ada kurangnya satu akan tak senang. 

Bagaimana menangani masalah ini?

1. Buat derkkkkk. Lama-lama akan OK.
2. Buat Donno. Lama-lama akan OK.
3. Buat tak tahu. Lama-lama akan OK.

Bagaimana kalau diri tak tenang. Still tak boleh nak buat Derkk, Donno or Tak tahu?

1. Face to face beb. Ada berani? Cubalah bercakap dengan tenang. Berbincang. Mana tahu perhubungan akan tenang kembali.

Hidup ini sekejap je Izan. Kenapa nak ada sifat marah, benci, meluat atau menyampah? Hargailah apa yang kita ada. Tak susah untuk membina kebahagian kalau kita sentiasa tumpang gembira dengan kebahagian orang lain. Kenapa perlu ada sifat tak senang dengan kesenangan orang lain. Sedangkan Allah sudah tentukan dimana masa kita akan senang dan bila kita susah. Tak perlu rasa riak sedangkan Allah tahu dimana kemampuan hambaNya.

p/s: tak payah puasa sunat kalau solat wajibnya tak buat. Mengingati diri sendiri juga.

with❤:izan®

Monday, November 14, 2011

Perubahan ketembaman wajah ku.

Hai, salam.

Menurut emak, aku telah semakin tembam. Kalau mengikut timbang pon memang aku semakin tembam. Berat aku sekarang ialah 54KG. Harap maklum ini merupakan berat yang sesuai dengan BMI aku. Alhamdulillah. Akhirnya tercapai. Yang gembira bukan kepalang kompemnya Alan. Hari-hari duk pesan aku suruh makan. Jangan risau. Saya ni memang kuat makan. Kalau awak tak pesan pon saya makan juga.

So, lets begin. From 2009  untill now.

Awal 2009

Akhir 2009

Awal 2010

Mid 2010

Akhir 2010

Sepanjang 2011







with❤:izan®

Sunday, November 13, 2011

How to download any video online?

Hai, salam.

lama kan baru nak update. Ntah jadi apa pon tak tahu la blog aku ni. Nama ja ada blog, tapi lansung tak ambil pusing hal sekeliling blog. Atie cerita itu ini pasal blog then aku keep said "ha?? kat mana tu?" "blog mana tu?". Seperti itu lah perumpamaan kehidupan maya blog aku. Dasyat!

So, untuk menjadikan blog aku ni berupdate kembali, let me share something today. How to download any video secara online? Orang yang dah tahu senyap-senyap then pergi jauh-jauh sikit. Cikgu izan baru nak mengajar orang-orang yang tak tahu menahu cara nak download video secara online ni.

1. Sila klik link di bawah. Aku suggest link ni sebab ini aku rasa paling cepat and senang dengan aku. Maknanya link ini Izan's friendly ye kawan-kawan.http://www.savevid.com.

2. Dah buka? Then pergilah cari any video pon yang ko nak download. Sebagai contoh bukaklah Youtube. Nak link youtube? nah aku bagi....http://www.youtube.com/

3. Dah buka and cari mana-mana video yang kau nak download? Copy link url yang bahagian atas tu. Sepeti yang aku bulatkan dengan warna merah tu. Bujur pon bolehhhh....




4. Then, kau paste kat bahagian url kat dalam savevide.com yang kau bukak tadi.


5. Klik download.

6. Tunggu sampai kuar macam ni. Then kau pilih la kau nak download format video apa. Kalau macam aku nak masukkan dalam fon. Aku pilih format MP4.

Akhirnya berjaya! Ada faham? kalau tak faham baik kau diam! Susah payah aku print screen step by step kau cakap tak paham memang nak kena la ni. Hahahaha. Acah je. Kalau tak paham boleh tanya. Bye you alls!


Omputeh kau.

with❤:izan®