Followers

Monday, January 25, 2016

Mengandung lagi?

Hi, Assalamualaikum.

Sebelum saya terlupa haruslah diblogkan dahulu. 

Bagaimana saya dapat kecam bahawasanya saya mengandung lagi sekali? Kekeke
Saya adalah sejenis ibu mengandung yang mempunyai sifat dan perangai yang tidak elok sungguh dibuat contoh. Alan yang dapat detect awal bahawasanya saya mengandung lagi. Antara perangai yang tidak boleh dicontohi adalah:

1. Kuat tidur dan sentiasa rasa nak tidur.
2. Malas nak mandi. Selalunya aku lah jenis yang peluh sikit nak mandi. Basah sikit nak mandi. Comot sikit nak mandi.
3. Malasnya la hai nak masak-memasak dan kemas-mengemas.

Dah la tu, kang listkan bayak-banyak macam teruk sangat pula perangai si Bonda mengandung ni. Kekeke. Oleh kerana aku sendiri pon merasakan bahawa diri ini mengandung makanya aku suruh la Alan belilan UPT. Eh lagi satu, even Ammar fully breastfeed time tu tapi periodku adalah tiap-tiap bulan jalan. Lepas tu tiba-tiba stop *takkan tiba-tiba 'sedangkan pepatah ada mengatakan takkan la pokok bergoyang kalau tidak ada anginnya' kekeke

Saya dengan yakin buat UPT sendiri di rumah. Masa ni sebelum bulan puasa tahun 2015. So maknanya time tu dah dalam 7-9 weeks la dedek Ammar dalam perut I. Alan dekat depan tengok tv. Oleh kerana Bonda tak tahu nak bagitahu Ayah Ammar macam mana. Bonda whatsapp je *menggunakan kecanggihan teknologi sekarang.

'Tahniah Ayah. Ammar's junior comfirm'
*caption bawah picture

Perasaan selepas membuat UPT adalah seram sejuk. Pikir macam mana ni, Ammar baru 7 bulan. Jalan pon tak pandai lagi. I dah pregnant? Pastu terpikir, habislah apa aku nak jawab kat nurse nanti. Hahaha. Lepas tu apa nak jawab bila jumpa makcik pakcik kawan sahabat handai yang akan tanya or cakap "pregnant lagi? Tak kesian kat Ammar ke?"

Aiyoooooooooo......

So esok saya pergi la scan baby kat klinik biasa. Kantung baby okey and heartbeat is comfirm masa tu and mengikut scan dah 9weeks. Alhamdulillah. Lega sangat. Lepas je scan terus rasa loya and pening-pening. Bermulalah episode mabuk seperti Ammar dahulu. Ajaibnya kuasa UPT. Sebelum check tak mabuk pon. Dah check macam suis plak. Switch on button mabuk. Kekeke.

Sudah. Nanti sambung part bersalinkan dedek Ammar pulak. ☺️


Thursday, June 04, 2015

Pwish tulis elowk elowk iket pas niew aw.

Hai. Assalamualaikum. 

Apa khabar semua? Seperti cliche mahu katakan sudah lama tidak berblog. Oleh itu anggap sahajalah hari-hari saya berblog disini. Hahaha

I have some critical issue lately. Maybe this issue I je kot yang suka nak perbesarkan. Padahal benda ni remeh je sebenarnya. And kadang kala saya pon buat. Saya ada ramai anak buah yang menginjak naik usia nya. Dalam kalangan mudah remaja. Around tingkatan 1-5. Saya perasan isu ni sebab sy follow fb and instagram diorg. Eh, saya follow sebab ada gambar anak-anak buah saya. So up to date la sikit si maksu ni terhadap perkembangan anak-anak buahnya. *padahal aku follow sebab diorg ni comel and pandai bergaya kot. Kalah zaman muda remaja i*

Tapi one thing yang palinggggg tak best is why dear why. With pretty face,cute smile, and pandai OOTD kenapa suka menaip dengan susah. Sebagai contoh:

"Napew ar sebut pasal nuck putus. Tawu ar kitew tuck cantiq macam diew"

Entah saya main hentam je tulis tambah double u tu. Sebab saya memang dari zaman muda belia remaja tak pandai nak tulis macam uw. Eh tu. *kantoi*

Secara translate :

"Knp la sebut pasal nak putus. Taw la kite tak cantik mcm dia" <------- this is the way i will write if i want.

Eh, kau pon guna w okey. Nak blame orang lain pula. Ok. I made that. I memang use w kalau eja taw. Dont know whyyyyyy. Pengaruh maybe. *salahkan orang lagi*

But please baby please. Menggunakan ayat seperti nuck,uw,iyewwww makes u look unmatured walaupon kau dah lepas SPM, lepasan Uni dan terlepas dari menjadi bahan ejekan. Maybe kawan-kawan awak guna macam tu. Tapi tak salah kalau awak make a step foward, change the rules. Use proper word bak kata senang taip betul-betullllll pls. Saya mungkin boleh paham apa awak tulis, tapi cuma tak boleh hadam! U got it? 

Just my 2cents. 

Dari,
Akak cantik hormon je tak berapa nak cantik.

P/s : anak-anak buah saya pandai mengeja semua. So dont worry sayang. Kamu membanggakan maksu! 

Tuesday, December 23, 2014

Telah ku lukakan dirimu Ahmad Ammar Azlan

Cerita lama. 


Tapi kesan sampai kini. Siapa mahu sakitkan anak yg telah kau kandung selama hampir 10bulan. 40 weeks but Ahmad Ammar still in my tummy. Bayangkan kalau nyamuk menggigitmu pon Bonda boleh hangin satu badan sampai ke petang. Hampir-hampir memarahi suami sebab tak beli ubat nyamuk.


Maafkan bonda sayang. Tanggal 29 Nov 2014 bonda lukankan ibu jari kiri Ammar tanpa sengaja. Hampir hilang akal bonda melihat Ammar meraung lalu dibawa lari nenek dan atok. Terasa seperti Bonda jenis apakah diri ni. Marahkan jari mu tak reti duduk diam saat bonda potong kuku. Jari itu juga yang luka. 


Maafkan bonda. Fobia selama 3minggu untuk aktiviti medicure. Balik jumpa Opah, baru mak ngah potongkan kuku Ammar.


Perasaan melukakan anak sendiri lalu atok dan nenek yg pujuk adalah satu perasaan kenapa aku buat macam ni tapi tak mampu pujuk anak sendiri. Useless! 


Lots of sorry,

Bonda

Wednesday, September 10, 2014

Kehidupan seorang Bonda.

Hai salam.


Wahhhhh. Cliche nye tajuk sejak bergelar emak kepada seorang bay lelaki ini. Sejak akhir-akhir ini saya sering bermimipi menjadi seorang suri rumah yang bekerja dirumah menjana pendapayan ribuan ringgit. Tapi bila terjaga rupanya Ammar inginkan susu dan telah merengek sekian lama di tilam sendirian. Hapuslah mimpi enakku. *hint ini haruslah sampai ke pihak suami*

Hari ni sudah 20 hari berpantang. Tak ada la sampai menyayat hati sangat pantang ni. Cuma rasa bahagia tu je lebih. Sebab layanan orang terhadap insan berpantang ini lebih sangat. Seperti makan disediakan. Air mandi dipanaskan. Hari-hari mendapat rawatan tungku panas seperti di spa. Anak dimandikan. Cuma Bonda je kena mandi sendiri. Hik hik hik. Bab makanan saya tidak punya masalah. Sebab makanan pantang semua memenuhi citarasa saya. Ikan masak singgang adalah my favourite forever sejak kecil. Lada hitam dan bawang putih pon sedap dimakan dengan nasi panas.

Ahmar Ammar pon well behave je sebagai seorang bayi lelaki. Cuma sejak 2 malam ni dia sudah pandai berjaga malam dan tak mahu tidur langsung dari jam 11 sampai ke subuh. Bila orang semua bangun untuk mengerjakan subuh dia pon akan merengek-rengek minta susu dan lalu menunggu sesiapa yang rajin untuk bawa dia keliling rumah emak ni. *ini gara-gara ayah dia la ni, rajin bawa jalan lepas subuh*

Cepat lah balik wahai suami. Layankan perangai anak awak ni. Lepas mandikan baru Ammar nak tidur. Oleh itu, inilah masanya untuk saya update blog.

Mungkin nanti dah balik rumah sendiri saya kena cari masa lain untuk update blog. Atau mungkin membuat jadual giliran dengan suami siapa mahu melayan Ammar ketika Bonda update blog. Mihmihmih

Oh, sudah lah. Saya belum bertungku. Gambar Ammar semua di handphone. Belum transfer ke iPad. Saya jamukan dulu dengan gambar basi sebelum saya pregnant 9bulan yang lalu. HEHEHEHE

Tahun ni sambutan Raya Haji akan ada bayi kecil kami menyelit ditengah-tengah. Tak dapat lah Bonda mahu diriba oleh Ayah lagi. Profile picture ayah di fb pon telah diganti dengan gambar ayah dan Ammar sahaja. Saya ulang SAHAJA. Tiada lagi gambar ayah dan bonda. Malahan gambar di wsap pon gambar Ammar. Sob sob sob. Apalah nasib si penglahir bayi ini. *jeles melebih*


Wednesday, September 03, 2014

Meet Our Little Gentleman

Hai. Salam.

Apakah semuanya sihat-sihat saja?
Harap masih ada sisa-sisa pembaca yang sudi menjenguk blog ini. Untuk pengetahuan umum saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang selama ini saya dan suami war-warkan dengan singkatan BabyAA. *kalau artis mesti ramai nak teka nama anak dia sapa*

Pada hari Jumaat tanggal 22/8/2014 jam 11.09am. Saya bersalin secara normal walaupon dengan bantuan Induce atau erti kata lain ubat yang memaksa bukaan secara tak rela namun aku relakan. Mihmihmih *ibu mana yang rela perutnya ditebuk berbanding anak keluar di bawah secara normal* maka aku relakan bukaan secara paksaan demi mu BabyAA.

Dengan pertolongan suami mimilih nama. Dan saya hanya menambah pangkal nama anak sahaja. Maka kami namakan Ahmad Ammar. Sempena mujahid Ahmad Ammar yang suami dan saya kagumi kisah hidupnya. Harapan kami agar Ahmad Ammar membesar dah mencontohi perilaku Mujahid Ahmad Ammar nanti. AMEEN. Tak kisah lah ye Ammar kalau orang lain kata nama awak kuno ke x sedap disebut ke. Ahmad Ammar anak bonda dan ayah. Ayah dan bonda lebih tahu ape yang terbaik untuk awak *tak payah nak over protective sangat izan oi*

Oleh itu let us share a picture of our Little Gentleman. Ahmad Ammar bin Noor Azlan.

Pengalaman Bersalin.

Ahmad Ammar dijangka keluar dari rumah sewa pada 20/8/2014. Tapi saya tak ada apa-apa tanda mahu melahirkan Ammar. Tanda dari segi fizikal mahupon mental. HAHAHAHA. Dari segi fizikal maksudnya seperti kaki bengkak, muka sembab, hidung kembang. Ini semua tiada saya alami. Tapi semasa 39weeks saya sudah mengeluarkan tanda-tanda berdarah. Tapi warna darah adalah coklat. Alan dan saya cuak lalu terus ke hospital dengan andaian adakah ini masanya untuk melahirkan. Tapi kecewa bukan kepalang. Tiada bukaan mahupun contraction. 

Doktor nasihatkan agar saya balik dulu and kalau ada contraction baru datang balik hospital. Sampai 20/8/2014 masih tak ada contraction and kepala baby masih floating. Masa ni mak mertua dah ada di rumah kami. Buat teman kalau tiba-tiba saya mahu melahirkan dirumah, atleast ade penyambut. Hikhikhik. Alan cadangkan untuk pergi berurut pada malam 20/8/2014. Lepas maghrib kami semua termasuk emak mertua pergi berurut dan pujuk-pujuk BabyAA suruh dia keluar. Kata Kak Ida *orang yang mengurut tu* biasanya kalau dia dah pegang-pegang perut ibu mengandung ni esok atau lusa mesti bersalin. 

Malam tu memang saya tak boleh tidur. Gelisah semacam. Perut rasa keras dan asyik nak terkencing. Alan pon rasa tak selesa nak tidur sebab saya asyik bangun dan memusing gelisah diatas katil. Rasanya malam tu 3@4 kali Alan tanya nak pergi hospital ke? Saya cakap esok pagi la lepas subuh. 

Pada pagi 21/8/2014. Alan ajak mak mertua sekali nak ke hospital. Sebab air ketuban dah leaking sikit-sikit. Tapi mak mertua pesan sikit-sikit tu bukan tanda lagi tu. Biasa air ketuban keluar sekali gus seperti air paip bomba tanpa kawalan. HAHAHA.  So Alan pergi kerja macam biasa. Dan saya dengan senang hati sebab mak mertua kata belum mahu melahirkan kembali tidur seperti tiada apa-apa. Bangun tengok tivi bersama emak mertua sejam kemudian. Akhirnya emak mertua tegur kerana baju tidur ku basah. Rupanya air ketuban telah leaking lagi. Nasib ada emak mertua teman, kalau harapkan aku sampai kesudah tak tahu itu tanda mahu melahirkan. HAHAHA

Call Alan dan ajak pergi hospital dengan segera. Tapi bukaan hanya 2cm. Dan doktor suruh masuk ward dan tunggu sampai contraction kerap sambil cucuk antibiotik. Sebab dah leaking lebih 24jam. Kalau sampai pagi esok 22/8/2014 bukaan masih 2cm maka proses paksaan akan dijalankan *induce*. Memang tak jadi apa-apa. Dan saya telah ditahan diward semalaman dengan pantauan. Nurse pesan suruh mandi,makan and solat dahulu pada pagi 22/8/2014. Dan masuk bilik bersalin pada jam 6.30am untuk masuk ubat induce. 

Masuk ubat jam 7am dan Doctor bagi tempoh sampai 1ptg kalau saya masih belum melahirkan maka akan di bedah untuk melahirkan Ahmad Ammar kerana leaking lebih 24jam berbahaya pada bayi dan ibu. Lalu saya terpaksa bersetuju. 10.30am contraction makin kerap tapi bukaan baru 5cm, doctor dan sister telah sepakat mahu membedah saya. Tapi atas keperihatinan salah seorang Doctor perempuan dia minta izin untuk tolong bukaan. Akhirnya bukaan menjadi 7cm atas hasil selukan. *kalau diulang rakaman bagaimana aku merayu tidak mahu dibedah mesti menjadi ejekan 10keturunan*

Dengan 3kali push. Ahmad Ammar bin Noor Azlan terkeluar melihat dunia.

Welcome to the duniawi penuh pancaroba sayang. InsyaAllah ayah dan bonda sentiasa ada.

P/s: kenapa penggunaan kata ganti diri menjadi SAYA? Ini petanda zaman kegemilangan sebagai bonda akan bermula. Mihmihmih