Followers

Friday, November 30, 2012

Braces 6th Month - Power Chain yang memang power

Hi, salam.

Cerita braces bulan ke-6. Memang bulan ke-enam ni aku rasa macam "kalau aku tahu sakitnya macam ni, tak payah pasang pon tak pe".

Selama 6 bulan aku pakai braces ini lah bulan yang paling menguji kesabaran aku. Masa cabut gigi lagi okey aku rasa dari bulan ke-enam ni. My dentist pasang getah berantai. Kalau dalam bahasa braces nya "power chains band". Dah nama pon POWER, tahap ketarikan pada gigi memang POWER habis wa cakap sama uolls. Sakit denyut-denyut pada gusi tu sampai tahap boleh buat aku pening kepala. Ini serius, aku tak tipu. 

Nasib Dentist aku pasang belah bawah sahaja dahulu. Untuk belah atas aku tak sure samada akan dipasang atau tak nanti. Selama 2 hari aku tahan je nafsu makan tahap gajah aku ni. Sebab nak kunyah memang dasyat kalau aku berani buat. Gigi berlaga sama gigi pon sakit. Tambah nak kunyah solid food. Lastly aku buat tindakan seperti pemakai-pemakai braces lain, makan bubur and nestum. Walaweyh, ini memang bukan aku la.

Makanan macam tu takat celah gigi je. Tapi syukur Alhamdulillah. Dapat juga aku makan. Sedih pula tiba-tiba teringat GAZA.

And the color for the 6th Month is Yellow.

Nah, nampak je cerah ni. Padahal, effect cahaya. HAHA

Bulan ke-7 nanti ye. Bye uolls ;)

with❤:izan®

Friday, November 09, 2012

Family Trip-Penang

Hai, salam.

Sambungan entry semalam. Chalet yang kitorang duduk bukan sebarang chalet eh. Chalet ni dalam laut. Sangat best. Malam-malam tidur rasa dibuai ombak je. Sangat nyenyak walaupon menyempit si esha celah ketiak aku. Sebab sejuk. HAHAHA

Acik dan Aisy.
 Kan aku dah kata, chalet kitorang dalam laut. Siap boleh nampak jambatan pulau pinang lagi.

Dapat chalet hujung sekali.
  
Jambatan Pulau Pinang.
 Esok tu bangun pagi lepas solat subuh terus bukak pintu bilik nampak air laut and matahari baru nak naik. Sangat la rasa macam "kalau honeymoon ni mesti best". What la the gatal sangat ni. HAHA

Ayah aku always nampak muda.
Budak kuat meragam. Nak dengan Opah je.
Aisy pula dah tidur malam tu.
Along, Kak Long dan Aisyah.
Mak Su.
Maira, Aku dan Abg Pen

Maira dan Ibu.

Meriah!

Esha dah menguap sebab tak biasa keluar malam. HAHA

Along dan ayah.
Mak Su again?
The BamBam Maksu. Comel.
Malam tu jalan kat tepi Queensbay je. Sebab dah lewat. Anak-anak buah aku semua dah mengantuk. Malas nak singgah Padang Kota ka apa ka. Makan-makan kat sini je. Dapat pekena laksa dengan petis semangkuk. Kenyang. 

Esok sambung entry shopping dan bukit bendera pula ye. 
Bye uols :)

with❤:izan®

Thursday, November 08, 2012

Kenduri Kak Long-Penang

Hai, salam.

Masa lepas raya puasa haritu, Mak Njang and Pak Njang aku ada buat kenduri kahwin anak diorang (Kak Long). So, Abg Pen aku kan meniaga kedai makan. Memang jarang la dia boleh cuti merata. Tapi masa kenduri Kak Long ni tiba-tiba Abg Pen aku nak cuti and bawa anak-anak dan bini pergi kenduri dan berjalan. Makan terjadilah mini family trip ke Pulau Pinang.

Pak Njang aku kerja kat Jabatan Perikanan. Rumah kerajaan kan kecik. So, Pak Njang aku sewakan chalet untuk sedara-sedara yang datang. Kira dah cut cost untuk family besar aku ni bercuti. HAHA. Masa sampai sana kitorang pergi makan kenduri and tengok pengantin dulu. Aku naik dengan Abg Farizal (Suami arwah Angah). Mak, Ayah, family Acik, family Along, family Abg Pen dah awal-awal pagi lagi sampai.

Alee and tok wan.

Pengantin pakai baju biru. Cantik sangat warna baju and designnya. Sesuai dengan Kak Long. Adik beradik pengantin pon pakai baju tema yang sama. Warna biru juga.

Kak Long

Suami Kak Long
Aisy the handsome boy.

Mak su dan Maira.

Lepas tu esha datang sebab jeles. Maira rasa nak cepuk je kepala Esha.

Esha and Syaqila pon nak jadi pengantin.

Semua nak naik pelamin.

Mak su nya apatah lagi. Memang nak naik pelamin.

Lalu Syaqila makan kuih atas pelamin.

Petang tu lepas majlis. Kitorang terus zup zap zup pergi chalet. Penat aku nak melayan anak-anak buah yang dah masuk 3 dozen. HAHA

with❤:izan®

Wednesday, November 07, 2012

Braces 5th Month - Biasa je la. Mesti nak tayang.

Hai, salam. 

Maaf, lambat update pasal braces bulan ke-5. Sampaikan dah masuk check-up bulan ke-6 baru nak update. Biasa lah, aku kalau datang mood rajin. Rajin sangat nak update. Kalau malas, Nauzubillah. Boleh bilang dengan jari berapa entry je sebulan aku update. 

Bulan ke-5 aku tak takut apa-apa.Sakit gigi kena cabut pon tak rasa dah. Cuma gigi makin jarang pada bahagian sebelah gigi yang kene cabut. 

Maybe sebab space tu yang buatkan gigi tu jarang, Rasa seronok sangat bila nampak gigi tu macam dah ada perubahan. Rasa macam. Hey, please la cepat sikit gigi ni.  The color for 5th month is turqoise. Sangat cool. Rasa macam. Walllawey. Lawa nya gigi aku. 

Wait for the next entry about my braces. Its pain but I still can smile.

with❤:izan®

Tuesday, November 06, 2012

Don Nikah Weyh-Outdoor Fotoshoot (Tasik Reban)

Hai, salam.

Lagi sekali entry orang kahwin. Don adalah nama manja. Nama sebenar adalah RAMADHAN. Aku kenal Don masa belajar dekat MRSM Serting. Dayah ajak aku pergi kenduri Don. Aku pon on je. Kitorang naik kereta Izlan (Lan). Kang aku tulis Lan sahaja semua ingat Alan. Aku ada ramai lagi boyfriend nama Lan. Bukan Alan sorang je. Tapi Alan sorang je la yang ehem aku. Eh? Out of topic again.

Aku ingatkan kenduri. Rupanya Don nikah awal. Kenduri Don bulan 12 ni. Tak pe la, kalau tak dapat datang kenduri dah boleh dimaafkan dah. Sebab datang time nikah. Kan Don kan? Don baca ke blog aku. HAHA

Lawa kot bini Don. Kagum aku. Soft spoken and berbudi bahasa. Lemah lembut tutur bicara. Kalau nak bandingkan aku? Usah la cuba. Malu nak tengok score. 

Kawan dari kecil.

The Don.

The Don's Wife.

Masa Wak shoot gambar ni. Aku, Dayah & Lan asyik nak gelak je. Sebab Don ni jenis tak malu.

See. Dah halal. Alhamdulillah.

Dayah & Lan

Lan masih single. Harap maklumat sampai.

View kat sini sangat cantik. Tasik Reban.

Kereta mangsa.

Wak pinjamkan flash pasang kat kamera aku.
 Dan nantikan episode kahwin seterusnya.

with❤:izan®

Monday, November 05, 2012

Kenduri Idham (Kawan ASBT)

Hai, Salam.

Musim hujan musim mengawan. Bak kata Alan. Dalam erti kata lain, musim cuti sekolah adalah musim orang nak kahwin. Memendekkan intro, Idham adalah kawan sekolah aku and Alan masa dekat Asrama Semai Bakti Trolak. After 8 years baru jumpa memang rasa macam "Eh, kawan-kawan aku ni dah ramai yang kahwin rupanya". 23 tahun is normal aging untuk berkahwin bagi aku. Tapi usah kau tanya bila aging aku nak kahwin. Belum sampai masa nya.

Kenduri Idham ni kat Segamat. A day before kenduri, Mira and Lia tidur rumah aku kat Cheras. Mira and Lia going to be marry soon. In this November insyaAllah. Haaaa, tangok. Kawan-kawan yang rapat dengan aku pon semua nak kahwin dah. nasib la Dayah and Farah tak kahwin lagi. Kenduri Idham hari Ahad. Mula nya ramai je plan nak pergi. At last, ada la berapa kerat je yang sampai. Masing-masing ada hal. Tak pe la, dahulu kan mana yang penting. Nanti anak Idham kahwin insyaAllah kita boleh pergi lagi. Kalau umur panjang la. Ameen.

Selepas ini hanya gambar. Harap jangan jemu mata memandang dan tak lekang dek kerna hujan. Eh, hujan sekarang umpama mencurah-curah ke ladang gandum. Nikmat Allah. Alhamdulillah. Seperti biasa out of topic. 

Idham dan pasangan. Sama cantik sama padan sama hijau. Eh?

Rasanya ni family belah pengantin perempuan.

Aku kenal lia je dalam gambar ni. HAHA

The bride to be. Excuse me. HAHA

ASBT

Again?

Okey. Ini tod. Housemate Alan merupakan kawan Idham masa F4-F5. Takdir.
Oleh itu, nantikan entry kahwin-kahwin lagi nanti. Ramai lagi yang bakal kahwin ni. EHEM!


with❤:izan®