Ini adalah cerita lama. Tapi baru ada kesempatan untuk menceritakan di dalam blog. Lawatan pertama aku bersama rakan-rakan office. It was such a good experience for me. Even I just know them for 3 month, really feel like it was soooooooooo long time knowing them. Kami ke Broga Hill masa cuti sambutan MaulidurRasul hari tu.
Mula-mula aku tak join pon. But last jadi macam nak pergi pula. Sebab aku pikir, after this bila lagi aku nak join diorang pergi trip. Hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi untuk menamatkan praktikal aku. Tetiba nak sedih. Dulu masa mula-mula masuk praktikal aku tak pernah duga yang aku akan serapat ni dengan mereka. Dah-dah, skip cerita sedih ni. Tunggu lepas habis praktikal baru cerita. Dipendekkan cerita, aku pon join la trip "Go Broga Go" ni.
Perancang segala trip adalah Abang Fazly. Aku hanya menumpang menaiki kereta Kak Zura. Aku bawa kereta Kak Zura sampai sesat merata. HAHAHA. Akibat dari kesesatan kemerataan adalah rahasia. Malu la mak noks kalau cerita ni kasi publish. Biarlah hanya aku dan Kak Zura yang tahu bagaimana perasaan bila Smart Tag tak mau detect secara tiba-tiba. ops! terlepas cerita..Bila dah sesat, kawan Hafiz yang bernama Hafiz juga mengambil alih pemanduan berhemat aku menjadi lagi berhemat sehingga ke Kaki Broga Hill.
Kami memulakan pendakian, eceh! Dah macam dalam rancangan 3 hari 2 malam pula. Kami mula mendaki seawal pagi. Matahari belum muncul lagi. Tepat jam 7.30 pagi kami dah sampai ke puncak ke-3. Ha, bayang sendiri la betapa cepatnya kami mendaki. HAHAHA. Duduk lepak-lepak atas tu tengok Sunrise. Ambil angin atas bukit. Ambil gambar banyak-banyak.
Indahnya ciptaan Tuhan. |
Me, Kak Nani, Kechik, Abg Fazly |
Gee, Kak Zura, Me, Kak Nani, Kak Wen, Kechik |
Budak yang memaksa psangannya berpatah balik akibat nak pengsan. Bukan yang baju merah, tapi yang baju hitam tu. Hahaha |
Sedapnya bau ketiak pagi-pagi. KAHKAHKAH |
Kami ke Sungai Tekala kemudiannya. Itu di dalam lain entry ya. Siapa yang belum pernah "Go Broga Go" bolehlah ke sana. Ianya berbaloi untuk dinikmati. View yang sangat cantik. Alan nanti kite pergi eh?