Followers

Monday, July 11, 2011

Apa makna langkah kanan.

Hai, salam.
Adoiyai, kenapa terasa seperti baharu berblog ni. Dengan layout baru. Seperti kanak-kanak baharu belajar mentaip blog. Ini lah masalah rakyat Malaysia. Bila dah terbiasa dengan apa yang biasa susah mahu menerima perubahan. Eceh, dah macam nak berwakil rakyat la kau Izan.

Abaikan intro yang merungut pasal draft blogspot yang baru. Padahal bagi orang lain dah lama kot. Nampak sangat baru ko nak update entry minggu ni. Maaf kerana lama menyepi. Ada orang kisah? Blah terus pon tak pe. So, kembali ke alam maya berblog hari ni. Kita pelajari Apa Makna Langkah Kanan?

Aku bagi contoh la eh senang nak bagi paham. Aku ke rumah Kak Nani, waktunya adalah time dinner. Dari rumah jangan makan apa-apa. Sampai sahaja dirumah Kak Nani, bagi salam buang dua tiga laung, then Kak Nani buka kan pintu. Masuk-masuk tengok Kak Nani, Kak Wenny dan Kak Rini tengah makan. (Mereka adalah housemate, dah saya bukan). Then kita mulakan perbualan " Laaaaaaaaaaa, langkah kanan rupanya Izan hari ni ". Confirm diorang akan ajak ko makan sekali. Mak cakap rejeki usah ditolak.



Contoh kedua, ke rumah Kak Wenny pula. Hajat hati mahu copy cerita drama korea dari Kak Rini. Sampai ke rumah Kak Wenny, bagi la salam selaung dua, lepas tu Kak Wenny akan bagi aku kunci then suruh aku bukak pintu sendiri. (Ini bermakna tuan rumah telah memberi keizinan kepada anda untuk membuat rumah mereka seperti rumah sendiri). Dari luar kedengaran Kak Nani memasak di dapur. Oh, buat karipap rupanya. Lalu silalah sebut " Laaaaaaaaaaaaa, langkah kanan lagi Izan hari ni ".

Contoh ketiga pula. Kau datang pada tengah hari hari ahad. Ingat nak berhujung minggu dirumah Kak Nani. Niat dalam hati " Minta-minta la hari ni langkah kanan lagi aku, kot-kot dapat makan makaroni goreng ke kan ". Sampai je rumah Kak Rini, bagi salam selaung dua. Ketuk berkali-kali. Urm, harapan hampa. Mereka keluar shopping rupanya. Itu la, niat dalam hati tu penting. Kalau niat dah tak betul, apa pon tak boleh.

Oleh itu, hanya itu sahajalah contoh langkah kanan hari ni. Harap anda faham.

Bye.

with❤:izan®

1 comment :

leave me some words ;)