Followers

Tuesday, July 12, 2011

Product Recomendation (Desinger Collection-R Series)

Hai, salam.


Hari ni aku nak share pasal Hand & Body Lotion R Series from Desinger Collection. Lotion ni kalau korang nak boleh beli dekat mana-mana cawangan cosway. Kalau macam aku, yang paling senang at Time Square je la. One thing yang aku suka pasal lotion ni is about warna bekas dia. Pink. Walaupon aku bukanlah penggemar pink, tapi kali ni boleh jatuh hati pula bila nampak Hand & Body Lotion R Series from Desinger Collection ni. 

Bau dia very soft. Kalau pakai Hand & Body Lotion R Series from Desinger Collection ni, korang tak nak pakai apa-apa perfume pon tak hape! Bau dia tahan sampai ke petang. Kalau tak ambil air sembahyang la. Kalau macam aku, memang aku selalu top up pakai. Lepas uk-uk aku sapu balik, lepas shi-shi aku sapu balik, lepas cuci tangan aku sapu balik, lepas makan aku sapu balik, lepas solat aku sapu balik. Lagi satu, kalau sesiapa yang duduk kerja dalam air-cond 24 jam sehari, amatlah sesuai pakai lotion ni.

Antara kebaikan yang lain.
  1. Ada vitamin E.
  2. Senang meresap dalam kulit. Dengan syarat ko sapu tu biar tonyoh-tonyoh la sikit kat kulit.
  3. Bau yang sweet, with seductive scent of everlasting romance. (ini apa yang ditulis pada badan botol). Tapi memang bau nya menggoda. Tak percaya tanya aku.
Itu sahaja buat kali ini. Kita jumpa lagi. Bye.

with❤:izan®

2 comments :

leave me some words ;)