Followers

Saturday, May 07, 2011

Lawatan sambil belajar ke Petrosains.

Hai, salam.
Hari ni hari apa? Ahad kan? Jom ke Petrosains. Siapa sini yang belum pernah pergi buat malu je. Saya sudah. Eceh, belagak la kau Izan. Cuba sebelum kau pernah pergi tulis entry ni. Kompem ko cover baik punya kan. Sesiapa yang belum pernah pergi boleh cuba ya. Sesungguhnya ianya amat berbaloi. Apa? Dekat mana? 

Petrosains terletak di KLCC. Di tingkat 4 ya. Naik lif sahaja. Anda akan sampai ke kaunter pembelian tiket terus. Berapa ringgit tiket? RM12 sahaja untuk dewasa. Kanak-kanak macam kurang pasti pula kan. Sebab saya pergi dengan seorang dewasa sahaja. Lain kali kalau saya ada pergi dengan kanak-kanak saya akan bagitahu kembali. Itu pon kalau ingat la. 

Kita kembali kepada seminggu sebelum aku pergi Lawatan sambil belajar ni. 

Saya : Awak, jom pergi Petrosains?
Peneman : HAHAHAHAHA.. Ada apa kat sana?
Saya : Ala, Jom la...
Peneman : Ye la, ada apa kat sana? Best ke? HAHAHAHA...
Saya : Ada Dinasour!
Peneman : Itu je? Cam budak-budak la awak ni. HAHAHAHA
Saya : Ala, saya tak perbah pergi. Jom la...
Peneman : Yela, Sabtu ni kita pergi. HAHAHAHA
Saya : Thanks awak! Love u!

Dan perbualan seterusnya adalah p&c. Eceh. Dan-dan nak p&c.



Dia boleh gelakkan aku sebab nak pergi Petrosains. Siap cakap aku macam budak-budak lagi nak tengok Dinasour. Macam la dia pernah tengok kan. Tapi kan. Bila masuk dalam tu kan. Macam aku bukan budak-budak je. Ada la orang yang gelakkan aku tu yang lebih-lebih. Kalah budak-budak sebenar yang masuk dalam tu. HAHAHA. Tak percaya?





Betul tak apa aku kata? Dia yang lebih-lebih. Ye la, Alan je la yang sudi teman aku pergi tempat budak-budak ni. HAHAHA. Aku behave je kan? Blah! Padahal gambar tak senonoh aku dah aku simpan awal-awal. 

Thanks because you never fail to make me smile. Fulfill all my dream and tried and always try until now. Thanks!


with❤:izan®

1 comment :

  1. jom pi lagi...bawak alya,ana dan adam pulak

    ReplyDelete

leave me some words ;)