Followers

Monday, June 04, 2012

Alamat Klinik Gigi Dr Zarin

Hai, Salam.

Seperti yang aku janjikan tadi. Ni aku sertakan Kad Klinik Gigi Dr. Zarin.



with❤:izan®

Sunday, June 03, 2012

Braces Survey and Details Price.

Hai, salam.

Sekarang aku kat rumah. Rumah means adalah rumah emak dan ayah. Kalau rumah sewa aku akan sebut "sekarang i kat rumah KL you alls". Ha, terus tukar pakai I hokey. Oleh kerana aku dekat rumah, so adalah banyak masanya untuk ber atas talian. Dan aku merancang untuk mewajibkan diri update about MY BRACES sebulan sekali. Fyi, kepada sesiapa yang belum tahu, aku dah pakai braces. "Eh. bukan gigi awak lawa ke izan?". Meh aku jawab siap-siap. "Eh-Eh awak pernah tgk gigi saya depan-depan and secara terus tanpa diselindungi bibir cantik saya ke?". Okey boleh start maki. HAHA. Eh-eh 10 hours ago ada someone tanpa nama yang tanya aku pasal cost braces. So. I am sharing here dear.

Struktur gigi saya adalah senget dan sangat pelik
Aku plan nak pasang braces ni dah lama. Since dekat Matrikulasi lagi. But mana la nak cekau duit kan nak buat braces masa tu. I am student hokeyh time tu. Bila dah kerja aku simpan duit minyak. Eh duit minyak je? Sebab emak den setuju nak sponser duit permulaan memasang braces. Dan aku hanya bayar ansuran bulanan. Fyi juga, buat braces ni jangan gelojoh. Sebey dulu kat mana yang murah, mudah nak pergi check-up every month, and doctor yang best!

Aku tak de la sebey banyak sangat. 2 orang je yang dah pakai braces yang aku tanya. Salah sorang nya adalah ex-officemate aku. Klinik dia kat ampang. Klinik gigi Dr. Zarin. Details card adalah seberti gambarajah dibawah. (Maaf, aku tak jumpa cable nak transfer name card doc yang ada dalam fon aku). Next entry aku letak k.

Prosedur pertama adalah aku call dulu klinik tu and tanya boleh ke nak jumpa doktor. Gila kau tak boleh jumpa. Mestilah nurse kat situ kata boleh. So, aku ajak my one and only partner which is Alan untuk teman. Hari sabtu aku pergi. Oh ye, hari Ahad klinik tutup ye. Sampai je kat klinik, sekali punya la banyak kasut depan pintu klinik. Masuk dalam tu dah macam jamuan hari raya. Cuma juadah je tak de. Ramai okey. Ramai! Sampai sana dalam jam 11 pagi, jam 3 ptg baru aku siap. Cek gigi 30 minit je. Tapi nak tunggu turn tu adalah lama. Dan itulah padahnya kalau pakai main terjah tanpa membuat janji temu. Learn from it ye kawan-kawan.

Prosedur seterusnya,pada hari yang sama, pembantu doktor telah buat x-ray pada gigi aku. Ambil acuan bentuk gigi and berbincang sedikit pasal masalah gigi aku. Then nurse telah arrange kan date untuk aku pasang braces. Pada hari pertama aku pergi cek gigi, buat x-ray and ambil acuan gigi kene bayar sebanyak RM100.

Nak tengok braces untuk bulan pertama aku? Next entry ye. Bye you alls! Eh, Total cost pon next entry. Saja nak wat korang tak sabar. HAHAHA

with❤:izan®

Friday, May 11, 2012

A day singapore trip with budget.

Hai, salam.

Cerita ini telah lama. Sungguh lama. Masa bulan empat haritu aku, yona, wani and leen pergi USS (Universal Studio Singapore). Trip ni take about 3 month to plan. Siapa yang plan? Mestilah yona. Nak pula kan aku i pandai nak pergi over the see ni. Ha, memang tak la. Oleh itu, special thank to yona kerana susah payah plan semua benda untuk kitorang. Aku hanya pandai cuci kaki naik flight terbang then sampai.HAHA.

Kalau aku buat cerita ala-ala karangan laporan darjah enam boleh? Boleh la kan. Sendiri punya blog. Suka hati lah nak buat macam mana izan. Aku start dengan belanjawan. Pergh kau. Belanjawan bagai kan. HAHA.

Flight : RM 180 (pergi dan balik ye)
Pasport  RM 100
Belanja duit minyak kereta wani : RM20 (untuk pergi LCCT)
Tiket USS : $ 57 (SING DOLLAR)

Secara kasar tu je la yang penting. Yang lain-lain ape yang aku beli tak kan nak cerita kot. Bocor lah keborosan i nok. Pergh! Boros! But the important thing is USS sangat best. Sangat berbaloi dan sangat luas. Nasib la aku pakai selipa. Dibuatnya mood nak pakai wadges aku datang hari tu mahu lumat tapak kaki aku on that day. Bawa botol air sendiri lagi bagus aku rasa. Sebab every waiting area untuk masuk or main apa-apa kat sana akan ada water cooler. So tak payah nak bazirkan $2.5 untuk beli mineral water. Sangaaaatttt tak bijak ye kawan-kawan.





p/s: hope there will be another trip like this.

with love :izan®

Thursday, May 10, 2012

Holla!

Hai, Salam.

Malas la nak kata blog bersawang ke hape ke. yang pasti memang dah lama aku tak update blog. silap haribulan boleh lupa kot aku ade blog. kawan blogger yang dulu pon ntah mana la hilang kan. baru la aku taw bukan senang nak berblog sambil bekerja. dulu masa study memang la 24/7 depan laptop. class pon berapa jam je pon sehari. selebihnya atas talian (online). 

Dengan memegang status tidak bekerja sekarang, so ada la masa untuk berblog. entah sampai bila aku tak sure. yang pasti sekarang masih free untuk menjalani rutin seperti zaman belajar. Eh? nak sambung belajar ke? HAHA. Macam huru hara sikit hidup tak bekerja ni. Kalau dulu hampir 12jam seharian dia tempat kerja. Balik rumah hanya mandi solat and tidur. Bila tak bekerja hampir seharian tidur. nampak kan perbedaan kat situ. Aku saja je wat tak nampak.

Apa plan aku sekarang masih dalam plan. HAAA. nampak semacam bahaya. Tapi memang belum plan apa-apa. Oh, esha dah jadi kakak for the real. Acik aku which is ibu esha dah dapat baby boy baru. Aisy! Nama baby aisy okey. Macam mana nak sebut terpulang kepada lidah masing-masing bagaimana kelembutan lidah boleh pergi. sekiranya tak boleh kembut baiklah kau rendam lidah kau dengan air zam-zam agar tak tajam. Pergh! Sentap.

Minggu lepas ada menghadiri satu temuduga. Penemuduganya mashaAllah punya la laser. Dah la aku ni hati bak dihujung tanduk. kau pulak mencucuk-cucuk. Last-last negative la jawapnya. Tak pe. Usaha lagi. Kalau seperti tidak mendatangkan apa-apa kemungkinan yang baik. baiklah kita mengundur diri. ianya tak bererti kalah, cuma saja mahu mengalah. Pergh!

Bye ;)

pss: sesungguhnya Allah telah menetapkan apa yang terbaik buat hambanya, Kita hanya perlu berusaha dah berserah. Bukannya pasrah.

ye.ye. nampak kan aku pakai braces.

with love : izan®

Monday, March 12, 2012

Life is full with unexpected things.

Hai, salam.



After two month without any entry. Tiba-tiba malam ni terasa mahu membuat entry kejutan. Tekejut la sangat. My life running like normal. But sometimes good thing happens and make me happy. Kalau datang bad things i am always felt like "Why la aku yang kena". So what can i say here, my life is FULL WITH UNEXPECTED THINGS. Its make my life best sangat. Atleast, when i get old one day i had many kind of story to share with my anak-anak. I would say, "dulu kan kawan bonda ni macam ni. Dia buat kat bonda macam ni. And bonda buat macam ni". See, best kan kalau berangan. HAHAHA

Sampai hari ni bermakna dah setahun lebih aku kerja. Kalau ditanya berapa banyak dah wang yang aku simpan? Jawapannya Zero bebeh. yellek. tiada sesen pon. Semuanya aku belanja. HAHAHA. Satu kepuasan yang amat sangat bila shopping menggunakan hasil titik peluh sendiri. Dan mampu membelikan apa saja yang mak ayah aku nak. Eh, silap. Apa yang aku nak belikan tuk diorang. Jangan harapla diorang nak minta bukan-bukan. Memang aku je yang saja-saja nak belikan. Baikan? Blah!

Kawang-kawan ramai yang dah ada anak. Yang sudah mendirikan rumah tangga sudah ramai. Apatah lagi yang sudah bertunang dan merancang untuk bertunang. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Berlumba-lumba semuanya. Jangan tanya bila masa untuk aku pula. Jawapanya InsyaALLAH suatu masa nanti. Aku pon teringin. Cuma belum masanya. Sekarang masa untuk melihat kebahagian kawan-kawan dahulu. Alhamdulillah. Semoga semuanya yang kalian rancangkan berjalan dengan lancar. 

Bekerja tidaklah seseronok yang di sangka. Semua kita kena buat sendiri. Belajar memahami orang lain. Tidak semestinya kita berusia kita membuat keputusan yang betul dan berkelakuan matang. Kadang-kadang kita lagi teruk dari kanak-kanak seusia 5 tahun. Berkata pada orang lain. Sedangkan aku tak sedar aku membuat perkara yang sama. Mengata pada orang lain. Sedangkan aku mengata perihal orang pada orang lain. Dosa begitu senang untuk dicatat. Pahala amat susah untuk aku kumpul. Sering berkata lebih baik aku diam. Sedangkan diam itu hanya pada akal. Nafsu membuak untuk bercerita keburukan orang lain. Sempurna ke aku ni? Life is too short to care about others, izan. Please make your life happy by accept others even they cant because life is FULL WITH UNEXPECTED THINGS bebeh :)

P/s : Masa untuk berblog amat terhad. Sebab aku kerja 9am to 9pm. Harap maklumat sampai.

with❤:izan®