Followers

Wednesday, April 23, 2014

Mana nak cari Photographer & Videographer yang Best area KL dan boleh pergi kemana sahaja Pengantin mahu.

Hai,

Mungkin entry minggu ni pasal review kahwin je la ye adik-adik. HAHAHA. Kekonon dah kahwin terus jadi akak-akak.

Masih ingat video pre-wed aku dekat Mabul? Kalau ada sesiapa yang belum tengok, ni aku sertakan sekali lagi videonya. Mihmihmih.


bahasa cinta alan + izan from Laminar Pictures on Vimeo.

Video ini telah mendapat pelbagai komentar hangat gara-gara aku dengan Alan yang berlakon kaku nak mampos. Nasib background music from Pembikin ShortFilm ini telah menyelamatkan pelakon-pelakon kaku ini. HAHAHA

Untuk video nikah aku. Aku dah share dekat FB. Tapi tak pe la. Memandangkan bukan semua yang baca blog aku ni kita berkawan di FB dok? So, meh aku tempekkan sekali video nikahnya.


solemnization of alan & izan from Laminar Pictures on Vimeo.

Hoih. Terus rasa nak kahwin lagi sekali. HAHAHA. Untuk maklumat lanjut boleh add Videographer and Photographer hebat ini di Laminar Pictures.

Ini pon kawan Alan a.k.a kawan masa belajar dekat METC dulu. Kawan aku di blog semasa mula-mula main blog. Sekali boleh jadi kawan di alam reality pula kan. How small Malaysia ni. HAHAHA

Gambar pre-wed aku pon dari Laminar Pictures. Nak tengok jugak gambar pre wed aku? Apa korang ni tak pernah stalk ke FB Laminar Picture? Semuanya ada disana. 

Ok-ok aku masukkan sikit gambar pre-wed masa dekat Mabul and Putrajaya.







Kalau agak-agak model macam rasa nak maki je. Boleh terjah FB Laminar Picture korang tengok model lain. HAHAHA. 

Selain perkhidmatan video and gambar, baru-baru ni diorang ada buat satu lagi perkhidmatan yang sangat awesome aku rasa. Nasib masa aku kahwin diorang tak buat lagi service ni. Kalau buat dah lama aku rembat.

http://piccabooth.webs.com/

Perkhidmatan Picca Booth. Korang ambil gambar dekat sini. Tang situ juga keluar hard copy nya. Rasa nak nangis tengok ke-cool-an service team diorang ni.



Kalau nak tahu ape tu Picca Booth boleh la klik Link ni. Aku nak explain lelebih pon tak pernah guna lagi. Tapi melihat hasil-hasil mereka di FB serius tergugat keimanan aku nak ambil perkhidmatan diorang kalau ada majlis apa-apa nanti. Majlis akikah anak boleh dak agak-agak? Mihmihmih


Ini lah tenaga kerja di balik tabir Laminar Picture. Really recommended!

Entry ini tamat. Akhir kata dari bekas pengantin baru. Cari lah photographer or videographer yang sanggup bersusah-susah demi korang dari korang yang bersusah-susah untuk diorang. Berbelanja ikut kemampuan. Mihmihmih.

p/s : Laminar Picture dah ada studio sendiri. Rasa macam nak buat maternity shoot je. Muahahaha. *untuk simpanan sendiri tak salah kan?*

with❤:izan®

No comments :

Post a Comment

leave me some words ;)