Followers

Monday, February 07, 2011

Jangan Sampai Aku Hilang Sabar!

Entry berunsur serius. Jangan ada sesiapa nak gelak-gelak. Kalau aku yang tergelak, ini adalah gelak kepura-puraan semata. Ceritanya bermula begini. Mula-mula aku nak pindah rumah and bawa tembam datang sini aku beli helmet baru, mangga tayar baru, pam angin bagi kencang, isi minak kasi penuh. Aku lap, aku belai tembam.

Ini merupakan kejadian yang berlaku kepada tembam sejak dua menjak ni. Mula-mula pada hari pertama aku bawa helmet baru da aku pakir dekat LRT Cempaka. Sejak dari awal pergi kerja aku dan rasa tak sedap hati. Semacam ada sesuatu yang bakal berlaku. Bila aku balik je dari kerja aku bergegas nak tengok tembam. Korang tahu apa jadi? Tembam selamat, helmet selamat. Tapi? Wiser helmet yang tak selamat! Lesap. Hilang. Hilang terus semangat aku paai helmet baru. Eh wiser ke nama menatang tu? Ala penghadang angin kat helmet tu.

Peristiwa kedua berlaku kepada tembam. Baru-baru ini sahaja. Minggu lepas. aku seperti biasa nak pergi kerja. Raba-raba tembam dulu nak buka kunci cawat besi dia. Raba-raba tapi tidak ada! Mangga motor pon ada orang nak ke? Huh! Hangin...

Peristiwa ketiga. Baru je semalam jadi. Disebabkan setelah cuti yang panjang. Malam semalam aku bawa la tembam jalan-jalan bagi perangat enjin sikit. Isikan minyak, pam tayar kasi kencang sikit. Semacam ada yang tidak kena. Sekali side mirror tembam pula kena kebas! hancus! musnah! lebur jantung aku ni...huh!

Maaflah tembam, security dekat Flat ni berada pada tahap yang sangat rendah. Kan dah cacat kau skarang.

Ini adalah sekadar gambar hiasan Tuan Kepada Tembam.

with❤:izan®

3 comments :

  1. menda tu panggil visor kut. huhu... sabar je la izan. orang tu miskin sangat kut.

    ReplyDelete

leave me some words ;)