Followers

Wednesday, August 03, 2011

Majlis Persandingan Ku

Hai, Salam.

Sambungan dari persiapan kenduri semalam. Hari yang dinantikan telah tiba. Majlis persandingan ku. Eh silap tajuk da. Majlis persandingan abang sepupu aku. Maaf ye, jangan la marah-marah. Salah tajuk je. 

So, pagi-pagi telah membangunkan diri. Menyiapkan muka yang tak berapa nak siap ni. Make up dua tiga lapis tempek bedak. Dan akhirnya terhasillah muka yang begini. Taraaaaa...Bukan Madam Tara. Mampos aku kalau Madam baca. HAHAHA. I Love U madam ;)



Untuk kawan-kawan yang hadir, thanks so much for coming. Sesungguhnya bukan kenduri aku pon masih sudi menjengukkan diri. Kepada yang tidak hadir walaupon dekat, ini adalah amaran! Korang tak datang kenduri kahwin aku 5 tahun lagi siap la. Jangan katakan marah, memang aku maki hidup-hidup. Kalau tak nak kena maki, sila sertakan surat tunjuk sebab kenapa anda tidak boleh hadir masa majlis cukur jambul anak pertama aku nanti. Eceh. Dah pasang angan beranak pinak bagai...

Angan itu penting. Okey, sambung cerita. Oleh kerana pengantin sampai agak lewat. Sekitar jam 1 petang, aku pulak masa tu melayan Aina and Dila yang sudah mahu pulang, secara rasmi aku terlepas saksikan majllis persandingan mempelai diatas PELAMIN YANG AKU DENGAN ANGAH BUAT! Oh, dem. Bukan demam. tapi Deymmmm.

Hanya gambar yang aku sempat saksikan. Begitu juga makan beradap. Turut terlepas aksi-aksi romantis makan bersuap. Nanti kalau ade kenduri dekat rumah aku, kena beware dengan air untuk pengantin. Sesungguhnya ada something bad dalam  itu air. Kalau tak masam macam cuka, masin dengan garam. HAHAHA.

So, senarai gambar menanti dibawah. Eleh, korang bukan nak baca apa aku tulis pon kan. Nak tengok gambar je. Tak apa, wanita cantik ini paham. And nah! gambarnyaaaaaaaaaaa....





Bye sayang-sayangs!

with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)