Followers

Monday, October 26, 2009

free show

sambungan dr entri aku naek train balik rumah.

dr tg.malim ke ukm pon aku naek train gak. ayah aku hantar sampai stesen tg.malim. susahkan mak ayah? bila lg kannnnnn ;P actually ayah aku otw nak pi cek darah kat slim river. antar la aku sekali. ala,15 minit je dr slim river nak ke tg.malim. lagipun ayah aku tak suke aku naek bus ke pudu raya then kene amek train plak. sebab die risau kalau jadi pape ke kat pudu raya tu.

dulu masa aku tingkatan 5. kalau nak balik serting mmg kene amek bus dr pudu raya ke seremban then dari seremban kene amek bus laen plak masuk serting. masa aku kat pudu raya. aku pernah jadi mangsa rabaan pantas oleh seorg pak cik masa di pudu raya.
*baca cerita sampai habis baru nak kata pape ye*

ketika aku turun tangga dengan seorg kwn aku,shasha. ade seorg lelaki tua meraba buntut aku dengan sepantas kilat lalu die berlari naek ke atas kembali. aku sempat berpaling and nampak pak cik tu angkat tangan and cakap "terima kasih"

cis! bedebah punya pak cik tua nak mampos gatal tak sedar diri kubur kata mari rumah kata pergi*ntah ade rumah ke tak aku tak tahu!*

aku terus lari turun bawah and nanges2 kat bahu shasha sebab kene raba tanpa rela.

kenapa la aku tak lari kejar pak cik tu then kasik pelempang sebijik!

masa ni aku pakai baju kurung sekolah kot. nak kata aku pakai ketat2 yg boleh menampakkan ape2 yg boleh menarik perhatian dia? tidak sama sekali! oh! dasar lelaki gatal!

bukan ni aku nak cerita sebenarnya. aku nak cerita ada pasangan penkid and seorg wanita cantik bermadu asmara dalam train masa on the way aku nak balik kelmarin. penkid tu wanita india and wanita cantik tu berbangsa cina.

aku duk gerabak last sekali and gerabak tu agak lengang. just ada aku,pasangan td and seorg kakak yg pakai baju kuning belang2 sama dengan baju yg aku ada.

pasangan tersebut ley maen cium2 lagi. dimana? malu aku nak cakap! mulut! *aku taip je ni,so tak la malu sgt*

nasib la masa kat rawang diorg turun. kalau tak dapat tayangan free la aku ngan kakak baju kuning tu kelmarin.

p/s: pas kejadian di pudu raya aku sering bawa beg galas belakang or beg sandang yg mampu tutup bontot aku.


cucu kesayangan opah

balik rumah khamis lepas ape kerja aku? duk umah,maen2 ngan budak kecik ni. skg die dah pandai maen tarik2 rambut org ohhh. kalau mak die ke,opah die ke,aku ke duk tgk tv. nanti die dtg senyap2 dr belakang. then die tarik rambut kite. pastu lari2. hahaha...

sampai aku rasa nak gigit2 je *abes la anak aku nanti if hari2 kene gigit je* lebam2 kesan gigitan aku.

lg satu die suke wat bunyi cam org sesak nafas tu. pastu bile kite tengok die lg die buat lg bunyi tu. mane die belajar aku tak taw. dr ibu die la kot. konon2 terkejut la tu.

skg dah pandai,bile nampak je aku pegang camera kelam kabut sengih2. pic ni masa beday die hari tu.


cucu kesayangan opah la katakan. tolong mak aku lipat kain baju kat rumah. sila abaikan apa2 saja jenis pakaian yg dia pegang tu ok. yg pasti bukan aku punya ;P


p/s:anak aku nanti masa umur2 cam ni jgn kasik aku pegang sangat. takut aku tergigit dia. isha ni pon pantang ibu dia tak de,aku gigit sikit.


sweet!

pasangan india.
wife die sakit belakang,then die tolong urut2kan sikit. aku kat sebelah yg malu2. hehehehehe...tapi biar la kan. wife die. then wife die tolong urutkan tengkuk husband dia lak. biar la kan...husband die...

pasangan cina.
masa isteri die tgh marah2 tu. tetibe lelaki melayu yg berdiri depan aku terjatuhkan payung dia atas kaki suami pasangan cina tersebut. wife die yg kelam kabut pegang kaki laki dia.laki melayu tu kelam kabut mintak maaf. si suami hanya pandang je muke lelaki yg jatuhkan payung td,and said" its ok ok la" ;)

*sayang gak bini die kat laki die even td kata selekeh la hapa la*


then pasangan india td bangun and turun kat stesen salak selatan.

pasangan muda.
pasangan muda yg tangan aktif td plak ganti duk sebelah aku. *makin ligat,so aku makin tak selesa*

*rase je nak tendang*
boifren die badan agak sasa. silap2 kalau aku tendang diorg,die jentik sekali je. melayang aku. awek dia agak comel. sebab aku suke tgk perempuan berambut pendek ala2 rambut agnes monica lam cerita ape eh lam tv3 dulu tu. tapi mmg aku suke la. nampak bersih2 je jiwa dia. motip???
tapi bab meraba2,menyending2 tu mmg tak bersih ok. sila jgn tiru. nanti aku tak suke ;P *jap aku pikir,aku pernah wat cam tu ke tak dulu lam train?*

awek: awak suke ke kite dress up cam ni?
pakwe: suke! suke sgt! nanti da kawen awak dress up cam ni gak eh?
awek: ye la tu...silap2 nanti awak cari pompuan laen kannnnnnnn....

*kompem la dia cari perempuan laen sebab dr td aku perasan dia asyik raba kau je*


izan! mulut kau longkang ohhh hari ni...hahahaha

then bila sampai stesen kuala lumpur,ade akak mengandung masuk. aku berdiri and kasik die duduk. aku berdiri kat tengah dengan lelaki yg jatuhkan payung td.

pasangan tua.
pas tu aku nampak sebelah pasangan pak cik and mak cik romantik td ade kosong. aku cepat2 g duduk. sebab aku da pening masa ni. lelaki yg berdiri sebelah aku td tak pakai ubat ketiak aku rasa. sebab nak pitam aku duk berdiri bawah ketiak dia. haishh...*lagi mulut ko kembali jahat izan!*

mak cik: nak balik mana nak?
aku: tg.malim.mak cik? ;)
mak cik: rawang je. rumah anak mak cik.
pak cik: tapi muke anak mak cik tu cam muke pak cik.hehehehehe
aku: huh? hahahaha*gelak je la even aku tak paham lawak pak cik tu masa ni*
mak cik: owhh...nak try ngorat eh?
pak cik: ngoratkan tuk anak la.abg nak ngorat nanti kamu yg makan hati.hahaha
mak cik: *cubit2 manja husband dia*

ololoooo...sweettttttttt! *tetibe rasa nak berlaki*

then sampai rawang pasangan td turun. masa nak turun tu mak cik tu takut nak langkah gap antara train ngan lantai stesen. then husband dia cakap "awak boleh lakukan" *gaya kapten boleh lam astro* then satu train gelak2 tgk kecomelan pak cik td layan wife die. akhirnya dia pimpian gak tgn mak cik tu. ;)

sweeeeeettttttttttttt!

p/s: kesimpulan dalam sambungan entry nanti.





part of life


khamis lepas aku balik rumah. sampai ahad. aku balik naik train je dr ukm trus sampai tg.malim. then ayah aku jemput kat stesen tg.malim. nyusahkan mak ayah? bila lg kan nak manje ngan hj.salleh. lalalala~

masa dlm train aku duduk kat tengah2 kerusi yg panjang tu. sebelah aku ade indian couple. aku rasa diorg baru kahwin. sebab aku nampak tangan perempuan tu penuh ngan inai. and diorg cakap lam english and aku masih mampu untuk menangkap sedikit isi perbualan pasangan pengantin baru tersebut. *even masa ni telinga aku di sumbat dengan earfon*

depan aku ade pasangan cina.diorg ni pon dah kahwin. isteri dia asyik complain kata laki dia ni selekeh la hape la. laki die duk wat derk jeeeee...diorg ni pon berkomunikasi lam bahasa inggeris. and sebab tu aku ley paham ape diorg sembang.

jauh sikit dr kerusi aku,ade sepasang suami isteri melayu. dah agak berumur. tapi still romantik sebab aku nampak isteri pak cik tu suapkan cekodok kat mulut pak cik tu. so sweet! ;)

depan pasangan pak cik and mak cik td ade sepasang anak muda. umur lebih kurg baya2 aku. duk bekepit sampai nak muntah aku tgk.pak cik and mak cik tu tgk lg la aku tak tahu cam ne.*rase nak je tendang diorg kuar train*

nanti aku sambung.

p/s: pas ni sape2 tgk aku duk sumbat telinga ngan earfon,jgn tertipu. sebab aku still ley dengar korg cakap pe. ;P



Sunday, October 25, 2009

kemana izan menghilang?

nanti aku hupdate. tade sape ke nak tye aku pi mana 2,3 hari lepas???? *ayat nak soh korg cakap korg rindu aku*