Followers

Sunday, July 31, 2011

Rumah baru Hj.Salleh

Hai, salam.

FYI, eh-eh, tiba-tiba nak FYI-FYI bagai ni kan. Hj. Salleh dah buatkan dapur baru untuk Emak si wanita kesayangan beliau. Semua corak dan pemilihan warna,perabot,design adalah hak mutlak Emak. Hj.Salleh tukang huluq duit ja. Tu diaaaaaaaaaaaaa, romantik tak ayah I? Alan-Alan, nanti bila I nak apa-apa I cakap and tunjuk je boleh? U huluq ja duit. Kalau tak nak huluq duit huluq ja credit card U tu. HAHAHAHA.

Oleh itu aku kasi tayang je la dapur baru Emak okey. Dapur dah lagi cun dari hall. Tak lama lagi boleh la Emak goda-goda ayah kasi renovate hall pulak. 







with❤:izan®

Saturday, July 30, 2011

Eh, dah lama.

Hai, salam.

Apa khabar semua? Dah lama kan tidak men-singgahkan diri di blog. Orang lain dah macam-macam cerita tayang. Aku duk melengung baca. Hati ni membuak-buak nak taip. Tapi mood tu tak sampai-sampai ke hati lalu ke jari. Akhirnya hanya bersemadi di dalam draft otak aku ni ha. 

Soooooooo000000000 many things and story to share. Tapi untuk entry kali ini, kita mulakan dengan entry berbaur RINDU. Alan tidak ada sekarang. Masuk esok hari telah seminggu lamanya peninggalan beliau. InsyaAllah esok Alan balik. Cepat la sikit hari esok. Kalau aku cakap macam tu, selalu dia akan kata "Pergi la tidur,esok buka-buka mata dah hari Ahad".

Tapi ini takkan aku nak tidur seminggu tak bukak-bukak mata. Koma ke hape. So, aku gagahkan diri ni. Tahan, sabar je. Cakap dengan hati ni "Sabar eh hati, tinggal esok je nak tunggu". Pergh, dah macam orang gila. Tapi bila rindu Alan ni (eh, tersebut pulak rindu Alan) jadi makin RINDUUUUUUUUUUU dekat rumah Trolak.

Semalam Acik call "Jadi ke balik, mak dah bising tanya adik tak call ke nak suruh ambil". Padahal baru minggu lepas aku balik rumah. Siap sampai Isnin lagi aku cuti. Minggu ni tanya lagi? Hai, la nasib menjadi anak kesayangan. HAHAHAHA. Minggu depan adik balik eh mak. Kita berbuka sama-sama tau. 

So, untuk tatapan Alan nun jauh disana. Tataplah wajah sejam men-setup tudung baru beli tadi. 


Aku belum jumpa cara nak pakai shawl jenis ni dengan kemas dan selesa. Nak kena google secara selamat malam ini. Sebelum terlupa, entry-entry yang bakal menyusul selepas ni akan di-schedule kan secara dari cerita terhampir kepada yang paling lama. Oleh itu, selamat membaca.

Bye sayang-sayangs!

with❤:izan®

Tuesday, July 12, 2011

Product Recomendation (Desinger Collection-R Series)

Hai, salam.


Hari ni aku nak share pasal Hand & Body Lotion R Series from Desinger Collection. Lotion ni kalau korang nak boleh beli dekat mana-mana cawangan cosway. Kalau macam aku, yang paling senang at Time Square je la. One thing yang aku suka pasal lotion ni is about warna bekas dia. Pink. Walaupon aku bukanlah penggemar pink, tapi kali ni boleh jatuh hati pula bila nampak Hand & Body Lotion R Series from Desinger Collection ni. 

Bau dia very soft. Kalau pakai Hand & Body Lotion R Series from Desinger Collection ni, korang tak nak pakai apa-apa perfume pon tak hape! Bau dia tahan sampai ke petang. Kalau tak ambil air sembahyang la. Kalau macam aku, memang aku selalu top up pakai. Lepas uk-uk aku sapu balik, lepas shi-shi aku sapu balik, lepas cuci tangan aku sapu balik, lepas makan aku sapu balik, lepas solat aku sapu balik. Lagi satu, kalau sesiapa yang duduk kerja dalam air-cond 24 jam sehari, amatlah sesuai pakai lotion ni.

Antara kebaikan yang lain.
  1. Ada vitamin E.
  2. Senang meresap dalam kulit. Dengan syarat ko sapu tu biar tonyoh-tonyoh la sikit kat kulit.
  3. Bau yang sweet, with seductive scent of everlasting romance. (ini apa yang ditulis pada badan botol). Tapi memang bau nya menggoda. Tak percaya tanya aku.
Itu sahaja buat kali ini. Kita jumpa lagi. Bye.

with❤:izan®

Monday, July 11, 2011

Apa makna langkah kanan.

Hai, salam.
Adoiyai, kenapa terasa seperti baharu berblog ni. Dengan layout baru. Seperti kanak-kanak baharu belajar mentaip blog. Ini lah masalah rakyat Malaysia. Bila dah terbiasa dengan apa yang biasa susah mahu menerima perubahan. Eceh, dah macam nak berwakil rakyat la kau Izan.

Abaikan intro yang merungut pasal draft blogspot yang baru. Padahal bagi orang lain dah lama kot. Nampak sangat baru ko nak update entry minggu ni. Maaf kerana lama menyepi. Ada orang kisah? Blah terus pon tak pe. So, kembali ke alam maya berblog hari ni. Kita pelajari Apa Makna Langkah Kanan?

Aku bagi contoh la eh senang nak bagi paham. Aku ke rumah Kak Nani, waktunya adalah time dinner. Dari rumah jangan makan apa-apa. Sampai sahaja dirumah Kak Nani, bagi salam buang dua tiga laung, then Kak Nani buka kan pintu. Masuk-masuk tengok Kak Nani, Kak Wenny dan Kak Rini tengah makan. (Mereka adalah housemate, dah saya bukan). Then kita mulakan perbualan " Laaaaaaaaaaa, langkah kanan rupanya Izan hari ni ". Confirm diorang akan ajak ko makan sekali. Mak cakap rejeki usah ditolak.



Contoh kedua, ke rumah Kak Wenny pula. Hajat hati mahu copy cerita drama korea dari Kak Rini. Sampai ke rumah Kak Wenny, bagi la salam selaung dua, lepas tu Kak Wenny akan bagi aku kunci then suruh aku bukak pintu sendiri. (Ini bermakna tuan rumah telah memberi keizinan kepada anda untuk membuat rumah mereka seperti rumah sendiri). Dari luar kedengaran Kak Nani memasak di dapur. Oh, buat karipap rupanya. Lalu silalah sebut " Laaaaaaaaaaaaa, langkah kanan lagi Izan hari ni ".

Contoh ketiga pula. Kau datang pada tengah hari hari ahad. Ingat nak berhujung minggu dirumah Kak Nani. Niat dalam hati " Minta-minta la hari ni langkah kanan lagi aku, kot-kot dapat makan makaroni goreng ke kan ". Sampai je rumah Kak Rini, bagi salam selaung dua. Ketuk berkali-kali. Urm, harapan hampa. Mereka keluar shopping rupanya. Itu la, niat dalam hati tu penting. Kalau niat dah tak betul, apa pon tak boleh.

Oleh itu, hanya itu sahajalah contoh langkah kanan hari ni. Harap anda faham.

Bye.

with❤:izan®

Thursday, July 07, 2011

How I met my Alan (3)

Hai, salam.
Ini merupakan sambungan dari Drama HIMMA. Episode How I met my Alan (2) sebelum ini adalah disini. (Klik).  

Oleh itu, jawapan kepada persoalan Drama HIMMA sebelum ini adalah, TIDAK. Aku dengan Alan langsung tidak menjalinkan apa-apa hubungan masa kami dekat ASBKL. Aku pon tak berapa nak tahu masa ni Alan sekolah dekat mana. Buat apa. Sombong okey I masa ni. HAHAHA. Then masa bulan 2 aku dapat offer masuk MRSM Serting. So, aku pon pergi. Alan stay kat ASBKL. 

Masa aku dekat MRSM aku ada BF. Alan dekat ASBKL pon ada GF. Pendek cerita memang tak ambil pusing pon pasal each other. Memang aku tak ada hati pon dengan Alan masa ni. Alan kata pon dia tak ada hati langsung dekat aku. Pergh! Sentap mak!

Bermakna lepas aku keluar dari ASBKL memang aku tak pernah jumpa dengan Alan. Sampai la aku masuk Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, baru kitorang ada jumpa. 

Masa ni aku baru lepas clash. Jumpa dekat Hot Spring Sg.Klah. Alan datang tidur rumah Syafiq, kawan kitorang masa form1-form3. Lepas mandi-mandi dekat Hot Spring, Alan ada ajak aku ambil gambar berdua. Hai, dah la aku tengah single masa tu. Malu-malu kucing I ambil gambar berdua dengan Alan. Dayah yang ambilkan gambar aku dengan Alan. Oh, kami pergi mandi ramai-ramai masa ni. Tapi masa ni Alan masih ada GF. Aku nak bluetooh gambar tu dari hp Alan. Tapi hp aku tak boleh receive. Belum ada jodoh la masa ni.

Eceh...Tapi masa OTW nak pergi Hot Spring Alan bawa kereta aku duduk dekat belakang seat driver. So, aku boleh nampak Alan dari side mirror sebelah pemandu. Aku intai-intai sikit Alan masa tu. Pengakuan ni weyh. Alan pon tak tau. HAHAHA. Gletisnya! (Geli+Gediks=Gletis)

Dah-dah. Malas aku nak sambung lagi. Nak stop Drama HIMMA ni sampai sini ja boleh dak?


with❤:izan®

Tuesday, July 05, 2011

Rumah sewa saya.

Hai, salam.
Seingat aku, aku macam ada kata nak tayang gambar rumah sewa aku dekat Cheras ni kan. Eh, ke tak ade? HAHAHA. Biasalah aku ni. Jangan dituntut janji yang lama-lama. Kalau aku rasa nak buat ni ha baru aku buat. Kalau plan je nak buat then tak buat. Apa pon tak boleh. Meh aku tayang meh. Argh, kang mesti ada yang kata, time rumah kemas ko nak la tayang izan ooi. Yela-yela. Aku kasi tayang la keadaan rumah time hari kerja dengan hari minggu. 

Peringatan : gambar belah atas semua gambar time hari kerja. Belah bawah time cuti. Harap maklum, aku dengan kawan-kawan aku semuanya wanita berkerjaya-la-sangat.





Rumah bujang. Perabot mana nak ada. Jangan nak komplen kata rumah aku BERSEPAH! Tapi memang pon. Tapi please dont say that! Try la kalau berani.

Bye.

with❤:izan®

Monday, July 04, 2011

Resepi Bubur Nasi Kak Nani.

Hai, salam.

Sejak aku duduk rumah sewa kat Cheras ni macam-macam resepi aku belajar. Kalau dulu duduk rumah sendiri malas benor nak masak. Masuk dapur pon jenguk je tanya kat emak " Mak masak apa hari ni? ". Baguskan anak macam aku ni. Tapi sekarang bila dah duduk sendiri dengan tak semena-mena, tahu pulak aku bab masak-memasak ni. Secara automatik. Aku tak tahu mana datangnya kepakaran ni. Tapi mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan. Emak aku masak sedap, aku masak lagi la sedap. HAHAHA
So, hari ni aku share dulu resepi Bubur Nasi Resepi Kak Nani. Aku rasa kena buatkan slot resepi la dalam blog aku ni. Banyak sangat resepi dah aku tulis dalam blog ni. Kang dah kahwin senang aku nak refer back nak masak hape nanti. To Alan : Awak jangan pelik pulak nanti kalau saya masak laptop kat sebelah dapur. Itu tandanya saya tengah refer back resepi-resepi lama la eh.

Lets begin.
Bahan-Bahan.
  1. 1 kuntum bunga lawang.
  2. 1 biji buah keras.
  3. 1 batang kulit kayu manis.
  4. 4 biji buah pelaga.
  5. 1 sudu besar lada hitam.
  6. 3 ulas bawang putih.
  7. 3 biji bawang merah.
  8. 1/2 biji bawang besar (tiada dalam gambar)
  9. 1 inci halia (ponnnnnnnnnnn tak de dalam gambar, jangan nak cari-cari pulak)
  10. 1 pot beras.
  11. 4 mangkuk air (ini ko agak la sendiri k)
  12. 1 kiub ayam.
  13. 2 sudu teh garam.
Cara-cara.
Bahan A (Ditumbuk dengan lesung batu, lesung pipit tak boleh)
  1. Bawang merah.
  2. Bawang besar.
  3. Bawang putih.
  4. Buah keras.
  5. Halia.
  6. Lada hitam.

  1. Tumiskan bahan kulit kayu manis, buah pelaga, bungan lawang.
  2. Dah naik bau? Masukkan bahan A.
  3. Dah naik bau lagi? Masuk beras yang di cuci.
  4. Masukkan air.
  5. Masukkan Kiub ayam.
  6. Kacau.
  7. Dah masak beras nya? Masukkan garam.
  8. Dah masak? Makan daaaaaaaa, apa lagi kau nak tunggu.

Jumpa lagi di lain resepi bersama Chef Izanpandaipandaisendiri. Hahaha. Bye.

with❤:izan®

Sunday, July 03, 2011

Menonton bola sambil-sambilan.

Hai, salam.


 Macam kembar tak? Okey tak..bye.
with❤:izan®

Olympus PEN E-PL1

Hai, salam.

Alhamdulillah..Thanks to Allah. Finally i got it. Thanks Alan! I love you more.



p/s : Lepas ni penuh la dengan gambar blog ni. HAHAHAHA

with❤:izan®

Saturday, July 02, 2011

Tomok dan Ayu.


Tomok :: Save the date from cstproduction on Vimeo.



with❤:izan®

Balik kerja terus mengadap laptop.

Hai, salam.
Sedang menonton Anak Emak di TV3. Hai la nasib, kalau dah dapat suami anak emak. Aku pon anak emak apa. HAHAHA.

Sekarang ni kan, aku balik kerja je terus tejelepuk atas tilam dalam bilik. Ye la, tilam je la yang ada. Rumah bujang. Mana nak ada apa sangat. Ada tilam pon dah syukur rahmat dah. Lepas tu bangun on kan Wimax, then mengadap laptop. Tv tu on kalau ada bola je. Tak pon drama best-best. Nak pasang Astro pon rasa macam tak ada kepentingan sangat.

Eh, tadi pergi jalan-jalan dengan Kak Nani and Kak Rini. Cari baju raya. Lastly aku beli shampoo dengan Kit Kat je??? WHAT? Susah aku nak percaya yang aku pergi shopping tapi tak beli haprak pon. HAHAHA


with❤:izan®