Followers

Monday, September 12, 2011

Cekodok milo.



Hai. Sorry for being late update resepi cekodok milo.

So let's begin.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung.

3 sudu besar milo.

1 sudu besar gula.

Sedikit soda.

Air suam.

Cara-cara:

Canpurkan kesemua bahan.

Bancuh dgn air suam.

Goreng.



Posted via HTC Salsa.

Sunday, September 04, 2011

Sebelum terlewat.

Hai sayang-sayang..

Sebelum terlewat aku ingin menyusun sepuluh jari kaki dan sepuluh jari tangan memohon maaf kiranya ada keterlanjuran aku menaip di dalam blog ini. Sesunguhnya semua ini adalah untuk tatapan aku dan anak-anak di masa depan. Thanks sooooooooooooo mucho-mucho kerana sudi baca dan meninggalkan pesan. Harapnya dimaafkan lah ye. Aku jua manusia biasa. Bukannya malaikat yang enggak bisa bikin salah. Eh, ape hal kau nak slange Indo ni. Inilah padahnya bila hari-hari telan bakso bibik yang meniaga depan umah Hj.Salleh.

Sebagai tanda ikhlas aku memohon maaf. Aku sajikan dengan gambar rajah dibawah. Harap suka ;)


Kalau comel pujilah di dalam hati. Aku ndak bisa  terima pujian. Pemalu katanya. Blahhhhhhh.

Bye sayang!

with❤:izan®

Monday, August 22, 2011

Seksikan Bibir Ku?

Hai, salam.

Maaf kerana telah lama tidak berbelog. Diri ini telah sibuk sejak dua menjak ni. Pergi kerja matahari tak terbit lagi. Balik kerja pula matahari dah terbenam. Senang kata tak nampak matahari pon. HUHUHU

Oleh kerana malas nak edit gambar aku and what so ever cerita yang best pasal diri ni, best ke? So, aku share some of tips, jokes and pictures yang aku dapat dari foward-foward email di ofis. Eh, biasa kan dapat? HAHAHA.

So, hari ini punya sharing pictures adalah mengenai bibir. Yes! Lips!

Panda Gemuk!

Kucing Garang!

Bee Comel!

Black Cat

Ulat bulu atas Daun.

Badak???

Agak-agak ape? Sesumpah kot.

Sexy Crab!

Pikachu!


with❤:izan®

Monday, August 08, 2011

Berbuka dengan jiran tetangga.

Hai, salam.

Saat mentaip entry adalah time bangun sahur. Tetiba datang mmod nak mentaip. Time siang tak nak pulak mood ni datang eh. Mood tidur hilang ntah kemana. Mungkin nanti datang la tu. Tak pon sebab mentelan nescafe panas time sahur inilah akibatnya. Mata membuntang tidak mengantuk.

Semalam berbuka dengan jiran tertangga. Emak bekal kan lauk pauk dengan keadaan yang sungguh banyak. Budak-budak rumah pula tidak balik lagi. Ada yang masih dirumah. Ada yang berbuka diluar dengan teman istimewa. Aku? membawa diri ke rumah jiran. Eceh. Membawa konon?

Untunglah boleh berbuka berteman. Dari keseorangan. Hari ni mungkin berbuka di ofis. Menjalani OT seperti minggu sudah. Masuk minggu ni, minggu kedua aku berkerja. Sebelum ni kerja, tapi as a part timer. Syukur ada rezeki menyambung kerjaya di temnpat parktikal dahulu. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu, ye dak? Dan-dan nak ye dak...

Oleh kerana ini time tidur, izinkan hamba musafir lalu. Bye sayangs-sayangssss...

with❤:izan®

Sunday, August 07, 2011

Baik kau RESIGN.

Hai, salam.

Sedang bersiap membungkus lauk pauk berbuka. Emak masak awal hari ni demi anak bongsu beliau membekal ke rumah sewa. Terasa seperti KL sangat tak best. Rumah emak dan ayah paling best. Kenapa la tempat kerja dekat KL. Kalau sebelah rumah emak dan ayah mesti best. Ulang alik dari rumah ke ofis. Erk, kalau kau persoalkan lagi takdir ini wahai izan, RESIGN je la....

Sehingga esok. Ini sahaja yang mampu taip. 

Bye sayang-sayangssss.


with❤:izan®