Followers

Sunday, February 20, 2011

ini bukan lagi entry jual barang.

hai, salam semua. di mana anda hujung minggu ni? 

saya di rumah emak dan ayah. kalau ada sesiapa yang pergi jalan-jalan kemana-mana hujung minggu ni sila jaga diri, jaga perilaku dan jaga adab. KEPADA YANG PERGI MANDI-MANDI DI SUNWAY LAGOON HARI NI : " i love u. and especially U!" paham-paham la eh kepada siapa tu. hehehe

kali ni bukan lagi entry nak jual tudung ke, tupperware ke, shawl ke. ini entry personal tapi tak terlalu personal. eh, boleh pulak? eh,eh..suka hatila. selasa minggu depan penyelia dari UKM akan datang untuk membuat penilaian terhadap latihan idustri aku selama ni. ha, untuk pengetahuan semua yang masih belum tahu tahu lagi tu, aku sekarang tengah berlatihan industri di HQ 7-Eleven bahagian Payroll Department. kira dalam hal-hal pembayaran gaji pekerja-pekerja store 7-Eleven la. siapa pernah kerja dekat store 7E? meh aku tolong cek kan gaji korang. HAHAHA

oleh kerana ada hal-hal yang perlu dilunaskan sebelum penyelia UKM datang buat seliaan terhadap aku, so aku ambil cuti Jumaat lepas untuk selesaikan segala urusan yang perlu. segala surat-menyurat dan hal report mereport. cuak dah aku ni..macam nak ambil result SPM. semoga aku LULUS dalam lawatan dari penyelia UKM aku nanti. last sekali. ini bukan lagi entry jual barang. next entry maybe ada lagi. hahahaa

p/s: tinggal lagi sebulan je nak habis praktikal. ):

with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)