Followers

Wednesday, September 15, 2010

sessi cucu-cucu jadi kaya

ingat lagi dulu ayah aku selalu kata, kalau puasa penuh sebulan baru dapat rm30. kira sehari seringgit la. tapi anak-anak buah aku sekarang, puasa penuh ke, separa penuh ke, lansung tak penuh ke...tetap dapat rm50! sungguh tak adil! ini tidak adil!!! HUWAAAAAAAAAAAA...ayah, nanti adik balik ukm bagi lebih lagi eh, kalau tak adik merajuk. hahaha

alif irfan
Add caption

amirul iman

shahrul shafiq

aleesya

nada

nurul

qistina

kalau hebat, cari adam. HAHAHA
OKEY, sesi cucu-cucu jadi kaya walaupun ada yang tak puasa penuh sudah tamat. selepas ini entry mak dara, pak dara dan seorang sahaja lagi anak dara.

with❤:izan®

pagi raya

salam syawal lagi... selagi masih dalam bulan syawal selagi itulah aku akan bagi salam syawal. HAHAHA

banyak lagi cerita syawal yang sudah ditaip dan bakal di taip. apa yang anda perlu buat? hanya baca. kalau malas nak baca komen macam ni "saya malas nak baca hanya nak komen, boleh?" ok, jawapan dia boleh blah! kalau ko tak baca jangan nak komen! nanti aku blok ko terus dari hati ku. HAHAHA. baru minta maaf dah nak cari gaduh.

mari kembali ke pangkal jalan, peristiwa pagi raya tahun ni sangat mentarik. bila bapak-bapak dan kaum lelaki ke masjid bersembahyang raya, tinggalkan kaum anak-anak dara dan para ibu menyiapkan anak-anak mereka dan diri sendiri. sekali kak long aku tegur,

kak long : adik bau ape ni eh? 
kak etun : cam bau sate je, ade org buat sate ke?
aku : adik bau cam kerang bakar je ni..sape la buat kerang bakar pagi-pagi raya ni...HAHAHA

15 minit kemudian aku keluar rumah, sebab bau nye makin kuat. sekali tengok periuk sup mak aku dekat luar dak kering, daging dah hitam. MAMPOS!!!!

aku : kaklong!!!! sup mak hangit!!!!
kak long : laaaaaaaaaaa....
kak etun : kerang bakar la sate la..hahaha

kitorang kelam kabut masak balik sup mak aku. kang haji salleh la kalau tengok sup mak aku hangit. dah akhirnya berjaya la buat semula sup. tapi tak jadi nama sup mak aku la, jadi la nama sup kak long, kak etun dan aku. HAHAHA



with❤:izan®

Tuesday, September 14, 2010

sehari sebelum raya.

sehari sebelum raya, anak-anak buah semua dah ada kat rumah. mak pak je tak balik lagi. semua anak-anak mereka di serahkan kepada mak su nye yang sungguh baik dan penuh sifat keibuaan ini untuk menjaga. haish! nasibla dapat mak su yang baik macam aku ni kan. HAHAHA. sungguh tipu.

malam sebelum raya, tokwan mereka sibuk melayan cucu-cucu main bunga api. tok wan zaman sekarang cucu lalu atas perut pon tak pe time tidur. kalau zaman aku dulu, nak jalan pon kena pelan-pelan kalau tengok ayah aku tengah tido. hai punya lah bertuah anak-anak buah aku time sekarang.

adam belum apa-apa lagi dah tutup telinga.

iman dan adam pembantu tokwan.

hebat tak? angah aku berjaya snap pic ni. HAHAHA

SELAMAT HARI RAYA DARI SALLEH'S FAMILY.

with❤:izan®

pre eid

salam syawal...

masih di dalam mood raya bukan? terasa macam baru semalam berpuasa. eceh! paling seronok tahun ni, aku tak sakit perut. makan pon cover je. sikit je. dan berpada-pada. semua ni gara-gara ulser penuh satu mulut. ada hikmah rupanya aku sakit mulut. HAHAHA.

kalau tak sakit, kompem la aku lantak bagai nak rak seperti tahun tahun dan tahun lepas. adat la tu. kalau aku makan time raya pertama seperti tidak pernah jumpa makanan. lebih hebat dari jumpe makanan time berbuka. sungguh jangan di ambil gambar. ianya akan memalukan tujuh keturunan. baik simpan dalam hati sahaja. tidak perlu dilampirkan di sini.

sebelum apa-apa. lihat dulu gambar yang telah lama di jaja di fb. ini akan menjadi sungguh muak kerana gambar seperti ini telah di lihat. nama pon entry pre raya. jangan risau. banyak lagi entry raya bakal menjelma. cuma hanya perlu buka dan baca. buka blog saya. nanti buka blog orang lain tiba-tiba minta nak baca entry seperti entry saya. memang tak kan ada. eceh! sungguh riak. 

akhir kata. SAYA MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN. mohon diampunkan salah dan silap saya. saya hanya insan biasa.



with❤:izan®

Monday, September 06, 2010

being at home make me lazy

hoi!

bukan malas nak buat kerja ye. oleh kerana banyak kerja nak dibuat aku jadi malas nak update blog ape bagai. masa dirumah wajar dihayati dengan tenang dan gembira. aku rasa macam dah setahun tak balik. sebab macam-macam dah perubahan kat rumah. nak cerita pon bukan korang pernah duduk rumah aku sebelum ni. dan yang pasti di rumah sangat meriah. dengan anak-anak buah aku semua menempek kat rumah opah deme. memang gamat la rumah opah. tapi tak de la semua. yang kecik2 tak de. yang kesar2je kat sini. kang aku nak sumbat susu badan sapa kat deme. mampos aku nak kene jadi ibu susu plak kan. HAHAHA

OKEY, oleh kerana aku kata malas nak update. jadi ini sajalah untuk hari ni. kenapa sikit? haaaaaapandai! sebab malas!

with❤:izan®