Followers

Tuesday, June 30, 2009

bahagia

hari ni puase lg. so pas ni tinggal lg 3 hari! esok puase lg sehari,tinggal lg 2 hari. then tanak pose lg, tgu balik kolej nt baru pose balik. nak makan puas2 kat umah ;)

bukak pose td kat kedai abg aku. mule2 da masak dah. (aku masak? yer! saya masak hari ni ;P). sekali hj salleh ajak pi pasar malam. so pi la,then berbuka kat kedai abg aku je, siap bw lauk2 lg ;)

pi pasar malam beli ape? beli baju! ;) horay! nt eh aku tunjuk baru baru aku<--bajet korang nak tgk. 2 pasang rm50! sepasang bape? kire sendiri ;)

mlm ni ade hal lebih penting! bubyeeeeeeee ;)

p/s:aku makin bahagia ;)



Monday, June 29, 2009

tade mood ;)

okai,now tag from incek hasnul ;) yg tak pernah melupakan aku tatkala ade tag ;)


1. Nama yang sepatutnya diberi jikalau nama sekarang tidak ada:
still norizan;) i love my name damm much!

2. Sediakan gambar passport yang paling latest:

ade lam one of my entry cter sal aku amek gambar nieh ;)

3. Gambar bersama salah satu hadiah dari salah seorang sahabat:


seluar tu,dr atie.sempena beday aku ;) thanx dear.

4. Gambar pertama yang ada dalam (mana-mana) folder foto anda di komputer:

pic mase kwn2 mrsm aku datang lepak kat umah aku.time ni ngah bakar sate. dtg dr mane sate nye? mak aku ler ;) dulu mak aku wat tuk kedai makan abg aku. skg tade dah. tak larat.


5. Gambar phone yang dipakai sekarang:

nampak tak hp aku tu? nokia bape ntah. tade mms,tade gprs n hanya skrin biru ;) but i likeee,banyak kenangan ngan hp nieh ;)

6. Nama yang ke 10 dalam contacts henfon anda:

acik(kakak aku)

7. Lagu ringtone henfon ketika panggilan masuk:

camelia from irwansyah

8. Tag 8 rakan lain:
tade sape ;P


from miss nisa

this all award ive got from miss nisa ;) thanks dear ;)


Dan AWARD ini dianugerahkan kepada
1. Nama : miss izan
2. URL/Web : http://izandaughtersalleh.blogspot.com/
3. Email :izan_bumm89@yahoo.com
4. Hobby : makan,tdo,read anything
5. Cita-cita : nak kaya
6. Mulai Nge-Blogwalking : 25 Februari 2009
7. Kota Kamu : kota tuh ape?

AWARD ini saya anugerahkan kembali kepada kawan2
sesape je ;P

SYARAT DAN KETENTUAN BAGI PENERIMA AWARD:
1. Menyebutkan serta meletakan link pemberi AWARD pada blog anda.
2. Copy>Paste Form Biodata diatas, kemudian ganti dengan informasi pribadi anda.
3. Bagikan kembali AWARD tersebut kepada sahabat2 blogger anda.

------------------------------------------------------------------------------------------------



Syarat dan ketentuan yg berlaku untuk award ini :
1. Buatlah posting yang memuatkan gambar award ini di blog kamu
2. Sebutkan siapa yang memberikan award ini beserta link blognya
3. Beri award ini kepada 5 sahabat kamu
4. Kunjungi blognya dan beritahu ada award dari kamu untuknya
5. Lakukan hal yang sama seperti yang memberikan award ini ke kamu.



p/s:sasape rase nak amek,amek la.aku ngah tade mood ni ;)

30sen je.




semalam aku ke kedai nak cari topup. da nak dekat maghrib dah. semua gara2 aku nak kene msg seseorg mlm td. sape? athiah bt halmy. lega oh lepaskan semua kat atie ;) thanx babe ;) aku tak taw nak cter kat sape selaen ko. malu ade,segan ade. semua aku rase. ok2,stop mengarut!

mase pi kedai semalam,si aisyah nak ikot same,tengahari tu abid nye datang singgah umah jap. lansung die tanak balik. sampai je kat kedai aku pi la beli topup,kedai pon nak tutup dah. aisyah tgu kat luar. mase aku nak bayar je akak tu kate 10 hengget 30 sen. aih! da naek harge ke topup nie? siap charge aku 30sen lg.

rupe2nye anak buah aku da tarik seplastik maenan kat kedai die.nasib ko tarik yg 30sen je ecah.maksu bw rm 10.50 je kot.. on the way nak balik die tertido. ko bayangkan aku ngah bawa moto die ley ttdo lak. siap keluar air liur lg meleleh kat lengan aku. adehhhhhhh,aisyah ni. aku bw la balik umah sambil pegang die gune sebelah tgn,moto sebelah.nasib tak de pape.

malam lam kul 9 baru die terjage,trus nanges" nak balik abid". ahah! sudahhhh..then tibe2 acik aku teringatkan maenan die beli td. trus soh aku pi amek. bukak2 lam die de menantang pe ntah. aku dok belek la. tgk direction can nak wat kete kebal jer. sekali ko transformers laaaa..



Sunday, June 28, 2009

semarak

sape pernah bace novel tajuknye SEMARAK? writen by LAMIA AIMAL..aku bace buku ni mase form5 rasenye. aku ulang sampai bepuluh kali ohhh...de la kot lam 20++ kali. sebab ape? korg bace la sendiri novel ni. sgt besh! kalo tak besh,meh lempang aku lelajuuu ;P

-->aku ngah cari novel tu,hari tu de je kat umah nieh,ntah mane pi aku tak taw,sape yg rajin bace novel selain aku kat umah ni. acik aku? tade makneeeeee,die bukan pompuan yg jiwa2 ohh.

ni bukan entri sebenar,hanyalah mukadimah tatkala aku tak taw cam ne nak mulakan entri ni. sape antara korg anak sulung? so,korg mesti dipanggil kaklong,along or lain2. hehehe. sila jgn terasa dengan ape yg aku nk perkatakan disini,cter ini hanyalah sebagai tauladan. aku perolehi cter ini,dr rakan aku. sape yg terlibat? tade kene mgene ngan yg hidup atau telah meninggal dunia. ;) senyum plzzzzzzzz...

----------------------------------------------------------------------------------------------
keluarga pak samad dan mak roha dikurniakan dengan 5org anak. 2 lelaki dan 3 perempuan. anak sulungnya hanya boleh dikenali sebagai along(lelaki). ke2,angah(perempuan). ke3,alang(lelaki), ke4,acik(perempuan). dan last sekali,adik(perempuan). kesemua anak2 pak samad telah berkahwin,kecuali anak last beliau.

along dikurniakan 4org anak. angah mempunyai 3 org anak,alang pula 2 org anak manakala acik pula baru seorg. adik? kan da cakap td die belum kawennnnnnnnn. ;P keluarga pak samad begitu harmoni sehinggalah muncul seorang wanita yg baru kematian lelaki dan mempunyai seorg anak lelaki yg berumur dalam lingkungan 6 tahun.

wanita tersebut hanya boleh dikenali sebagai sara. sara seorg yg kaya kerana mendapat pampasan insurans selepas kematian suaminya. dia mampu untuk menyara kehidupannya sendiri dan anak lelakinya. tetapi sara kekurangan kasih sayang seorg lelaki. sara menuntut kasih sayang dr seorang lelaki yg salah. dari anak lelaki pak samad yg sulung yg dikenali sebagai along tadi. along membalas segala tindakan sara pada mulanya hanya kerana sara merupakan kawan baek kepada isterinya yg dikenali sebagai kak long.

pada mulanya persahabatan mereka hanya berlandaskan perniagaan sahaja. kerana along menceburi perniagaan menanam cendawan dengan sara. lama kelamaan hubungan mereka lebih dr sekadar teman seperniagaan. pada suatu hari;

along:sayang,abg rase kan kalo si sara tinggal ngan kite ok kan?
kak long: tinggal dengan kita cam ne?
along: abg maksudkan abg nak kawen ngan sara la sayang. sayang ley trime kan? sara kan kwn baek sayang ;)
kak long: (terkedu)

kak long mengadukan masalah rumah tangga nya tersebut kepada mak mertua nya kerana bg kak long mak mertua beliau melebihi mak sendiri. lalu mak roha menasihati anak lelaki sulungnya. tetapi anak lelaki sulung nya tetap dengan pendirian beliau. mak roha hanya mampu berkata;

mak roha:kalo along nak kawen gak,mak tak ley cakap apa. cuma bg mak menantu mak hanya ada 4 org je,kalo nak tambah pun,untuk adik kau. maka akan jadi lima. bukan menantu dr anak yg laen lg.

kata2 mak roha hanya dipandang sepi oleh along. bgnya hasrat dihati mesti dipenuhi. dia tidak menghiraukan si isteri yg sanggup menerimanya dahulu di saat dia tidak memiliki apa2. di saat dia masih menghidapi sakit sawan tarik yg kerap kali dia alami. dia tidak menghiraukan si isteri yg melahirkan 4 zuriat dr hasil benih dia sendiri. malah langsung tidak mengambil kira perasaan si isteri yg menjaga kehormatan si suami kerana sanggup menutup aib tatkala suaminya sedang sedap ber'dating' dengan mengatakan suami nya hanya manjalankan hubungan perniagaan dengan sara.

inilah lelaki,habis madu sepah di buang. menurut rakan aku,si along masih lam proses memujuk serta meyakinkan mak roha dan pak samad tentang hajatnya untuk berkahwin lg.malah menurut rakan aku juga,anak2 along telah mengetahui hajat ayah mereka. dan hanya mampu berkata tiap kalli ayah mereka marah2.

"baba ngah bengang la tu sbb tak dapat kawen lg"

agak2 korg la kan sure2 punye yg anak2 along tidak setuju dengan perkahwinan ke2 ayah mereka. bila ditanya kepada kak long samada beliau setuju atau tidak dia akan menempuh kehidupan bermadu. kak long hanya memberi jaminan 50-50 je. kan tak pasrah dengan sepenuhnya itu.(maneeeeeeee adeeeeeeeeee pompuan yg nak bermaduuuuuu!)

kawan aku kate,kak long terasa terhutang budi kerana telah meminjam wang dr sara untuk membayar duit ansuran kedai perniagaan merek sebanyak rm10 ribu. kalo hanya kerana itu kak long setuju untuk dimadukan,aku tak mampu nak berkata apa2. semoga rumah tangga kak long dan along dapat diselamatkan.

p/s:takan terhutang money sampai nak gadai laki kotttt ;P