Followers

Wednesday, December 07, 2011

What i am wearing today.

Long dress : time square
Jeans top : romp
Tudung pat segi : pasar malam
Sandal : pasar melaka




-live from my samsung

posted from Bloggeroid

Tak semua yang kita rancang itu jadi.

Hai, salam.

Lamanya tak mencatat something dalam blog ni. Habislah terganggu tatapan anak-anak bonda kelak ya. Eceh. Pernah dengar kata pepatah "kita hanya merancang, Allah yang menentukan". Kalau dulu aku hanya melihat benda ni seperti jauh lagi untuk aku tempuhi. Sebab selama aku hidup semua yang aku angankan menjadi. Itu dulu. Sekarang rupa-rupanya aku sudah besar. Sudah kena hadapi semuanya sendiri. Berdiri atas kaki sendiri. Hadapi masalah sendiri.

Kalau dulu aku merancang untuk hidup di kota. Sekarang sudah ada. Kalau dulu aku merancang untuk bekerja. Sekarang juga telah ada. Tapi tak semua yang kita dapat tu kita lalui dengan mudah. Hidup kalau terlalu mudah tak mencabar la beb. Kalau dah terlalu mencabar akan jatuh juga air mata mu sayang. Kalau semua orang suka engkau bukan manusia namanya. Mustahil dalam sepuluh kawan-kawan kita semua menyenangi kita. Mesti ada kurangnya satu akan tak senang. 

Bagaimana menangani masalah ini?

1. Buat derkkkkk. Lama-lama akan OK.
2. Buat Donno. Lama-lama akan OK.
3. Buat tak tahu. Lama-lama akan OK.

Bagaimana kalau diri tak tenang. Still tak boleh nak buat Derkk, Donno or Tak tahu?

1. Face to face beb. Ada berani? Cubalah bercakap dengan tenang. Berbincang. Mana tahu perhubungan akan tenang kembali.

Hidup ini sekejap je Izan. Kenapa nak ada sifat marah, benci, meluat atau menyampah? Hargailah apa yang kita ada. Tak susah untuk membina kebahagian kalau kita sentiasa tumpang gembira dengan kebahagian orang lain. Kenapa perlu ada sifat tak senang dengan kesenangan orang lain. Sedangkan Allah sudah tentukan dimana masa kita akan senang dan bila kita susah. Tak perlu rasa riak sedangkan Allah tahu dimana kemampuan hambaNya.

p/s: tak payah puasa sunat kalau solat wajibnya tak buat. Mengingati diri sendiri juga.

with❤:izan®

Monday, November 14, 2011

Perubahan ketembaman wajah ku.

Hai, salam.

Menurut emak, aku telah semakin tembam. Kalau mengikut timbang pon memang aku semakin tembam. Berat aku sekarang ialah 54KG. Harap maklum ini merupakan berat yang sesuai dengan BMI aku. Alhamdulillah. Akhirnya tercapai. Yang gembira bukan kepalang kompemnya Alan. Hari-hari duk pesan aku suruh makan. Jangan risau. Saya ni memang kuat makan. Kalau awak tak pesan pon saya makan juga.

So, lets begin. From 2009  untill now.

Awal 2009

Akhir 2009

Awal 2010

Mid 2010

Akhir 2010

Sepanjang 2011







with❤:izan®

Sunday, November 13, 2011

How to download any video online?

Hai, salam.

lama kan baru nak update. Ntah jadi apa pon tak tahu la blog aku ni. Nama ja ada blog, tapi lansung tak ambil pusing hal sekeliling blog. Atie cerita itu ini pasal blog then aku keep said "ha?? kat mana tu?" "blog mana tu?". Seperti itu lah perumpamaan kehidupan maya blog aku. Dasyat!

So, untuk menjadikan blog aku ni berupdate kembali, let me share something today. How to download any video secara online? Orang yang dah tahu senyap-senyap then pergi jauh-jauh sikit. Cikgu izan baru nak mengajar orang-orang yang tak tahu menahu cara nak download video secara online ni.

1. Sila klik link di bawah. Aku suggest link ni sebab ini aku rasa paling cepat and senang dengan aku. Maknanya link ini Izan's friendly ye kawan-kawan.http://www.savevid.com.

2. Dah buka? Then pergilah cari any video pon yang ko nak download. Sebagai contoh bukaklah Youtube. Nak link youtube? nah aku bagi....http://www.youtube.com/

3. Dah buka and cari mana-mana video yang kau nak download? Copy link url yang bahagian atas tu. Sepeti yang aku bulatkan dengan warna merah tu. Bujur pon bolehhhh....




4. Then, kau paste kat bahagian url kat dalam savevide.com yang kau bukak tadi.


5. Klik download.

6. Tunggu sampai kuar macam ni. Then kau pilih la kau nak download format video apa. Kalau macam aku nak masukkan dalam fon. Aku pilih format MP4.

Akhirnya berjaya! Ada faham? kalau tak faham baik kau diam! Susah payah aku print screen step by step kau cakap tak paham memang nak kena la ni. Hahahaha. Acah je. Kalau tak paham boleh tanya. Bye you alls!


Omputeh kau.

with❤:izan®

Monday, October 17, 2011

Open house Rumah Along

Hai. salam.

Ini merupakan cerita basi sudah. Lantaklah. Nak cerita jugak. Tak pedulik! Open house rumah Along. Rumah Along dekat je dengan rumah mak ayah aku. Dalam 40 minit sampai sudah. Tapi kitorang pergi awal, balik awal. Sebab ayah ade hal. Sebenarnya Along aku nak rasmikan homestay dia sekali. Lansung buat makan-makan open hiuse terus. Kira 2in1 la kan. Argh! kau semua nak 2in1 izan oi. 

Belakang rumah Along aku ni dia ada buat kolam mandi-mandi untuk anak-anak dia. Anak-anak buah aku yang datang tak de nye diorang kisah nak salam makan ke hape. Diorang terus pergi belakang. Mandi kolam.










with❤:izan®